+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, May 6, 2008

'Harga Uniform Parlimen RM1,500' - Zulkifli Noordin

Harakahdaily

Azamin Amin

Tue | May 06, 08 | 2:52:31 pm MYT

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - "Demam kalau kena bayar sendiri...nasib baik Parlimen yang bayar..tapi saya ingat ini semua membazir wang rakyat sahaja."

Demikian bicara santai Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin ketika menceritakan soal harga pakaian atau uniform Parlimen yang lebih dikenali sebagai baju istiadat (No. 1 Dress) dalam blognya.

Menurut blognya itu, harga sepasang pakaian itu bagi seorang ahli Parlimen berjumlah RM1,500 dan Parlimen membelanjakan kira-kira RM333,000 untuk tujuan itu bagi pakaian sejumlah 222 ahli Parlimen.

Harga bagi baju dan seluar sahaja membabitkan harga RM700 manakala 'appollete & geogette' yang terletak di bahu dan kolar baju berharga kira-kira RM600.00.

"Kalau beli songkok kosong di Mydin harganya hanyalah RM13 tetapi bila tambah riben kuning dengan lencana Parlimen..praappp..jadi RM120," katanya secara berseloroh dalam blognya itu.

"Saya ingat kalau makcik-makcik yang keluar dalam rancangan 'BersamaMu' itu tau harga uniform ni mau dia 'tempeleng'...," katanya.

Berikut adalah senarai harga baju parlimen terbabit:-

1.- Baju RM 450
2.- Seluar RM 250
3.- Songkok RM 120
4.- Appollette/Geogette RM 600
5.- Butang RM 80
Jumlah RM 1500 ( x 222 Ahli Parlimen) = RM 333,000.00

Bagi waterlily yang mengahantar komen dalam blog beliau menyatakan rasa sungguh kecil hati berhubung harga pakaian terbabit.

"Gaji saya juga bawah paras RM600 tanpa KWSP.Alahai YB.Bukan salah YB pun. Sekadar ikut protokol yang direka-reka," katanya.

Manakala Hanif Amran memuji tindakan Zulkifli yang mendedahkan hal terbabit.

"Bestla YB cerita 'detail' hal parlimen ni sampai ke baju yang selama ni orang tak tau. Mahal betul baju tu...," katanya.

Malah ada pemberi komen secara sinis mempersoalkan pihak mana yang mendapat keuntungan besar hasil kontrak membuat baju parlimen terbabit.

Dalam pada itu Zulkifli kini menyedari kewajaran Almarhum Tun Zahir membina mini zoo sebelum ini di Parlimen.

"Dulu saya ingat membazir..tapi saya ingat Almarhum ada maksud tersirat..dia nak peringatkan Ahli Parlimen jangan jadikan Parlimen macam zoo," katanya. - mks.


cerita YB Zulkifli Noordin di sini.

Read More...

Amy Search: Dari rockers ke pusat tahfiz

Siasah daily

Tuesday, May 6, 2008

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Percaya atau tidak, penyanyi rock terkenal Amy Search, akan membuka sebuah maahad tahfiz bernilai RM3 juta di Johor tidak lama lagi?


Tetapi itulah yang sedang dirancangkan oleh Amy sekarang.

Bagi mempastikan ia menjadi kenyataan, Amy telah memberikan penerangan secara sepintas lalu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkunjung ke kedai makannya, Restoran makanan Cina Islam Cheng Ho di Wangsa Maju baru-baru ini.

Amy menunjukkan kepada Nik Aziz model pelan pusat tahfiz yang beliau rancangkan itu.
"Mana masjidnya?" tanya Tok Guru Nik Aziz.

"Ini dia pelannya tok guru," kata Amy memberikan penerangan tentang reka bentuk pusat tahfiz yang bakal dibina melalui yayasan yang beliau tubuhkan itu.

Selepas melihatnya, Nik Aziz membacakan doa, moga-moga cita-cita penghijrahan Amy berjaya.
Amy mula berubah selepas menunaikan umrah tahun lalu. Beliau ke sana selepas berjaya dalam samannya terhadap sebuah syarikat rakaman.

Selepas itu, perlahan-lahan Amy dilihat berubah dan pembukaan kedai makanan Cina Islam Cheng Ho antara titik penting perubahan Amy.

Sebelum ini, Amy berduet dengan kumpulan Rabbani merakamkan lagu ketuhanan.

Kini, perubahan lebih besar sedang dirancang Amy bersama isterinya yang merasakan cinta mereka berdua semakin mantap sepanjang di tanah suci walaupun sudah beranak dua ketika itu.

Read More...

Siapa sebenarnya tentukan harga beras negara?

Harakahdaily

Roy Rasul

Tue | May 06, 08 | 8:05:04 pm MYT

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Persoalan penting yang ditimbulkan Salahuddin Ayub (PAS - Kubang Kerian) dalam menangani kenaikan harga beras ialah siapakah yang sebenarnya menentu harga beras negara?

Beliau yang berucap dalam satu usul tergempar di Dewan Rakyat petang ini berkata ini disebabkan Bernas diberi tanggungjawab antaranya lesen atau pun keizinan untuk megimport beras daripada luar negara.

"Dato' Yang Di-Pertua berdasarkan kepada pengwujudan Bernas ini ini saya ingin memberikan satu soalan yang penting dalam dewan yang mulia ini.

"Siapakah yang sebenarnya menentukan harga beras dalam negara kita, adakah Bernas telah menunaikan tanggungjawab besar ini ataupun Bernas menjadi sebuah badan korporat yang berorentasikan keuntungan semata-mata dan melupakan tanggungjawab asal penubuhaan mereka iaitu untuk menjaga memelihara dan menentukan bekalan beras yang cukup dalam negara kita supaya rakyat dalam negara ini mampu untuk membeli makanan asas atau ruji dalam negara kita," katanya.

Katanya rakyat berhadapan dengan isu kenaikan harga beras di pasaran dan tentu menjejaskan kedudukan mereka yang berada di luar bandar dan mereka yang berpendapatan rendah.

Tegasnya kerajaan tidak boleh mengambil faktor global, pemanasan global, berlakunya bencana alam di peringkat global sebagai alasan paling kukuh untuk mengelakkan diri daripada memantau harga beras di pasaran.

Hujah itu katanya, tidak mungkin melahirkan kerajaan yang cukup berintegriti dan kreadibiliti untuk menjawab persoalan besar yang dihadapi rakyat.

"Saya ingin mendapat kepastian adakah Bernas yang bersama dengan syarikat dikenali sebagai CBUD difahamkan ada satu ratus satu syarikat.

"Kemudian seratus bukan bumiputera dan hanya satu adalah bumiputera yang mewujudkan edaran beras nasional menunaikan tanggungjawab sosialnya untuk menentukan harga beras ini dapat dikekalkan atau diselaraskan berdasarkan kemampuan rakyat dan juga memastikan bekalan ini cukup atau tidak pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata jika hanya menjadikan alasan pemanasan global, bencana alam dan sebagainya ia hanya alasan untuk mengelakkan diri.

Bagaimanapun katanya, Bernas tidak pernah melakukan suatu tindakan yang proaktif untuk menjangka apakah kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku.

Malah tambahnya, masyarakat tidak menyedari bahawa stok dalam negara sebagaimana dilaporkan hanya mampu bertahan tiga bulan saja sekiranya negara-negara pengeksport beras dunia tidak lagi mengeksport beras ke dalam negara.

"Oleh itu sebagaimana saya jelaskan sebentar tadi pertanyaan yang penting dijawab kementerian apakah sistem pengeluaran dan sistem pengedaran tidak dipantau sebelum isu kenaikan harga beras ini berlaku.

"Jika sebelum ini sistem itu wujud apakah pihak kerajaan tidak dapat mengenal pasti masalah kenaikan harga akan berlaku dan bekalan mencukupi atau disebaliknya," katanya.

Beliau juga persoalkan mengapa kerajaan tidak menyelaras pelbagai kementerian penting seperti Kementerian Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna, Miti, Kementerian Pertanian dan Asas Tani dalam urusan bekalan dan harga beras negara.

Selain itu katanya, kerajaan telah umumkan stok pengimbal makanan tetapi di manakah stok itu disimpan dan berapa banyak stok simpanan beras diwujudkan bagi setiap masa.

Katanya, pergerakan dan keperluan beras di setiap negeri sepatutnya sudah diketahui.

Beliau juga meminta kerajaan menyiasat dengan serius punca sebenar kenaikan harga beras dan isu kekurangan bekalan sama ada berpunca dari sindikit menyorok.

Ini katanya, pengguna sudah mula panik dengan membeli bekalan melebihi dari sepatutnya jadi bagaimana kerajaan akan menangani isu tersebut.

Sementara itu pagi tadi Yang Di-Pertua Dewan Rakyat menerima usul Salahuddin yang mencadangkan mesyuarat ditangguhkan bagi membolehkan dewan merundingkan dan membincangkan isu berkaitan harga beras di seluruh negara apabila mencatatkan kenaikan mendadak antara 15 peratus hingga 40 peratus baru-baru. - mks.

Read More...

Moggie told: Why coal when Sabah has gas?

Daily Express

Kota Kinabalu: Deputy Chief Minister Datuk Raymond Tan Shu Kiah believes natural gas is the best alternative to coal to meet the rising demand for power supply in Sabah.

Responding to remarks by Tenaga Nasional Berhad (TNB) Chairman Tan Sri Leo Moggie that there was no other choice than but coal to produce power, Tan insisted that natural gas was still the best bet.

"The Federal Government is aware of the situation here in Sabah and there is general consensus that gas is still the preferred choice," he said, in a statement here, Monday.

"Petronas has piped gas on shore for Sabah and their views to provide gas for the State to generate power should be given due consideration."

He pointed out that even if plans for the coal plant went ahead, it would not be ready to supply power by 2010, as the plant will take a longer time to be implemented. "We have to address immediate needs."

Tan, who is also Infrastructure Development Minister, said apart from new technologies, the Sabah Government has to take into account other aspects, especially locations, as the State is earmarked for development under the Sabah Development Corridor (SDC).

"TNB need not engage themselves in a debate in the press on the use of coal as fuel for power plants.

"It will be better to invite the views of NGOs like Sabah Environmental Protection Association (Sepa) and engage them in the deliberation of clean coal technology," he said.

He stressed that TNB should assist the State Government to provide assurances to visitors and investors on sufficient power supply in Sabah.

"In the short term, there is need to ensure supply is reliable both in the West and East Coast of Sabah. We may need additional IPPs (Independent Power Plants) and better if powered by gas," Tan said.

"The Federal Minister concerned, Datuk Shaziman Abu Mansor had made the announcement but it was not adequately highlighted. Surely the East-West grid is important to enable supply to be sent to the East from the West Coast."

"TNB has made assurances in the past that this grid will help to provide additional supply to the East and over the last six months, not much complaints were heard in the East Coast," he explained.

He reiterated that it is TNB's responsibility (through its subsidiary Sabah Electricity Sdn Bhd) to ensure that distribution and not just production is reliable.

"In fact, quite a lot of fund is used to improve the distribution network in the East Coast. SESB needs to reduce the rate of interruptions, which in Sabah has been abnormally high," Tan said.

"TNB has a more important role to play in building public confidence now.

TNB together with the State and Federal governments shall address the supply of power in Sabah as envisaged in the SDC."

Read More...

Apa jadi dengan Khairy dan 'Beruk'?

Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob

Tue | May 06, 08 | 12:02:01 pm MYT


Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin kini sudah bergelar Yang berhormat yang mewakili Parlimen Rembau di Dewan Rakyat berikutan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu.

Di Dewan Rakyat kini tempatnya untuk beliau menunjukkan aksinya yang akan diperhati ramai ahli Parlimen terutamanya dari Pakatan Rakyat yang sebelum ini 'bosan' dengan sikap menantu Perdana Menteri ini sebelum menjadi Yang Berhormat.

Lebih-lebih lagi seingat penulis pada tahun 2007 ketika heboh rakyat bercakap tentang Himpunan Aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendapat gelaran 'beruk' dari Khairy.

Khairy membuat kenyataan tersebut ketika menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap perhimpunan Bersih yang diadakan tiga hari selepas perhimpunan agung tersebut.

"Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalan raya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihan raya umum," kata Khairy ketika berucap menggulung perbahasan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC tahun lalu.

Kini Khairy berhadapan dengan satu realiti dalam hidup sebagai seorang wakil rakyat.

Pentas Dewan Rakyat adalah pentas terbuka yang mendedahkan beliau kepada perkara-perkara yang pernah diperkatakan terhadapnya sebelum ini.

Sebagai menantu perdana menteri, sebelum ini beliau dilihat cukup mudah mencari 'escapisme' untuk lari dari apa yang pernah diucapkan dengan bapa mertuanya membelanya.

Ini termasuk sokongan yang diterimanya daripada kenyataan bapa mertuanya itu berhubung himpunan Bersih yang mana Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu turut terheret dengan bahasa kesat dengan berkata 'saya pantang dicabar'.

Kesannya, rakyat turun beramai-ramai dalam himpunan Bersih bagi membuktikan bahawa 'rakyat pantang dicabar oleh seorang Perdana Menteri yang mengikut telunjuk menantunya'.

Lebih 100,000 membanjiri sekitar jalan raya dari Masjid Jamek hingga ke Masjid Negara menuju ke Istana Negara dalam himpunan aman anjuran Bersih.

Bermula daripada detik itu, beberapa siri himpunan aman termasuk Hindraf dan sebagainya mendapat sokongan padu dari rakyat jelata terutama yang terhimpit dengan sistem yang diamalkan kerajaan BN.

Dalam pada itu Khairy terus-menerus disebut sebagai pihak yang banyak mempengaruhi Abdullah dalam membuat keputusan, termasuk dalam hal-hal yang membabitkan dasar dan kepentingan negara.

Hal ini ditegaskan berulang kali oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadikan Khairy 'seteru' utamanya hingga kini.

Dalam hal-hal yang membabitkan keputusan menetapkan calon-calon BN bagi pilihan raya umum lalu Khairy juga disebut-sebut antara pihak yang memainkan peranan menyumbang kepada kemerosotan teruk undi BN.

Mana tidaknya, topik utama perbincangan ahli-ahli Umno dan BN selepas mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya 8 Mac lalu ialah, hubung kait antara perancangan Khairy dan bapa mertuanya yang menjadikan Umno/BN semakin hancur.

Gelodak politik yang diakibatkan oleh dua insan ini adalah sesuatu yang perit kepada Umno sendiri memandangkan kini Umno semakin berpecah kerana dua faktor ini.

Orang yang menjadi sasaran dari dalam dan luar Umno hanyalah Khairy dan Abdullah hingga ramai yang mahu mereka berdua secara jujur mengakui kesilapan perancangan semasa pilihan raya umum lalu.

Kini Khairy menjadi fokus terhadap permasalahan sekeliling yang melingkari Umno.Fokus tertumpu kepada Khairy, dan isu pertama yang dihadapi antaranya ialah menjawab beberapa kenyataan 'pedas' nya dahulu hingga melabel rakyat sebagai 'Beruk'.

Di Dewan Rakyat minggu lalu, Khairy telah diserang oleh Gobind Singh Deo (DAP Puchong) yang mencabar Khairy memohon maaf terhadap kenyataan yang dibuatnya itu pada 7 November tahun lalu di perhimpunan Pemuda Umno.

Namun Khairy dalam jawapannya semasa bertemu wartawan semalam (5 Mei)tidak mahu memohon maaf sebaliknya hanya mengucapkan 'tiada komen dan terima kasih'.

Mungkin beliau merasakan tiada masalah dengan apa yang pernah diperkatakannya kepada rakyat pada 7 November lalu, namun bagi rakyat ia adalah 'luka' yang menjadi nanah yang menyebabkan kerajaan BN tumbang di lima negeri pada pilihan raya umum lalu.

Ataupun Khairy kini mula berfikir bahawa himpunan aman sedemikian rupa sebenarnya wajar dalam negara Demokrasi tatkala sesuatu parti menjadi parti pembangkang di sesebuah negeri atau negara.

Hakikat di Pulau Pinang, berlaku himpunan aman anjuran NGO dan Umno negeri yang menentang beberapa dasar yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang dikepalai DAP di sana.

Namun tiada singgah pun perkataan 'beruk' daripada mulut Khairy terhadap kelompok ini hanya kerana mereka adalah kelompok Umno yang hilang kuasa di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum lalu.

Secara sedar atau tidak tindak tanduk Khairy sedikit sebanyak sebenarnya menyumbang kepada faktor kekalahan itu dan ia disebut berulang kali oleh Dr Mahathir dan beberapa tokoh lain dalam Umno/BN.

Hari mendatang di Dewan Rakyat bukan satu jaminan kepada Khairy untuk sentiasa selamat selagi bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri.

Khairy mungkin akan berhadap dengan lagi kecaman, dan teguran berikutan sikapnya sebelum ini.Awas banyak mata yang memerhatikan pergerakan beliau termasuk kalangan media dan pemerhati politik.

Mungkin selepas ini perkataan 'Beruk' yang pernah dilontarkannya kepada rakyat yang berhimpun, akan dipulangkan semula kepadanya di Dewan Rakyat oleh kalangan ahli Parlimen. - mks.

Read More...

Pembelian Sukhoi Dan Scorpene Ikut Tatacara Kontrak, Kata Najib

Bernama

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rundingan perolehan bagi pesawat Sukhoi SU30MKM dan kapal selam Scorpene oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat kelulusan daripada semua peringkat serta mematuhi Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Katanya rundingan mengikut prosedur itu melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian dibuat bagi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM.

"Semuanya telah diperiksa oleh agensi pusat sebelum kita menandatangani kontrak tersebut.

"Janganlah kita membuat tuduhan melulu, (sebaliknya) mesti fokus pada fakta sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pekerja dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pertahanan di sini, Selasa.

Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Dewan Rakyat semalam yang meminta kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat rundingan perolehan kapal selam Scorpene dan pesawat Sukhoi.

Sementara itu Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media berhubung perolehan kapal selam Scorpene dan pesawat Sukhoi berkata rundingan perolehan itu turut dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut.

Menurut kementerian itu semua terma-terma dan kelulusan untuk rundingan terus telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan kontrak hanya ditandatangani selepas kelulusan Kementerian Kewangan.

Kenyataan itu berkata dakwaan Dr Wan Azizah bahawa kerajaan membayar komisen sebanyak RM540 juta kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda berhubung pembelian kapal selam Scorpene adalah tidak berasas kerana tiada sebarang komisen dibuat.

"Ini kerana perolehan kapal selam dibuat secara rundingan terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan dengan syarikat pembuat iaitu ARMARIS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing," katanya.

Kementerian Pertahanan turut menjelaskan Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang didakwa menerima komisen sebenarnya hanya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi untuk tempoh enam tahun dan nilai kontrak sebanyak EURO 114.96 juta itu dibayar secara berperingkat mengikut kemajuan pelaksanaan projek.

"Syarikat ini adalah kerjasama dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan akaun syarikat itu diaudit dan semua pihak boleh melihat akaun syarikat tersebut," katanya.

Mengikut kenyataan itu, skop sokongan Perimekar ialah menyediakan kemudahan dan kelengkapan serta insurans kesihatan bagi 27 keluarga pasukan projek di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun.

Katanya syarikat itu juga menyediakan pejabat urusan dan kediaman beserta kelengkapan bagi krew kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia seramai 156 orang untuk tempoh empat tahun di Perancis, menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga yang terlibat, membayar elaun harian dan krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang pula untuk tiga tahun kedua.

Perkhidmatan kordinasi pula antaranya melibatkan tanggungjawab memastikan penyertaan Syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia berpotensi untuk menyertai "off-set" dan menyelaras latihan krew kapal selam.

Mengenai perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM pula, Kementerian Pertahanan berkata perolehan dibuat secara rundingan terus dengan Rosoboronexport, syarikat milik negara Rusia.

"Syarikat Rosoboronexport telah melantik sebuah syarikat tempatan untuk memudahkan urusan mereka di negara ini dan kementerian ingin menegaskan urusan perniagaan antara syarikat Rusia dan syarkat tempatan yang dilantik adalah merupakan urusan perniagaan biasa semata-mata dan sama sekali tidak melibatkan kerajaan Malaysia."

-- BERNAMA

Read More...

Poster Hari Ini - Walking Tall with RPK!

Mob's Crib

Tuesday, May 06, 2008

Walking Tall with RPK!



From the AWESOME RESPONSE I witnessed this morning at Malaysia-Today.
HIDUP RPK! HIDUP RAKYAT!


Read More...

Full telecast will cost govt RM100,000 a day

6 May 2008

FULL telecasts of Parliament sittings will cost the government RM100,000 a day, Information Minister Datuk Ahmad Shabeery Cheek said yesterday.

He said this in a written reply to questions by Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) and Dr Mohd Hatta Md Ramli (Pas-Kuala Krai).

Shabeery said the move to telecast the proceedings of the Dewan Rakyat starting from April 30 without any vetting was proof of the openness and transparency of the government in line with the country's democratic practice.

"The current 30-minute live telecast during the question and answer session was also broadcast by Radio Klasik and is streamed live through the ministry's web portal," Ahmad Shabeery said.

He added that his ministry was prepared to extend the live telecast to cover the debates provided there was positive feedback from the people. Ahmad Shabeery said he was pleased with the way the Members of Parliament had conducted themselves yesterday during Question Time compared to the much maligned session last Wednesday.

The Information Ministry last week threatened to stop the telecast when only three questions were dealt with in the one and half hours allotted for the question and answer session, which was overshadowed by shouting and name calling among the MPs. Shabeery said it was too early for the government to decide to extend the live telecast based on a single day's sitting that went smoothly.

"For the time being, the trial run is still on going. "There is still another two or three weeks for the sitting to go on. "We will decide after that," he said.

He said the criteria for continuing the live telecasts was that it must be for the betterment of the country and the people. "We do not mind the elected representatives being rowdy when it comes to debating or discussing issues which are relevant. "Not like last time (last Wednesday) where, they were only discussing standing orders and trivial matters."

Meanwhile, Liew in a separate statement said the decision to broadcast parliamentary proceedings should be left to MPs to decide through the parliamentary select committee. "Ahmad Shabeery should bear in mind that MPs are not schoolboys and should not be treated in a patronising manner. "It is also presumptuous of the minister to denigrate his parliamentary colleagues in such a manner."

Liew suggested that the live telecast be extended to the full one and half hours of the question and answer session. He said the ministry should allocate a dedicated radio frequency and Internet portal to carry the entire proceedings.

Read More...

Enggan diikatjamin: Raja Petra ditahan di Sg Buloh

Malaysiakini

May 6, 08 11:45am

Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hari ini dihadap di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan menghasut berhubung artikel yang ditulis dalam blognya.

Artikel tersebut didakwa mengaitkan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dalam pembunuhan seorang wanita muda Mongolia.

Raja Petra minta dibicarakan. Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today.

Kes tersebut akan didengar pada 6 hingga 10 Oktober depan dan Raja Petra dibenarkan ikatmain RM5,000.

Beliau bagaimanapun enggan membayar ikatjamin dan ditahan di Penjara Sungai Buloh, sehingga tarikh kesnya bermula.

raja petra court case 060508 petra arrestedKertas tuduhan itu memuatkan sembilan perenggan dalam artikelnya yang didakwa berunsur hasutan.

Pendakwaan dibuat oleh timbalan pendakwaraya Nordin Hassan manakala Raja Petra diwakili oleh sepasukan enam peguambela yang diketuai oleh Karpal Singh.

Malam tadi, beliau diminta menyerah diri di kompleks mahkamah Jalan Duta pada jam 9.30 pagi ini untuk menghadapi tuduhan menghasut.

Ketika beliau sedang menunggu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur apabila menerima panggilan telefon dari pihak polis pada kira-kira jam 10.20 pagi supaya hadir di mahkamah Petaling Jaya.

Bercakap kepada pemberita di komplek mahkamah Jalan Duta pagi tadi, Raja Petra mendakwa, beliau menjadi mangsa pendakwaan politik.

Katanya, beliau tahu mengenai gesaan yang dibuat oleh seorang pemimpin Umno dari Petaling Jaya (Utara) kira-kira tiga minggu lalu yang mahu "mereka mencari jalan untuk menangkap saya".

Berita mengenai kes Raja Petra itu cepat tersebar malam tadi dan pagi ini orang ramai berkumpul di kompleks mahkamah sebagai tanda sokongan terhadapnya.

Turut hadir ialah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Ronnie Liu serta ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Jumaat lalu, Raja Petra dipanggil memberi kenyataan kepada polis berhubung artikel dalam blognya, Malaysia Today dua minggu lalu berkaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pada 25 April, Raja Petra menyiarkan satu artkel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' dalam blognya, Malaysia Today. Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi itu.

Najib kemudiannya menafikan perkara itu melalui setiausaha akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Rosmah juga telah menafikan dakwaan terhadapnya itu.

Perbicaraan kes pembunuhan Altantunya sedang berjalan di Shah Alam.

Read More...

Hubungan Istana Perak dan MB baik, media cuba polemikkan

Harakahdaily

Azamin Amin

Tue | May 06, 08 | 12:25:07 pm MYT

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sekali lagi diuji dengan 'asakan' dan 'cabaran' pihak tertentu yang dilihat cuba menghebahkan kepada rakyat.

Kini kerajaan pakatan sengaja dipertontonkan kepada rakyat seolah-olah wujud ketegangan antara pihak Istana dengan Menteri Besar Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Walhal isu itu berkaitan formaliti dan prosedur yang sepatutnya dipatuhi oleh Nizar dalam perkara membabitkan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Dato' Jamry Sury.

Mengulas lanjut hal itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi berkata isu 'kesilapan' teknikal itu cuba diperbesar-besarkan dan dipolemikkan oleh sesetengah media milik kerajaan yang mahu mempamerkan seolah-olah Nizar membelakangi kuasa Istana.

Sedangkan pertukaran Jamry telah dimaklumkan Menteri Besar Perak kepada Sultan Perak sewaktu perasmian Mahkamah Syariah Ipoh pada 30 Mac lalu.

"Cuma Tuanku minta rujuk kepada Yang Dipertua Majlis Agama Perak iaitu Raja Muda Raja Nazrin Shah.

"Dan Raja Muda menegur Nizar dari sudut formaliti dan perlu mengikut prosedur yang betul. Itu sahaja dan hubungan Istana amat baik sama ada dari segi tugasan mahupun peribadi tidak menghadapi sebarang masalah seperti yang cuba digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak," katanya yang juga seorang peguam.

Beliau turut mendakwa bahawa pertukaran Jamry iaitu merupakan proses pertukaran biasa yang dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan negeri kepada para pegawainya.

Ianya tidak melibatkan soal turun pangkat mahupun pemecatan daripada jawatan, katanya.

"Pada awal penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak memang berlaku beberapa pegawai yang enggan bekerjasama dengan Menteri Besar malah mahu meletakkan jawatan ataupun ditukar ke tempat lain.

"Justeru kerajaan negeri telah mengambil langkah terbaik menangani masalah-masalah individu yang tidak mahu memberikan komitmen kepada kerajaan yang baru," katanya.

Berhubung dengan kenyataan ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, beliau sekadar menyatakan bahawa itu merupakan hak beliau untuk memberi pendapat dan enggan mengulas lanjut.

"Kita tidak mahu melatah setiap isu yang dimainkan oleh pihak media atau pihak-pihak tertentu kerana ianya akan mensensasi perkara yang tidak pun seperti yang digambarkan," katanya yang juga merupakan AJK PAS Pusat./wann

Read More...

Mustahil Pakatan Rakyat sedia setiap pelajar IPT biasiswa

Mstar Online

06-05-2008 01:50:27 PM
oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

KUALA LUMPUR: Pemberian biasiswa untuk setiap pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mustahil dapat dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat berdasarkan pada realiti semasa, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Tegas beliau, jika sumber kewangan hanya digunakan untuk menampung biasiswa pengajian tinggi, kerajaan tidak akan mempunyai wang untuk menjana bidang-bidang lain.

“Jika dulu, mungkin boleh kerana IPT di negara kita hanya ada satu atau dua tetapi sekarang kita sudah ada 20 IPT awam dan 37 IPT swasta.

“Justeru, kalau semua wang diguna untuk biasiswa pelajar IPT, kerajaan sudah tidak ada wang yang cukup untuk membangunkan ekonomi.

“Kesannya nanti, apabila pelajar sudah tamat pengajian mereka, dalam ekonomi yang tidak membangun, mereka nak kerja apa pula?” kata beliau selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Inovasi Pendidikan di sini, hari ini.

Beliau berkata, banyak perkara yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dan mereka tidak mampu melaksanakan semuanya termasuklah pendidikan percuma untuk semua.

“Banyak benda yang dijanji dan sudah tentu tidak mampu untuk dilaksanakan kerana banyak pertimbangan yang perlu dilakukan.

“Dulu mereka tidak terlibat, jadi mereka boleh buat janji. Sekarang mereka kena menghadapinya,” kata Khaled.

Awal bulan lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan konsep pendidikan percuma yang dilaksanakan Kerajaan Pusat pada masa sekarang dengan alasan ia masih membebankan ibu bapa.

Sebaliknya, kata beliau, pakatan pembangkang sedang berusaha untuk memberi cadangan kepada kerajaan supaya mewujudkan dasar pendidikan percuma dari peringkat tadika hingga pengajian tinggi di IPT awam.

Sementara itu, dalam ucapannya, Khaled berkata, bidang pendidikan negara memerlukan inovasi dalam menghadapi cabaran sedia ada.

“Perubahan yang berlaku dalam persekitaran sama ada di dalam atau luar negara menuntut kita untuk melihat semula soal pendidikan dan inovasi yang perlu dilakukan.

“Jika dahulu, membaca, mengira dan menulis sahaja sudah mencukupi tetapi kini pelajar perlu menguasai kecekapan lain selaras dengan kehendak semasa.

“Justeru, seminar tiga hari ini akan menjadi medan untuk membincangkan masalah yang menghalang sesuatu pembaharuan itu gagal dilaksana dan melihat kejayaan di negara-negara lain untuk dijadikan sebagai rujukan,” katanya.

Read More...

Keuntungan Petronas harus diagihkan kepada keluarga miskin

Harakahdaily

Azamin Amin

Tue | May 06, 08 | 9:21:58 am MYT


KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Petronas yang terus mencatatkan keuntungan besar berikutan kenaikan harga di pasaran antarabangsa disarankan agar memberikan separuh daripada keuntungan kasar kepada keluarga berpendapatan rendah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata dengan cara ini Petronas dapat mengelakkan ketirisan dalam pengurusan dana besarnya yang menjalankan projeknya yang kurang efisien dan berkesan.

"Petronas harus memberikan separuh daripada keuntungan kasar RM 80 bilion setahun kepada keluarga berpendapatan rendah.

"Bagi membantu meningkatkan taraf hidup pekerja, kita perlu bersama-sama berkongsi hasil keluaran negara, terutamanya minyak dan gas Petronas," katanya dalam satu perutusan Hari Pekerja yang lalu.

Adalah tidak adil kata Guan Eng Petronas yang mendapat untung besar sedangkan rakyat jelata susah hasil inflasi berikutan kenaikan harga minyak antarabangsa yang mencecah US$120 setong.

"Pekerja-pekerja di Malaysia juga dapat dielakkan dari beban tekanan hidup jika Kerajaan Pusat melaksanakan dasar-dasar yang lebih adil dan baik untuk rakyat.

"Ini termasuk usaha mengurangkan atau menghapuskan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya, menghentikan tindakan menaikkan kadar elektrik dan air serta menyekat kenaikan harga minyak dan gas kerana kita tahu Petronas terus mencatatkan keuntungan besar berikutan kenaikan harga di pasaran antarabangsa," katanya.

Selain itu beliau menyeru agar Kerajaan Pusat memulihkan ekonomi negara dengan segera untuk mengurangkan jurang pendapatan rakyat antara kaya dan miskin.

"Ini boleh dimulakan secara jujur dan ikhlas dengan tidak bersifat dendam terhadap negeri-negeri yang bukan lagi di bawah pentadbiran Barisan Nasional seperti Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan.

"Hanya hubungan harmoni di antara Kerajaan Pusat dan semua kerajaan negeri akan memastikan kaum pekerja terjamin hak dan sentiasa dilindungi," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP. - mks.

Read More...

Tunggu wang ikat jamin: Raja Petra ke penjara

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Wartawan KLpos.com
Selasa, 06 Mei 2008

MEMILIH penjara. Itulah keputusan yang dibuat oleh pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin hari ini selepas dihadap di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan menghasut berhubung artikel yang ditulis dalam blognya.

KLpos dimaklumkan Raja Petra akan berada di penjara sehingga wang ikat jaminnya berjaya dikumpulkan. Kempen mengulpulkan ikat jamin Raja Petra telah dilancarkan di laman blog beliau.

Raja Petra sebelum itu mengaku tidak bersalah minta dibicarakan. Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today.

Artikel tersebut didakwa mengaitkan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dalam pembunuhan seorang wanita muda Mongolia.

Raja Petra minta dibicarakan. Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today.

Kes tersebut akan didengar pada 6 hingga 10 Oktober depan dan Raja Petra dibenarkan ikatmain RM5,000.

Beliau bagaimanapun tidak membayar ikatjamin dan akan ditahan di Penjara Sungai Buloh, sehingga tarikh kesnya bermula.

Kertas tuduhan itu memuatkan sembilan perenggan dalam artikelnya yang didakwa berunsur hasutan.

Pendakwaan dibuat oleh timbalan pendakwaraya Nordin Hassan manakala Raja Petra diwakili oleh sepasukan enam peguambela yang diketuai oleh Karpal Singh.

Bercakap kepada pemberita, Raja Petra mendakwa, beliau menjadi mangsa pendakwaan politik.

Katanya, beliau tahu mengenai gesaan yang dibuat oleh seorang pemimpin Umno dari Petaling Jaya (Utara) kira-kira tiga minggu lalu yang mahu "mereka mencari jalan untuk menangkap saya".

Berita mengenai kes Raja Petra itu cepat tersebar malam tadi dan pagi ini orang ramai berkumpul di kompleks mahkamah sebagai tanda sokongan terhadapnya.

Turut hadir ialah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Ronnie Liu serta ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Jumaat lalu, Raja Petra dipanggil memberi kenyataan kepada polis berhubung artikel dalam blognya, Malaysia Today dua minggu lalu berkaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pada 25 April, Raja Petra menyiarkan satu artkel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' dalam blognya, Malaysia Today. Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi itu.

Najib kemudiannya menafikan perkara itu melalui setiausaha akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Rosmah juga telah menafikan dakwaan terhadapnya itu.

Perbicaraan kes pembunuhan Altantunya sedang berjalan di Shah Alam.

Read More...

Kementah jawab isu Scorpene, Sukhoi

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | May 6, 08 12:12pm

Kementerian Pertahanan hari ini menjelaskan bahawa semua pembelian, termasuk kapal selam Scorpene dan jet pejuang Sukhoi, dijalankan mengikut tatacara pelaksanaan kontrak perolehan peralatan pertahanan negara oleh pegawai-pegawai kerajaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian tersebut menjelaskan, ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa rundingan harga, setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan angkatan tentera Malaysia.

Selain itu, katanya, rujukan juga dibuat kepada pihak Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut.

"Semua terma-terma dan kelulusan untuk rundingan terus, dikemukakan kepada Kementerina Kewangan dan kontrak hanya akan ditandatangani selepas kelulusan kementerian kewangan diperolehi," kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan bertarikh 26 April itu, diedarkan sekali lagi selepas sidang akhbar timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga menteri pertahanan, untuk menjawab kenyataan-kenyataan oleh pihak-pihak tertentu mengenai pembelian Scorpene dan Sukhoi.

Semalam, ketika berucap dalam sidang Parlimen, ketua pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat pembelian peralatan ketenteraan oleh Kementerian Pertahanan.

Wan Azizah memetik pembelian peralatan ketenteraan, khususnya pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM4.5 bilion dan pesawat pejuang Sukhoi bernilai RM3.2 bilion, yang didakwa membabitkan pembayaran komisyen yang besar.

Presiden PKR itu berkata persepsi rakyat ialah ia mungkin bukan bayaran komisyen tetapi rasuah antara pemimpin dan individu yang menerima komisyen tersebut.

Berhubung pembelian kapal selam Scorpene, kementerian tersebut menegaskan dakwaan kerajaan telah membayar komisyen sebanyak RM540 juta kepada Abdul Razak Baginda merupakan satu tuduhan yangt tidak berasas sama sekali.

"Kementerian juga ingin menegaskan bahawa dalam soal perolehan kapal selam scorpene, tidak ada sebarang komisyen dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, seperti yang didakwa.

"Ini kerana perolehan kapal selam telah dibuat secara rundingan terus - selaras dengan tatacara perolehan kerajaan - dengan syarikat pembuat iaitu Armaris (Perancis) dan Navantia (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.

"Sebaliknya, Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang didakwa menerima komisyen, sebenarnya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordianasi untuk tempoh selama enam tahun.

"Nilai kontrak tersebut adalah sebanyak EURO 114.96 juta yang dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut kamajuan melaksanaan projek," tegas kenyataan itu lagi.

Perimekar dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holding Bhd, dan K S Ombak Laut Sdn Bhd.

Read More...

Bantu petani lebih baik dari belanja berbillion beli kapal selam - Wan Azizah

Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob

Tue | May 06, 08 | 9:17:50 am MYT


KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan Permatang Pauh) menegaskan, kerajaan perlu memikirkan bagaimana cara untuk membantu golongan petani bagi meningkatkan hasil padi negara.

"Sepatutnya daripada berbelanja berbillion ringgit untuk kapal selam dan kapal terbang Sukhoi, lebih baik kerajaan memberi tumpuan dalam meningkatkan ransangan bagi sektor pertanian khasnya dalam rangka menjamin pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan rakyat dan juga sebagai persiapan dalam pertahanan negara," ujar Wan Azizah.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Yang DiPertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.

Menurut Wan Azizah, akhir-akhir ini banyak diperkatakan bahawa dunia sedang menghadapi krisis makanan dimana pengeluaran beras dan bahan-bahan makanan lain tidak dapat memenuhi permintaan yang makin meningkat dan menyebabkan harganya melambung tinggi.

Kekurangan berlaku antaranya kerana permintaan yang tinggi terutamanya daripada China dan India, katanya.

Selain itu faktor lain seperti pertambahan penduduk dunia, berkurangnya kawasan pertanian untuk memberi laluan kepada pembangunan hartanah dan industri, kurangnya insentif untuk penerokaan kawasan baru untuk penanaman padi, kekurangan air kerana digunakan untuk industri, cuaca dan kenaikan harga bahan bakar.

"Yang menghairankan, hampir semua negara-negara Asia dapat menghasilkan padi dan beras bagi memenuhi keperluan dalam negara mereka melainkan empat buah negara iaitu Filipina, Bangladesh, Singapura dan Malaysia!," katanya.

"Hatta, negara-negara Asia yang maju industri seperti Jepun, Korea dan Taiwan dapat menghasilkan beras melebihi keperluan dalam negara mereka," katanya.

Kerajaan perlu memandang serius perkara ini dan menjadikan agenda pengeluaran padi dan beras mencukupi untuk keperluan negara, tegas Wan Azizah.

Hal ini perlu dilihat sebagai agenda penting sepertimana Jepun menjadikan pengeluaran padi dan beras sebagai agenda pertahanan negara, katanya.

"Kami menggesa agar usaha yang bersungguh-sungguh, baik bagi peringkat kerajaan persekutuan maupun kerajaan-kerajaan negeri, dilakukan untuk membantu golongan petani dan penanam padi," katanya.

Justeru katanya, peruntukan dana awam harus dijamin untuk program pembinaan keberdayaan masyarakat tani kita bagi menghasilkan pengeluaran makanan yang memenuhi keperluan negara.

Read More...

Isu Jamry - penjelasan dari Nor Azli

Tranungkite

Dilulus terbit pada Tuesday, May 06 @ 13:24:36 MYT oleh greenboc
Komentar Oleh alhusseyn

"

a

Berbagai cara mereka cuba mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat kita ..begitulah apa yang sedang mereka berdua harungi...

KUALA KANGSAR 5 Mei - Satu laporan polis dibuat ke atas penceramah Pas, Nor Azli Musa kerana didakwa menyampaikan ceramah berunsur pembohongan mengenai isu pertukaran serta-merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury. Lihat selanjutnya di sini

Saya serta merta menalipon Uzt Nor Azli untuk bertanyakan isu berkenaan dan beliau menegaskan bahawa apa yang dilaporkan di media perdana berhubung dengan isi pertukaran Jamry banyak yang telah diputar belitkan.

Nor Azli dalam perbualan dengan saya tadi menyatakan bahawa pertemuan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, sebenarnya adalah routin biasa dimana Nizar datang mengadap untuk melaporkan kepada Nazrin tentang keputusan mesyuarat mingguan exco pada minggu tersebut; termasuklah memaklumkan tentang tindakan yang telah diambil keatas Jamry.

Menurut Nor Azli lagi, Nazrin telah menasihatkan Nizar supaya mengambil semula Jamry dan mempersembahkann kepada Sultan salah laku Jamri supaya Baginda Sultan sendiri yang akan mengambil tindakan yang perlu terhadap Jamry.“

Bolehkah ana siarkan kenyataan anta ini di blog ana?” tanya saya kepada Nor Azly.

“Silakan!” Azli menjawab, “MB tidak pernah dipanggil oleh Sultan untuk mengadap sebagaiman yang dilaporkan oleh akhbar,” ntegasnya lagi.

“Bagaimana dengan laporan polis tersebut?” tanya saya lagi.

“Polis pun tak tahu nak buat lagu mana , saya pun belum pergi jumpa depa lagi,” balas Azli.

Jika benar sebagaimana penjelasan Nor Azli , maka kita tunggulah ketikanya al Sultan memutuskan bicara.Tentu kita semua tertanya-tanya dan tidak sabar untuk menantikan keputusan al Sultan.Orang kata , penantian itu suatu penyiksaan ; dan saya merasakan begitulah apa yang sedang menghantui Jamry ; walaupun dia telah dilantik semula , pasti jiwanya tersiksa gundah gulana sepanjang masa.

Biarlah saya menjadi orang pertama dalam dunia ini untuk mengucapkan ‘Selamat Jalan’ kepada Jamry.

"

Read More...

Media tertentu cuba perbesar isu Jamry

Malaysiakini

May 6, 08 3:25pm

Hubungan antara Istana Perak dan Menteri Besar, Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disifatkan sebagai baik dan tidak wujud sebarang ketegangan antara kedua-dua pihak berhubung pertukaran 24 jam Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury seperti yang diarahkan oleh Mohammad Nizar Selasa lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Ani berkata isu itu, yang sekadar melibatkan formaliti dan prosedur yang sepatutnya dipatuhi oleh menteri besar dalam perkara membabitkan pertukaran seperti itu, cuba diperbesarkan dan dijadikan bahan polemik oleh media tertentu yang mahu mempamerkan seolah-olah Mohammad Nizar membelakangi kuasa istana.

Menurut laporan Bernama, Asmuni, yang juga seorang peguam, berkata pertukaran Jamry telah dimaklumkan oleh Mohammad Nizar kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah sewaktu perasmian Kompleks Jabatan Kehakiman Syariah Perak di Ipoh Rabu lalu.

"Cuma Tuanku minta rujuk kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak iaitu Raja Muda Raja Dr Nazrin Shah. Dan Raja Muda menegur Mohammad Nizar dari sudut formaliti dan perlu mengikut prosedur yang betul.

"Itu sahaja dan hubungan Istana amat baik sama ada dari segi tugasan mahupun peribadi tidak menghadapi sebarang masalah seperti yang cuba digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak," kata Asmuni dalam lamanweb PAS, HarakahDaily, hari ini. Mohammad Nizar adalah Setiausaha PAS Perak.

Asmuni berkata bahawa pada awal penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, memang berlaku beberapa pegawai yang enggan bekerjasama dengan menteri besar, malahan ada yang mahu meletak jawatan ataupun ditukar ke tempat lain.

"Justeru kerajaan negeri telah mengambil langkah terbaik menangani masalah-masalah individu yang tidak mahu memberikan komitmen kepada kerajaan yang baru," katanya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dilaporkan berkata kontroversi mengenai pertukaran mendadak tersebut dianggap selesai setelah surat pelantikan semula Jamry sebagai Pengarah Jaip dikeluarkan semalam.

Pelantikan semula Jamry dibuat selepas Sultan Azlan pada Jumaat lalu menitahkan Mohammad Nizar supaya menarik balik serta-merta arahan pertukaran itu yang dibuat oleh Mohammad Nizar Selasa lalu.

Pada 29 April lalu, Jamry telah diarah bertukar dengan serta-merta oleh kerajaan campuran negeri Perak kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama.

Read More...

Selangor tidak turun cukai taksiran tahun ini - Menteri Besar

SHAH ALAM 5 Mei - Kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak akan menurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus kepada rakyat Selangor seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat kerana keadaan ekonomi Selangor ketika ini masih belum mencapai tahap yang memuaskan bagi membolehkan janji tersebut dilaksanakan.

Selain itu, beliau bimbang langkah menurunkan cukai taksiran akan menambah beban kerajaan negeri dan mengurangkan hasil.

Menurut Abdul Khalid, jika kerajaan negeri menurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus untuk kediaman dan 10 peratus untuk premis komersial sebagaimana yang diikrarkan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12, ia akan menyebabkan peruntukan untuk pembangunan-pembangunan lain di negeri ini tidak mencukupi.

"Berdasarkan kajian yang kita buat, rakyat (di Selangor) membayar cukai pintu yang tinggi kerana kadar yang dikenakan mengikut nilai hartanah yang mereka duduki yang sememangnya tinggi. Malah, ada sesetengah hartanah nilainya telah meningkat lebih 10 kali ganda.

"Bagaimanapun, kita tetap akan meneliti langkah ini (menurunkan cukai taksiran) pada tahun depan melalui Bajet 2009 termasuklah cara-cara bagaimana kita hendak melakukannya," kata beliau.

Abdul Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kakitangan awam negeri Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri tidak dapat memberi sebarang jaminan untuk menurunkan cukai taksiran pada masa akan datang kerana ketika ini permintaan tanah meningkat di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, kerajaan negeri sedang memikirkan kaedah terbaik untuk melaksanakan 'janji kepada rakyat' itu, misalnya dengan memperkenalkan insentif kepada pemilik hartanah.

Antara insentif itu ialah pengurangan sebanyak 70 peratus ke atas denda cukai taksiran tertunggak bagi tunggakan hasil sebelum 31 Disember 2007, manakala bagi denda cukai tertunggak mulai 1 Januari tahun ini, pengecualian 100 peratus diberikan, berkuat kuasa hari ini hingga 30 Jun.

Menurut beliau, langkah itu dibuat bertujuan menggalakkan rakyat membuat pembayaran cukai taksiran bagi membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dari segi kebersihan dan penyediaan kemudahan-kemudahan awam.

Malah, ujarnya, kerajaan negeri juga tidak mengenakan sebarang denda ke atas mereka yang lewat membayar cukai taksiran untuk tempoh Januari dan Februari tahun ini sekiranya ia dijelaskan sebelum tempoh yang ditetapkan iaitu Jun depan.

"Kita tahu kita akan mengalami kekurangan hasil melalui langkah ini. Tetapi sekiranya pemilik hartanah dapat melakukan pembayaran dengan cepat, kita akan dapat laksanakan kerja-kerja pembangunan dan perkhidmatan yang baik di setiap kawasan PBT," ujar Abdul Khalid.

Menteri Besar itu memberitahu, harga hartanah di Selangor terus melonjak walaupun terdapat sedikit kelembapan ekonomi selain kesan daripada persaingan di koridor pembangunan di negeri-negeri lain.

"Saya tidak boleh beri jaminan untuk turunkan cukai pintu ini kerana lama-kelamaan penawaran tanah untuk pembangunan termasuk perumahan dan industri akan berkurangan dan terhad," katanya.

Beliau menjangkakan penawaran tanah di negeri ini akan berkurangan dan keadaan sedemikian sudah tentu memberikan kesan kepada nilai hartanah.

Sementara itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, keputusan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak menurunkan cukai pintu di Selangor yang merupakan manifesto mereka pada pilihan raya umum lalu disifatkan sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat.

Beliau memberitahu sepatutnya kerajaan negeri perlu mencari atau memikirkan setiap pendekatan dan kaedah yang sesuai untuk melaksanakan janji berkenaan kerana rakyat.

"Kita tidak mahu kerajaan negeri pada hari ini menggula-gulakan rakyat dengan menabur janji manis semata-mata untuk memegang tampuk pemerintahan di negeri ini.

"Sebagai gabungan parti yang membentuk kerajaan negeri, mereka (PKR, DAP dan Pas) sepatutnya berusaha serta yakin dapat melaksanakan janji yang dibuat untuk kebaikan rakyat.

"Namun, dengan keputusan hari ini (tidak turunkan cukai pintu), kerajaan negeri seolah-olah mudah menyerah kalah dan hanya lebih kepada membuat janji tetapi tidak berdaya untuk melaksanakan. Saya ucapkan tahniah atas 'usaha keras' kerajaan negeri ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Read More...

Koleksi Video - Ubah gaya hidup....jawapan untuk Pak Lah....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ni Pak Lah suruh pengguna/rakyat Malaysia ubah cara hidup disebabkan kenaikan harga barang yang tak boleh dibendung oleh kerajaan lagi.

Sebagai rakyat yang dah lama ubah cara hidup sejak Pak Lah naikkan harga minyak dulu....
Kalau pemimpin atasan sana tak paham lagi....tengok je la video kat bawah ni.....
Nak ubah camana lagi???? Kalau tak paham lagi.....BerUNDUR je LAH!!!!






Read More...

Insentif sebelum dapat laksana pengurangan cukai pintu 20 peratus - MB Selangor

Agenda Selangor

mbmpsj.jpg
Abdul Khalid dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim bersalaman dengan pegawai MPSJ selepas selesai majlis perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan Selangor di Dataran SUK , pagi semalam.



OLEH ROSLAN BIAN

SHAH ALAM, Isnin 5 Mei :
Walaupun belum dapat melaksanakan penurunan cukai pintu sebanyak 20 peratus seperti dijanjikan, Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor memberikan insentif dengan mengurangkan denda tunggakan cukai berkenaan, berkuatkuasa hari ini.


Melalui insentif itu, pembayar cukai pintu diberikan potongan 70 peratus bagi jumlah denda cukai pintu tertunggak sebelum 31 Disember 2007 manakala denda cukai tertunggak mulai 1 Januari tahun ini, diberikan pengecualian 100 peratus.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walaupun kerajaan negeri akan kehilangan pendapatan hasil potongan dan pengecualian tersebut, lanmgkah itu adalah cara terbaik Pakatan Rakyat bagi melaksanakan janji kepada rakyat sebelum ini.

Tanpa menyebut kehilangan pendapatan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) atau kerajaan negeri ekoran pelaksanaan insentif itu, beliau meminta pembayar cukai menjelaskan cukai pintu itu berkuatkuasa hari ini sehingga 30 Jun.

“Selepas tarikh itu, mereka kena bayar seperti biasa,” katanya pada sedan media selepas Majlis perhimpunan pagi bulanan jabatan- jabatan kerajaan yang dianjurkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Dataran SUK, di sini, pagi ini.

Ini adalah perhimpunan pertama Abdul Khalid selepas dilantik sebagai Menteri Besar apabila kerajaan Pakatan Rakyat menerajui Selangor selepas pilihan raya umum ke 12 baru-baru ini.

Mengenai pengurangan 20 peratus cukai pintu serta 10 peratus bagi premis perniagaan, janji bertenaan belum dapat dilaksakan kerana beberapa faktor.

Beliau berkata kajian terperinci sedang dilakukan sebelum melaksanakan penurunan cukai pintu itu memandangkan tahap pembangunan ekonomi negeri masih belum sampai tahap diinginkan dan harga tanah yang semakin tinggi di samping pelaksanaan projek-projek perumahan yang masih berterusan.

“ Bagaimanapun, kerajaan negeri sedang memikirkan kaedah terbaik untuk melaksanakan 'janji kepada rakyat' itu dan hanya akan diketahui ketika membuat belanjawan negeri untuk tahun 2009, “katanya.


Abdul Khalid berkata kebanyakan rakyat menjangkakan beban kepada masyarakat melalui kenaikan cukai pintu adalah tinggi tapi berdasarkan kajian awal menunjukkan beban cukai yang tinggi itu dihasilkan oleh nilai hartanah yang mereka duduki sekarang.

"Jadi, saya dapati mereka ini kena bayar kenaikan sedikit, tapi nilai tanah mereka adalah cukup tinggi. Ada yang tanah mereka dalam masa setahun nilainya mencapai nilai tinggi," katanya.

Beliau berkata insentif itu diberikan di semua PBT di negeri Selangor untuk menggalakkan orang ramai menjalankan tanggungjawab menyelesaikan segala tunggakan cukai bagi membantu memperkukuhkan kedudukan kewangan PBT dan negeri.

“Dengan menggalakkan pembayaran cukai dalam masa cepat, kerajaan negeri akan dapat mengumpulkan wang itu semula untuk kegunaan PBT bagi menjalankan perkhidmatan di kawasan mereka.

"Banyak juga perbelanjaan yang diperlukan oleh PBT untuk menjaga kebersihan dan prasarana di kawasan PBT di seluruh negeri Selangor ini," katanya.

Read More...

Lim Guan Eng naik flight kelas ekonomi je???

Mr Manager

Have you seen a Chief Minister sit in Economy Class? I have.


As Ning and I were lining up to board our flight to Penang on Wednesday afternoon, I spotted a familiar face standing in front of us in the queue. So I whispered to Ning.

Me: Look in front of us. It's Guan Eng.

Ning: Who?

Me: YAB Mr. Lim Guan Eng, the Chief Minister of Penang.

Ning: No lah.

Me: Yes lah! I know how he looks lah. It's the CM lah.

Ning: Takkan CM jalan sorang sorang. If he's the CM, where's the bodyguards and the officers and the rombongan and kaum kerabat?

Me: Tak percaya? Watch and learn.

So I walked up to Yang Amat Berhormat, introduced myself and asked to take a picture. He smiled and obliged.

YAB CM: Hey, I know you! You're Ning Baizura!

Ning: YAB Lim, good afternoon.

YAB CM: Come, come, we take a picture. Vernon, here's my card. Email me the pictures OK.

Me: Definitely, sir.

Ambik kau. CM pun peminat katanya!



Ning and I really felt honoured. But we felt more surprised that the Chief Minister of a state was travelling all by himself like any normal rakyat jelata. But the biggest surprise in store for us was yet to come.

As usual, we sat in First Class. I expected the CM to be seated somewhere in front of us but then I realised he wasn't in First Class. Where did he disappear to???

I popped my head round the curtain that veils First Class and Economy Class and guess who I saw sitting in the front row seat of Economy quietly reading the newspapers?



YAB Mr. Lim, you have my deepest respect. You have made history by being the first Chief Minister in this country to sit in Economy Class whilst in office as Chief Minister. You really mean what you say when you talk about cost-cutting. Sir, you have shown me leadership by example.

Of course I asked permission to take his picture sitting in Economy and he laughed. And I said I'd blogged about it and he laughed some more, and gave permission. Ketua Menteri yang berjiwa rakyat.

Ning was in Penang on Wednesday for a Secretaries' Week show at Berjaya George Town Hotel, themed 'A Batik Evening With Ning'.

cerita lanjut di blog mr manager.

Read More...

Cuti bersalin 90 hari legasi kerajaan PAS Terengganu

Harakahdaily

Mat Zain Mat Isa

Tue | May 06, 08 | 6:23:48 am MYT

Lima kerajaan negeri diperintah Pakatan Rakyat (PR) sudah hampir pasti bakal melanjutkan tempoh cuti bersalin bagi kakitangan wanita sektor awam daripada 60 hari kepada tempoh lebih panjang sedikit masa lagi. Serentak itu cuti khas isteri bersalin kepada kakitangan lelaki juga akan ditambah.

Persetujuan untuk mempertimbangkan perkara itu dinyatakan wakil kelima-lima negeri pada sidang media selepas majlis Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan Ketiga, di Stadium Melawati, Shah Alam, semalam (4 Mei).

Hadir pada sidang media itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Pulau Pinang diwakili Timbalan Ketua Menteri 1, Muhamad Fairuz Khairuddin, manakala Kelantan dan Kedah oleh anggota Exco masing-masing, iaitu Dato' Husam Musa dan Ir Phahrolrazi Zawawi.

Selangor dilaporkan bercadang memberi cuti bersalin 90 hari beserta cuti tambahan sehingga 10 hari kepada suami supaya dapat membantu menguruskan rumah tangga. Kelantan pula bersetuju menambah 10 hari lagi cuti itu bagi menjadikannya 70 hari. Jumlah itu dijangka akan turut diterima pakai Kedah.

Pulau Pinang pula sedia mengkaji memberi cuti bersalin 75 hari, manakala Perak belum menetapkan jumlah cuti bersalin, tetapi bersedia menambahnya selaras dengan negeri-negeri PR yang lain.

Cuti bersalin di negara ini pada asalnya hanya 40 hari. Tempoh itu diubah kepada 60 hari oleh kerajaan Kelantan selepas diperintah PAS pada 1990. Di awal pelaksanaan dasar baru itu, kerajaan Kelantan dikritik hebat beberapa kalangan, terutama para pemimpin Barisan Nasional (BN).

Namun, atas desakan kesatuan sekerja dan penjawat awam, Kerajaan Pusat beberapa tahun kemudian turut meluluskan cuti bersalin selama 60 hari untuk kakitangan awam seluruh negara.

Satu-satunya kerajaan yang melaksanakan cuti bersalin melebihi 60 hari kepada kakitangannya ialah kerajaan Terengganu yang diterajui PAS. Berkuatkuasa 1 April 2000, kerajaan PAS Terengganu telah memperkenalkan Kemudahan Cuti Bersalin 90 hari kepada pegawai dan guru wanita. Serentak itu juga diperkenalkan Cuti Isteri Bersalin selama tujuh hari kepada suami terbabit.

Bagi melaksanakan kemudahan itu, pegawai atau guru wanita diberi opsyen tambahan 30 hari cuti bersalin yang direkodkan sebagai Cuti Menjaga Anak (Cuti Tanpa Gaji). Bagaimana pun, kerajaan negeri bersetuju membayar gaji penuh 30 hari tambahan itu sebagai Elaun Khas Bersalin. Ertinya, ia tetap menjadi cuti bergaji.

Sebagaimana pembaharuan oleh kerajaan PAS Kelantan awal 90-an dulu, idea cuti 90 hari di Terengganu itu juga dipandang sinis para pemimpin negara. Mereka memberikan komen negatif, kononnya tempoh cuti yang terlalu panjang akan merugikan produktiviti. Pegawai atau kakitangan berkenaan juga didakwa akan menjadi bertambah malas untuk kembali bekerja setelah terlalu lama berehat.

Reaksi sebaliknya diterima daripada kakitangan awam dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Mereka nampak rasional pembaharuan itu, khususnya bagi memastikan tahap kesihatan ibu dalam keadaan terbaik sebelum mula bekerja semula.

Hanya setelah lebih lima tahun idea itu dilaksanakan PAS Terengganu, Kerajaan Pusat mula membuka mata mengenai rasional pelaksanaannya. Pada Julai 2005, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membangkitkan soal semakin ramai kakitangan wanita sektor awam memilih meletak jawatan selepas melahirkan anak.

Shahrizat berkata alasan utama mereka ialah bagi menumpukan lebih masa kepada keluarga. Kecenderungan itu, menurut beliau amat merugikan negara.

"Kita tidak mahu disebabkan tempoh cuti bersalin yang pendek (60 hari), maka mereka (pekerja wanita) berhenti kerja kerana kesihatan serta tubuh badan belum bersedia untuk kembali bertugas," kata Shahrizat.

Sehubungan itu, beliau sendiri mencadangkan agar kerajaan melanjutkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 12 minggu.

Shahrizat bukan setakat mengakui kebaikannya, malah turut mengemukakan berbagai justifikasi menyokong pelaksanaannya. Beliau antara lain mengatakan hampir 80 peratus negara di dunia kini memberikan tempoh cuti bersalin selama 12 minggu atau lebih kepada wanita yang melahirkan anak.

Beliau turut memetik kajian Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang mendapati ramai pekerja wanita menamatkan perkhidmatan selepas melahirkan anak pertama. Fenomena itu, katanya, kini turut melanda Malaysia.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu, Dato' Seri Rafidah Aziz di dalam reaksinya turut merasionalkan cadangan Shahrizat itu. Katanya, ia sejajar dengan ketetapan Konvensyen ILO, bahawa tempoh cuti bersalin bagi pekerja wanita yang paling ideal ialah 12 minggu.

Kenyataan dua menteri wanita itu sekaligus suatu 'pengiktirafan' terhadap pembaharuan dibuat kerajaan PAS Terengganu itu. Mereka yang dahulunya beria-ia meremehkan dan mencari kelemahan pelaksanaan itu, akhirnya sepenuh daya merasionalkan pula tindakan yang sama.

Cadangan itu bagaimanapun hanya kekal 'di dalam pertimbangan' kerajaan Pusat. Hingga kini ia masih belum dilaksanakan. Manakala kedua-dua menteri yang memperjuangkan cuti bersalin 12 minggu itu tidak lagi berada di dalam kabinet.

Persetujuan kelima-lima negeri diperintah PR semalam untuk melanjutkan cuti bersalin tadi bukan sahaja mendahului kerajaan Persekutuan, tetapi di masa sama turut mengiktiraf suatu legasi ditinggalkan pemerintahan singkat PAS di Terengganu. - mks.

Read More...

Ketua Paderi dapat kebenaran untuk mohon semakan penghakiman bagi penggunaan "Allah"

Mstar Online

05-05-2008 08:53:12 PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberikan kebenaran kepada Ketua Paderi Kuala Lumpur untuk memohon bagi semakan penghakiman terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri yang melarang penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan "The Herald-Catholic Weekly".

Dalam penghakimannya Hakim Lau Bee Lan berkata beliau bersetuju dengan peguam Porres Royan, yang mewakili Ketua Paderi Datuk Murphy Pakiam, bahawa adalah pramatang untuk mahkamah mendengar hujah berhubung remedi yang sesuai di peringkat awal ini.

Katanya sama ada remedi itu sesuai atau tidak perlu ditentukan di peringkat merit, di mana mahkamah perlu mencorakkan remedi itu agar sesuai dengan kedudukan tertentu kes itu.

"Berdasarkan alasan yang diberikan, saya mendapati bantahan oleh peguam kanan persekutuan yang bijaksana, berhubung pengisytiharan bahawa pemohon berhak menggunakan perkataan "Allah" dalam The Herald dan perkataan Allah tidak hanya "eksklusif" bagi agama Islam, adalah tanpa merit dan dengan itu ditolak.

"Mahkamah dengan ini membenarkan permohonan pemohon bagi kebenaran itu mengikut Perintah 53, Peraturan 3(1), Peraturanperaturan Mahkamah Tinggi, untuk menggugurkan keputusan Kementerian yang melarang mereka (pemohon) daripada menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan itu," katanya.

Mahkamah bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tarikh bagi pendengarannya.
Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Porres berkata beliau akan memfailkan permohonan bagi semakan penghakiman itu dalam masa dua minggu.

Sementara itu, seorang lagi peguam yang mewakili Ketua Paderi itu, S. Selvarajah, berkata mereka kini boleh meneruskan hasrat mengemukakan hujah di mahkamah atas merit kes itu yang menuntut tiga perisytiharan seperti yang dinyatakan dalam permohonan.

Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Datuk Murphy Pakiam, selaku penerbit The Herald, dinamakan sebagai pemohon dalam tindakan itu, manakala Menteri Keselamatan Dalam Negeri (kini digabungkan dengan Kementerian Dalam Negeri untuk membentuk Kementerian Dalam Negeri) dan kerajaan dinamakan sebagai responden.
Murphy diwakili pasukan lima peguam terdiri daripada Porres, Leonard Teoh, Derek Fernandez, Selvarajah dan Annou Xavier.

Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi dan Suzana Atan mewakili Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan.

Permohonan itu, difailkan pada 19 Mac, memohon Mahkamah Tinggi mengisytiharkan sebagai batal dan tidak sah keputusan kementerian bahawa "permit penerbitan itu perlu mematuhi garis panduan penerbitan, yang melarang penggunaan perkataan "Allah" dalam The Herald, dalam surat bertarikh 12 Feb.

Ketua Paderi juga memohon perisytiharan daripada Mahkamah Tinggi bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam The Herald dan tidak hanya eksklusif untuk Islam. BERNAMA

Read More...

Pemuda Umno buat laporan polis terhadap Karpal

Malaysiakini

May 5, 08 10:39pm

Pemuda Umno Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang menyatakan bahawa Sultan Perak tidak mempunyai kuasa berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury.

Ketuanya, Zainol Fadzi Paharudin berkata beliau membuat laporan itu supaya polis menyiasat dan meminta Karpal Singh tidak lagi mengeluarkan kenyataan berbau hasutan.

karpal singh"Kita meminta polis menyiasat Karpal Singh (foto) di bawah Akta Hasutan 1948 kerana kenyataan itu telah meresahkan rakyat Perak, khususnya berhubung dengan kuasa Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Ipoh hari ini.

Menurut laporan Bernama, sebuah akhbar berbahasa Inggeris telah memetik Karpal Singh sebagai berkata bahawa Sultan Perak tidak ada kuasa menyekat keputusan kerajaan negeri untuk menukar Jamry, dan baginda tidak boleh meminta agar Jamry dilantik balik ke jawatannya setelah diarah bertukar oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Jamry diarah bertukar oleh Mohammad Nizar pada 29 April kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama. Jumaat lalu, Sultan Azlan Shah menitahkan pertukaran itu ditarik balik kerana tindakan Menteri Besar menukarnya serta merta pada Selasa lalu membelakangkan baginda sebagai Ketua Agama Islam negeri itu.

GPMS bidas Karpal

Sementara itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) membidas sikap pemimpin DAP yang mempersoalkan peranan dan fungsi Istana Perak berhubung jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Sambil menyifatkan DAP gagal memahami sensitiviti orang Melayu, GPMS mahu parti itu berhati-hati dalam membuat kenyataan supaya tidak menimbulkan kemarahan mana-mana pihak.

reezal merican naina mericanPresiden GPMS Datuk Reezal Naina Merican berkata Pengerusi DAP Karpal Singh dan Ketua DAP Perak Ngeh Koo Ham seharusnya mengikuti jejak Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menghadap Sultan Perak dan memohon ampun terhadap kenyataan mereka.

Permohonan maaf itu akan meredakan kemarahan rakyat dengan permainan politik biadap dan berunsur hasutan, kata Reezal dalam satu kenyataan hari ini.

GPMS turut berpendapat, DAP perlu menghentikan amalan politik perkauman dan bersifat hasutan sehingga berani mempersoalkan hak dan kuasa Sultan.

Sementara itu, Karpal terus mempersoalkan tindakan Sultan Azlan Shah yang dikatakan campurtangan dalam soal pertukaran Pengarah Jaip Datuk Jamry Sury.

"Dalam satu kes di Mahkamah Persekutuan pada 1982, jelas menunjukkan kakitangan awam termasuk kerajaan pusat boleh menukar, bila dan ke mana dan dalam apa juga kapasiti adalah kuasa kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata kerajaan Perak tidak sepatutnya dipengaruhi Istana dan Kerajaan Pusat perlu memastikan bahawa Sultan dilarang campurtangan dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Jamry diarah bertukar oleh Mohammad Nizar pada 29 April kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama. Jumaat lepas, Sultan Azlan Shah menitahkan pertukaran itu ditarik balik kerana tindakan Menteri Besar menukarnya serta merta pada Selasa lalu membelakangkan baginda sebagai Ketua Agama Islam negeri itu.

Read More...

Karpal pertikai sultan - Sifatkan istana campur tangan pentadbiran negeri Perak

KUALA LUMPUR 5 Mei – Pengerusi DAP, Karpal Singh terus mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, yang disifatkannya sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.

Sambil mengingatkan Istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja-raja, Karpal menekankan bahawa “rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal.’'

‘‘Sultan dan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat pihak eksekutif (kerajaan). Sultan Perak tidak ada hak di bawah undang-undang untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri menukar Jamry sebagai Pengarah JAIP,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen yang turut dihadiri anaknya, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memetik kes Mahkamah Persekutuan pada 1982, yang menurutnya jelas menunjukkan urusan membabitkan kakitangan awam sama ada patut dipindah dan ke mana hendak dipindah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Sultan Perak sendiri pernah jadi Ketua Hakim Negara, takkan tidak sedar kes ini,” kata Karpal.

Dalam hal ini, beliau berpendapat kerajaan negeri Perak tidak sepatutnya ‘tunduk’ kepada tekanan pihak istana.

‘‘Masalahnya Menteri Besar Perak (Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin) sudah meminta maaf kepada sultan. Kerajaan negeri tidak sepatutnya dipengaruhi istana.

‘‘Arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undang-undang. Jamry patut ditukar seperti keputusan awal kerajaan negeri. (Mohammad) Nizar tidak perlu minta maaf... tiada apa yang salah,” katanya.

Karpal turut menggesa Kerajaan Pusat memastikan sultan dilarang daripada campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri agar apa yang berlaku di Perak tidak menjadi ikutan negeri-negeri beraja yang lain.

Menurutnya, walaupun sultan merupakan ketua agama Islam tetapi pelantikan kakitangan awam terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak dilaporkan akan menghadap Sultan Azlan Shah Selasa ini bagi menyerahkan watikah memohon ampun atas tindakan beliau mengarahkan pertukaran serta-merta Pengarah JAIP baru-baru ini.

Perbuatan Mohammad Nizar itu melanggar tradisi di Perak kerana semua pelantikan Pengarah JAIP sebelum ini dibuat dengan perkenan Sultan Perak.

“Saya amat menghormati dan dengan rendah diri akan sentiasa patuh dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh baginda Sultan Perak.

“Saya akan memohon menghadap dan menyerahkan watikah memohon ampun kepada baginda secepat mungkin,” kata Mohammad Nizar dalam satu kenyataan Sabtu lalu.

Jamry, yang bertugas sebagai Pengarah JAIP sejak 2004, diarah bertukar serta- merta ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas.

Mohammad Nizar yang mengeluarkan arahan itu pada 29 April mendakwa Jamry tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

Pertukaran itu dikatakan ada kaitan dengan isu-isu pentadbiran agama dan usaha kerajaan negeri yang baru untuk menukar senarai ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.

Pada Jumaat lalu, Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar supaya menarik balik arahan pertukaran tersebut.

Arahan itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak.

Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry sebagai membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |