+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, April 2, 2008

Kempen ‘Selamatkan Sufiah’

Utusan online

KUALA LUMPUR 1 April – Kerajaan hari ini memulakan kempen ‘Selamatkan Sufiah’ bagi mencari kaedah untuk membantu menyelamatkan gadis pintar matematik itu yang kini dilaporkan menjadi pekerja seks di Manchester, London.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi memberitahu kempen yang diketuai oleh timbalannya, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim diyakini dapat menyelesaikan segera masalah gadis itu.

‘‘Kita kasihan. Sufiah gadis bijak. Kita akan bincang cara menyelesaikan isu ini secepat mungkin,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Yadim di sini hari ini.

Hadir sama Dr. Mashitah dan Yang Dipertua Yadim, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad.

Semalam, akhbar tempatan menyiarkan kisah malang gadis genius itu yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, yang dipetik daripada tabloid News of the World.

Tragedi itu didedah selepas wartawan terbabit menyamar sebagai pelanggan di flat murah yang didiaminya di Salford, Manchester.

Tambah Ahmad Zahid, kejadian malang yang menimpa gadis yang pernah menjadi kebanggaan negara perlu diberi perhatian dan dia wajar mendapat perlindungan segera.

‘‘Kita mahu Sufiah dibela. Kita akan fikir caranya. Membawa pulang atau mencari dana menyara pembelajarannya.

‘‘Kita tidak mahu kehidupannya terus dibelenggu dosa. Apa yang terjadi kepada Sufiah sepatutnya boleh dielakkan,’’ jelasnya.

Mengenai protes terhadap penayangan filem Belanda, Fitna yang mempersendakan Islam, Ahmad Zahid tegas berkata, isu itu tidak boleh dibiarkan berlarutan.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |