Ditulis oleh SM Noor |
Tuesday, 29 April 2008
|
Kuala Terengganu - PAS Terengganu menyokong cadangan Menteri Besar membuka 3,200 hektar kawasan sawah padi di Setiu kerana ia bertepatan dengan Pelan Induk Pertanian 2001 – 2010 yang pernah digubal oleh kerajaan Terengganu dahulu. Sokongan tersebut dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Pertanian PAS Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohamad Said ketika dihubungi Buletin Online.
Beliau mengalu-alukan cadangan Menteri Besar Terengganu yang baru itu dan berharap ianya akan dilaksanakan secepat mungkin. Beliau berkata pembukaan ‘Jelapang Setiu’ telah dirancang oleh kerajaan PAS dahulu melalui Pelan Induk Pertanian Negeri Terengganu 2001 – 2010 (PIPNT).
Beliau berkata dalam rancangan PIPNT keluasan tanaman padi di Besut dan Setiu dijangka akan mencapai sehingga 10, 623 hektar dari keluasan sedia ada ketika itu 5, 499 hektar. Beliau berkata PIPNT yang dirancang kerajaan PAS Terengganu adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negra Ketiga (DPN3) yang bermatlamat untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negara melalui peningkatan pengeluaran pertanian terutamanya tanaman makanan. Beliau berkata sekiranya PIPNT dilaksanakan, Terengganu dapat menghasilkan keperluan pengeluaran padi sehingga 65%.
”Pengeluaran padi sekarang hanya sekitar 35 – 40% sahaja, kita mengimpot beras sekitar 60-65% peratus, ”keadaan ini kritikal, sekiranya keluasan tanaman padi dan pengeluaran padi tidak ditambah.” jelas Mohamad.
Beliau yang juga bekas Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu walau bagaimana pun kesal kerana kerajaan Pusat tidak menyokong rancangan PIPNT.
”Kerajaan Pusat hanya memberikan bantuan kepada ‘Jelapang’ yang sedia ada, ”kategori ‘Jelapang’ di negeri Terengganu adalah kawasan penanaman padi dibawah KETARA di Besut.” tambah beliau.
Justeru beliau menyarankan supaya Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said mengadakan perundingan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani supaya kawasan seluas 3,200 hektar yang dicadangkan dimasukkan didalam kategori ‘Jelapang’.
PIPNT telah telah dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu pada 22 Disember 2001 bersamaan 7 Ramadhan 1422, dibawah Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu yang di pengerusikan oleh Dato’ Ustaz Hj Abu Bakar Chik.
PINT telah dilancarkan pada 26 September, 2002 bersekali dengan pelancaran dan pembukaan Pasar Borong Darul Iman oleh Menteri Besar ketika itu, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. |
0 comments:
Post a Comment