+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, April 15, 2008

Black 14 - Polis serah notis kepada Wan Azizah dan Khalid, Azmin dibawa ke balai

Harakahdaily

| Foto Nasir Sudin

Tue | Apr 15, 08 | 9:55:09 am MYT

KUALA LUMPUR, 15 Apr (Hrkh) - Polis mula mengambil tindakan terhadap penganjur Perhimpunan Black 14 yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung baru malam tadi.

Menurut Koordinator Media Parti KeADILan Rakyat, Ginie Lim, pihak polis menghantar notis kepada Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, ImageNaib Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Perhubungan KeADILan Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurutnya, Azmin Ali sudah dibawa polis ke untuk siasatan di Balai Polis Dang Wangi, manakala polis dilaporkan sedang menghantar notis yang sama kepada Wan Azizah dan Khalid pagi ini.

Mereka berdua dipercayai dikehendaki hadir atau akan dibawa ke balai yang sama untuk siasatan.

Di sebalik kawalan ketat polis, perhimpunan malam tadi berlangsung dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tindakan polis ini dibuat berikutan kejayaan besar KeADILan menghimpunkan lebih 20 ribu rakyat untuk meraikan tarikh pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berakhir semalam.

Dengan pembebasan ini bermakna Anwar yang juga pemimpin utama Pakatan Rakyat boleh bertanding dalam pilihan raya kecil pada bila-bila masa kekosongan berlaku.

Sementara itu berikutan notis polis kepada tiga pemimpin utamanya, KeADILan akan mengadakan sidang akhbar tergemparnya di pejabat Anwar di Seksyen 14 Petaling Jaya jam 11 pagi hari ini.

Sidang akhbar tersebut akan dikendalikan oleh Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali.

Berita lanjut menyusul - mr

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |