Sinar Harian
Kampung Baru - Walaupun halangan untuk bertanding dalam pilihan raya tamat semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu penyokongnya beliau tidak tergesa-gesa untuk menjadi Ahli Parlimen.
“Saya sanggup menunggu hingga pilihan raya akan datang," kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu ketika berucap pada perhimpunan 'Black 14' di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baharu di sini, malam tadi.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang telah membuat pilihan tepat pada pilihan raya bulan lalu dengan menolak Barisan Nasional.
"Kita akan membuat sejarah baru buat Malaysia," katanya dengan merujuk kejayaan Pakatan Rakyat menawan lima buah negeri pada pilihan raya umum lalu.
Perhimpunan yang dihadiri oleh ribuan penyokong Anwar diadakan sebagai memperingati tamat tempoh halangan bekas Timbalan Perdana Menteri untuk berpolitik yang dikuatkuasakan sejak lima tahun lalu.
Beliau memberitahu hadirin tempoh halangan berpolitik yang dilaluinya adalah detik-detik yang amat menyedihkan dalam hidupnya, dan hari ini adalah hari bersejarah buatnya.
Turut hadir pada perhimpunan tersebut ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pada ucapannya yang diselang seli dengan teriakan 'reformasi' dari hadirin itu, Anwar mengajak seluruh rakyat supaya membantu dalam membongkar salah laku pemimpin.
"Kita perlu sama-sama memerangi rasuah dan menghentikan salah lagu di kalangan pemimpin," tegas beliau.
Pemimpin reformasi itu mengulangi azamnya untuk memerangi sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin.
Ketika Anwar sedang hangat berucap pihak polis menghampiri beliau dan meminta supaya majlis ditamatkan tepat jam 10.30 malam.
Hadirin yang mengetahui arahan polis itu telah menyatakan rasa tidak puas hati dengan menjeritkan 'reformasi', tetapi Anwar mematuhi arahan tersebut dengan menamatkan ucapannya.
Beliau malah mengucapkan terima kasih kepada pihak polis atas kerjasama mengawal perhimpunan malam tadi, dan berjanji akan menaikkan elaun polis sekiranya Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negara.
Wednesday, April 16, 2008
Anwar tak gelojoh jadi Ahli Parlimen
0 comments Labels: Black 14, DSAI, sinar harian
Black 14: MB Selangor telah mohon, tulis surat pada polis
| Harakahdaily Roy Rasul | Foto Wan Zahari Wed | Apr 16, 08 | 6:46:48 am MYT | |
| SHAH ALAM, 16 April (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, selaku Menteri Besar dan juga Presiden Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, beliau yang membenarkan perjumpaan 'Gelita 14' bagi semua penyokong Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), diadakan kerana ia berada dalam kawasan kelab berkenaan. "Kebiasaannya semua perjumpaan yang diadakan di dalam kawasan yang tertutup atau kawasan persendirian tidak perlu mendapat permit daripada polis. "Bagaimana kita mengadakan perjumpaan dengan polis sebelum majlis tersebut dilangsungkan," katanya kepada media selepas beliau mengiringi rombongan Exco-exco Kelantan melawat pejabatnya di Bangunan Sultan Abdul Aziz (SUK) Shah Alam, petang semalam. Dalam pada itu beliau berkata, tindakan polis yang begitu pantas memanggil beberapa pimpinan tertinggi KeADILan termasuk beliau sendiri pagi tadi berhubung majlis tersebut dilihat sebagai tanda permulaan kecekapan polis. "Bagi saya tak ada banyak persoalan tetapi saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan cepat," katanya. Katanya, sebagai Menteri Besar beliau berharap polis dapat bekerjasama terutamanya di atas perkara-perkara yang diperlukan kedua belah pihak. "Kita telah membuat perjumpaan dengan polis bahawa majlis kita berakhir pada pukul 11.00 malam. "Bagaimanapun semalam polis datang meminta kita berhenti pada jam 10.30 malam. "Kita bersetuju kerana mereka berpendapat terlalu ramai orang datang dan kita berhenti di situ jadi bukan atas alasan kita tidak dapat permit," katanya. Oleh sebab itu katanya, alasan tidak ada permit tidak timbul. Atas sebab itu katanya, Timbalan Presiden KeADILan, Syed Husin Ali melahirkan rasa kesalnya di atas tindakan polis datang ke rumah pimpinan tertinggi parti awal pagi tadi antaranya, kediaman Presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail berhubung majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 20 ribu orang semalam. Menurutnya majlis tersebut berlangsung tanpa berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini. "Saya difahamkan bahawa Ketua Polis yang menjaga program pada malam tadi membuat kenyataan kepada TV dan akhbar bahawa tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. "Ini satu perkara dan contoh yang sangat baik walaupun ramai yang datang ke majlis tersebut," katanya. Sementara itu, majlis tersebut turut dihadiri Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim bagi meraikan pembebasan beliau secara daripada sekatan undang-undang dan larangan untuk bergiat aktif dalam politik mulai 14 April semalam. Dalam pada itu kata Khalid, sebagai Presiden di Kelab tersebut beliau akan membenarkan bukan saja kepada parti KeADILan bahkan Umno dan PAS pun boleh menggunakan premis tersebut. Ini katanya, premis tersebut dikenakan sewa. Jadi katanya, jika program yang dianjurkan itu bersesuaian beliau tidak keberatan untuk membenarkannya. Sementara itu mengulas mengenai kehadiran yang begitu ramai semalam beliau berkata ia sememangnya tidak dijangka. Dalam pada itu katanya, polis mengambil keterangan daripadanya hari ini bagaimanapun beliau meminta peguam kerajaan negeri Selangor melihat perkara itu. Sebelum itu, beliau menerima kunjungan hormat daripada Exco-exco kerajaan kelantan yang diketuai oleh Speaker Dewan Negeri Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah dan Timbalannya Nasaruddin Daud. Delegasi tersebut turut disambut barisan Exco Selangor iaitu antaranya, Dato' Dr Hasan Ali, Iskandar Samad, Teressa Kok, Ellyzabeth Wong dan Dr Xavier Kumar. "Ia adalah kunjungan mesra dari Speaker dan Exco Kelantan bagi memperkenaklkan kepada Exco dan saya di negeri selangor. "Saya ucapkan terima kasih di atas kehadiran mereka supaya dapat mengenali satu sama lain di samping membuat pertukaran maklumat dan fikiran demi membentuk sebuah pentadbiran yang lebih baik," kata Khalid lagi. - mks. |
0 comments Labels: Black 14, Harakahdaily, MB Selangor
PULUHAN RIBU HADIR DI MALAM BLACK 14
wrlr.blogspot
Tuesday, April 15, 2008



OLEH: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Sejarah tercipta sejak 1998.Itulah ungkapan yang dapat diberikan.Anwar yang kelihatan bersemangat berucap selama satu jam telah memberi panduan dan pandangan beliau pada pimpinan Pakatan Rakyat dan juga amanat kepada orang ramai yang hadir dan mendengar ucapan beliau.


Terdahulu, sebelum upacara di jalankan semua pimpinan yang hadir termasuk Anwar yang diiringi dengan paluan gendang kaum India dan paluan kompang bangun untuk menyanyikan lagu negaraku . Beliau kemudiannya menerima cerderahati dari Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia.

Turut hadir ialah para reformis.Antara yang hadir pimpinan Dr adrul Amin, YB Tian Chua,YB Gobalakrisnhnan,YB Cikgu Bard,Tan Sri Khalid,YB Fauziah Salleh, YB Fairos, dan pimpinan tertinggi PKR dan RAKYAT JELATA .sayangnya tidak kelihatan ialah Hishamuddin Rais,Black,Ezam dan beberapa nama lagi yang tidak kelihatan.Dahulunya muka-muka inilah yang hadir dan hanya ratusan sahaja kerana takut pada sekatan polis. Kini suasana berubah setelah kemenangan rakyat yang dikecapi, dan rakyat kini telah faham dan yakin bahawa ketakutan tidak akan membawa perubahan yang diharapkan




KERAJAAN DAN KETUANAN MELAYU
Pertama sekali yang disentuh ialah berenaaan dengan ketuanan Melayu.menurut anwar , sebelum pilihanraya tidak seorang pun yang bercakap berkaitan dengan ketuanan Melayu. Kini apabila telah merasai ditolak oleh rakyat, pemimpin UMNO yang sentiasa berpecah belah dan kini semakin teruk, telah bercakap mengenai ketuanan Melayu. “Sebelum pilihanraya, soal ketuanan Melayu tidak pernah dibangkitkan.malah orang Melayu dijadikan hamba untuk berkhidmat kepada pemimpin.Kini Pakatan rakyat tidak akan meneruskan tradisi ini, malah akan berbincang,dan menerima maklumat dan pandangan dari rakyat”. Demikian jelas Anwar disambut dengan laungan REFORMASI dan juga tepukan yang bergema.


PIMPINAN BARISAN RAKYAT TIDAK BOLEH BERNIAGA
Beliau juga dengan tegas dan dengan penuh yakin menyatakan bahawa soal ketuanan Melayu yang dicanangkan oleh UMNO kini sudah ketinggalan zaman.tidak ada lagi soal perkauman,dahulunya di sinilah 60 tahun dahulu dipadang inilah Dato Onn ,Burhanuddin Al Helmi,Ahmad Bostamamdan ramai lagi pejuang-pejuang yang datang ke padang ini bagi menyatakan ketuanan Melayu menentang British.Kini kita daaing ke sini untuk menentang apa yang hampir sama dengan yang telah dilakukan British ke atas orang-orang Melayu.Pagi kita pakatan Rakyat akan berkhidmat kepada semua rakyat tanpa meminggirkan bangsa-bangsa lain.malahan kita akan mengubal undang-undang bagi menghalang para EXCO pakatan rakyat dari menjalankan perniagaan , dan ini disahut rakyat dengan laungan REFORMASI .Sekiranya kita dapati berlakunya rasuah dalam kerajaan Pakatan Rakyat,kita akan singkirkan peimpin tersebut.


MAHATHIR MAMBANTU KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT.
Sambil menempelak Mahathir yang menyatakan bahawa dibawah pimpinan beliau tidak berlakunya sebarang rasuah dan juga salahguna kuasa, beliau yang berkata bahawa pertuduhan yang dikenakan keatas beliau adalah berpunca dari Mahathir dan dengan tersingkapnya kes Linggam dan “correct…correct…correct” itu membuktikan bahawa pimpinan beliau adalah antara yang paling korup dan menghancurkan UMNO.
Anwar juga mendakwa bahawa ada sebilangan besar kepimpinan UMNo dari sabah dan Sarawak yang enalefon beliau untuk menyertai pakatan Rakyat. Beliau juga menyatkan bahawa kesdiaan menerima kemasukan pimpinan ,tersebut tanpa sebarang syarat dan wang.

Majlis kemudiannya terpaksa dihentikan kerana dihalang oleh pihak polis.majlis yang pada mulanya berjalan lancer kemudiannya dihalang polis pada jam 11 malam setelah sejam DSAI berucap.Pihak polis mula memasuki padang pada jam 1145 malam.

Posted by WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI at 4:28 AM
0 comments Labels: Black 14, bloggers united, perhimpunan rakyat
Lompat parti: "Dollar and cents budaya politik UMNO, bukan kita" Anwar
| | | |
| Oleh Agendadaily | |
| Selasa, 15 April 2008 | |
|
Mereka bagaimanapun bersurai secara aman setelah pihak polis terpaksa memberhentikan ucapan Anwar pada jam 10.30 malam.Beliau mula berucap pada jam 9.15 malam. PKR tidak memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan yang bermula jam 8 malam itu. Tiada kekecohan atau kejadian tidak dingini dilaporkan berlaku. Sementara itu bercakap dalam sidang akhbar selepas itu Anwar tetap mendakwa ada sebilangan ahli Parlimen Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai pakatan pembangkang.
"Ianya melibatkan sense , kerana dollar and cents itu merupakan budaya politik UMNO", kata Anwar menjawab soalan Agendadaily mengenai dakwaan para pemimpin pembangkang kebelakangan ini adanya wakil rakyat BN yang nak menyeberang "Ianya melibatkan sense , kerana dollar and cents itu merupakan budaya politik UMNO", kata Anwar menjawab soalan Agendadaily mengenai dakwaan para pemimpin pembangkang kebelakangan ini adanya wakil rakyat BN yang nak menyeberang. Tegas beliau, "sesiapa saja yang membicarakan soal wang, pintu terus ditutup, kita sanggup tunggu waima pilihan raya umum sekalipun kalau tidak ada penyertaan berdasarkan agenda kita." Ditanya mengenai dakwaan mereka adanya cubaan untuk beli wakil rakyat pembangkang oleh BN, Anwar berkata,"ya ada, kita ada laporan polis di Perak dan kita juga sedang mengumpul beberapa maklumat berhubung kes seumpama ini untuk dilaporkan".
Anwar mendakwa masih terdapat beberapa penipuan dilakukan oleh SPR dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Sementara itu ketika mengulas anggapan sesetengah pihak bahawa kemenangan Pakatan Rakyat baru-baru ini adalah bukan kerana kekuatan gagasan tersebut tetapi sebab faktor Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Anwar dengan ringkas menjawab,"itu tafsiran, pokoknya kita menang…" Dalam ucapannya kepada orang ramai Anwar antara lain menggesa Perdana Menteri menjalankan siasatan terbuka terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu mengetuai kerajaan selama 22 tahun. Anwar mendakwa Dr Mahathir merosakkan sistem kehakiman, menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana awam, termasuk untuk anak-anaknya. Beliau juga berharap penyokongnya menunggu dua minggu lagi sebelum beliau membuat pengumuman untuk bertanding atau tidak dalam pilihan raya kecil. Pada September 1998, Anwar disabitkan beberapa kesalahan rasuah ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan telah dihukum penjara enam tahun. [ VIDEO ] |
0 comments Labels: Black 14, DSAI, klpos, Pak Lah undur, perhimpunan rakyat
Tuesday, April 15, 2008
Angka cukup tetapi perlukan majoriti yang kuat - Anwar
Siasah daily
Tuesday, April 15, 2008
KUALA LUMPUR, 15 April: "Kita bersedia dan sudah ada angka yang cukup tetapi kita mahu satu majoriti yang meyakinkan," kata pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya berikutan pertanyaan wartawan apakah pihaknya mempunyai anggota Parlimen yang cukup untuk menyertainya dalam membentuk kerajaan baru di negara ini.
Anwar berkata demikian dalam sidang media selepas berucap di majlis memperingati tragedi 'Black 14' di padang Kelab Sultan Sulaiman, dekat Kampung Baru malam tadi.
Kata Anwar, penyertaan anggota Parlimen BN bersama beliau untuk membentuk kerajaan baru tidak akan menjanjikan wang ringgit atau jawatan tetapi untuk bersama-sama membina Malaysia yang baru.
Bagaimanapun, kata Anwar, beliau berjanji akan menaikkan royalti untuk petrol dan lain-lain royalti untuk keperluan pembangunan negeri Sabah dan Sarawak selepas ini jika pihaknya bersama Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara.
Untuk itu, kata Anwar, beliau tidak tergesa-gesa untuk menubuhkan kerajaan itu.
"Kita sanggup menunggu walaupun ke pilihan raya umum akan datang untuk memenuhi agenda kita," kata beliau.
0 comments Labels: Black 14, DSAI, siasahdaily
Black 14 - Polis serah notis kepada Wan Azizah dan Khalid, Azmin dibawa ke balai
| Harakahdaily | Foto Nasir Sudin Tue | Apr 15, 08 | 9:55:09 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 15 Apr (Hrkh) - Polis mula mengambil tindakan terhadap penganjur Perhimpunan Black 14 yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung baru malam tadi. Menurut Koordinator Media Parti KeADILan Rakyat, Ginie Lim, pihak polis menghantar notis kepada Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menurutnya, Azmin Ali sudah dibawa polis ke untuk siasatan di Balai Polis Dang Wangi, manakala polis dilaporkan sedang menghantar notis yang sama kepada Wan Azizah dan Khalid pagi ini. Mereka berdua dipercayai dikehendaki hadir atau akan dibawa ke balai yang sama untuk siasatan. Di sebalik kawalan ketat polis, perhimpunan malam tadi berlangsung dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Tindakan polis ini dibuat berikutan kejayaan besar KeADILan menghimpunkan lebih 20 ribu rakyat untuk meraikan tarikh pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berakhir semalam. Dengan pembebasan ini bermakna Anwar yang juga pemimpin utama Pakatan Rakyat boleh bertanding dalam pilihan raya kecil pada bila-bila masa kekosongan berlaku. Sementara itu berikutan notis polis kepada tiga pemimpin utamanya, KeADILan akan mengadakan sidang akhbar tergemparnya di pejabat Anwar di Seksyen 14 Petaling Jaya jam 11 pagi hari ini. Sidang akhbar tersebut akan dikendalikan oleh Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali. Berita lanjut menyusul - mr |
0 comments Labels: Black 14, Harakahdaily, PKR



