| Buletin Online
Ditulis oleh SM Noor | |
| Monday, 24 November 2008
| |
|
“ini menunjukkan bahawa ‘bertudung’ merupakan kod etika pakaian Islam yang diterima oleh universal,”katanya
“arak boleh membahayakan bukan sahaja kepada orang yang minum, tapi kepada penumpang dan kapalterbang, bila minum arak, mabuk, macam-macam boleh berlaku,”kata beliau.
|
Showing posts with label MAS. Show all posts
Showing posts with label MAS. Show all posts
Tuesday, November 25, 2008
Sikap ‘Double Standard’ MAS terhadap Islam Amat DiKesali
Posted by
Sang Pemantau
at
3:44 AM
0 comments Labels: buletin online, hina Islam, MAS
Tuesday, June 17, 2008
Tony dakwa Idris bersikap 'kebudak-budakan'
Posted by
Sang Pemantau
at
1:21 PM
| Malaysiakini |
| Jun 17, 08 11:32am |
| Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Datuk Tony Fernandes berkata rakan sejawatnya dalam Malaysia Airlines (MAS) bersikap "kebudak-budakan" kerana menarik balik diskaun lumayan yang dinikmatinya dalam penerbangan MAS. "Ia adalah budi bahasa yang dihulurkan kepada CEO syarikat penerbangan. Sama seperti dalam muzik industri, saya memberikan CD percuma kepada Warner Music atau sebaliknya," kata Fernandes, yang menceburi industri muzik sebelum beliau memulakan AirAsia enam tahun lalu, yang kini berkembang menjadi syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia, demikian menurut Bernama. Idris berkata pihak pengurusan menerima banyak surat bantahan daripada banyak kakitangan MAS berhubung keistimewaan perjalanan ketua AirAsia itu ekoran "kenyataan negatif" yang dikeluarkannya mengenai MAS. Dalam suratnya Idris berkata: "Ramai pekerja kami merasa amat tersinggung dan kecewa dengan apa yang mereka baca di akhbar. Perasaan marah di kalangan pekerja ini semakin meningkat, begitu juga dengan tekanan dari pihak kesatuan setiap hari". Pelopor tambang murah Bagaimanapun Fernandes dalam reaksinya terhadap keputusan oleh seteru dalam perniagaannya itu berkata kritikannya terhadap MAS dicetuskan semata-mata oleh gesaan AirAsia supaya syarikat penerbangan negara itu "bersaing secara sihat". "Apa yang saya katakan cuma MAS perlu memberikan kami peluang untuk bersaing secara sihat. Contohnya MAS sentiasa menentang penerbangan AirAsia ke Singapura," kata Fernandes semasa merujuk kepada isu utama bagi dua syarikat penerbangan itu, iaitu apa yang dilihat sebagai laluan paling menguntungkan di rantau ini. Ditanya sekiranya beliau percaya kesatuan sekerja MAS yang menekan syarikat penerbangan itu untuk menarik balik diskaun 50 peratus bagi Kelas Pertama/Perniagaan dan 75 peratus bagi kelas Ekonomi, Fernandes berkata: "Kami hanya mahu diberi layanan adil. Apa gunanya untuk perkara ini dijadikan terlalu bersifat peribadi?" katanya. Pelopor syarikat penerbangan tambang murah yang lantang bercakap itu berkata beliau memberikan sepenuh tumpuan kepada perniagaannya dan pemegang saham AirAsia, sambil menambah, "Orang yang tidak sukakan saya akan sentiasa mencari jalan untuk tidak menyukai saya." Ditanya sama ada tindakan MAS menarik balik diskaun yang diberikan kepadanya untuk menaiki penerbangan syarikat kebangsaan itu mendatangkan kesan kepadanya, Fernandes berkata "Saya tidak menggunakannya sangat, jadi tidak mengapalah." Idris ketika dihubungi bertegas bahawa kesatuan pekerja-pekerja syarikat penerbangan itu yang memulakan langkah berkenaan. Seperti yang dinyatakan dalam suratnya kepada Fernandes, "Ia adalah tindakan yang terbaik buat masa ini berikutan sentimen keseluruhan dalam kalangan kakitangan." |
0 comments Labels: Air Asia, malaysiakini, MAS
Subscribe to:
Posts (Atom)