+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, April 7, 2008

Harga minyak rendah tapi kualiti baik

kosmo

KUALA LUMPUR - Jika orang yang beranggapan cadangan menstrukturkan semula harga petrol hanya akan menyebabkan pengguna dibekalkan minyak bermutu rendah ekoran harganya yang dijangka lebih murah, ia nyata meleset.

Ini kerana, petrol jenis RON 95 dan RON 99 yang bakal diperkenalkan adalah jenis yang berkualiti dengan campuran Aromatik Hidrokarbon bagi tujuan mempertingkatkan proses pembakaran dalam enjin.

Kehadiran Aromatik Hidrokarbon itu mampu meningkatkan kuasa dan memanjangkan hayat kereta tetapi yang lebih penting ialah ia dijual pada harga lebih murah memandangkan kerajaan bersedia menambah subsidi terhadap minyak baru itu.

Menurut Pensyarah Jabatan Kimia, Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Wan Azli Wan Abu Bakar, petrol jenis itu digunakan untuk menggantikan kandungan plumbum selepas penggunaanya didapati mencemarkan persekitaran.

"Aromatik Hidrokarbon akan berfungsi untuk menggalakkan pembakaran petrol sekali gus melicinkan sistem kerja enjin kereta. Ini secara langsung akan mempertingkatkan prestasi enjin," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau mengulas mengenai cadangan kerajaan untuk memperkenalkan petrol jenis RON 95 dan RON 99 bagi menggantikan petrol sedia ada jenis RON 92 dan RON 97.

Ditanya mengenai cadangan kerajaan itu, Wan Azli berkata, ia adalah langkah bagus kerana pengguna berpeluang menggunakan petrol yang lebih berkualiti pada harga lebih murah.

Sementara itu, Editor Majalah Kereta, Irwan Asri juga memuji langkah ke hadapan itu walaupun ia agak terlewat berbanding sesetengah negara lain seperti Singapura.

"Pengguna bukan sahaja inginkan minyak yang murah tetapi juga mahu minyak yang berkualiti tinggi.

"Petrol RON 95 lebih baik kualitinya berbanding RON 92 manakala RON 99 pula adalah jenis yang paling berkualiti dan sesuai bagi kereta mewah,'' katanya.

Menurutnya, kereta import khususnya daripada Amerika Syarikat dan Eropah sekarang telah menetapkan kenderaan mereka hanya boleh menggunakan petrol tanpa plumbum.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |