+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, April 15, 2008

Ahli Parlimen BN sedia sertai Pakatan Rakyat - Anwar

Harakahdaily

Saidah Hairan | Foto Nasir Sudin

Tue | Apr 15, 08 | 1:38:52 pm MYT

KUALA LUMPUR, 15 April (Hrkh) - Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengakui sebilangan ahli parlimen BN di Sabah dan Sarawak bersedia menyertai Pakatan Rakyat kerana mendapati tiada pembangunan yang dilakukan selama BN memerintah negeri tersebut.

Menurut beliau orang di Sabah dan Sarawak dalam Umno yang sudah insaf mahu menempa sejarah baru di Malaysia.

"Saya cakap dengan yakin kerana ada kawan-kawan saya di Sabah dan Sarawak yang menghubungi saya; `Anwar, please count me in'," katanya ketika berceramah di Kelab Sulaiman, kampung Baru, malam tadi.

Bagaimanapun, katanya, Pakatan Rakyat akan tutup pintu dan bersedia menunggu pilihan raya umum akan datang untuk menubuhkan kerajaan jika mana-mana wakil rakyat BN mengutamakan soal wang.

Beliau berkata, penyertaan ahli Parlimen BN itu melibatkan kesedaran bukan kerana `dollar and cents' kerana itu merupakan budaya politik Umno.

"Sesiapa yang membicarakan soal wang, pintu akan terus ditutup, kita sanggup tunggu waima pilihan raya umum sekalipun kalau tidak ada penyertaan berdasarkan agenda kita, jelasnya"

Beliau turut mendakwa jawatan Ketua Pembangkang tidak lama lagi akan diserahkan kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Bagi tempoh sikit pada kita mungkin Mei, Jun, Julai, Ogos kalau kita menang hari ini esok harga minyak tetap akan turun," katanya.

Menurut beliau, KeADILan, PAS dan DAP tidak bermusuh dengan ahli Umno di peringkat akar umbi, mereka tidak akan dizalimi sebaliknya segala masalah cuba diatasi.

Dalam pada itu beliau berharap rakyat dapat bersabar menunggu dua minggu sebelum beliau membuat pengumuman untuk bertanding atau tidak dalam pilihan raya kecil.

"Kalau perubahan lambat dan saya belum ke Parlimen, Azizah akan menjadi PM," katanya.

Selain itu beliau turut mengingatkan semua ahli Parlimen, Adun dan pegawai kerajaan Pakatan Rakyat akan disingkirkan jika mereka terlibat dengan gejala rasuah.

Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri mahu semua ahli Parlimen dan Adun KeADILan perlu menguasai bahasa Melayu dengan fasih.

Beliau turut mengakui ada cubaan untuk membeli wakil rakyat pembangkang dan KeADILan sudah membuat laporan polis di Perak.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |