+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, April 14, 2008

Saya tidak pernah temui pemimpin Israel: Anwar

Mstar Online

13-04-2008 08:04:02 PM

SHAH ALAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya beliau mempunyai kaitan dengan Israel.

"Ini satu fitnah. Saya tidak pernah menemui mana-mana pemimpin Israel. Saya tidak pernah bayar pelobi Yahudi," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Anwar menegaskan demikian ketika diminta mengulas dakwaan Tun Dr Mahathir bahawa beliau (Anwar) mendapat sokongan daripada Israel dan kaum Yahudi.

Bercakap kepada pemberita pada forum kepimpinan Melayu di Kajang semalam, Dr Mahathir berkata hanya orang Israel yang akan mengundi Anwar jika beliau mahukan jawatan Perdana Menteri.

Anwar berkata sepatutnya Dr Mahathir menumpukan perhatian terhadap kesihatannya.

Beliau berkata Dr Mahathir yang mungkin sudah terlalu penat dan keliru terus menerus menyerangnya walaupun sebelum ini beliau tidak menjawab serangan-serangan itu tetapi kali ini (serangan) sudah melampau.

Ditanya mengenai rancangannya sebelum ini untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen dengan salah seorang wakil rakyat PKR mengundur diri dan memberi laluan, beliau berkata: "Saya kata ini bukan keutamaan, sebab kita dah perintah lima negeri di bawah Pakatan Rakyat dan banyak kerja perlu dilakukan dalam memenuhi janji kita". BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |