Johari Jaafar Sun | Apr 05, 09 | 10:04:27 am MYT | |
BUKIT GANTANG, 5 April (Hrkh) - Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat,Dato' Mustafa Ali mendedahkan perbuatan melampau BN menjelang hari mengundi untuk menggambarkan PAS bertindak ganas sekaligus ianya akan dijadikan isu untuk 'pukulan maut' BN pada saat sat akhir bagi memenangkan calon BN. "Kita mendapat maklumat pihak tertentu akan mengumpulkan kereta-kereta polis yang lama dan diletakkan di sebuah balai polis untuk dibakar kononnya kereta itu dibakar oleh orang PAS," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media di Markas Induk PAS, Air Kuning semalam. Apabila ditanya oleh wartawan dari mana beliau mendapat maklumat itu, Mustafa merahsiakan dari mana maklumat itu diperolehinya, tetapi beliau mahu pihak polis menyiasat perkara itu. "Tujuan kita dedahkan ini kepada media agar pihak polis menyelidikinya agar kejadian itu dapat ditegah dan mengenalpasti pihak mana yang melakukannya," katanya. PAS tidak akan melakukan sesuatu yang ganas dan tidak bertindak mengikut emosi sebaliknya PAS akan mematuhi undang undang dalam berkempen. Beliau yakin sekiranya kejadian itu berlaku, BN pastinya menuding jari bahawa PAS yang melakukannya, sekaligus BN berharap pengunbdi pengundi di Bukit Gantang tidak akan memberi undi kepada calon PAS. Mengenainya pembebasan akhbar Harakah dan Suara Keadilan daripada digantung selama tiga bulan, beliau menyambut baik tetapi pembebasan itu bertujuan politik menjelang hari pembuangan undi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. "Ketika membuat penggantungan tiga bulan kepada Harakah dan Suara Keadilan ianya dibuat secara tergesa-gesa dan berbau politik, tidak sampai dua minggu sekatan itu ditarik balik juga ianya mempunyai motif politik," jelas Mustafa. Selain itu, beliau mengalu-alukan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka sudah lama tersiksa ditahan di Kem Tahanan Kamunting tetapi ianya juga disifatkan sebagai kepentingan politik Beliau mengingatkan seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat agar jangan tertipu dengan membebaskan Harakah dan Suara Keadilan serta pembebasan 13 tahanan ISA kerana kedua-keduanys mrmiliki kepentingan politik BN bagi meraih sokongan rakyat menjelang hari pengundian 7 April ini. - mks._ |
Sunday, April 5, 2009
Taktik melampau: Cuba gambarkan PAS ganas, bakar kereta polis!
Posted by
Sang Pemantau
at
3:02 PM
Labels: Harakahdaily, PAS, provokasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment