IPOH – Dua lelaki yang dipercayai cuba meletupkan sebuah mesin ATM sebuah bank di Jalan Raja Permaisuri Bainun di sini awal pagi semalam gagal apabila loceng keselamatan di premis itu berbunyi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, kedua-dua suspek itu yang mulanya berjaya membuka pintu bilik premis yang berkunci kemudian membawa tong gas, pemetik api dan alat pemotong kemudian menyemburkan pewarna ke arah kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak mereka dikesan.
“Bagaimanapun, ketika mereka ‘membuat kerja’ dalam premis itu, tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi menyebabkan mereka panik dan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta,” katanya ketika dihubungi semalam.
Azisman berkata, kejadian tersebut disedari seorang pegawai bank berkenaan ketika membuat pemeriksaan di premis itu pada pukul 9 pagi dan mendapati ada kesan umpilan serta tabung gas yang telah ditinggalkan oleh suspek.
0 comments:
Post a Comment