+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, May 26, 2009

'Jangan sampai saya hilang sabar' - Waheeda


Berita Harian

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my




Waheeda sangkal tuduhan isteri Akhil Hayy

KUALA LUMPUR: "Biarlah dia terus memburukkan saya tetapi jangan sampai saya hilang sabar hingga dedahkan segala-galanya, takut dia pula nanti tak berani keluar rumah kerana malu," kata penyanyi, pelakon dan penceramah bebas, Norwahidah Abdul Wahab atau Waheeda.

Waheeda berkata, selama ini dia lebih banyak bersabar dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan hubungannya dengan penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy, kerana mahu menjaga hati banyak pihak.


"Sebelum ini pun, pelbagai tuduhan dilemparkan. Biarlah orang hendak tuduh saya perampas atau menghancurkan rumah tangga atau apa pun. Saya tidak kisah sebab saya sudah lali dengan semua itu," katanya mengulas kenyataan isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal yang menuduhnya mempunyai hubungan dengan penceramah bebas itu.

Maizawati semalam dilaporkan berkata, Akhil pernah membuat pengakuan mengenai hubungannya dengan Waheeda serta memberitahu dia sanggup menerima penyanyi itu sebagai madu walaupun sebelum ini kedua-dua mereka menafikan mempunyai hubungan.

Mengenai dakwaan Maizawati kononnya Waheeda tidak mahu mengakui hubungannya dengan Akhil kerana tidak boleh menerima hakikat untuk hidup bermadu, penyanyi berusia 31 tahun itu menegaskan apa yang dikatakan wanita itu semuanya tidak benar.

"Sebenarnya saya tidak mahu mengulas apa yang dikatakannya itu. Pada saya, apa yang dikatakannya itu adalah andaian dia semata-mata. Jadi, lebih baik awak tanyakan perkara ini kepada orang yang lebih rapat dengannya," kata Waheeda.

Ditanya jika Akhil ada berbincang dengannya apabila isu hubungan mereka dibangkitkan isterinya menerusi akhbar, Waheeda yang sekali lagi menegaskan dia tidak pernah berkahwin dengan Akhil berkata, penceramah bebas itu menasihatkannya supaya bersabar.

Sama ada beliau bersedia berdepan dengan isteri penyanyi itu bagi meleraikan segala kekusutan yang timbul, Waheeda menganggap perkara itu tidak perlu.

"Biarlah dia dengan dunianya. Lagipun masalah itu timbul antara dia dengan suaminya dan kalau ia benar berlaku, beranikah dia untuk bersemuka dengan saya?" katanya.

Sementara itu, usaha mendapatkan reaksi Akhil bagaimanapun buntu apabila beliau enggan mengangkat telefon serta tidak membalas SMS yang dikirimkan.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |