+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, September 15, 2008

Ramai Nelayan Tidak Dapat Menikmati Elaun Sara Hidup

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wartawan Buletin
Monday, 15 September 2008

http://buletinonline.net/images/berita11/botpakwahab.jpg
Kelemahan pengurusan pihak berkuasa menyebabkan ramai nelayan Terengganu akan tercicir dari menikmati elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2009


Di Kuala Terengganu, lebih separuh dari 200 orang nelayan Pulau Duyong Besar dan Pulau Ketam dekat sini tidak akan dapat menikmati elaun tersebut kerana tidak memiliki kad nelayan.

Mereka yang ditemui Jumaat lalu mengadu karenah birokrasi pihak berkuasa menyebabkan mereka bukan sahaja tidak memiliki kad, malah tidak dapat memohon untuk membuat kad nelayan.

http://buletinonline.net/images/berita11/pakwahab.jpgNelayan pukat tunda, Wahab Busu, 62, (gambar kiri) berkata hanya dua orang dari enam ‘awak-awak’ bot beliau yang memiliki kad nelayan.

“Yang ada kita dua orang sahaja, saya ada dan seorang lagi anak,

“kalau kira kita hendak pergi buat, pergi pejabat hendak ambil borang, dia (pegawai) kata tak ada borang,

“Dah dia kata tak ada, kita tidak pandai hendak ungkit-ungkit lagi,” kata beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Wahab.


Beliau kesal dengan jawapan pegawai terbabit kerana menurutnya jawapan tersebut tidak munasabah dan tidak boleh diterima.


”Kalau kira, kalau atas jawapan tak ada tu, senang sangat bagi saya yang tidak bersekolah ni, tidak mungkin tak ada walau sekeping, boleh fotostat,” keluh Pak Wahab.


Justeru menurut Pak Wahab, hanya dua orang yang memiliki kad tersebut yang layak mengisi borang permohonan elaun sara hidup, manakala empat orang lagi nelayan yang bekerja dengannya tidak mengisi borang.


”Tak bolehlah yang tak ada kad tu, yang dua ni, kata dia (pegawai) boleh lah, dah isi borang, dan katanya mungkin bulan September, akan dapat elaun tersebut,” jelas Pak Wahab.


Seorang lagi nelayan sepenuh masa yang ditemui turut menyuarakan tidak puas hati dengan pihak berkuasa yang menyusahkan urusan berkaitan nelayan.


http://buletinonline.net/images/berita11/wanmustaffa.jpgWan Mustaffa Ahmad, 50, (gambar kanan) berkata beliau tidak dapat mengisi borang permohonan elaun sara hidup kerana kad yang beliau miliki telah hilang ketika botnya tenggelam beberapa bulan lalu.

“Dah tak ada kad, tak boleh nak memohon, nak buat kad baru, borang tak ada di pejabat, saya sudah pergi banyak kali ke pejabat, pegawai kata borang tidak ada,”kata Wan Mustaffa.

Minggu lalu, Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Selatan (PNKTs) mengeluarkan kenyataan, tidak sampai separuh dari ahlinya seramai seramai 1,100 yang berpeluang untuk menikmati insentif RM200 sebulan itu.

Pengerusinya Hasan Ismail berkata ia adalah kerana mereka tidak mempunyai kad nelayan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan walaupun mereka telah memohon untuk mendapatkannya.

"Kita harap pihak berkuasa atau Jabatan Perikanan akan kaji perkara ini kerana mereka memohon kad nelayan telah lama tetapi tidak diberikan perhatian," katanya di sini hari ini.

Hasan berkata bahawa skim itu begitu amat bermakna kepada nelayan kerana pendapatan mereka sekarang semakin berkurangan.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |