Malaysiakini |
Mar 27, 08 8:02pm |
Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersedia dicabar untuk jawatan tersebut dalam pemilihan parti yang akan diadakan pada 16-20 Disember. "Saya terpaksa menghadapinya... saya tidak boleh lari (daripada berdepan dengan cabaran)," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi petang tadi. Pemilihan Umno yang dijadual November tahun lalu, ditangguhkan untuk menghadapi pilihanraya umum 8 Mac. Perlembagaan parti itu membenarkan penangguhan pemilihan parti dibuat selama 18 bulan, sehingga pertengahan tahun depan. Menurut Abdullah, pemilihan di peringkat cawangan akan bermula pada 17 Julai, dan bahagian padaSebelum ini kalangan pemimpin Umno berbelah-bagi berhubung cadangan supaya pemilihan parti ditunda sehingga tahun depan. Bagaimanapun, jawatankuasa pengurusan parti yang bermesyuarat malam tadi berpendapat bahawa pemilihan wajar diadakan tahun ini juga. Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telahpun mengumumkan hasratnya untuk mencabar jawatan presiden dalam pemilihan kali ini. Perlu pencalonan Bagaimanapun, menurut perlembagaan parti, beliau perlu mendapatkan pencalonan daripada 30 peratus bahagian Umno untuk layak bertanding jawatan presiden. Tengku Razaleigh gagal mencabar Abdullah dalam pemilihan 2004 kerana hanya mendapat satu pencalonan dari bahagiannya di Gua Musang. Tengku Razaleigh juga telah menulis surat kepada kesemua bahagian Umno di seluruh negara, menggesa mereka membuat usul supaya diadakan perhimpunan agung tergempar (EGM) bagi membincangkan masa depan Umno dan orang Melayu ekoran kekalahan teruk BN, khususnya Umno, dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu. Dalam pilihanraya umum itu, BN memenangi 140 kerusi parlimen dan gagal mengekalkan penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat. BN juga kehilangan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - ke tangan pembangkang, manakala PAS pula berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi. Umno pula kehilangan 31 kerusi parlimen apabila hanya memenangi 78 daripada 109 kerusi yang dimenangi parti itu pada 2004. Bagaimanapun, menurut Abdullah, isu EGM tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat MT hari ini. orangkita kata : teringat kata-kata PakLah tentang perhimpunan BERSIH....."saya pantang dicabar....."macam best sangat!!!!haprak adalah......hehehe... |
Friday, March 28, 2008
Saya sedia dicabar, kata Pak Lah
Posted by
Sang Pemantau
at
12:43 AM
Labels: malaysiakini, Pak Lah undur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment