+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, September 2, 2009

Idris Jala angkat sumpah menteri

Malaysiakini

Sep 2, 09 12:21pm

Bekas pengarah urusan Malaysia Airlines, Senator Datuk Seri Idris Jala, hari ini mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Istiadat itu berlangsung di Bilik Singgahsana Pelantikan, Istana Negara, sehari selepas Idris mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng dan beberapa menteri kabinet.

Idris melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia dan kemudian menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Idris, 51, juga dilantik ketua pegawai eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) yang baru diwujudkan.

Sebagai CEO Pemandu, organisasi yang akan mengawal pelaksanaan inisiatif Indeks Prestasi Utama (KPI), Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Koh Tsu Koon, menteri di JPM yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi. BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |