+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, April 29, 2008

Tidak perlu beritahu masuk Islam


Kosmo Online


KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak/Sivil kali ke-18 semalam sebulat suara berpendapat tidak perlu bagi seseorang individu yang ingin memeluk Islam memaklumkan hasratnya itu terlebih dahulu kepada keluarga mereka.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dalam kenyataannya semalam berkata, tiada nas yang mensyaratkan supaya memaklumkan kepada keluarga sebelum seseorang itu memeluk agama Islam.

"Peruntukan undang-undang sedia ada mengenai kemasukan Islam dan perkara berkaitan dengannya adalah mencukupi dan amalan sedia ada diteruskan. Kaedah pendaftaran, penjagaan dan pengajaran mualaf perlu digubal dengan mantap dan berkesan.

"Berdasarkan Hukum Syarak juga, kewajipan dan tanggungjawab terhadap ibu dan bapa yang tidak memeluk agama Islam adalah tidak terhenti meskipun seseorang itu telah memeluk Islam,'' kata Wan Mohamad yang mempengerusikan persidangan tersebut, di sini semalam.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan bercadang melaksanakan peraturan mewajibkan orang bukan Islam yang ingin memeluk Islam memaklumkan kepada keluarga mereka mengenai status agama mereka.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bertujuan mengelak berbangkit masalah apabila mereka yang telah memeluk Islam itu meninggal dunia kelak. - Bernama

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |