Harakahdaily Md Hakimi Mon | Sep 15, 08 | 6:07:38 pm MYT | |
TANAH MERAH, 15 Sept (Hrkh) - Tidak sampai 24 jam lagi segala kemungkinan boleh berlaku. Bayangan ke arah pertukaran kerajaan semakin jelas apabila seorang anggota kabinet Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan hari ini. Manakala Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan sidang akhbar khas esok. Begitu juga Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan akan menemui media di Kota Bharu, esok. Tentunya ini amat meresahkan sekali bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang mengharapkan pelan peralihan kuasa pada Jun 2010. Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa berkata, rakyat menaruh harapan tinggi mungkin berlaku sesuatu di peringkat nasional esok termasuk penghijrahan wakil rakyat daripada tempat tidak baik kepada lebih baik. "Kalau sebelum ini ramai orang mengecam melompat parti daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat, sebaliknya apa yang mereka lakukan sebenarnya berhijrah daripada tempat tidak elok kepada lebih elok. "Sekiranya 30 anggota Parlimen BN berhijrah kepada Pakatan Rakyat, bermakna mereka sudah mempunyai kesedaran tinggi untuk berubah. Maka ini mewajarkan kerajaan baru yang cuba dinafikan sebelum ini muncul," katanya di sini. Beliau yang juga Setiausaha PAS Tanah Merah berkata, rakyat menunggu dengan penuh harapan detik perubahan yang bakal berlaku sama ada esok atau tarikh lain. Katanya, lebih 50 tahun berada di bawah penguasaan BN sudah terlalu lama dan kini tiba masanya penghijrahan ke arah lebih baik dilakukan. "Kerajaan yang memerintah negara sekarang sudah terlalu tua dan tidak lagi mampu untuk mentadbir dengan baik. Amalan rasuah dan salahguna kuasa sudah menjadi kebiasaan dan tidak lagi mampu dikawal. "Ditambah pula tidak cekapnya pemimpin BN menguruskan sumber ekonomi negara. Ini amat mewajarkan kerajaan baru yang lebih segar dan bersih mengambil alih tampuk pemerintahan," ujarnya di majlis Penyerahan Cek Dividen Ladang Rakyat di Pusat Tarbiyah PAS Terasil, semalam. Seramai 320 peserta daripada Dun Gual Ipoh, Bukit Panau dan Kemahang menerima dividen masing-masing. Bagi peserta lama menerima RM800 dan peserta baru RM200. Wan Yusoff juga berkata, rakyat tidak perlu bimbang dengan perubahan yang bakal berlaku kerana gerakan dakwah tetap diberi perhatian utama kerajaan baru. "Sama ada berlaku perubahan atau tidak ia tidak menjadi halangan kepada kita untuk bergerak kerana PAS bukan parti politik semata-mata tetapi merupakan gerakan dakwah," ujarnya. Baru-baru ini seramai 52 anggota parlimen mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiwan yang ditaja Kelab Penyokong Kerajaan (BN BBC). Lawatan yang bermula 8 September lalu sepatutnya berakhir Jumaat ini, namun ada anggota parlimen BN sudah pulang sejak kelmarin, setelah mengetahui pemimpin KeADILan turut berlepas ke Taipei, 12 September lalu.� Pengerusi Perhubungan KeADIlan Kelantan, Abdul Aziz Kadir berkata, situasi ke arah perubahan kerajaan semakin jelas sekarang dengan mengambil kira faktor 16 September. "Asas segala tindakan bermula dengan 16 September. Sama ada ia menjadi realiti esok atau tarikh lain hanya soal teknikal semata-mata. Apa yang jelas sekarang mood rakyat mahukan kerajaan yang penuh dengan masalah diganti," katanya. - mj/mks. _ |
Monday, September 15, 2008
Tempoh 24 jam detik paling mendebarkan Najib Razak
Posted by
Sang Pemantau
at
11:14 PM
Labels: Harakahdaily, najib razak, pemimpin haprak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment