| Ahmad Lutfi,Tarmizi, Irwan & Intan Sun | Mar 29, 09 | 7:07:06 am MYT | |
|
Terkini|KUALA LUMPUR,29 Mac (Hrkh) - Hari ini akan menentukan sejauhmana langkah semua calon dalam menentukan hala tuju di Bukit Gantang. Berikut adalah lintas langsung yang dibawa oleh wartawan-wartawan Harakah yang berada di lokasi berkenaan: 1.45 petang: Dalam penelitian Mafrel, senarai nama pengundi untuk pilihan raya kecil Bukit Gantang didapati agak meragukan kerana wujud beberapa nama yang telah lama meninggal dunia. Antaranya, seorang pemilih, Kassim Md Amin yang lahir pada 8/07/1916 telah disahkan meninggal dunia 36 tahun lalu oleh anaknya Rohani Kassim. Manakala, seorang lagi pengundi Che Man Said yang lahir pada 9/11/1912 juga disahkan telah meninggal dunia lapan tahun lalu oleh cucunya. Kini, yang menjadi kemusykilan kenapakah nama-nama mereka masih lagi tersenarai sebagai pemilih di Bukit Gantang?
11.20 pagi: SPR terima tiga pencalonan iaitu daripada PAS,BN dan calon bebas, Kamarul Ramizu Idris. Walaupun ada tiga bantahan tetapi SPR telah menolaknya. 11.00 pagi:Pegawai SPR,Dato' Mahmud Marsidi mengumumkan masa bantahan telah ditutup. Wartawan Harakah,Intan Abdullah dihalau daripada memasuki kawasan Penamaan Calon walapun mempunyai surat sebagai pengiring calon PAS. Karpal Singh yang baru tiba telah diprovokasi oleh penyokong Umno sehingga dibaling dengan beberapa objek. 10.45 pagi: Suasana agak tegang di kalangan penyokong Umno-BN, apabila mereka bergaduh sesama sendiri. Ini telah memaksa pihak polis terpaksa campur tangan untuk meleraikannya. 10.00 pagi: Masa pencalonan telah tamat. Masa bantahan bermula dan borang calon-calon mula dipamerkan. 9.20 pagi: Pihak polis menghalang Ir Khalid Samad, Gobind Singh Deo dan Ronnie Liu daripada memasuki kawasan Pusat Penamaan Calon. 9.15 pagi: Seorang calon bebas, Kamarul Ramizu Idris tiba di kawasan dewan penamaan calon.
9.00 pagi: Calon PAS, Dato' Seri Nizar telah masuk ke dalam Pusat Penamaan Calon. Suasana di luar agak meriah dengan sorakan kedua-dua penyokong. BN kelihatan seramai antara 3,000-4,000 orang manakala Pakatan Rakyat menengelami penyokong BN dengan lebih 12,000 ribu orang. Kelihatan juga replika kapal selam dan laungan "hancur BN, Altanyuya dan takbir" kedengaran sepanjang proses penamaan ketika ini. 8.40 pagi: Calon PAS, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, tiba di Pusat Penamaan Calon bersama-sama dengan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang;Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Speaker Dun Perak, Sivakumar. 8.35 pagi: Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar; Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din; Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ir Abdul Khalid Samad kelihatan di Pusat Penamaan Calon. Suasana sekitar dikawal ketat oleh pihak polis. FRU kelihatan dan helikopter berlegar-legar di kawasan tersebut. 8.30 pagi:Lebih 100 staf Harakah dan penyokongnya mencuri tumpuan dalam perarakan tersebut apabila membawa sepanduk,kain rentang sertai memakai baju 'T' yang tertera kata-kata bantahan terhadap tindakan KDN yang menggantung akhbar Harakah tempohari. Perarakan staf Harakah tersebut diketuai oleh Ketua Pengarang Kumpulannya, Ahmad Lutfi Othman dan kakitangan editorial. Menurut Lutfi, mereka telah bertolak seawal tengah malam tadi daripada ibu pejabat Harakah di Jalan Pahang untuk berada bersama kumpulan perarakan pada pagi ini. "Bantahan ini adalah untuk menunjukkan betapa ruangan-ruangan demokrasi makin ditutup oleh pihak pemerintah. "Dan warna hitam yang menjadi latar pakaian kami serta kain rentang pagi ini melambangkan suasana gelap mula menyelubungi ruang-ruang kebebasan akhbar negara ini,"jelasnya semasa dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. 8.00 pagi: Perarakan ke pusat penamaan calon, Majlis Perbandaran Taiping bermula. Petugas dan penyokong PAS selain berarak turut sama membantu mengawal lalu lintas agar tidak berlaku kesesakan lalu lintas. Perarakan turut disertai penyokong KeADILan dan DAP. 7.45 pagi:Solat hajat selesai diadakan. 6.45 pagi:Polis sudah mengawal lalu lintas seawal jam 6 pagi. Bandar Taiping mula sesak dengan kenderaan yang kebanyakkannya membawa bendera PAS. Dianggarkan lebih 10,000 penyokong PAS sudah berada di kawasan sekitar Masjid Daerah Taiping. 6.30 pagi: Para penyokong PAS sudah mula berkumpul seawal jam 2 pagi di pekarangan Masjid Daerah Taiping (Masjid Jambu). Perarakan dijangka akan bermula jam 8 pagi selepas solat hajat diadakan. - mks. |
Sunday, March 29, 2009
Laporan lintas langsung pencalonan di Bukit Gantang
0 comments Labels: Harakahdaily, Perak, PRK
FOTO SEKITAR PENAMAAN CALON P.59
cacamerbapolitik
cyberboron, Sunday, March 29, 2009
Lautan manusia
Presiden & Timb. Presiden PAS........DS Nizar & Wahid Endut
Dr. Haron Din .......................................Ust. Mujahid
Dr. Haron Din ................................Kamarudin Jaafar
Lim Kit Siang, Tian Chua & Dato' Ngeh Koh Ham
Lim Guan Eng ............................Hj. Osman & Hj. Ismail
Zahid Hamidi, Ismail Sapian, Muhyiddin & Mustafa
Yang kalah & yang tak layak bertanding Timbalan Presiden UMNO
Ahmad Said & Annuar Musa
Jins Shamsudin & puteri
Mungkin belum cukup umur mengundi
remaja atau pelajar sekolah menengah?
1 comments Labels: bloggers united, gambar, Perak, PRK
Kerajaan Malaysia Disaran Saman Suratkhabar Yang “Memfitnah” Timbalan Perdana Menteri
| Buletin Online Written by Wartawan Buletin |
| Saturday, 28 March 2009 08:16 |
| Beliau berkata demikian semasa melancarkan Jentera Pilihanraya PAS Terengganu yang bertugas menghadapi pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, di Kampung Cheh, Changkat Ibol disini, baru-baru ini. Menurutnya, pada pilihanraya kecil kali ini PAS berdepan dua perkara; isu dalaman negeri Perak dan peralihan kuasa kerajaan Malaysia. Beliau berkata, antara perkara yang menjadi isu di negeri Perak ialah apabila kerajaan (Perak) memberikan tanah kepada orang-orang Cina, dituduh tidak memberi tanah kepada orang-orang Islam. “Tanah yang diberikan oleh (kerajaan) negeri Perak kepada orang-oran Cina ialah kepada orang-orang Cina yang miskin, Kampung Baru, “macam (yang) berlaku di Terengganu, di Bukit Berangan, di Kampung Batu Lima Dungun, di Air Putih Kemaman, semasa kita memerintah dahulu, “tetapi pada masa yang sama, kita juga (kerajaan Perak) beri tanah kepada orang-orang Islam, tetapi (berita) beri tanah kepada orang Islam ditutup,”katanya Di peringkat Nasional katanya, kita menghadapi keadaan peralihan kuasa yang tidak ditetapkan lagi tarikhnya, dalam keadaan bakal Perdana Menteri mempunyai rekod-rekod yang perlu dibersihkan. “(sebelum ini) disiarkan oleh suratkhabar Perancis, hari ini suratkhabar di Amerika, New York Times, “(disiarkan oleh) suratkhabar di Filipina, suratkhabar di Thailand, suratkhabar di Indonesia, sratkhabar di Australia, walaupun di Malaysia tidak disiarkan berita-berita yang berkait dengan Timbalan Perdana Menteri,”tegas beliau. Katanya, beliau membuat kenytaan akhbar pada hari ini, supaya kerajaan Malaysia menyaman suratkhabar yang menyiarkan berita tersebut. “Kita mahu seorang Perdana Menteri yang bersih, kita mahu kerajaan Malaysia saman surat-suratkhabar ini, kalau fitnah, (akan) bersih bakal Perdana Menteri kita, saman dimana sahaja suratkhabar ini, “supaya nyata surakhabar itu berbohong atau suratkhabar itu betul?,”soalnya yang menambah, sekiranya apa yang dilaporkan oleh suratkhabar-suratkhabar tersebut betul, maka Timbalan Perdana Menteri tidak layak menjadi Perdana Menteri. Katanya pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang adalah penting ketika negara ini dalam keadaan gawat dengan krisis yang berlaku dan dalam masa yang sama UMNO dibarahi oleh rasuah. “Pilihanraya ini untuk menolak parti yang rasuah, parti yang dilaknat oleh Allah, ia satu kemungkaran yang sangat besar, yang kita tidak boleh pandang ringan perkara ini,”katanya. Seramai 200 orang petugas dari Terengganu telah berkampung dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang sejak ‘Gelombang Pertama’ pada 18 Mac lalu. Turut hadir dan berucap dalam majlis itu adalah Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri Terengganu, Hj Yahaya Ali. |
0 comments Labels: Altantuya, buletin online, Media luar, najib razak
Penyokong PAS banjiri Taiping, Umno turun dengan pimpinan baru





TAIPING, 29 Mac: Penamaan calon bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang pagi tadi memperlihatkan keyakinan kedua-dua PAS dan Umno apabila menyaksikan kehadiran hampir 10,000 penyokong Pakatan Rakyat manakala pemimpin-pemimpin baru Umno yang dipilih dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini hadir menunjukkan sokongan.
Penyokong Pakatan yang tiba seawal 6.00 pagi memenuhi sekitar kawasan Wisma Majlis Perbandaran Taiping dan kawasan Jalan Alang Ahmad.
Suasana di kawasan penamaan calon itu kian sesak apabila menghampiri jam 8.00 pagi, apabila penyokong Barisan Nasional berkumpul di hadapan bangunan Umno Bahagian Taiping bersama dengan beberapa pemimpin Umno yang turut serta memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional, Ismail Safian.
Calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diiringi oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan mursyidul am, Datuk Dr Haron Din, pesuruh jaya PAS Perak, Ahmad Awang, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut, Mujahid Yusuf, S Sivakumar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ronnie Liu serta pemimpin DAP Perak, Nga Kor Meng dan Ngeh Kor Ham.
Antara pemimpin Umno dan BN yang hadir ialah timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Zambry Abdul Kadir, Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Puad Zarkashi, Tengku Adnan Mansor, Datuk Anuar Musa, presiden Parti Progresif Rakyat, M Kayveas serta pemimpin MIC negeri, G Rajoo dan naib pengerusi MIC, S Veerasingam.
Seramai 200 anggota polis antirusuhan telah diletakkan di kawasan padang esplanade yang mengasingkan penyokong Pakatan Rakyat dan BN. Seramai tiga orang calon telah mengemukan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang ini.
Calon PAS, Mohammad Nizar telah sampai tepat jam 8.45 pagi dan borang pencalonan telah dihantar jam 9.06 manakala calon BN, Ismail tiba jam 9.10 diiringi oleh Muhyiddin Yassin.Seorang lagi calon bebas, Kamarul Ramizu Idris juga turut bertanding.
Penyokong Pas dilihat lebih ramai berbanding dengan penyokong Barisan Nasional. Bunyian gendang serta sorakan penyokong Pakatan Rakyat jelas menenggelamkan sorakan penyokong BN.
BN dilihat bersemangat berdasarkan kehadiran pemimpin baru juga dibantu oleh parti komponen lain. Pilihan raya kecil ini dilihat sebagai ujian kepada kepimpinan baru Umno di bawah Datuk Seri Mohd Najib Razak yang dijadual mengambil alih jawatan perdana menteri awal bulan depan.
PAS dan Pakatan Rakyat dijangka menggunakan isu krisis dalam politik dan pentadbiran negeri Perak sebagai isu untuk berhadapan dengan Umno dan BN, selain serangan terhadap personaliti presiden baru Umno.
Umno sejak pagi ini telah menunjukkan kesungguhannya menggunakan apa yang disifatkan sebagai penderhakaan terhadap raja oleh Nizar selain isu-isu lain seperti pengaruh kuat DAP dalam pentadbiran negeri untuk memenangi hati pengundi Melayu.
0 comments Labels: Perak, PRK, siasahdaily
Shahrir letak jawatan menteri
| Malaysiakini |
| Mar 27, 09 12:27pm |
| Setelah tewas semalam, Datuk Shahrir Abdul Samad akan mengemukakan surat peletakan jawatannya sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, Rabu ini. Beliau akan mengemukakan surat tersebut dalam mesyuarat mingguan kabinet pada hari berkenaan, lapor the Star. Shahrir gagal mempertahankan kerusi Majlis Tertinggi yang ditandinginya dalam pemilihan Umno semalam. Selain mereka berdua, lima timbalan menteri dan empat menteri besar turut tewas dalam pertandingan sengit itu. Shahrir yang juga ketua Umno bahagian Johor Bahru berkata, keputusannya untuk meletak jawatan itu adalah muktamad. PM: Itu pilihah Shahrir |
0 comments Labels: malaysiakini, tolak BN
MIC tidak relevan lagi untuk kaum India
| Mohd Sabri Said Sun | Mar 29, 09 | 6:43:51 pm MYT | |
| Berdepan dengan 14 calon dalam pilihan raya kecil Dun Bukit Selambau tidak menggerunkan untuk calon Pakatan Rakyat, daripada KeADILan, S. Manikumar walaupun dianggap baru dalam arena politik negara. Malah beliau dengan tenang seolah seperti ahli politik veteran dapat menjawap dengan tenang segala persoalan wartawan selepas pencalonan pagi tadi. Ikuti wawancara wartawan Harakah, Mohd Sabri Said terhadap calon Pakatan Rakyat di Dun Bukit Selambau ini.
Harakah: Apa perasaan saudara bilamana diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat mewakili Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)? Manikumar: Saya rasa sangat gembira kerana Penasihat Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim memberi mandat sepenuhnya untuk saya memperjuangkan hak-hak bangsa Malaysia keseluruhanya dan saya rasa terhutang budi pada beliau dan saya akan cuba membawa impirasi parti kita untuk memperjuangkan manefesto Pakatan Rakyat yang sedia ada. Apakah langkah pertama sekiranya ditakdirkan anda memenangi pilihanraya kecil ini? Sebagai langkah pertama saya akan wujudkan visi untuk jangkamasa panjang di mana dalam visi itu saya akan sematkan beberapa misi mungkin lima atau enam misi untuk dibawa ke pucuk pimpinan di Kedah untuk diamati bilakah boleh dilaksanakan satu persatu mengikut keadaan atau fasa demi fasa secara positif. Kebanyakan kaum India di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau masih ketinggalan dari pembangunan sebenar. Jadi apakah yang saudara akan bangkitkan membela mereka? Memang tidak dinafikan di mana sahaja masyarakat India masih ketinggalan jauh berbanding kaum lain di Malaysia tidak ketinggalan juga di Dun Bukit Selambau. Itulah yang saya nak memperjuangkan sekiranya dipilih sebagai calon di situ. Selama ini MIC di bawah payung Barisan Nasional (BN) nyata tidak mampu lakukan secara terbaik untuk mengubah nasib golongan India sebaliknya lebih memperkayakan diri sendiri. Contohya Rang Undang-Undang Sekolah Tamil begitu Rang Undang-Undang tubuh kuil semua benda ini masih tidak ada lagi satu dasar serta polisi yang kukuh dalam kerajaan. Dalam Belanjawan negara sendiri tiada apa-apa yang diberikan kepada orang India cuma sekadar satu persen sahaja dalam ekuiti negara kita. Walaupun itu dikatakan hasil tindakan Kerajaan Pusat namun ia memberi impak kepada Kerajaan Negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri termasuk Kedah. Kerajaan BN tidak laksanakan beberapa pendekatan walaupun memerintah melebihi 50 tahun berbanding Pakatan Rakyat berjaya menonjolkan beberapa peluang secara berpadu sepanjang setahun memerintah. Maka, saya yakin Pakatan Rakyat boleh menonjol dalam hal ini berbanding pengaruh MIC atau BN selama ini. Bagi pandangan saudara adakah MIC masih releven masa kini? MIC saya rasa tidak lagi releven untuk kaum India kerana ia sudah jauh menyimpang daripada kehendak asal. MIC seolah bertuankan Umno sahaja. Apa kata Umno mereka akan angguk walaupun ia melibatkan pembaharuan yang dikehendaki. Berhadapan dengan situasi 13 calon bebas apakah yang saudara akan lakukan? Rakyat sudah tahu buat pilihan sendiri yang mana betul atau sebaliknya. Masuklah banyak mana sekali pun calon bebas, mereka akan buktikan untuk kepentingan rakyat Malaysia. Apa nasihat pada pengundi di Bukit Selambau? Apa yang boleh saya mengutarakan bahawa perjuangan yang diterokai adalah perjuangan keseluruhan tidak kira Melayu, Cina dan India di mana yang paling penting pengukuhan sesama kita. Mungkin Bukit Selambau menjadi titik permulaan untuk tujuan masyarakat bangsa sepenuhnya. - mks. _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, MIC
Sejarah: 15 calon rebut Bkt Selambau!
| Malaysiakini |
| Mar 29, 09 9:34am |
| Tiga pilihanraya kecil berjalan serentak hari ini bagi kawasan-kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak. Penamaan calon yang bermula jam 9 pagi tadi telah disahkan selepas lima bantahan ditolak di ketiga-tiga kawasan tersebut. Seramai 55,562 pemilih akan menentukan pertarungan sengit antara BN dan PAS - yang dianggap "pungutan suara" terhadap kepemimpinan baru kerajaan bawah Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kuasa kontroversi di Perak sewaktu Mohamad Nizar mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat. Kekosongan kerusi PAS ini akibat kematian wakil rakyatnya Roslan Shaharum tidak lama selepas kemuncak krisis politik tersebut awal bulan lalu. Calon bebas Johnny Chuat menarik diri daripada penamaan calon dan didakwa menyokong calon PKR. Seramai 8,006 pemilih akan menentukan nasib kedua-dua calon ini. Kerusi Batang Ai dikuasai BN sebelum penyandangnya Datuk Dublin Unting meninggal dunia. Di Bukit Selambau, calon-calon BN Datuk S Ganesan (MIC) dan PKR S Manikumar dihimpit 13 calon bebas yang telah menyerahkan borang pencalonan. Calon-calon bebas: L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang. Arumugam asalnya menang atas tiket bebas tetapi kemudian memilih parti itu sebelum dilantik menyertai majlis mesyuarat kerajaan negeri. Tempoh penyerahan borang selama sejam tamat jam 10 pagi dan tempoh bantahan tamat sejam kemudian. Tiada bantahan dibuat di pusat penamaan calon Bukit Selambau di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani - menjadikan 15 calon semuanya cuba memenangi hati lebih 35,000 pengundi DUN tersebut. Naib Presiden PKR Azmin Ali yakin kehadiran begitu ramai calon bebas tidak akan menggugat partinya dalam usaha mempertahankan kerusi tersebut. Ketiga-tiga pilihanraya ini diadakan serentak pada 7 April ini. |
0 comments Labels: malaysiakini, Perak, PRK
Koleksi Video - Laungan KJ rasuah menyambut kemenangan.
OK - Ketua pemuda rasuah?? beruk betul!!!
0 comments Labels: KJ beruk, koleksi video