+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, April 14, 2008

ANWAR SAMBUT KEPULANGAN RASMI KE ARENA POLITIK

cyberita online


KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyambut kepulangan rasminya dalam arena politik.

Ini setelah pengharaman memegang jawatan awam yang dikenakan ke atasnya tamat, sedekad selepas beliau dipecat sebagai perdana menteri Malaysia.

Tamatnya pengharaman itu menandakan berakhirnya satu saga luar biasa yang melihat Datuk Anwar dikenakan tuduhan salah laku seks dan rasuah, yang menyebabkan beliau terpaksa menjalani hukuman penjara selama enam tahun sebelum kembali menonjol dalam pilihan raya umumbersejarah Malaysia pada 8 Mac lalu.

Dengan Datuk Anwar berada ditampuk pimpinan pembangkang, satu pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) kelihatan lebih cergas untuk merebut sepertiga kerusi Parlimen dan kerajaan lima negeri.

Ia juga menandakan pencapaian paling teruk bagi Barisan Nasional (BN), parti campuran yang telah memerintah Malaysia selama setengah abad.

Kini, pemimpin pembangkang berusia 60 tahun itu sekali lagi dianggap sebagai calon perdana menteri masa depan, tetapi kali ini untuk Pakatan Rakyat, yang dibentuk oleh PKR, PAS dan DAP, yang disifatkan oleh beliau sebagai sebuah 'kerajaan dalam penantian'.

Datuk Anwar dijangka menyertai semula parlimen melalui satu pilihan raya kecil di kawasanundi PKR, dan dijangka mencabar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam satu 'undian tidak yakin' di parlimen.

Namun, Datuk Anwar berkata beliau tidak akan tergesa-gesa untuk bertindak demikian. -- AFP.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |