+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, May 25, 2008

Harga minyak tak dinaikkan

Utusan Online

MELAKA 24 Mei - Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga minyak petrol atau diesel di peringkat runcit pada masa ini walaupun negara jiran Indonesia menaikan harga minyak sebanyak 30 peratus bermula hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Sebaliknya, beliau berkata, tumpuan kerajaan pada masa ini adalah menguruskan sistem subsidi untuk mengelakkan ketirisan dan penyeludupan.

"Buat masa ini tak ada pertimbangan soal kenaikan harga minyak petrol dan diesel, kita sedar akan impak kenaikan harga minyak mentah dunia ketika ini.

"Kita lihat pada masa ini bagaimana sistem subsidi (minyak) itu terurus supaya digalakkan penjimatan dan tidak ada kesan sampingan buruk yang lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Forum dan Dialog Kepenggunaan Bersama Menteri di Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Shahrir berkata, kesan kenaikan minyak mentah dunia yang kini melebihi AS$135 setong memberi tekanan yang berat kepada kerajaan terutamanya daripada segi subsidi.

Beliau berkata, kerajaan menerusi jawatankuasa anti inflasi berbincang setiap minggu yang bukan sahaja melihat kepada perbelajaan subsidi tetapi juga cara-cara baru untuk pendapatan tambahan kepada kerajaan.

Shahrir berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan penyeragaman harga barang-barang yang disubsidi oleh kerajaan di seluruh negara apabila beliau melawat Sabah tidak lama lagi.

Katanya, penyeragaman harga barangan subsidi itu terutama beras perlu dilaksanakan kerana terdapat rungutan harga yang berbeza antara di Semenanjung dengan harga di Sabah dan Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Shahrir memuji tindakan kerajaan negeri yang meminta sektor perindustrian di negeri ini menyemak supaya gaji setiap pekerja di sektor itu melepasi garis kemiskinan sebanyak RM740.

Mohd Ali semalam mengumumkan kerajaan negeri bercadang menyemak semula gaji minimum yang diperoleh pekerja industri di Melaka bagi membantu meringankan beban kehidupan mereka.

- Bernama

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |