Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh Sat | Nov 29, 08 | 12:13:50 pm MYT | |
SHAH ALAM, 29 Nov (Hrkh) - Bekas Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Tan Yee Kew dalam ucapan aluannya sempena Kongres KeADILan hari ini menyatakan ramai orang menyamakan kegigihan Dato' Seri Anwar Ibrahim sama seperti Presiden baru Amerika Syarikat, Barrack Obama. Ujarnya, kegigihan Anwar dalam bekerja bagi memastikan isu rakyat terus diutarakan dan nasib rakyat terus terbela sama seperti juga kegigihan Obama dalam berkempen pada pilihan raya presiden Amerika beberapa minggu lalu. Anwar yang menggalas tugas sebagai Ketua Umum KeADILan tidak pernah jemu untuk berusaha memastikan parti dapat berjalan dengan baik dan kebajikan rakyat terbela, ujar Tan yang juga Ketua Penerangan KeADILan Selangor. Beliau memuji kegigihan kepimpinan Pakatan Rakyat dan KeADILan yang tidak mengira waktu berusaha untuk rakyat setiap hari dari pagi hingga ke larut malam. Beliau tidak melihat situasi ini dalam kerajaan BN semasa menyertai pentadbiran kerajaan Umno/BN sebelum ini. Apa yang pasti katanya, apa sahaja yang pernah dikemukakan oleh rakyat sebelum ini kurang mendapat perhatian oleh pemimpin Umno/BN. Sebaliknya pemimpin KeADILan berusaha bersungguh-sungguh memastikan kebajikan rakyat akan terbela, ujarnya yang baru sahaja menyertai KeADILan selepas keluar dari MCA. Antara Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir dalam upacara perasmina kongres di Stadium Malawati Shah Alam hari ini ialah, Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohd Gahazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; Karpal Sing (DAP) dan Teresa Kok./wann _ |
Sunday, November 30, 2008
Tan Yee Kew kata ramai orang samakan Anwar dengan Obama?
0 comments Labels: DSAI, Harakahdaily
Pesuruhjaya PAS Terengganu Ziarah Keluarga Dato’ Razali
Buletin Online
Ditulis oleh SM Noor & Wan Kay | |
Saturday, 29 November 2008
| |
“Bagi pihak PAS Terengganu, saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan diharap masing-masing dapat bersabar,” ujarnya kepada pihak media.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak dapat turut serta menziarahi keluarga Allahyarham kerana berada di tanah suci bersama Adun Batu Burok, Dr
Hadir sama menziarahi Allahyarham Dato’ Razali, Bendahari PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Naib Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, Haji Shukrimun Shamsudin. |
0 comments Labels: buletin online, PAS, terengganu
Pertembungan impian: Wan Mutalib lwn Wan Farid
KUALA TERENGGANU, 28 Nov: Berikutan kematian anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Muhamad petang tadi, kini Kuala Terengganu bakal menyaksikan pilihan raya kecil tidak lama lagi.
Dan pertembungan impian adalah antara Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong dengan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid.
Wan Mutalib adalah calon yang disebut-sebut untuk menjadi calon PAS di Kuala Terengganu sebelum PAS Pusat memutuskan untuk mencalonkan Naib Presidennya, Haji Muhamad Sabu di situ.
Wan Farid yang kini adalah senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri pula adalah calon yang disebut-sebut untuk bertanding dalam pilihan raya lalu di kawasan ini tetapi nama beliau hilang selepas itu.
Ramai pihak menganggap pertembungan kedua-duanya adalah pertembungan impian banyak pihak kerana kekuatan yang dimiliki oleh kedua-dua calon itu di kawasan ini.
Wan Mutalib, AJK PAS Pusat, sebelum ini adalah Adun Batu Burok. Beliau kini menjadi Pengerusi JK Pemantau bagi pihak PAS Pusat untuk semua negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Selain beliau, turut tersenarai untuk menjadi calon-calon PAS adalah pesuruhajaya PAS Terengganu sendiri, Datuk Mustafa Ali.
Di pihak BN pula, nama bekas anggota Parlimen Kuala Terengganu, Zuber Embong juga ada disebut-sebut.
0 comments Labels: PAS, siasahdaily, terengganu, UMNO
Kuala Terengganu: ‘taruhan besar’ bagi BN dan PAS
Agenda Daily
Al-Fatihah... atas kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail.Pemergian mengejut Ahli Parlimen Kuala Terengganu ini sewaktu bermain badminton di Institut Aminuddin Baki Genting Highlands pada jam 6.30 petang Jumaat membuka gelanggang kali kedua pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.
Kalau sebelum ini di Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu BN berentap dengan PKR... di Kuala Terengganu giliran PAS pula.
Bezanya Permatang Pauh adalah kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan senario dari awal pilihanraya kecil itu sudah nampak memihak kepada PKR tetapi di Kuala Terengganu keadaannya lebih menarik kerana ia dikira 50-50 antara BN dan PAS.
Allahyarham Datuk Razali menang dua kali di kerusi parlimen itu setelah menewaskan Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada pilihanraya umum 2004 dengan 1,933 undi.Allahyarham dapat 30,994 undi manakala Dr Syed Azman 29,061.
Pada pilihanraya umum lalu dalam pertandingan tiga penjuru antara Timbalan Menteri Pelajaran itu dengan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan mak chik Maimun Yusof yang bertanding atas tiket bebas Allahyarham menang dengan majoriti tipis 648.
Datuk Razali dapat 32,582 undi ,Mohamad Sabu 31,934 manakala Maimun 685.
Keputusan kedua-dua pilihanraya umum sudah cukup untuk mengambarkan senario yang mendebarkan bagi BN dan PAS untuk mengharungi pilihanraya kecil kali ini.
Menariknya kedua–dua BN dan PAS mempunyai taruhan politik yang amat besar keatas Kuala Terengganu.
Bagi BN setelah tewas di Permatang Pauh ia pasti akan berhempas pulas untuk berusaha mempertahankan Kuala Terengganu.
Bagi PAS pula setelah melepas dari berkuasa sepenggal di Terengganu dalam pilihanraya umum 2004 dan hanya berjaya tawan balik satu kerusi Parlimen sahaja iaitu Marang semasa pilihanraya umum 8 Mac lalu... Kuala Terengganu pasti menjadi idaman,
Dijangka cabaran terbesar PAS untuk berdepan dengan pilihanraya kecil ini ialah mencari isu untuk menawan pengundi Kuala Terengganu.
Allahyarham Datuk Razali,seorang teknokrat yang tidak banyak diselubungi oleh isu peribadi dan politik untuk dijadikan bahan kempen PAS.
Dalam pada itu sebelum ini kebanyakan serangan PAS di negeri itu ditujukan kepada beberapa isu yang melibatkan bekas Menteri Besar Datuk Idris Jusoh.
Sebaliknya Terengganu kini dipimpin oleh Datuk Ahmad Said yang merupakan tokoh pilihan Istana.
Secara tidak langsung pilihanraya kecil ini akan menjadi ujian besar pertama bagi Menteri Besar Terengganu yang baru itu.
Sejak beliau ambilalih pentabiran belum ada isu besar berbangkit di negeri itu kecuali tidak lama dulu hu ha mengenai cadangan beliau nak tukar kereta rasmi kerajaan negeri dari Proton Perdana V6 ke Mercedes.
Soalan terbesar menjelang pilihanraya kecil itu apakah PAS mampu menyambung gelombang tsunami politik 8 Mac ke Kuala Terengganu.
Badai itu dikira tidak sampai ke Terengganu.Selain dari Parlimen Marang,PAS hanya mampu menawan balik empat kerusi Dewan Undangan Negeri semasa pilihanraya umum lalu.
Dalam pada itu PAS juga kini menghadapi kemelut dalaman.Bukan rahsia lagi parti itu kini sedang dihimpit ‘ perang dingin’ antara puak Erdogan diketuai oleh Datuk Husam Musa yakni yang lebih condong kepada Anwar dengan puak ulama Datuk Seri Hadi Awang yang tidak mahu dicengkam pengaruh Penasihat PKR itu.
Pilihanraya kecil ini juga dijangka akan menjadi medan ‘penilaian’ keatas prestasi kerajaan baru pimpinan PAS di Kedah dan Perak yang diselubungi oleh beberapa isu yang turut dipersoalkan oleh kalangan ahli parti itu sendiri.
Di Kedah misalnya ia berdepan dengan kemarahan orangramai mengenai cadangan projek ladang babi moden di Bukit Selambau dan kegairahan Exco Kerajaan Negeri main golf.
Di Perak,Datuk Seri Nizar Jamaluddin berdepan dengan dakwaan terlalu mengikut telunjuk DAP dan isu pemberian status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru.
Selain itu kegagalan PAS nak terapkan pemerintahan berasaskan pegangan yang digembar gemburkanya selama ini nak wujudkan Negara Islam di negeri-negeri yang baru dikuasainya juga menjadi buah mulut.
Ini tidak masuk lagi banyak janji dalam manifesto Pakatan Rakyat yang belum tertunai hingga membangkitkan rasa tidak puashati mereka yang memangkah pembangkang.
Bagi BN pula tentunya apakah ia mampu menyekat gelombang itu di Kuala Terengganu.
"Tembak menembak" dalam Wanita UMNO yang menjadi salah satu nadi utama kempen pilihanraya kebelakangan ini, menjelang pemilihan jawatan Ketua Wanita ...juga mencetuskan sedikit kebimbangan.
Melihat dari semua sudut ‘ perang Kuala Terengganu’ ini pastinya amat menarik.- 29/11/2008
0 comments Labels: agenda daily, PAS, UMNO
Dengan harapan rakyat, kerajaan baru Pakatan Rakyat akan direalisasikan - Wan Azizah
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh Sat | Nov 29, 08 | 11:42:20 am MYT | |
SHAH ALAM, 29 Nov (Hrkh) - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan dengan harapan rakyat dan kerjasama yang tinggi di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, usaha untuk membentuk kerajaan baru di peringkat pusat akan direalisasikan juga akhirnya. Semasa menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres KeADILan di Stadium Malawati Shah Alam ketika ini, Dr Wan Azizah menyatakan, rakyat terus berharap agar terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang diusahakan. Ujarnya, kerajaan Pakatan Rakyat akan terbentuk dengan 'izin Allah' dan kerajaan ini akan menjadi kerajaan yang prihatin, selamat dan bebas dari belenggu rasuah, campur tangan kehakiman dan dikenali wibawanya di seluruh dunia. Presiden KeADILan itu juga berjanji jika terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat ini, semua manifesto yang diucapankan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-12 lalu akan dilaksanakan. Beliau menyebut, pengguna dan rakyat akan mendapat nikmat barangan pada harga yang rendah dan bersesuaian, harga perkhidmatan pada harga yang rendah dan pelbagai kebajikan lain yang kini dinafikan oleh kerajaan Umno/BN. Beliau menyelar tindakan kerajaan BN yang tidak mahu mengubah dan membentangkan semula Belanjawan 2009 di Parlimen walaupun berlakunya kemelut ekonomi dan penurunan harga minyak. Beliau menyebut antara kelemahan kerajaan BN hari ini ialah terjadinya aliran keluar FDI (pelaburan dari luar) yang semakin tinggi. Selain itu Wan Azizah juga menyebut permasalah yang membelenggu dasar-dasar kerajaan yang ada hari ini antaranya, pengganguran, kelemut akhlak remaja, kemiskinan, kemelut ekonomi yang melampau dan permasalahan rakyat yang tidak pernah terlerai. Beliau juga mengkritik sistem pendidikan hari ini yang sebenarnya perlu dikaji semula bagi meningkatkan taraf rakyat. Dengan kemelut tersebut, selain kepinggiran warga luar bandar oleh kerajaan Umno/BN, beliau melihat bahawa rakyat kini mula mendampingi KeADILan terutamanya di Sarawak. "Saya yakin dengan penambahan ahli KeADILan di Sarawak, pilihan raya negeri di peringkat Sarawak tidak lama lagi akan menjadi medan kepada KeADILan untuk membentuk kerajaan baru," katanya. Justeru beliau mengharapkan usaha yang sedang dijalankan oleh Pakatan Rakyat hari ini akan membentuk satu kerajaan baru berdasarkan kepada 'Harapan Rakyat'. Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan Pakatan Rakyat dalam membina gagasan pakatan ini sebelum dan selepas pilihan raya hingga kini ia mantap. "Terima kasih kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan seluruh kepimpinan PAS," katanya. "Terma kasih juga kepada Lim Kit Siang, Karpal Sing dah rakan-rakan dalam DAP kerana kerjasama selama ini hingga Pakatan mantap," katanya. Kejayaan pada pilihan raya umum ke-12 telah menyebabkan kerjasama dalam Pakatn Rakyat semakin tinggi, an kepercayaan antara pemimpin telah menyebabkan penubuhan sekratariat kepimpinan pakatan. "Kita telahpun berjaya merentasi idealogi parti antara kita yang sebelum ini amat berbeza semata-mata kerana rakyat, dan kerana rakyatlah kita membentuk pakatan ini," katanya. Justeru beliau mengharapkan dengan kerjasama ini, impian membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat di peringkat pusat akan direalisasikan akhirnya. Ucapan Wan Azizah bagaimanapun tidak menyentuh isu kegagalan Anwar untuk menukar kerajaan persekutuan pada 16 September lepas. Sebaliknya, bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengkritik pelan penggantian kuasa perdana menteri kepada timbalannya yang dianggap "sebuah pentadbiran yang mirip kepada regim lama" yang menyebabkan "kemusnahan dahsyat" kebanyakan insitusi pentadbiran dalam negara. Semalam, sewaktu merasmikan kongres Wanita dan Angkatan Muda parti itu, timbalan presiden Dr Syed Husin Ali menjangkakan isu pertukaran kerajaan yang sedang diusahakan oleh Anwar akan disentuh oleh Dr Wan Azizah dan Anwar. Anwar akan menyampaikan ucapannya, yang dijangka menyentuh beberapa isu penting PKR dan nasional, tidak lama selepas ucapan presiden. Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah, Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohd Gahazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; Karpal Sing (DAP) dan Teresa Kok. _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, Malaysia baru, PKR
Banjir di Kelantan, Terengganu semakin buruk, tidak banyak berubah di Pahang
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu semakin buruk petang ini apabila semakin ramai yang terpaksa dipindahkan manakala di Pahang keadaan tidak banyak berubah.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat mendadak kepada 1,743 orang petang ini berbanding 295 orang tengah hari tadi manakala di Kelantan 794 orang, meningkat daripada 109 orang pagi tadi, dan di Pahang 25 orang.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri Terengganu berkata daripada jumlah itu, 954 mangsa di Besut, Hulu Terengganu (376), Setiu (325) dan Marang (88).
"Kita sedang membuat pemantauan di daerah-daerah lain berikutan hujan lebat berterusan di negeri ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Jurucakap itu berkata 10 pusat pemindahan telah dibuka di Besut sehingga pukul 5 petang ini manakala empat di Hulu Terengganu, lima di Setiu dan dua di Marang.
Jurucakap itu berkata paras air sungai yang melepasi paras bahaya di negeri itu sekarang ialah di Kampung La dan Jambatan Jertih di Besut, yang masing-masing mencatatkan 22.36 meter (paras bahaya 19.20 meter) dan 9.03 meter (paras bahaya 8.90 meter) serta Sungai Marang 14.26 meter (paras bahaya 14 meter).
Beliau berkata jalan-jalan yang ditutup setakat ini ialah jalan Kuala Ping ke Kuala Berang di Km28, jalan Kuala BerangSungai Tong, jalan Kuala Berang-Kampung Kepah, yang kesemuanya ditenggelami air sedalam antara 0.5 dan dua meter.
Di Kelantan pula, jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir (PKOB) Kelantan berkata kesemua 794 mangsa banjir yang dipindahkan adalah di Jeli.
"Jajahan-jajahan lain belum lagi kita terima maklumat terkini mengenai mangsa banjir dipindahkan, hanya Jeli sahaja yang berlaku perpindahan mangsa banjir," katanya, sambil menambah antara jalan yang ditutup kini adalah laluan utama Kota Baharu-Kuala Krai dan Jeli-Dabong.
Dua laluan utama menuju ke jajahan Jeli dan Kuala Krai juga ditutup berikutan air mula naik setinggi satu meter.
Tinjauan Bernama pula mendapati laluan masuk ke bandar Kuala Krai ditutup untuk kenderaan ringan berikutan air Sungai Durian melimpah ke atas jalan setinggi satu meter.
Sementara itu, Ketua Jajahan Jeli Serpudin Mohamad berkata hujan lebat yang melanda jajahan itu sejak 2 pagi tadi, menyebabkan paras air Sungai Pergau dan Sungai Ayer Lanas meningkat mendadak dan penduduk di lima kampung terpaksa berpindah ke empat pusat pemindahan.
Katanya laluan utama untuk masuk ke jajahan Jeli yang ditutup akibat dinaiki air setinggi satu meter adalah Jalan Kuala Balah-Jeli dan Jalan Gua Musang-Jeli.
Di Pahang pula, keadaan banjir di daerah Temerloh dan Cameron Highlands tidak banyak berubah apabila 25 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir berbanding 29 orang pagi tadi selepas empat sekeluarga dari Kampung Kuang, Lanchang dekat Temerloh dibenarkan pulang berikutan keadaan air di kawasan rumah mereka telah surut.
Jurucakap bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata seramai 12 orang masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Kampung Kuang, Lanchang manakala 13 lagi dari Lembah Bertam, Cameron Highlands ditempatkan di Dewan Orang Ramai Ringlet.
Sementara itu, dua jalan di daerah Bera iaitu Jalan Kampung Orang Asli Chuat dan Jalan Kampung Orang Asli Ibam yang ditenggelami air setinggi satu meter masih ditutup untuk kenderaan ringan. BERNAMA
0 comments Labels: bencana alam, mstar online
Keganasan tamat
Berita Harian
PASUKAN komando India mengawasi keselamatan di bangunan pusat Yahudi di Mumbai. |
India dakwa Pakistan terbabit
MUMBAI: Drama serangan pengganas di bandar raya ini sejak malam Rabu lalu, berakhir semalam tetapi ketegangan baru tercetus di antara India dan Pakistan selepas Islamabad dituduh terbabit dalam insiden itu.
Ketika pasukan komando India mula menguasai dua hotel yang ditawan militan serta menyelamatkan semua tebusan di pusat agama Yahudi, India pula menuduh Pakistan bersalah atas keganasan di ibu kota kewangannya.
Bagaimanapun, Islamabad menegaskan dua negara itu menghadapi musuh yang sama dan menggesa New Delhi tidak menggunakan politik kotor dalam isu berkenaan.
Gesaan itu dibuat berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri dari negeri Maharashtra, R R Patil yang memberitahu wartawan bahawa salah seorang militan yang ditahan adalah rakyat Pakistan.
Perdana Menteri India, Manmohan Singh pula memberi amaran mengenai 'padah tertentu' jika Pakistan tidak bertindak menyekat wilayahnya digunakan untuk melancarkan serangan.
Beliau juga meminta ketua agensi perisikan Pakistan menghantar pegawainya ke India bagi berkongsi maklumat dan ini dipersetujui oleh Islamabad.
KOMANDO India turun daripada helikopter di atas bumbung bangunan pusat Yahudi di Mumbai. |
Sementara itu, siaran televisyen melaporkan pasukan komando dengan dibantu helikopter, melepaskan tembakan sebelum melontar bom ke arah penyerang di pusat agama Yahudi.
Ketua Pengawal Keselamatan Kebangsaan, J K Dutt mengesahkan komando India membunuh dua militan di bangunan itu manakala lima tebusan maut.
Ketua Polis Mumbai, Hasan Ghafoor, pula menegaskan operasi masih berjalan kerana tembak menembak terus berlarutan di Hotel Taj Mahal yang menyaksikan komando elit India menghadapi tentangan seorang penyerang yang dipercayai cedera.
Bagaimanapun, hampir semua lokasi keganasan terkawal apabila pasukan komando membunuh dua militan di Hotel Trident-Oberoi dan membebaskan 93 tetamu.
Nasib wanita rakyat Malaysia, Hemakasi Pillay, 51, yang dikhuatiri terperangkap dalam Hotel Taj Mahal masih belum diketahui.
Konsul Jeneral Malaysia di Mumbai, Wan Zaidi Wan Abdullah, berkata pihak berkuasa India memaklumkan hotel itu masih tidak boleh dimasuki.
"Kita memantau perkembangan kejadian itu dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa untuk mengetahui jika wanita terbabit diselamatkan," katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Wan Zaidi berkata, pihaknya bersama dua rakan Hemakasi turut menubuhkan dua kumpulan bagi mengesan wanita itu di semua hospital di bandar raya ini.
"Operasi mencari itu bermula sejak awal pagi kelmarin dan kita juga cuba menghubungi telefon bimbit Hemakasi, namun tiada jawapan," katanya.
Setakat ini, 143 orang maut, termasuk lapan warga asing manakala 288 lagi cedera dalam siri serangan itu.
Dalam insiden itu, kira-kira 25 lelaki bersenjata raifal AK47 dan bom tangan menyerang 10 tempat popular pelancong dan ahli perniagaan di bandar raya ini dengan menjadikan rakyat Britain dan Amerika Syarikat serta penduduk Yahudi sebagai sasaran.
0 comments Labels: Berita Harian, negara luar, pengganas
Saturday, November 29, 2008
Pemakaian tali keledar belakang tetap 1 Jan.
KUCHING - Tarikh penguatkuasaan pemakaian tali keledar belakang pada 1 Januari depan tetap dilaksanakan dan tidak akan ditangguh, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lajim Ukim.
Menurut beliau, pengguna sudah diberi tempoh yang cukup untuk mengambil langkah perlu bagi melaksanakan peraturan itu termasuk membiasakan diri dengan penggunaannya.
"Sekarang masih ada 33 hari lagi untuk pengguna memastikan mereka dapat membiasakan penggunaan tali keledar belakang... (mulai 1 Januari) kalau tidak pakai kita tetap akan saman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Keselamatan Jalan Raya 2008 di sini semalam.
Beliau menambah, kempen advokasi pemakaian tali keledar belakang yang bermula 1 Jun lalu kini giat dilakukan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bagi menyedarkan pengguna agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika memandu dan tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan.
0 comments Labels: kosmo, projek rakyat
Anwar tidak ulas kegagalan 16 Sept
Malaysiakini |
Jimadie Shah Othman | Nov 29, 08 1:30pm |
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjelaskan punca kegagalannya menukar kerajaan persekutuan, atau "projek 16 September", walaupun beliau dijangka mengulas panjang isu itu seperti dinanti-nantikan banyak pihak dalam kongres pertama PKR selepas pilihanraya umum Mac lepas. Semalam, timbalan presiden parti itu Dr Syed Husin Ali berkata, beliau menjangkakan perkara itu akan dijelaskan tokoh utama PKR itu dalam kongres tahunan kelima parti itu yang bermula di Shah Alam hari ini. Akibat kegagalan tersebut, media menuduh Anwar berbohong dan terhadap ahli-ahli PKR dalam pergerakan Wanita dan Angkatan Mudanya yang percaya dengan dakwaan sedemikian, kata Dr Syed Husin. Mengakui projek itu "belum berhasil", Anwar berkata: "Peralihan kuasa bagi kita bukan percaturan politik peribadi. "Peralihan kuasa bagi kita adalah menegakkan suatu sistem yang adil, media yang bebas, badan kehakiman yang bebas, polis yang profesional, pimpinan yang tidak rasuah dan tamak haloba menekan rakyat. "Itu maksud peralihan kuasa. Dan peralihan kuasa belum berhasil pada 16 September." Anwar juga tidak mengadakan sidang media selepas menyampaikan ucapannya. Beliau disebut-sebut akan mengulas isu ini dalam ceramahnya malam ini di tempat yang sama. Berucap di kongres PKR tengah hari ini, Anwar sekali lagi membidas para pemimpin Umno yang "terus memainkan api perkauman seolah-olah mereka jaguh Melayu tulen". Tambahnya, semua pemimpin Pakatan Rakyat yang pelbagai kaum tidak mempertikaikan dasar yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan. "Melayu, Dayak, Dusun, Bajau, Melanau, Kadazan, Cina, India tidak perlu apolegetik untuk bermaafan -- untuk mengatakan kami (anggota Pakatan) tidak lupa dasar yang termaktub dalam perlembagaan di negara kita. "Itu dasar kita. Kita harus jawab serangan mereka," katanya. Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan label anti-Melayu yang dikenakan terhadap DAP oleh "jaguh-jaguh Melayu baru" seperti ucapan-ucapan mereka di dalam Parlimen. |
0 comments Labels: DSAI, Malaysia baru, malaysiakini
PAS kutuk serangan di Mumbai - Mahfuz
Wan Nordin Wan Yaacob Sat | Nov 29, 08 | 2:30:54 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menyatakan PAS mengutuk serangan yang berlaku ke atas tempat-tempat awam di Mumbai 27 November lalu. Seramai 125 orang terbunuh, manakala 287 lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjata melancarkan serangan ke atas dua buah hotel mewah, hospital, stesen kereta api dan beberapa kawasan tumpuan pelancongan di bandar raya ini sejak malam semalam. Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena menyatakan, PAS bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga mangsa serangan dan mengucapkan takziah kepada Kerajaan India. PAS tidak menyokong sebarang aktiviti keganasan terutama sekali kepada orang awam, namun mengingatkan kuasa-kuasa besar agar tidak menjadikan tindak-tanduk mereka menyemarakkan aktiviti keganasan. "Kita tidak menyokong perbuatan pengganas, namun perlu diingatkan kuasa-kuasabesar seperti Amerika Syarikat lah yang melakukan tindakn mendiskrimiasi hingga wujudnya kelompok pengganas ini yang akhirnya membahayakan nyawa awam," ujarnya. PAS meminta masyarakat dunia terutamanya kuasa-kuasa besar seperti Amerika menghentikan tindakan berunsur diskriminasi terhadap negara kecil yang menyebabkan berlakunya keganasan.
Dalam kejadian ngeri di Mumbai 27 November, pihak berkuasa India masih belum jelas siapakah dalang di sebalik kejadian itu, namun Perdana Menteri, Manmohan Singh menyalahkan kumpulan pejuang Islam di kawasan sempadan sebagai suspek utama. Kumpulan kecil militan lengkap bersenjata melepaskan tembakan rambang dan melontar bom dalam serangan ke atas kedua-dua hotel mewah tersebut, sebuah hospital dan sebuah stesen kereta api sejak lewat malam tadi serta sebuah kafe popular yang kerap dikunjungi pelancong asing. Anggota keselamatan dan kumpulan bersenjata berbalas tembakan ketika komando dan polis menggempur salah sebuah hotel berkenaan bagi membebaskan tebusan. Bagaimanapun keadaan kini agak terkawal, namun berpuluh-puluh pelancong asing dan tempatan masih terperangkap di dalam Hotel Taj Mahal berusia 105 tahun dan sebuah lagi hotel lima bintang, Hotel Trident Oberoi di pusat bandar Mumbai, yang menjadi sasaran serangan. "Ramai yang terperangkap di dalam dua hotel berkenaan dan kami mendapat laporan berlakunya tembak-menembak terutama di Hotel Taj Mahal,� ujar seorang pegawai bertugas di bilik kawalan polis Mumbai. Komando dan pasukan polis bersenjata masih lagi berkawal di dalam dan di sekitar hotel itu setelah kumpulan ini menjadikan warga tempatan dan asing sebagai tebusan. Menurut polis, mereka telah menembak mati empat lelaki bersenjata dan menahan sembilan suspek, manakala 12 anggota polis terbunuh termasuk ketua skuad antikeganasan, Hemant Karkare dalam kejadian tembak-menembak di Hotel Taj Mahal. Manmohan Singh mengecam kejadian itu yang disifatkan sebagai terburuk pada tahun ini dan menyalahkan kumpulan pengganas yang mempunyai pertalian dengan kumpulan dari luar. "Serangan ini dilakukan oleh mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pengganas asing dan ia dilakukan dengan perancangan yang teliti. "Ia dilakukan bagi mencetuskan suasana tidak selamat di dalam negara dengan memilih kawasan-kawasan yang berprofil tinggi sebagai sasaran," kata Manmohan Singh melalui siaran televisyen semalam. Sementara itu, hari ini dilaporkan pasukan komando India membunuh sembilan anggota militan ketika menggempur kumpulan bersenjata bagi menamatkan drama serangan nekad oleh kumpulan tersebut ke atas beberapa logistik di bandar raya ini malam kelmarin, yang telah mengorbankan 143 orang dan hampir 300 yang lain cedera. Lima warga Israel yang ditahan di Pusat Pertubuhan Yahudi terbunuh manakala dua anggota komando maut apabila pasukan elit India itu menggempur pusat tersebut bagi menyelamatkan tebusan rakyat Israel di sana./wann _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, negara luar, PAS, pengganas
Kenyataan Soi Lek biadab
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pewaris menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menolak konsep ketuanan Melayu sebagai kurang ajar dan biadab.
Timbalan Presidennya, Rahimuddin Md. Harun berkata, kenyataan itu boleh menimbulkan provokasi di kalangan bangsa Melayu dan bangsa lain di negara ini.
"Kenyataan berbaur perkauman itu tidak sepatutnya keluar dari mulut Sio Lek hanya semata-mata untuk menaikkan populariti beliau yang pernah mempunyai skandal seks dahulu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Soi Lek yang menolak konsep ketuanan Melayu yang disifatkan beliau sebagai tidak lagi relevan.
Rahimuddin berkata, sebagai bekas menteri, Soi Lek sepatutnya lebih faham akan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu dan bumiputera serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Katanya, umat Islam dan bangsa Melayu tidak akan berdiam diri lagi jika penghinaan terus dilakukan oleh kaum lain.
Beliau meminta agar isu perkauman tidak dijadikan bahan untuk perdebatan kerana keamanan dan keharmonian adalah amat penting.
"Ingin diingatkan di sini agar kita tidak mahu tragedi 13 Mei 1969 berulang lagi hanya kerana sifat dengki dan iri hati oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera," tegasnya.
0 comments Labels: melayu kita, perkauman, utusan
Komando bebaskan Hotel Taj, kekacauan di Mumbai berakhir
[DIKEMAS KINI] MUMBAI: Pasukan komando India berjaya menumpaskan saki baki pengganas yang menawan hotel Taj Mahal Palace, selepas berlaku pertempuran sengit dengan anggota kumpulan militan itu.
Pertempuran yang berlanjutan dengan anggota militan itu berakhir kira-kira pukul 8 pagi (waktu tempatan) hari ini selepas baki tiga lagi pengganas terbunuh di dalam hotel itu lebih kurang 60 jam selepas mereka merampas hotel berkenaan.
Semalam dua lagi terbunuh di dalam hotel itu. Sekurang-kurangnya 20 hingga 30 lelaki bersenjata dipercayai memasuki hotel mewah itu.
Menurut seorang pegawai keselamatan, dua daripada anggota militan merupakan pelatih di hotel itu sejak 10 bulan lepas, manakala dua anggota kumpulan mereka menempah masuk bilik deluxe tiga hari sebelum merampas hotel itu.
"Kami tidak boleh mengatakan operasi telah tamat. Walaupun tiga pengganas terbunuh hari ini, berdasarkan laporan media mungkin ada (lebih) lagi yang masih bersembunyi di dalam dan penembak tepat kami melakukan pemeriksaan pintu ke pintu.
"Ia mengambil masa yang lama kerana mereka adalah pengganas yang terlatih," kata ketua pengarah National Security Guard (NSG) JK Dutt kepada media selepas operasi itu hari ini.
"Terdapat laporan dalam media dan laporan daripada mereka yang tinggal di hotel itu, bahawa bukan hanya seorang (pengganas) tetapi ada lima pengganas. Kami telah katakan sekurang-kurangnya ada tiga pengganas di dalam. Kami dapat mayat tiga pengganas hari ini," katanya.
Beliau berkata komando NSG akan melakukan 'pembersihan' di seluruh hotel itu dalam tempoh beberapa jam akan datang bagi mencari mayat lain dan tetamu hotel yang selamat.
Pegawai-pegawai bimbang kemungkinan beberapa tetamu hotel masih terperangkap di dalam hotel itu.
Kebakaran berlaku di beberapa bahagian hotel pagi ini selepas anggota militan meletupkan bom tangan di akhir pertempuran, tetapi anggota bomba berjaya memadamkannya. Hotel itu mengalami kerosakan teruk.BERNAMA
BERITA TERDAHULU
MUMBAI: Polis melaporkan serangan di Hotel Taj Mahal kini berakhir, hampir mencapai matlamat untuk tiga hari pertempuran di sini di mana lebih daripada 150 orang telah terbunuh.
Ketua Polis Mumbai Hasan Ghafoor berkata kepada AP: "Operasi di Hotel Taj Mahal kini berakhir. Dua pengganas terakhir yang bersembunyi di sana telah terbunuh.''
Ini telah menamatkan satu daripada serangan yang paling mengakibatkan kebinasaan di India. Keganasan itu bermula Rabu lalu apabila penyerang-penyerang menyerbu 10 buah tempat merentasi Mumbai, ibu negara komersial India.
Pihak berkuasa yang terlibat mencari siapa angkara sebalik serangan ini, mendakwa ia dilakukan oleh kumpulan yang tidak dikenali sebelum ini yang mengelarkan diri sebagai Deccan Mujahideen.
Lima belas pelancong adalah antara yang terbunuh. AP
BERITA TERDAHULU
MUMBAI: Pertempuran senjata antara komando India dan anggota militan berterusan di Taj Mahal Palace Hotel, sejak malam tadi hingga awal pagi ini, dalam usaha akhir pasukan keselamatan untuk menumpaskan saki baki anggota pengganas.
Sejak semalam, angota komando berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya 30 orang yang ditahan di hotel itu sejak Rabu malam, apabila sekumpulan pengganas melancarkan serangan di bandar ini.
Sejumlah pengganas di hotel Taj terbunuh dalam Operasi Black Tornado itu, manakala sejumlah kecil lagi masih bertempur dengan pasukan keselamatan sejak lebih 50 jam lepas, atau mulai awal pagi Sabtu.
"Ini operasi yang unik," kata ketua pengarah National Security Guard (NSG) JK Dutt kepada pemberita malam tadi.
"Kami telah hantar pasukan NSG yang baru, kami tidak mahu lagi kehilangan nyawa. Operasi ini berjaya dan berdasarkan tembakan yang dilepaskan masih terdapat dua hingga tiga orang pengganas di dalam hotel itu," katanya.
Lebih 40 letupan didengar daripada hotel itu apabila anggota militan yang terdesak melemparkan bom tangan dan melepaskan tembakan berterusan ke arah pasukan komando. Petang semalam, dua wartawan cedera ringan apabila terkena serpihan bom tangan.
Seni bina hotel itu, dengan tangga yang berpusing dan bilik tersembunyi menyukarkan pasukan keselamatan menumpaskan anggota militan, yang jumlahnya antara 20 dan 30 orang ketika mereka menawan hotel itu.
Pasukan keselamatan juga menemui hampir 25 kg bahan letupan RDX di dalam hotel mewah itu.
Letupan dan tembakan berterusan dari beberapa bahagian hotel warisan itu yang mempunyai bangunan lama dan baru memusnahkan sebahagian hotel yang berusia satu abad itu.
Sementara itu, komando NSG petang semalam membebaskan Oberoi Trident dan Nariman House, yang turut ditawan pengganas sejak Rabu. BERNAMA
0 comments Labels: mstar online, negara luar, pengganas
Harga sayur naik
KUALA LUMPUR - Masalah bekalan yang semakin berkurangan ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini merupakan antara penyebab berlakunya peningkatan terhadap harga sayur-sayuran secara mendadak di pasaran ketika ini.
Tinjauan di beberapa pasar sekitar ibu negara mendapati, harga beberapa jenis sayur-sayuran meningkat hampir 100 peratus berbanding pada Oktober lalu.
Perkara itu diakui oleh seorang peniaga di Pasar Pudu, Wong Sew Eai, 49, yang menyatakan dia terpaksa menjual sayur-sayuran dengan harga yang tinggi disebabkan penetapan harga oleh pemborong.
"Sayur yang cepat naik ialah cili merah, cili kecil, salad, kangkung dan bayam," kata- nya yang turut memaklumkan bahawa kenaikan harga telah menjejaskan pendapatan hariannya.
Dengan sebab itu, cili merah terpaksa dijual pada harga RM16 sekilogram berbanding RM8 sebelum ini, salad daripada RM4 kepada RM6 sekilogram, manakala cili kecil dijual pada harga RM10 sekilogram berbanding RM5 pada bulan lalu.
|
|
Sementara itu di Kuantan, harga sayur-sayuran naik mendadak di pasaran negeri ini berikutan dakwaan bekalan terhad akibat hujan yang berlarutan di beberapa dae- rah pengeluar sayur terutama di Cameron Highlands, Kuala Lipis dan Temerloh.
Tinjauan di Pasar Besar Kuantan semalam mendapati, harga sawi naik sebanyak RM1.50 kepada RM5.50 sekilogram, manakala tomato RM8 berbanding RM6 sebelum ini.
Harga lada hijau pula naik kepada RM9.50 bagi setiap kilogram berbanding RM8 pada minggu lalu, disusuli lada merah meningkat sebanyak RM2 kepada RM9.
Di Johor Bahru, harga sayur di sekitar daerah ini dijual bercampur-campur dan tinjauan di beberapa pasar mendapati, terdapat sayur yang dijual pada harga yang rendah berbanding minggu lepas, begitu juga sebaliknya.
Di Pasar Awam Larkin, harga bayam hijau dan cili merah dijual lebih murah iaitu sekitar RM2.50 dan RM11 sekilogram berbanding minggu lalu masing-masing RM3.67 dan RM14.
Harga bagi sayur seperti halia tua pula masih dijual sama seperti minggu lalu iaitu RM4 sekilogram, kacang buncis (RM6), kangkung cina (RM2.50), kobis bulat yang diimport (RM3), kobis bunga (RM6), kobis panjang (RM4) dan timun (RM3).
Di Pasar Awam Ulu Tiram pula, antara sayur yang mengalami kenaikan harga sebanyak 50 sen berbanding minggu lalu masing-masing ialah kacang buncis (RM6.50), kobis bunga (RM6.50) dan kobis panjang (RM4.50).
Di Perak pula, tinjauan Kosmo! di Pasar Besar Ipoh di sini mendapati, beberapa sayur seperti cili merah, kangkong, sawi, timun, menyaksikan kenaikan harga.
Cili merah yang biasanya dijual pada harga RM10 sejak Hari raya Aidilfitri kini dinaikkan kepada RM16 sekilo- gram oleh kebanyakan peniaga di pasar tersebut.
0 comments Labels: barang naik, kosmo
Petronas untung RM63b
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mencatat kenaikan keuntungan sebelum cukai sebanyak 48.6 peratus bagi enam bulan pertama tahun kewangan berakhir 30 September 2008 kepada RM63.26 bilion berbanding RM42.57 bilion untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Perolehan bagi syarikat petroleum itu bagi tempoh kewangan tersebut adalah sebanyak RM157.20 bilion berbanding RM102.86 bilion untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, Petronas dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai faktor kenaikan dalam prestasi kewangannya.
Untung bersih bagi tempoh berkenaan juga meningkat sebanyak 46 peratus kepada RM38.64 bilion berbanding RM26.47 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.
"Penyumbang terbesar kepada perolehan bagi tempoh kewangan berkenaan adalah daripada segmen perniagaan minyak sebanyak 49.8 peratus dengan nilai sebanyak RM78.22 bilion," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, daripada jumlah tersebut, produk petroleum yang ditapis menyumbang sebanyak RM60.72 bilion manakala bakinya daripada dagangan minyak mentah.
Penyumbang kedua terbesar kepada perolehan kumpulan pula adalah daripada segmen penerokaan dan pengeluaran yang menyumbang sebanyak 19.7 peratus bernilai RM30.87 bilion, tambah kenyataan itu.
Daripada jumlah berkenaan, minyak mentah menyumbang sebanyak 18 peratus bernilai RM28.19 bilion manakala gas asli sebanyak 1.7 peratus berjumlah RM2.68 bilion.
Menurut kenyataan itu, perniagaan gas pula adalah penyumbang ketiga terbesar kepada perolehan Petronas sebanyak 17.9 peratus, yang mana gas asli cecair (LNG) menyumbang 14.4 peratus dengan nilai berjumlah RM22.67 bilion manakala gas yang diproses pula menyumbang 3.5 peratus bernilai RM5.49 bilion.
Selain itu menurut kenyataan itu, segmen perniagaan domestik telah menyumbang sebanyak RM31.53 bilion (20 peratus) kepada perolehan syarikat, pasaran eksport sebanyak RM56.70 bilion (36.1 peratus) manakala operasi luar negara berjumlah RM68.95 bilion (43.9 peratus).
Kenyataan Petronas itu menjelaskan, lebihan baki tunai bagi tahun kewangan tersebut adalah sebanyak RM72.23 bilion berbanding RM71.45 bilion tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Dalam pada itu, syarikat petroleum itu memberitahu, perbelanjaan modal bagi tempoh kewangan berkenaan adalah sebanyak RM23.18 bilion berbanding RM13.29 bilion untuk tempoh yang sama tahun lalu.
Menurut kenyataan itu lagi, daripada jumlah berkenaan, segmen penerokaan dan pengeluaran membabitkan peruntukan RM18.53 bilion, minyak sebanyak RM1.15 bilion, gas dan petrokimia masing-masing RM604 juta dan RM501 juta manakala peruntukan untuk segmen perkapalan adalah RM2.07 bilion.
Perbelanjaan modal untuk segmen demografik bagi tahun kewangan tersebut adalah sebanyak RM23.18 bilion berbanding RM13.29 bilion.
Petronas berkata, daripada jumlah tersebut, perbelanjaan modal untuk segmen domestik adalah sebanyak RM10.72 bilion manakala pasaran antarabangsa berjumlah RM12.45 bilion.
0 comments Labels: PETRONAS, utusan
Isu Mumbai - 93 lagi tahanan bebas
PM Pakistan hubungi Manmohan isu keganasan di Mumbai
ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Yusuf Raza Gilani, semalam mengutuk serangan di Mumbai dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatnya di India, Manmohan Singh, sambil memberitahu negaranya turut menjadi mangsa keganasan dengan laporan terbaru menyatakan 93 lagi tetamu hotel dibebaskan anggota keselamatan.
Seorang pegawai kanan di pejabat perdana menteri itu berkata, Gilani yang menghubungi Manmohan menerusi telefon 'mengutuk sekeras-kerasnya serangan'.
"Gilani memberitahu Manmohan Singh bahawa Pakistan juga menjadi mangsa keganasan dan sengsara seperti juga India," katanya.
Satu kenyataan pejabat Gilani menyatakan, beliau juga menyatakan sokongan penuh kepada India untuk secara bersama menentang keganasan dan puak pelampau.
Panggilan telefon dibuat sehari selepas Manmohan dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen berkata perancang keganasan mempunyai pangkalan 'di luar negara' dan memberi amaran terhadap 'jiran' yang menyediakan anggota militan anti-India, kenyataan yang ditafsirkan banyak pihak sebagai tuduhan terhadap Pakistan.
Pakistan menafikan sebarang pembabitan dalam serangan itu yang boleh menjejaskan usaha mencapai perjanjian damai antara kedua-dua negara mengenai wilayah Kashmir yang menjadi punca pertelagahan.
Yusuf Raza Gilani |
Sementara itu, sekurang-kurangnya 93 orang kebanyakannya rakyat asing, dibebaskandari hotel Oberoi dan Trident, lebih 36 jam selepas militan bersenjata merampas bangunan itu, kata polis.
Tetamu itu termasuk seorang bayi, beredar selepas operasi menyelamat seorang anggota tentera dan polis. Mereka diarah menghala ke sebuah bas mini yang menunggu sebelum dibawa pergi.
Sesetengah tetamu bercakap pada telefon bimbit ketika mereka melalui media sambil enggan mengulas. Yang lain membawa beg komputer riba atau beg baju namun ramai hanya sehelai sepinggang. � AFP
0 comments Labels: Berita Harian, negara luar, pengganas
Zaid Ibrahim antara yang hadir dalam perasmian Kongres KeADILan pagi ini
Roy Rasul dan Wan Nordin Sat | Nov 29, 08 | 10:14:08 am MYT | |
SHAH ALAM, 29 Nov (Hrkh) - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim turut menjadi tetamu yang hadir dalam Perasmian Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di Stadium Malawati Shah Alam pagi ini. Kehadiran Zaid bersama beberapa lagi tokoh politik termasuk Dato' Yong Teck Lee dari SAPP dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar mendapat tepukan gemuruh kalangan perwakilan yang menunggu di dalam Stadium. Beberapa minit selang selepas kehadiran Zaid, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba dengan disambut laungan reformasi. Sebelum ini Zaid menjadi menteri yang mencetus kontroversi berikutan meletakkan jawatan dalam isu ISA. Peletakan jawatan beliau menjadi tanda tanya hingga ada yang menyatakan kemungkinan beliau akan menyertai Pakatan Rakyat. Kongres pagi ini akan dirasmikan oleh Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali gus beliau akan menyampaikan ucapan dasar kongres. Suasana di dalam Stadium kini semakin sesak dengan kebanjiran perwakilan dan pemerhati selain pihak media yang membaut liputan penuh kongres KeADILan kali ini. Seluruh kepimpinan KeADILan di peringkat pusat, Pemuda dan Wanita telah sampai dan sedang menunggu untuk perasmian. Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah, Niab Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Kahlid Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohd Gahazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; Karpal Sing (DAP) dan Teresa Kok./wann _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, PKR
Wakil AMK: Mawi tampal poster PKR
Malaysiakini |
Jimadie Shah Othman | Nov 28, 08 4:15pm |
Seorang perwakilan di kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa penyanyi popular Asmawi Ani, atau lebih dikenali sebagai Mawi, pernah terlibat membantu PKR dalam pilihanraya umum 1999. Cerita mengenai Mawi itu turut menarik perhatian seorang lagi perwakilan pembahas yang turut menyentuh perkara itu apabil tiba gilirannya naik ke pentas. |
0 comments Labels: artis, malaysiakini, PKR
Presiden Pas Tunai Haji
msomelayu
PRESIDEN Pas, Abdul Hadi Awang bersama isterinya siang tadi selamat berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan Haji dengan menaiki penerbangan komersial (MAS). Ikut bersama Abdul Hadi ialah Ketua Pemuda Pas, Sallahuddin Ayub bersama isteri dan Setiausaha Politiknya.
Abdul Hadi selama berada di Makkah akan menjadi tetamu kerajaan Arab Saudi.
Satu penerbangan bersama Abdul Hadi ialah Pengerusi Shapadu, Sharani. Sebelum menaiki pesawat kedua mereka dikatakan bersembang lama di bilik menunggu.
Beberapa pemimpin Pas turut berada di lapangan terbang untuk mengucap selamat jalan kepada Abdul Hadi. Antara mereka ialah, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas, Mustapa Ali, timbalannya yang juga ahli Parlimen Kota Bharu, Wan Abdul Rahim.
Ikut sama menghantar Abdul Hadi ialah Yang Dipertua Pas Kawasan-Kwasan di seluruh Selangor dan Unit Amal Wilayah Persekutuan.
Abdul Hadi dijangka berada di Makkah selama dua minggu dan dijangka akan turut mengadakan pertemuan tidak langsung dengan beberapa pihak dari Malaysia.
Sebagai rekod Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sudah tiga hari berada di Makkah manakala Setiausaha Politik Perdana Menteri, Alwi Che Amat akan berangkat ke Makkah lusa. [k trg. 8:00 pm 27/11/08]
0 comments Labels: msomelayu, TGHA
Friday, November 28, 2008
Pengurusan penjara Malaysia dipuji
ALOR STAR 27 Nov. – Keadaan penjara di negara ini lebih baik berbanding negara lain kerana mengutamakan keselamatan dan kebajikan penghuninya.
Koordinator Persidangan Pentadbir-Pentadbir Penjara Rantau Asia Pasifik (APPCA), Profesor Neil Morgan berkata, antara perbezaannya ialah pihak pengurusan penjara negara ini menyediakan latihan kemahiran tertentu kepada setiap banduan bagi membantu mereka memulakan hidup baru.
‘‘Setiap negara mempunyai sistem yang berbeza namun negara ini patut dipuji kerana mementingkan keselamatan dan menyediakan kemahiran kepada para banduan.
‘‘Kami telah melawat banyak negara untuk melihat keadaan penjara dan banyak perbezaan dari segi layanan, pengurusan dan tahap keselamatan di penjara negara ini,” katanya selepas melawat Penjara Alor Star di sini hari ini.
Sebanyak 260 peserta dari 25 negara menghadiri persidangan itu yang bermula tiga hari lalu di Langkawi, dekat sini.
Hari ini mereka dibawa meninjau Penjara Alor Star iaitu antara penjara tertua di negara ini dan Penjara Pokok Sena, sebuah penjara baru dilengkapi dengan sistem keselamatan lebih moden serta canggih.
Menurut Neil, persidangan kali ke-28 itu membantu para peserta program untuk bertukar-tukar pandangan dan berkongsi idea dalam pengurusan penjara di negara masing-masing.
‘‘Banyak perkara baru yang boleh dikongsi oleh peserta program ini untuk meningkatkan kehidupan penghuni penjara di negara mereka,” katanya.
Neil menjelaskan, penjara di negara ini yang terletak di tengah bandar juga membantu para banduan dari segi emosi mereka.
‘‘Tidak seperti sesetengah negara penjara mereka yang terletak jauh dari kawasan penempatan juga membuatkan ahli keluarga banduan sukar untuk melawat mereka.
‘‘Penjara Alor Star merupakan contoh penjara yang baik kerana terletak di tengah bandar dan ini menyebabkan banduan tidak berasa seolah-olah dipinggirkan,” katanya.
Seorang ahli psikologi, Cheang Si Lok dari Macau pula melihat satu keadaan persekitaran yang lebih mesra apabila melawat penjara di negara ini.
‘‘Bidang kemahiran yang disediakan juga banyak yang akan membantu para banduan untuk memulakan hidup mereka,’’ ujarnya.
0 comments Labels: penjara, utusan
'Konsep Ketuanan Melayu tak lagi relevan' - Soi Lek
Berita Harian
SUBANG JAYA: Konsep Ketuanan Melayu di negara ini tidak lagi relevan dan ditolak rakyat pelbagai kaum, khususnya generasi muda, kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Beliau berkata, konsep itu mungkin sesuai apabila ia dirangka sebelum kemerdekaan negara, tetapi tidak lagi pada masa ini berikutan rakyat sudah memberi isyarat jelas menerusi pilihan raya umum lalu.
Katanya, konsep itu seharusnya diubah kepada perkongsian kuasa seimbang antara komponen parti Barisan Nasional (BN).
"Rakyat kini tidak lagi dapat menerima konsep bertunjangkan hubungan antara tuan dan hamba. Kita tidak menolak kepemimpinan Melayu, tetapi tidak akan dapat menerima konsep Ketuanan Melayu.
"Negara ini perlu berubah dan maju ke depan, bukannya terus hidup dibayangi masa lampau. Apabila kita menolak Ketuanan Melayu, ia bukan bermakna kaum lain mencabar hak keistimewaan orang Melayu kerana ia termaktub dalam Perlembagaan dan tidak boleh diganggu-gugat pada masa ini," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk Perubahan Politik di 'Kancil Speaker Series', di sini, semalam.
Dr Chua berkata, rakyat Malaysia juga perlu mengubah mentaliti mereka supaya tidak lagi terperangkap dalam mentaliti perkauman menebal.
"Contohnya isu bahasa selain bahasa Melayu diletakkan pada papan tanda jalan baru-baru ini. Tindakan menggunakan bahasa lain, termasuk Cina dan Tamil bukan tindakan mencabar status Bahasa Kebangsaan," katanya.
0 comments Labels: Berita Harian, melayu kita, pemimpin haprak
'Perang besar' Rafidah - Shahrizat semakin memburuk
Safar Jumaat Fri | Nov 28, 08 | 3:00:31 pm MYT | |
'ORANG lihat Rafidah (Tan Sri) kerana dia lama. Orang lihat Rafidah kerana dia garang. Orang lihat Rafidah kerana dia bercakap lantang tetapi orang tidak tahu siapa Shahrizat (Dato' Seri)', kata-kata ini sedang berpindah dari mulut ke telinga dan dari mulut ke mulut. Memetik kata-kata Ketua Pergerakan Wanita Umno Johor, Dato' Halimah Mohd Sadique baru-baru ini, jangan 'telanjangkan' Wanita memberi erti, 'peperangan besar' sedang berlaku sekarang, setelah lebih 12 tahun Wanita Umno tidak terlibat dalam 'peperangan' seperti ini. Orang kuat Rafidah memberitahu, sejarah paling besar Shahrizat dalam Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat ialah kesemua pimpinannya (Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen) tewas sekaligus dalam Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12), 8 Mac lalu. Sejarah ciptaan Shahrizat ini bukan senang untuk diulangi sesiapa dan jangan pula terkejut jika Shahrizat sekali lagi mencipta sejarah kekalahannya. Kali ini dia akan kalah di tangan Rafidah pula, pemimpin yang membimbing dia, sejak sekian lama. Kata penyokong Rafidah, jika gelaran pemangku dijadikan alasan untuk menolak 'Pelan Peralihan Jawatan', ternyata Shahrizat silap. Apakah kalau dia tidak menjadi pemangku, kepimpinannya akan diterima oleh kepimpinan (Wanita) parti-parti komponen yang lain? Jawapannya, belum tentu! Walau apapun yang Dato' Raja Ropeah Raja Abdullah salah seorang Exco yang menunjukkan belangnya mahu menyokong Shahrizat perkatakan, kononnya Rafidah tidak berbincang terlebih dahulu dan sebagainya..hari ini, Wanita Umno terbahagi dua. Yang bermati-matian mempertahankan Rafidah, secara total menolak Shahrizat dan yang menyokong Shahrizat, secara totoknya, mahu melihat Rafidah dikalahkah. Cerita kempen, cerita Shahrizat yang tidak mahukan Dato' Seri Azalina Othman dicalonkan sebagai Naib Ketua Wanita Umno. Kononnya, jika orang menang diterima, maka beratlah peluang Shahrizat untuk menjadi Menteri semula. Tetapi kalau orang macam Dato' Kamilia Ibrahim yang sudah tamat dua penggal menjadi Senator dan tidak bertanding dalam PRU 12 yang lalu, Shahrizat dikatakan lebih selesa. Sejauh mana cerita ini betul, tidak ada siapa yang boleh mengesahkannya tetapi hendak menolak kesemuanya, seperti ada kebenarannya pula. Khabarnya, Shahrizat meyakinkan Rafidah supaya jangan menerima 'kehadiran' Azalina. Apabila beberapa bahagian mula mencalonkan Shahrizat sebagai ketua dan Kamilia sebagai naib, ada beberapa orang Exco Wanita membisikkan kepada Rafidah, supaya meneliti semula Pelan Peralihan Jawatan dan turut mencari 'regu' baru selepas Shahrizat sudah kelihatan beregu dengan Kamilia; "Jangan! Saya tidak setuju. Saya mahu terus dengan apa yang sudah dijanjikan," Rafidah dipetik sebagai berkata demikian bagi menolak sangkaan mengatakan dia akan dipermainkan Shahrizat. Tenyata, cakap-cakap beberapa Exco yang menasihatkan Rafidah dahulu itu, seperti betul-betul berlaku dan Rafidah kini bertanding bersendirian, tanpa ada sesiapa beregu dengannya untuk menjadi naib. Ketika Shahrizat berseronok menjadi calon yang mewakili Wilayah Persekutuan, khabarnya hanya Wanita Bahagian Cheras di bawah Dato' Faridah Abu Hassan sahaja tidak bersama-samanya tetapi ada juga yang mengatakan Dato' Azizah Samad dari Bahagian Seputeh juga 'disangsikan' pendiriannya menyokong Shahrizat. Menurut ceritanya, ada tiga nama disenaraikan untuk turut mengutip pencalonan bagi jawatan naib. Pertama Dato' Halimah Mohd Sadique, kedua, Dato' Maznah Mazlan dan ketiga, Azalina. Namun, Halimah tidak berminat kerana mahu memberi peluang penyandang jawatan Timbalan Menteri atau Menteri ke depan. Kata yang bercerita, Halimah tidak mahu dicalonkan kerana dia serius untuk berundur. Itulah sebabnya, jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Tenggara pun tidak dipertahankannya. Dia lebih berminat jika Maznah dicalonkan tetapi tidak mendapat restu Rafidah, kerana Rafidah mahu berpegang dengan Pelan Peralihan Jawatan yang sudah disusunnya. Satu sumber lain pula memberitahu, Shahrizat mendapat nasihat dari bekas Setiausaha Politiknya, yang kini bekerja kuat untuk mempertahankan legasi Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam Umno, Dato' Reezal Merican Naina Merican. Reezal dipercayai menasihatkan Shahrizat supaya menentang Rafidah kerana khuatir Rafidah terus menyerang Abdullah jika dia masih kekal menjadi Ketua Pergerakan Wanita Umno. Kata sumber itu lagi, Reezal tidak puashati dengan Rafidah yang membuat desakan supaya Abdullah berundur awal dan akibat dari itu, Reezal menyakinkan Shahrizat, dengan bantuan Dato' Alwee Che Ahmad sekali, Abdullah lebih seronok jika Rafidah ditentang dan mengharapkan Shahrizat mempunyai kekuatan mengalahkan Rafidah. Dalam beberapa wawancara dengan media, Rafidah memang tidak yakin kepada kemampuan Shahrizat untuk menghadapi pilihan raya. Malah, kekalahan Shahrizat di Lembah Pantai di tangan calon KeADILan, Nurul Izzah Anwar yang terlalu mentah menyebabkan Rafidah cukup kecewa. "Kalau kawasan sendiri pun kalah, macam mana nak buat kerja untuk membantu kawasan lain," sumber itu memberitahu kononnya Rafidah sering mengulang-ulangi ayat serupa apabila bercakap soal Shahrizat mahu bertanding menentangnya. Itulah sebabnya Rafidah dikatakan memerlukan tiga bulan selepas pemilihan bagi menyusun kerja, memberi keyakinan kepada rakan-rakan komponen dan beberapa strategi lain bagi memudahkan Shahrizat meneruskan tugasnya. "Malangnya, dia tidak sabar. Dia terpengaruh dengan desakan orang lain yang tidak tahu secara mendalam Pergerakan Wanita Umno dan dia bersedialah untuk menerima akibatnya," kata sumber itu. Malahan, sumber itu turut menyebut bahawa Pergerakan Wanita Umno tidak akan sekuat sebelumnya selepas pertandingan kali ini, tanpa mengira siapa yang menang dan siapa yang kalah. Yang menang akan membawa gengnya bersama dan yang kalah akan terus disisihkan kerana mereka dianggap kumpulan yang tidak tahu bersabar dan tidak tahu erti kesetiaan bila berjanji. Khabarnya Najib lebih selesa dengan Rafidah tetapi Abdullah dikatakan mahukan Shahrizat. Ketika Abdullah dilihat tidak bersetuju dengan Tan Sri Muhyiddin, tetapi dalam isu Wanita Umno, Abdullah dan Muhyiddin dikatakan senada mahukan Shahrizat. Jika Rafidah menang, Muhyiddin dalam bahaya untuk menang kerusi Timbalan Presiden tetapi jika Shahrizat menang, Muhyiddin bolehlah mengadakan kenduri awal di rumah Shahrizat meraikan kemenangan bersama, walaupun pengundian bagi jawatan Timbalan Presiden belum bermula! - mr_ |
0 comments Labels: Harakahdaily, pemimpin haprak, wanita UMNO
Timbalan menteri mati mengejut
Malaysiakini |
Nov 28, 08 7:31pm |
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut. Difahamkan Razali, 59, rebah ketika bermain badminton di institut itu. Alimuddin berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang. Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima Malaysiakini difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu malam ini. Hisham: Satu kehilangan Sementara itu, Bernama juga melaporkan, seorang kakitangan institut itu berkata ketika kejadian, Razali sedang bermain badminton di situ untuk beriadah dengan beberapa kakitangan institut berkenaan. |
0 comments Labels: dalam kenangan, malaysiakini
Saiful nafi sakit kelamin
KUALA LUMPUR - Desas-desus mengenai dakwaan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan sakit sejak dua bulan lalu akhirnya terjawab semalam.
Mohd. Saiful, 23, menyangkal tohmahan yang dibuat ke atas dirinya seperti yang tersebar dalam laman web serta khabar angin yang menyatakan dirinya terlantar sakit, lumpuh dan menghidap penyakit kelamin serta meninggal dunia baru-baru ini.
"Itu semua tidak benar dan merupakan fitnah serta satu pembohongan besar yang direka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Saya ingin tegaskan keadaan kesihatan saya sangat baik tidak seperti yang difitnahkan dan sentiasa berdoa kehadrat Allah S.W.T agar kebenaran dapat ditegakkan," katanya dalam satu kenyataan ringkasnya kepada media di pekarangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam.
Beliau dilihat hadir ke pejabat Jawi kira-kira pukul 11 pagi semalam sambil ditemani oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim serta peguam, Zamri Idris.
Mohd. Saiful memakai kot dan berseluar hitam serta bersongkok kemudian dilihat memasuki pejabat Jawi sebelum keluar dan mengadakan sidang akhbar.
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan kehadirannya ke pejabat itu, sebaliknya hanya ingin menjawab segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan selama ini.
0 comments Labels: bohong rakyat, kosmo, sepol bodo
125 terbunuh serangan di Mumbai
MUMBAI 27 Nov. – Seramai 125 orang terbunuh, manakala 287 lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjata melancarkan serangan ke atas dua buah hotel mewah, hospital, stesen kereta api dan beberapa kawasan tumpuan pelancongan di bandar raya ini sejak malam tadi.
Setakat ini, masih belum jelas siapakah dalang di sebalik kejadian itu, namun Perdana Menteri, Manmohan Singh menyalahkan kumpulan pejuang Islam di kawasan sempadan sebagai suspek utama.
Kumpulan kecil militan lengkap bersenjata melepaskan tembakan rambang dan melontar bom dalam serangan ke atas kedua-dua hotel mewah tersebut, sebuah hospital dan sebuah stesen kereta api sejak lewat malam tadi serta sebuah kafe popular yang kerap dikunjungi pelancong asing.
Anggota keselamatan dan kumpulan bersenjata berbalas tembakan ketika komando dan polis menggempur salah sebuah hotel berkenaan bagi membebaskan tebusan.
Bagaimanapun keadaan kini agak terkawal, namun berpuluh-puluh pelancong asing dan tempatan masih terperangkap di dalam Hotel Taj Mahal berusia 105 tahun dan sebuah lagi hotel lima bintang, Hotel Trident Oberoi di pusat bandar Mumbai, yang menjadi sasaran serangan.
“Ramai yang terperangkap di dalam dua hotel berkenaan dan kami mendapat laporan berlakunya tembak-menembak terutama di Hotel Taj Mahal,” ujar seorang pegawai bertugas di bilik kawalan polis Mumbai.
Komando dan pasukan polis bersenjata masih lagi berkawal di dalam dan di sekitar hotel itu setelah kumpulan ini menjadikan warga tempatan dan asing sebagai tebusan.
Menurut polis, mereka telah menembak mati empat lelaki bersenjata dan menahan sembilan suspek, manakala 12 anggota polis terbunuh termasuk ketua skuad antikeganasan, Hemant Karkare dalam kejadian tembak-menembak di Hotel Taj Mahal.
Manmohan Singh mengecam kejadian itu yang disifatkan sebagai terburuk pada tahun ini dan menyalahkan kumpulan pengganas yang mempunyai pertalian dengan kumpulan dari luar.
“Serangan ini dilakukan oleh mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pengganas asing dan ia dilakukan dengan perancangan yang teliti.
“Ia dilakukan bagi mencetuskan suasana tidak selamat di dalam negara dengan memilih kawasan-kawasan yang berprofil tinggi sebagai sasaran,” kata Manmohan Singh melalui siaran televisyen hari ini.
Serangan ini didakwa dilakukan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, Deccan Mujahideen namun berita ini masih belum dapat disahkan.
Menurut satu laporan terbaru salah seorang anggota kumpulan militan tersebut menelefon stesen televisyen tempatan dan menyalahkan kerajaan dengan menyatakan tentera telah menyerang penduduk Islam di Kashmir.
Dalam satu lagi maklum balas daripada kerajaan India, Menteri Perdagangan Kamal Nath menyifatkan serangan itu sebagai “satu perkara malang”, namun ia dijangka tidak memberi kesan kepada ekonomi India, yang sudahpun menurun.
Namun menurut pengawal atur pasaran saham India, Bursa Saham Bombai dan bursa saham kebangsaan tidak akan dibuka hari ini berikutan krisis tersebut.
– Agensi
0 comments Labels: bom, negara luar, utusan
Serangan Mumbai: Kepungan di pusat Yahudi berakhir
[DIKEMAS KINI] MUMBAI: Komando India menggempur pusat Yahudi di Mumbai dan menemui dua mayat dipercayai tebusan, kata ketua Pengawal Keselamatan Kebangsaan India, JK Dutt.
Dutt memberitahu stesen televisyen India, komando telah membunuh dua militan di pusat itu.
"Kami telah membunuh dua pengganas," katanya.
"Kami juga menemui dua mayat dipercayai tebusan," katanya.
Seorang anggota perkhidmatan menyelamat Israel yang dijalankan oleh Yahudi Ortodoks berkata, anggotanya dihantar ke Mumbai untuk membantu di kawasan kepungan percaya yang tebusan-tebusan di Pusat Chabad telah mati.
Sebelum itu, duta Israel ke India berkata, beliau percaya seramai enam rakyat Israel telah ditahan sebagai tebusan di pusat itu, temasuk seorang rabai dan isterinya.
Dilaporkan setakat ini, seramai 124 orang telah terbunuh dan 284 lagi cedera dalam pertempuran yang masuk hari kedua di bandaraya itu.
Kepungan hampir berakhir, Pakistan berkongsi risikan
MUMBAI: Ketua perisik Pakistan telah bersetuju untuk berkongsi maklumat risikan dengan New Delhi berhubung serangan militan di Mumbai, India sementara kepungan di dua hotel dan pusat Yahudi hampir berakhir di tengah-tengah insiden tembak menembak dengan lebih banyak kematian dicatatkan.
Reuters melaporkan, India sekali lagi menuding jari ke arah "elemen" hubungan Pakistan berhubung serangan yang dilancarkan di pusat kewangan bandaraya itu yang kini dilaporkan telah mebunuh sekurang-kurangnya 121 orang.
Dalam pertukaran diplomatik yang menimbulkan prospek ketegangan baru antara pesaing-pesaing bersenjata nuklear itu, Menteri Luar, Pranab Mekherjee menggesa Pakistan untuk menutup infrastruktur yang menyokong militan.
Rakan sejawatnya di Pakistan, Shah Mehmood Qureshi meminta India tidak bermain politik berhubung serangan di Mumbai.
"Jangan bawa politik dalam isu ini. Ini adalah isu kolektif. Kita menghadapi musuh yang biasa dan kita sepatutnya sama-sama menewaskan musuh ini," katanya kepada wartawan semasa melawat bandar India, Ajmer.
Bagaimanapun, dalam tindakan yang mungkin mencerminkan kenyataan Shah Mehmood itu, Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari mengambil pendirian untuk berdamai dengan negara jirannya, Islamabad yang telah bersetuju untuk menghantar ketua perkhidmatan risikan tenteranya, ISI ke India untuk berkongsi maklumat risikan.
BERITA TERDAHULU
Pertempuran berterusan di pusat Yahudi dan Hotel Taj Mahal
MUMBAI: Komando hari ini berjaya mengawal Hotel Oberoi-Trident, tetapi perjuangan menentang militan yang masih bersembunyi di hotel-hotel mewah lain dan pusat Yahudi yang masih mempunyai kira-kira enam tebusan tetap diteruskan.
"Hotel Oberoi dan Trident kini dalam kawalan," kata ketua Pegawai Keselamatan Kebangsaan elit, JK Dutt kepada wartawan di sini.
"Oberoi-Trident telah dipindahkan, kita telah membunuh dua pengganas," katanya.
Reuters melaporkan, India sekali lagi menuding jari ke arah "elemen" hubungan Pakistan berhubung serangan yang dilancarkan di pusat kewangan bandaraya itu yang kini dilaporkan telah mebunuh sekurang-kurangnya 121 orang.
"Bukti awal, bukti prima facie menunjukkan elemen-elemen hubungan dengan Pakistan terlibat," kata Menteri Luar, Pranab Mukherjee semasa sidang media di New Delhi.
Beliau menggesa Pakistan supaya menutup semua infrastruktur yang menyokong militan.
Bagaimanapun, rakan sejawatnya di Pakistan, Shah Mehmood Qureshi, meminta supaya India tidak bermain politik tentang serangan di Mumbai.
"Jangan bawa politik dalam isu ini. Ini adalah isu kolektif. Kita menghadapi musuh yang biasa dan kita sepatutnya sama-sama menewaskan musuh ini," katanya kepada wartawan semasa melawat bandar India, Ajmer.
Selepas kejadian tembak-menembak dan pengeboman di Mumbai pagi tadi, ketua salah satu unit komando telah menghalau keluar militan dari Hotel Taj Mahal dan beliau berkata telah melihat 12 hingga 13 mayat dalam satu daripada 50 bilik hotel tersebut.
Komando turut menjumpai wang, peluru dan kad pengenalan dari Mauritius yang disyaki kepunyaan militan, komander yang memakai skaf hitam dan cermin mata hitam untuk menyamar, katanya pada satu sidang media.
BERITA TERDAHULU
Tetamu Hotel Oberoi berjaya diselamatkan
MUMBAI: Tetamu asing dan dari India yang disembunyikan oleh militan di sebuah hotel mewah di sini, telah dipindahkan dari bilik ke bilik hari ini, ketika komando menggempur kawasan berdekatan pusat Yahudi, lokasi di mana tebusan rakyat Israel ditahan oleh penembak Islam.
Reuters melaporkan, tetamu-tetamu berkenaan dilihat berpakaian sempurna dan ada di antara mereka yang membawa beg pakaian, dibawa keluar segera dari hotel Trident-Oberoi diiringi ke bas dan kereta yang sedang menunggu. Seorang lelaki dilihat memangku seorang bayi.
"Mereka memindahkan semua orang," kata seorang wanita India yang berjaya diselamatkan dari hotel tersebut bersama suaminya.
"Setiap orang telah dijaga dengan baik," katanya.
Komander tentera, Leftenan Jeneral N. Thamburaj berkata, sekurang-kurangnya seorang militan masih menahan dua tebusan di Hotel Taj Mahal, 36 jam selepas serangan yang terancang di dilakukan di bandaraya itu dan kini dipercayai telah mengorbankan 121 orang.
Beliau memberitahu wartawan, hampir kesemua tetamu dan staf hotel telah dipindahkan daripada Hotel Taj dan operasi tersebut akan berakhir dalam masa beberapa jam.
BERITA TERDAHULU
Komando gempur pusat Yahudi di Mumbai
MUMBAI: Insiden tembak-menembak tercetus dengan lebih hebat hari ini selepas komando India diturunkan daripada helikopter di atas bumbung pusat Yahudi di Mumbai, di mana militan Islam yang disyaki sedang menahan 10 orang Israel, kata seorang saksi agensi Reuters.
Agensi itu melaporkan, komando telah mengambil tempat di luar "Nariman Bhavan", tempat di mana militan bersenjata telah bersembunyi pada 27 November lalu.
Laporan televisyen menyebut, ia bermula dengan serangan oleh pasukan Pengawal Keselamatan Kebangsaan separa tentera bagi menghalau keluar militan terbabit.
Pusat Yahudi merupakan satu daripada tiga pusat dalam modal kewangan negara di mana pihak berkuasa India sedang bertarung menentang militan, lebih 24 jam selepas militan bersenjata berat itu membunuh sekurang-kurang 121 orang dalam serangan terancang.
Saksi Reuters berkata, pasukan itu menembak ke arah pusat Yahudi untuk tujuan perlindungan, sementara komando menjatuhkan tali daripada helikopter yang menurunkan sekurang-kurangnya tiga komando.
Bangunan tersebut yang terletak di kawasan sibuk di Mumbai telah menyebabkan kesukaran untuk melakukan serangan dari arah hadapan.
Pihak polis berkata, militan juga masih bersembunyi di Hotel Taj Mahal dan berdekatan hotel Oberoi-Trident bersama tebusan yang masih belum diketahui bilangannya.
Saksi turut memberitahu, komando juga telah memasuki Oberoi-Trident pada pagi ini walaupun tiada tanda-tanda segera akan berlaku pertempuran.
Bandaraya Mumbai dengan kepadatan penduduk 18 juta orang merupakan pusat pertumbuhan ekonomi dan industri filem Bollywood.
India yang didominasi rakyat beragama Hindu dengan minoriti Muslim, telah mula diserang militan sejak berabad lalu. Bagaimanapun, serangan tersebut dilihat bertujuan untuk melumpuhkan keupayaan menarik pelaburan asing.
Pasaran sahamnya telah ditutup semalam kerana serangan tersebut tetapi pengawal selia pasaran berkata, mereka telan meminta bursa-bursa saham bersedia untuk perdagangan pada hari ini di mana keputusan terakhir akan dibuat kemudian.
Menyalahkan kumpulan militan
Perdana Menteri, Manmohan Singh menyalahkan kumpulan militan berpengkalan di negara-negara jiran India, kebiasaannya menggambarkan negara Pakistan atas serangan itu dan ini sekaligus meningkatkan prospek ketegangan baru antara pesaing-pesaing bersenjata nuklear.
Singh mengingatkan serangan itu sebagai "satu kos" sekiranya negara-negara jirannya itu tidak mengambil langkah menghentikan tindakan militan menggunakan wilayah mereka untuk tujuan serangan.
Dianggarkan 25 lelaki menyerang menggunakan senjata rifel dan grenad - sekurang-kurangnya beberapa daripada mereka tiba di negara itu melalui laut - telah memasuki Mumbai pada malam Rabu lalu untuk menggempur tempat-tempat yang popular dengan kehadiran pelancong dan ahli-ahli perniagaan, termasuk dua hotel paling mewah di bandar raya tersebut.
Pihak polis berkata, sekurang-kurangnya tujuh penyerang terbunuh dan sembilan suspek kini berada dalam pengawasan mereka. Mereka berkata, 12 anggota polis terbunuh termasuk Ketua Polis Skuad Anti-Keganasan Mumbai, Hemant Karkare.
Kira-kira enam pelancong termasuk seorang rakyat Australia, seorang Britain, seorang Itali dan seorang dari Jepun turut terbunuh, sementara ramai lagi masih terperangkap dalam pertempuran tersebut dan ditahan sebagai tebusan.
Polis berkata, seramai 279 orang telah tercedera dalam serangan tersebut.
Kumpulan Pakistan
Akhbar Hindu melaporkan, sekurang-kurangnya tiga penyerang yang sedang berada dalam pengawasan pihak berkuasa India adalah ahli kumpulan Laskkar-e-Taiba yang berpusat di Pakistan.
Kumpulan itu terkenal kerana menentang undang-undang negara dalam pertelingkahan Kashmir dan dahulunya mempunyai rangkaian rapat dengan agensi risikan perkhimatan tentera di Pakistan.
Laskhkar-e-Taiba bagaimanapun menafikan terlibat melakukan serangan itu.
"Ada bukti yang menunjukkan kumpulan tersebut yang melakukan serangan ini, yang berpusat dari luar negara dan mereka datang dengan penuh keazaman untuk mewujudkan huru-hara di pusat komersial negara ini," katanya semalam.
Pakistan yang turut mengutuk serangan berjanji berjanji akan memberi kerjasama penuh.
Saksi-saksi berkata, militan dilihat mensasarkan target mereka kepada rakyat Britain, Amerika dan Israel.
Pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika yang baru dipilih, Barack Obama turut mengutuk serangan itu.
BERITA TERDAHULU
Rakyat Malaysia hilang di Mumbai
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia Hema Kasipillay dilaporkan hilang selepas hotel yang didiaminya di Mumbai diserang oleh sekumpulan pengganas.
Anak saudara Hema, Mohan Thangaraja, dan Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai gagal menghubunginya.
Semalam, Konsul Jeneral Wan Zaidi Wan Abdullah berkata Hema, 53, yang mengikuti rombongan perniagaan ke bandar itu menginap di Hotel Taj Mahal, salah sebuah daripada dua hotel yang diserang pengganas pada Rabu lalu.
“Saya menghubungi pihak pengurusan dan mereka mengesahkan Hema belum meninggalkan hotel.
“Dia bersama dua orang rakan kerjanya dari Jerman yang dipindahkan tetapi mereka belum dapat mengesannya,” kata Wan Zaidi.
Wan Zaidi berkata konsulat telah memeriksa di hotel-hotel lain dan berdekatan hospital-hospital untuk berusaha mencari Hema, dari Bangsar, Kuala Lumpur.
Mohan berkata ibu saudaranya, pegawai pentadbiran di firma insurans Jerman, tiba di Mumbai pada Selasa lalu.
Dia berkata keluarganya tidak dapat menghubungi Hema melalui telefon bimbitnya. Suami dan dua anak Hema bagaimanapun enggan untuk ditemubual.
“Kami tidak mempunyai apa-apa maklumat. Kami telah memberikan maklumat lengkap kepada konsulat. Kami semua berasa sedih,” katanya.
Wan Zaidi berkata dia berurusan dengan rakan sekerja Hema dari Jerman yang memberitahu mereka kali terakhir mereka berbual dengannya kira-kira pukul 3 pagi semalam waktu tempatan sebelum before pihak berkuasa India menjalankan satu operasi menyelamat.
“Kali terakhir mereka melihat Hema ketika waktu petang dan mereka masih menghubungi antara satu sama lain semasa serangan berlaku.
“Tetapi apabila operasi menyelamat dijalankan, komunikasi terputus dan mereka gagal menghubunginya semula,” ujarnya.
Dua orang rakyat Malaysia yang tinggal di Mumbai turut menghantar emel kepada The Star Online mengenai keadaan di ibu negara komersial.
Lawrence Ngadan Mani, yang bekerja dengan syarikat minyak di Mumbai, berkata banyak sekolah dan pusat membeli-belah ditutup seketika.
“Hingga pagi ini, kita masih boleh melihat asap di hotel tersebut. Rakyat tempatan memberitahu saya selama Hotel Taj beroperasi lebih 100 tahun lalu, hal seperti ini belum pernah berlaku.”
Sementara itu, Vivegan Nadarajai, yang berada di negara itu sejak 16 November lalu, berkata dia tinggal di hotel kira-kira 20km bebas dari kawasan pengepungan.
“Keadaan di sini adalah tenang. Kami telah dinasihatkan supaya tidak keluar jauh dari hotel kami hingga keadaan kembali tenang dan sentiasa mengikuti berita semasa,” katanya.
Dalam pada itu, keselamatan di New Delhi, telah ditingkatkan dengan kehadiran lebih banyak polis dan tentera di kawasan awam, lapor NELSON BENJAMIN.
Keselamatan telah disediakan pada semua stesen kereta api, terminal bas dan pawagam.
Keselamatan turut ditingkatkan di kebanyakan hotel lima bintang dengan menyediakan ramai pengawal keselamatan bersama pengesan-pengesan logam dan memeriksa kewujudan semua pengunjung.
Semua aktiviti pelancongan untuk bangunan-bangunan kerajaan di bandar raya itu juga telah dibatalkan.
Dalam pada itu, wartawan Bernama dari New Delhi melaporkan tidak ada tanda-tanda menunjukkan krisis tebusan berakhir pagi Jumaat di mercu tanda Mumbai, Taj Mahal Palace Hotel, walaupun percubaan diteruskan oleh pasukan keselamatan India untuk membanteras saki-baki pengganas.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, setakat ini sekurang-kurangnya 125 orang terkorban dan 327 cedera termasuk enam rakyat asing, apabila kumpulan pengganas melancarkan serangan yang penuh terancang di beberapa kawasan hub kewangan India pada malam Rabu.
Sehingga awal pagi Jumaat, sekurang-kurangnya tiga pengganas terbunuh di hotel berusia berabad itu sementara tiga orang yang menginap di hotel tersebut yang terkandas dapat diselamatkan.
"Kejadian tembakan berlaku sekejap-kejap antara militan dalam hotel dan askar di luar sejak pukul 4 petang (waktu tempatan). Keseluruhan bandar raya tersebut dikejutkan dengan pembunuhan itu, ini tragedi yang dahsyat untuk Mumbai," kata pemilik sebuah kedai komputer berusia dalam lingkungan pertengahan tahun memberitahu Bernama.
Menggelarkan dirinya sebagai Mujahideen Deccan, telah menghantar emel kepada pertubuhan media mendakwa melancarkan serangan itu, antara tragedi yang terburuk di India sejak 1993.
Pegawai kementerian itu mendakwa militan melancarkan serangan mereka dari laut, di mana sebuah kapal induk yang dipercayai membekalkan senjata dan suspek tiba melalui laluan laut pantai.
Pihak berkuasa kini memeriksa kapal tersebut di sepanjang pantai Mumbai.
Di Oberoi Hotel dan Nariman House, sebuah kompleks perumahan, anggota komando meneruskan operasi untuk melumpuhkan pengganas yang bersembunyi di dalam bangunan dan lebih 30 orang tebusan diselamatkan, menurut sebuah stesen televisyen tempatan.
Pegawai keselamatan dijangka melancarkan serangan terakhir di tiga kawasan selatan ibu negara itu lewat Jumaat untuk menamatkan krisis tebusan yang telah melumpuhkan Mumbai.
Setakat ini tidak ada rakyat Malaysia terperangkap pada kejadian itu.
BERITA TERDAHULU
MUMBAI: Perdana Menteri India, Manmohan Singh berkata, serangan di Mumbai yang mengorbankan lebih 100 nyawa telah dirancang dengan baik dan kemungkinan besar mempunyai "kaitan dengan pihak luar".
Singh berkata, berlaku tembak menembak antara komando-komando India dengan mereka yang disyaki militan Islam dalam Hotel Taj dan berdekatan Hotel Trident-Oberoi, di mana ramai yang terperangkap dan beberapa ditahan sebagai tebusan.
Komando-komando juga berkumpul di luar pusat Yahudi di mana seorang rabai dikhuatiri turut menjadi tebusan, tetapi kemudian dilihat memutuskan untuk tidak menyerang.
"Serangan-serangan yang dirancang dengan baik, kemungkinan besar ada hubungan dengan pihak luar, bertujuan untuk mewujudkan keganasan dengan memilih sasaran berprofil tinggi," katanya ketika bercakap kepada rakyat India yang disiarkan di saluran-saluran TV.
Beliau berkata, New Delhi amat yakin bahawa wilayah-wilayah negara jiran digunakan untuk melancarkan serangan ke atas India.
Kerajaan India sebelum ini pernah menyalahkan Pakistan dan kadangkala Bangladesh kerana menyokong atau memberi kebenaran berlabuh kepada kumpulan-kumpulan militan yang melakukan serangan-serangan ini.
"Terdapat bukti yang menunjukkan kumpulan tersebut yang melakukan serangan ini luar daripada negara, yang telah datang dengan penuh keazaman bagi mewujudkan huru-hara dalam ibu negara komersial," kata Singh.
BERITA TERDAHULU
MUMBAI: Komando India berjaya membebaskan tebusan-tebusan di Hotel Taj Mahal hari ini, tetapi pertempuran masih berlaku dengan kumpulan militan Islam bersenjata yang setakat ini telah membunuh lebih 100 orang.
Kumpulan pengganas itu dilaporkan tiba di Mumbai dengan bot dua hari lalu, sebelum menyerang hotel-hotel mewah, sebuah restoran popular, hospital dan stesen keretapi.
Tujuh belas jam selepas serangan tersebut, tentera dan kumpulan militan masih lagi meneruskan pertempuran dimana lebih 100 orang terperangkap di dalam bilik-bilik hotel terbabit.
"Mereka yang ditahan di sana telah pun berjaya diselamatkan. Tetapi masih ramai lagi yang berada di dalam bilik-bilik hotel itu...kita tidak tahu berapa ramai," kata Ketua Polis Maharashtra, A.N.Roy kepada saluran berita NDTV.
Kata Roy, walaubagaimanapun tebusan di Hotel Trident/Oberoi masih lagi belum dapat diselamatkan.
"Sebab itu kita perlu melakukan operasi ini dengan berhati-hati supaya tiada nyawa yang terkorban," katanya.
Polis berkata, sekurang-kurangnya enam warga asing terbunuh dan 287 orang lagi cedera di dalam serangan yang didakwa dilakukan oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka Deccan Mujahideen.
"Bebaskan semua mujahideen, dan semua Muslim di India tidak akan berhadapan masalah," kata seorang ahli militan di dalam Hotel Oberoi yang bercakap dengan sebuah televisyen India menerusi telefon.
Lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Sahadullah berkata, dia adalah salah seorang daripada tujuh penyerang di hotel tersebut dan mahu agar militan Islam dibebaskan dari penjara India.
Ledakan kemudiannya didengar di hotel tersebut, kata saksi.
Dua orang pengunjung hotel tersebut yang terperangkap di dalam hotel masing-masing turut menghubungi beberapa stesen televisyen. Seorang daripadanya berkata pintu kecemasan terkunci dan seorang lagi berkata dia melihat dua mayat di tepi kolam hotel terbabit.
Menurut saksi, penyerang berkemungkinan mensasarkan kepada warga Britain dan Amerika di hotel dan restoran terbabit.
Alex Chamberlain, warga Britain yang sedang menjamu selera di Oberoi ketika kejadian memberitahu saluran berita Sky News bahawa kumpulan bersenjatan itu telah membawa 30 hingga 40 orang yang berada di resotran itu ke tingkat atas dan mengarahkan semua mengangkat tangan ke atas di dalam bahasa Hindi atau Urdu.
Chamber lain berkata, dia berjaya melarikan diri semasa pengunjung restoran yang lain dipaksa ke tingkat atas.
Motif serangan tersebut belum dapat dikenal pasti, namun Mumbai sebelum ini juga pernah menjadi sasaran serangan pengganas dan mendakwa ia dilakukan oleh militan-militan Islam, termasuklah siri pengeboman pada Julai 2006 yang membunuh 187 orang.
BERITA TERDAHULU
MUMBAI: Sekurang-kurangnya 86 orang terbunuh di dalam serangan oleh kumpulan bersenjata di pusat perdagangan India, di sini, malam tadi manakala pasukan keselamatan telah bertindak untuk mengepung dua buah hotel mewah dimana tebusan asing ditahan oleh penyerang.
Menurut laporan Reuters, kumpulan bersenjata itu melakukan serangan menggunakan bom tangan dan senjata automotik ke atas dua buah hotel dan beberapa lokasi lain di bandar tersebut termasuklah di Kashmir.
Polis telah menembak mati empat lelaki bersenjata dan setakat ini telah menahan sembilan suspek manakala 12 anggota polis turut terbunuh termasuklah Ketua Polis Skuad Anti-Keganasan Mumbai, Hemant Karkare.
"Keadaaan di sini masih tegang dan kami masih lagi sedang mengesan pengganas-pengganas lain yang sedang bersembunyi di dalam dua buah hotel tersebut," kata Ketua Menteri Maharashta, Vilasrao Deshmukh.
Deshmukh di dalam sebuah sidang media berkata, keadaan di situ masih lagi belum dapat dikawal.
"Sukar untuk berkata berapa ramai pengganas berada di dua hotel itu," tambahnya, walaupun Menteri Dalam Negeri, Shivraj Patil berkata kira-kira empat hingga lima orang pengganas berada di setiap hotel terbabit.
Kementerian Luar negara Jepun berkata, sekurang-kurangnya seorang warga Jepun turut terbunuh dan seorang tercedera di dalam serangan itu manakala Korea Selatan pula melaporkan 26 mangsa serangan berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.
Dalam pada itu, menurut laporan Bernama, seorang rakyat Singapura adalah antara beberapa tebusan warga asing yang turut ditahan.
Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura dalam satu kenyataan berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa India bagi membebaskan tebusan rakyat Singapura itu bersama tebusan-tebusan lain.
Dalam kenyataan yang sama, kementerian itu berkata kerajaan Singapura mengutuk keras serangan itu.
"Serangan di Mumbai mengesahkan lagi ancaman pengganas yang sedang dihadapi semalam. Singapura berdiri kukuh di belakang kerajaan India dalam peperangannya menentang keganasan," menurut kenyataan itu.
Tambahnya kerajaan Singapura turut menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa, keluarga mereka, kerajaan India dan rakyatnya terhadap kejadian itu.
Menurut saksi, tembakan pistol dan letupan telah didengar di Hotel Taj Mahal dan turut diselubungi asap tebal.
Letupan juga turut berlaku di Hotel Oberoi dan tembakan di sebuah hospital.
"Pengganas melempar bom tangan ke arah kami dari atas bumbung Hotel Taj dan cuba menghalang kami untuk masuk," kata Inspektor Ashok Patil.
Menurut polis, sekurang-kurangnya 250 orang tercedera di dalam serangan itu yang mana turut mensasarkan stesen keretapi dan Cafe Leopold, sebuah restoran terkenal dan menjadi tumpuan pelancong.
Sebuah stesen televisyen turut melaporkan bahawa sebuah organisasi yang menggelarkan diri mereka Deccan Mujahideen dikatakan menjadi dalang serangan tersebut.
"Merka ada bom. Saya rasa mereka sasarkan kepada orang asing kerana mereka meminta pasport rakyat British dan Amerika," kata Rakesh Patel, saksi warga Britain yang tinggal di Hong Kong dan menetap di Hotel Taj Mahal atas urusan perniagaan.
"Mereka ada bom. Anak muda, mungkin dalam usia 20 hingga 25 tahun dan mempunyai dua pucuk pistol. Mereka muncul dari restoran dan bawa kami ke tingkat atas," katanya yang dipenuhi kesan kotoran asap di muka ketika ditembual NDTV News.
0 comments Labels: mstar online, negara luar, peperangan, yahudi