| Malaysiakini |
| Abdul Rahim Sabri | Jun 16, 08 4:35pm |
| Pemuda DAP dan PKR menggesa rakan sepergerakannya dalam PAS agar menfokuskan agenda membentuk kerajaan Pakatan Rakyat yang bersih dan adil, bukannya melaksanakan pentadbiran Islam. Pergerakan Pemuda dua parti itu juga menggesa Pemuda PAS agar memikir kembali saranannya untuk menegakkan peraturan Islam seperti pengharaman tempat perjudian, menghadkan premis penjualan arak dan etika pakaian di pejabat. Setiausaha Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook dan naib ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Amiruddin Shari diminta mengulas kenyataan naib ketua Pemuda PAS, Sabtu lalu. Loke (foto, baju putih) berharap PAS menghormati gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada tiga parti, termasuk DAP dan PKR. "(DAP) tidak bersetuju dengan mana-mana undang-undang yang dilaksanakan dari sudut agama, terutama pelaksanaan undang-undang Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia," katanya kepada Malaysiakini. "Jangan gagalkan agenda Pakatan Rakyat. "Fokus kepada perkara pokok iaitu, menjaga kebajikan (rakyat) tanpa mengira kaum dan agama, membanteras rasuah dan memastikan pentadbiran (negeri) telus dan bersih dalam kerajaan Pakatan Rakyat," tambahnya, yang juga ahli parlimen Rasah. "Tidak ada satu parti yang boleh mengemukakan dan melaksanakan agenda sendiri tanpa rujukan dan persetujuan kepemimpinan Pakatan Rakyat." "Yang penting, kita perlu tubuhkan kerajaan yang adil, bersih, telus dan tidak korup," katanya. "Membanteras rasuah adalah perkara yang dipersetujui bersama pada peringkat awal pembentukan pakatan rakyat." Lagipun, tambah wakil rakyat Batu Caves, PAS tidak meletakkan idea negara Islam atau undang-undang Islam dalam manifesto parti itu ketika pilihanraya Mac lalu. Pakatan Rakyat harus bergerak dengan asas-asas yang dipersetujui bersama pada peringkat awal pembentukan gabungan tersebut, kata Amiruddin. "Keutamaan AMK, ialah menunaikan janji yang terdapat dalam manifesto pilihanraya 2008," jelas Amiruddin. |
Tuesday, June 17, 2008
Syariah: 'Jangan gagalkan Pakatan'
0 comments Labels: malaysiakini, Pakatan Rakyat, syariah
Saturday, June 14, 2008
PAS cadang laksana Siasah Syariah di negeri pembangkang
Mstar Online
14-06-2008 01:55:35 PM
KOTA BAHARU: Pemuda PAS Pusat kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam, Siasah Syariah di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani berkata untuk itu, satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi membincangkan dengan lebih terperinci pelaksanaannya di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
"Kita akui bukan mudah untuk melaksanakannya kerana di beberapa negeri pembangkang seperti Pulau Pinang dan Perak, PAS hanya mempunyai suara yang terhad. Bagaimanapun, kita akan cuba sedaya upaya dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan ke-49 di sini, hari ini.
Azman Shapawi berkata satu seminar untuk membincangkan perkara ini dalam kalangan anggota Pemuda PAS seluruh negara akan diadakan pada Ogos ini.
Jelasnya, seminar itu antara lain akan membincangkan kaedah paling sesuai digunakan di negeri-negeri berbeza.
"Misalnya di Kelantan PAS menguasai negeri manakala di negeri-negeri pembangkang lain yang bukan diketuai PAS, pelaksanaannya akan disesuaikan dengan undang-undang negeri di samping mengambil kira majoriti masyarakat setempat," katanya.
Beliau berkata antara perkara yang bakal dilaksanakan dalam Siasah Syariah ialah berkaitan dengan pengharaman tempat perjudian, mengehadkan premis penjualan arak, dan etika pakaian di pejabat.
Jelasnya, walaupun ada di kalangan pembangkang terutama DAP masih tidak sepakat berkaitan pelaksanaan undang-undang sebegini, beliau percaya masih ada ruang untuk pelaksanaannya memandangkan tidak semua pemimpin parti itu mengambil pendekatan yang sama.
"Kalau kita lihat pemimpin DAP di Pulau Pinang amat terbuka dan bertoleransi, termasuk menaikkan elaun guru KAFA," katanya.
Beliau yakin perkara itu tidak akan menjejaskan hubungan baik di antara parti pembangkang kerana masing-masing faham dalam keadaan sekarang, setiap parti tidak boleh bergerak sendiri.
"PAS tak boleh bergerak sendiri, DAP pun tak boleh bergerak sendiri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor pun tak dapat bergerak sendiri, jadi masing-masing perlu menyokong dan bertolak ansur di antara satu sama lain," katanya. BERNAMA0 comments Labels: mstar online, PAS, syariah
Tuesday, April 29, 2008
Tidak perlu beritahu masuk Islam
KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak/Sivil kali ke-18 semalam sebulat suara berpendapat tidak perlu bagi seseorang individu yang ingin memeluk Islam memaklumkan hasratnya itu terlebih dahulu kepada keluarga mereka.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dalam kenyataannya semalam berkata, tiada nas yang mensyaratkan supaya memaklumkan kepada keluarga sebelum seseorang itu memeluk agama Islam.
"Peruntukan undang-undang sedia ada mengenai kemasukan Islam dan perkara berkaitan dengannya adalah mencukupi dan amalan sedia ada diteruskan. Kaedah pendaftaran, penjagaan dan pengajaran mualaf perlu digubal dengan mantap dan berkesan.
"Berdasarkan Hukum Syarak juga, kewajipan dan tanggungjawab terhadap ibu dan bapa yang tidak memeluk agama Islam adalah tidak terhenti meskipun seseorang itu telah memeluk Islam,'' kata Wan Mohamad yang mempengerusikan persidangan tersebut, di sini semalam.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan bercadang melaksanakan peraturan mewajibkan orang bukan Islam yang ingin memeluk Islam memaklumkan kepada keluarga mereka mengenai status agama mereka.
Perdana Menteri berkata, langkah itu bertujuan mengelak berbangkit masalah apabila mereka yang telah memeluk Islam itu meninggal dunia kelak. - Bernama
0 comments Labels: kosmo, perlembagaan, syariah