+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, December 18, 2008

Lelaki kecohkan kayuhan ke Parlimen

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Dec 18, 08 12:17pm

Seorang lelaki berusia 40-an menimbulkan kekecohan sewaktu polis membenarkan beberapa peserta Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) berbasikal menuju ke Parlimen untuk menyerahkan satu memorandum kepada kerajaan dan pembangkang.

Tamilselvan Masilamani, yang dipercayai hadir untuk menyokong, tidak berpuas hati dengan tindakan polis menghalang pengayuh-pengayuh basikal sejak mereka bergerak awal bulan ini dari Alor Star dan Johor Bahru.

Beliau juga mendakwa polis mencuri basikal-basikal peserta Jerit.

jerit parliament ride for change final leg 181208 tamilselvamLelaki berkemeja putih (foto) berjaya ditangkap selepas tersembam sewaktu meronta-ronta apabila dicekup oleh enam anggota polis di simpang masuk utama ke bangunan tersebut.

Kira-kira 200 peserta "Rakyat Pengayuh Perubahan", wartawan dan anggota polis menyaksikan kejadian itu, kira-kira jam 11.50 pagi.

Sewaktu lelaki itu dibawa kereta peronda polis, kelihatan kesan luka pada dagunya.

Mengulas tangkapan itu, setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan menjelaskan lelaki bukan sebahagian peserta Jerit.

"Saya tidak pasti siapakah dia," katanya. PSM antara pertubuhan dalam gabungan Jerit.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Polis Kuala Lumpur, Abdul Hamid Mohd Ali memberitahu media di tempat kejadian, Tamilselvan ditangkap kerana mengganggu dan menghalang tugas-tugas polis.

Tambahnya, 40 anggota polis berpakaian seragam ditugaskan untuk mengawal program tersebut yang disertai oleh

Kira-kira 10 minit sebelumnya, kerja-kerja menurunkan basikal dari sebuah lori untuk membolehkan peserta Jerit berbasikal ke Parlimen menyebabkan kesesakan lalulintas di jalan tersebut dan ke susur keluar ke lebuhraya Mahameru.

Bagaimanapun, lalu lintas dapat dikawal oleh polis 20 minit kemudian.

jerit parliament ride for change final leg 181208 k simon and gobindSewaktu pengayuh-pengayuh Jerit dan ahli-ahli parlimen menuju ke pintu masuk kawasan Parlimen, penyokong mereka bersorak dan menyanyi di sepanjang jalan.

Ahli-ahli parlimen pembangkang yang menyambut mereka antaranya Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor), Sivarasa Rasiah (PKR-Subang), Tian Chua (PKR-Batu), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Charles Santiago (DAP-Klang), Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).

Polis, yang asalnya melarang kumpulan itu berbasikal ke Parlimen, mengiring sebuah lori yang mengangkut basikal-basikal aktivis Jerit dari Taman Tasik Perdana yang terletak berhampiran ke satu simpang jalan ke bangunan tersebut.

Mereka kemudiannya dibenarkan berbasikal ke bangunan tersebut seorang demi seorang.

Menjelang 12.20 tengah hari, sejumlah 120 pengayuh dan penyokong mereka diizinkan memasuki bangunan Parlimen dan mereka kemudian menikmati hidangan tengah hari di situ selepas majlis menyerahkan memorandum.

Dokumen yang memuatkan enam tuntutan itu diserahkan kepada kepada wakil kerajaan dan pembangkang di Dewan Serbaguna Parlimen.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator T Murugiah menerima bagi pihak kerajaan, dan Saifuddin Nasution mewakili ketua pembangkang pada 12.50 tengah hari tadi.

Tuntutan kumpulan pengayuh basikal ini, antaranya, perumahan selesa untuk rakyat, mengawal harga barangan, penggubalan akta gaji minimum RM1,500 dan menghentikan penswastaan air, hospital dan pendidikan.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |