+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label rompakan. Show all posts
Showing posts with label rompakan. Show all posts

Tuesday, November 25, 2008

3 rompakan RM3.4j selesai 24 jam

MyMetro

KULIM: Tindakan pantas polis berjaya menyelesaikan tiga kes rompakan berasingan yang membabitkan pelbagai jenis perkakasan komputer yang keseluruhannya bernilai RM3.4 juta di sini minggu lalu dalam tempoh 24 jam selepas kes berkenaan dilaporkan berlaku.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Mohd Salleh berkata dalam kes yang dilaporkan berlaku pada 17 November lalu, barangan cakera dan peralatan komputer yang diangkut dengan sebuah lori treler dilaporkan telah dirompak oleh sekumpulan lelaki yang bersenjatakan pistol.

Barangan terbabit dianggarkan bernilai RM1.3 juta, katanya.

Ia dipercayai milik dua kilang antarabangsa di kawasan Perindustrian Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP).

“Namun tindakan segera pihak polis memintas pergerakan perompak-perompak berkenaan telah berjaya mengekang kegiatan itu sehingga menyebabkan mereka dapat diberkas bersama barangan yang dirompak,” katanya kepada pemberita hari ini.

Read More...

Tuesday, November 18, 2008

Dua lelaki gagal letup ATM guna tong gas

Seorang anggota polis membawa tong gas yang dipercayai mahu digunakan untuk meletupkan mesin ATM di Ipoh semalam.


IPOH – Dua lelaki yang dipercayai cuba meletupkan sebuah mesin ATM sebuah bank di Jalan Raja Permaisuri Bainun di sini awal pagi semalam gagal apabila loceng keselamatan di premis itu berbunyi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, kedua-dua suspek itu yang mulanya berjaya membuka pintu bilik premis yang berkunci kemudian membawa tong gas, pemetik api dan alat pemotong kemudian menyemburkan pewarna ke arah kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak mereka dikesan.

“Bagaimanapun, ketika mereka ‘membuat kerja’ dalam premis itu, tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi menyebabkan mereka panik dan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta,” katanya ketika dihubungi semalam.

Azisman berkata, kejadian tersebut disedari seorang pegawai bank berkenaan ketika membuat pemeriksaan di premis itu pada pukul 9 pagi dan mendapati ada kesan umpilan serta tabung gas yang telah ditinggalkan oleh suspek.

Read More...

Tuesday, September 23, 2008

Enam jongkong emas RM800,000 dirompak


Wan Abdullah (kiri) mendengar cerita pengusaha emas (tiga dari kanan) mengenai rompakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas semalam.


BAYAN LEPAS - Tergamam dengan pistol di leher, seorang pengusaha kedai emas dan pembekal barangan itu terpaksa membiarkan enam jongkong emas berharga RM800,000 dikebas tiga perompak semalam.

Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku di tempat letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) di sini sejurus selepas jongkong-jongkong emas seberat 5.9 kilogram itu baru tiba dari Dubai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tuanku Said berkata, rompakan tersebut membabitkan tiga lelaki dipercayai warga Vietnam bersenjatakan pistol.

Menurut beliau, sebelum kejadian, pemilik kedai emas berusia dalam lingkungan 40-an itu datang ke lapangan terbang tersebut untuk menjemput pembekal emasnya yang baru sampai dari Dubai.

"Ketika kedua-dua mangsa mahu naik kereta pacuan empat roda milik pengusaha kedai emas tersebut, mereka didatangi tiga lelaki bersenjatakan dua pucuk pistol.

"Dua lelaki mengacu pistol kepada kedua-dua mangsa sambil mengarahkan kedua- dua menundukkan kepala sambil mencangkung di tepi kenderaan,'' kata beliau.

Wan Abdullahj memberitahu, seorang lagi perompak terus mengambil dua buah beg berisi jongkong emas yang telah dimasukkan ke belakang kenderaan.

Jelasnya, rompakan itu berlaku dalam beberapa minit dan perompak dipercayai melarikan diri dengan kereta yang diletakkan tidak jauh dari kenderaan mangsa.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |