| Malaysiakini |
| Jun 6, 08 9:10pm |
Presiden Parti Maju Sabah (Sapp), Datuk Yong Teck Lee mengecam tindakan kerajaan menaikkan secara mendadak harga minyak seperti diumumkan kelmarin.Sapp, sebuah parti komponen BN, memberi amaran kepada perdana menteri tentang ketegangan besar BN, manakala Pemudanya mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kabinetnya meletakkan jawatan. Yong, bekas ketua menteri, berkata keputusan kerajaan yang terburu-buru meningkatkan harga minyak boleh memburukkan lagi masalah yang dihadapi BN. Beliau juga mempertikaikan perdana menteri sama ada beliau sudah mengkaji segala akibat kenaikan harga minyak. “Jika kerajaan hilang kepercayaan rakyat, maka ia lebih payah untuk mentadbir,” katanya. Abdullah mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen – dari RM1.92 seliter ke RM2.70. Harga diesel pula meningkat sebanyak 63.3 peratus – dari RM1.58 seliter ke RM2.58. Kenaikan harga ini dilakukan kerana mahu mengurangkan subsidi minyak yang naik mendadak yang dikatakan sebanyak RM56 billion tahun ini. Yong juga berkata, wakil rakyat dan kakitangan awam kemungkinan akan merasai lebih tekanan daripada orang ramai agar “berbuat sesuatu” bagi mengurangkan tanggungan ekonomi mereka. Tambahnya, kenaikan harga minyak dibuat sejurus selepas kenaikan harga beras dan beberapa jenis makanan asas. “Bagi seseorang yang berpendapatan mencukupi setiap bulan, kenaikan ini menjadi tamparan hebat kerana terpaksa membayar lebih di stesen minyak dan ketika membeli barang dapur,” kata Yong lagi. Katanya, golongan berpendapatan sederhana dengan gaji antara RM4,000 hingga RM5,000 akan mengalami kesan inflasi akibat kenaikan harga minyak. Sehubungan itu, Yong meragui kesan positif rebet RM625 untuk pemilik kenderaan dan RM125 bagi pengguna motosikal kerana wujud jurang antara masa wang dihabiskan untuk minyak dengan masa subsidi itu diperolehi. Yong menambah, orang ramai akan terus bertanya sebab Malaysia sebagai pengeluar bersih petroleum hingga 2014 turut mengalami dampak negatif susulan peningkatan harga minya dunia. “Orang biasa bingung mengapa mereka terpaksa menanggung beban padahal Petronas mendapat untung yang banyak,” katanya. Ketua Pemuda Sapp, Au Kam Wah, lebih berterus-terang dengan mendesak pemimpin yang “gagal melindungi kepentingan rakyat” agar melepaskan jawatan. Dalam kenyataannya dari Kota Kinabalu, beliau berkata pemimpin-pemimpin ini harus membenarkan orang lain yang lebih berkebolehan mengambil alih pucuk kepimpinan. Wakil rakyat kawasan Elopura itu turut berkata, kerajaan telah mungkir janji untuk tidak menaikkan harga minyak dalam tahun ini seperti jaminan BN pada pilihanraya lepas. Jaminan seumpamanya, tambahnya, juga diulang oleh menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Samad. Katanya, pendirian kerajaan seumpama inilah yang menyebabkan mahu atau tidak rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan. Beliau juga berhujah, langkah menaikkan harga minyak benar-benar bertentangan dengan janji BN untuk memberikan “keselamatan, keamanan dan kemakmuran” dalam menisfesto pilihanraya ke-12. “(Langkah) ini mencipta tanggapan buruk kepada rakyat bahawa kerajaan bertindak berlawanan dengan kenyataannya sendiri,” katanya. Beliau juga bimbang, kenaikan mendadak ini akan mencetuskan “tsunami ekonomi” yang akan membebankan masyarakat. “Rakyat tidak boleh menerima alasan kerajaan bahawa kenaikan terbaru harga minyak demi memberi subsidi makanan dan barang lain. “Kenaikan harga minyak hanya menyebabkan harga barangan meningkat dan rebet yang diberikan oleh kerajaan tidak signifikan berbanding kos tambahan yang ditanggung oleh rakyat, akibat kenaikan harga minyak,” katanya. Desakan yang sama disuarakan oleh ahli parlimen DAP Dr Hiew King Cheu yang meminta seluruh anggota kabinet meletakkan jawatan kerana gagal menguruskan kekayaan dan sumbr negara dengan berhemah. “Lebih baik jika mereka (anggota kabinet) berundur sekarang dan membenarkan Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan untuk menyelamatkan negara ini daripada musnah,” katanya. Dalam kenyataannya dari Kota Kinabalu semalam, beliau juga menganggap 40 peratus kenaikan harga petrol dan 60 peratus harga diesel sebagai “tidak berasas dan tidak boleh diterima” kerana Malaysia negara pengeksport minyak. Beliau juga mempersoalkan jika ada sesuatu yang sengaja disorokkan oleh kerajaan mengenai jualan minyak mentah negara. “Adakah benar minyak mentah negara dijual pada ‘harga tetap’ tanpa membenarkan naik turun harga untuk beberapa tahun?” katanya. Tambahnya, jika kebimbangannya itu benar berlaku, ia tidak adil kepada rakyat Sabah apabila negeri itu penyumbang utama eksport minyak mentah negara. Beliau juga menganggap rebet RM625 sebagai “bahan jenaka”. “Sekurang-kurangnya 10 juta kenderaan di Malaysia yang berhak mendapat rebet minyak. Ia bermakna kerajaan terpaksa membayar sekurang-kurangnya RM6 bilion setahun. “Kenapa tidak gunakan jumlah ini untuk mensubsidi minyak? Keseluruhan cadangan ini tidak amali dan tidak masuk akal,” jelasnya. |
Saturday, June 7, 2008
Minyak: Komponen BN juga berang
0 comments Labels: barang naik, malaysiakini, Sufiah
Monday, April 7, 2008
‘Saya umpama Julia Roberts’ - Sufiah Yusof
Mymetro
LONDON: “Saya seperti seorang puteri, umpama aktres Julia Roberts dalam filem Pretty Woman,” kata Sufiah Yusof, mengenai layanan terhadapnya oleh mereka yang melanggannya.
Pelajar genius yang diterima belajar di Universiti Oxford pada usia 13 tahun itu mendakwa, dengan memperdagangkan tubuhnya dengan bayaran melebihi 1,000 paun sterling (RM6,373) semalam, dia menikmati hidup penuh glamor yang tidak pernah diimpikan ketika belajar.
“Pelanggan melayan saya seperti seorang puteri. Seorang daripada pelanggan dari London pernah membawa saya membeli-belah di Bond Street. Dia membelikan saya pakaian jenama Gucci hitam berharga RM4,461 dan kemudian membawa saya ke Selfridges untuk membeli beg tangan.
“Saya memilih beg Gucci berharga RM3,824. Seterusnya saya mengenakan pakaian baru dan memberikan layanan kelas pertama kepadanya. Hakikatnya, saya hidup dalam dunia penuh glamor,” katanya dalam akhbar News of the World.
Sufiah, bagaimanapun tidak menganggap pendidikannya dibazirkan, sebaliknya mendakwa ia menjadikannya lebih matang untuk memberi layanan terbaik kepada pelanggan.
“Mereka gembira kerana saya mampu memberi rangsangan terbaik untuk minda dan tubuh mereka. Pengalaman saya tidak dibazirkan. Malah, saya biasanya membawa kerja rumah atau mengulang kaji sebelum memenuhi temujanji,” katanya.
Sufiah mendedahkan pengalamannya sebagai pelacur kelas atasan yang memperoleh pendapatan RM828 sejam sambil belajar di peringkat sarjana selepas News of the World mendedahkan kegiatannya itu, minggu lalu.
Apapun, kisah itu amat menyedihkan bagi seorang pelajar pintar yang lari dari universiti pada usia 15 tahun kerana tidak lagi mampu bertahan dengan tekanan daripada bapanya, Farooq Yusof. Farooq pula kini dipenjara lapan tahun selepas mengaku bersalah mencabul dua remaja perempuan berusia 15 tahun.
Bagi Sufiah, karier barunya itu adalah jawapan kepada masalahnya.
“Ramai menganggap khidmat teman sosial pekerjaan keji tapi tidak bagi saya. Saya memiliki keinginan seks yang tinggi dan kini saya miliki apa yang saya inginkan. Hakikatnya, ramai lelaki melayan teman sosial lebih baik daripada teman wanita mereka.
“Malah, ada antara pelanggan saya kagum dengan minat saya dalam matematik. Saya pernah melayan seorang lelaki sambil bercerita mengenai matematik ketika melakukan seks,” katanya.
Yang penting baginya ialah dia kini boleh hidup mewah.
“Saya kini tidak perlu memikirkan mengenai wang. Saya benci dengan pandangan masyarakat yang menganggap khidmat teman sosial mengeksploit wanita kerana ia tidak benar,” katanya.
Semuanya bermula empat bulan lalu, ketika dia bekerja sebagai pembantu pentadbiran dengan pendapatan RM101,976 setahun di Manchester dan memiliki hutang kad kredit dan sewa bilik tertunggak RM22,307.
Sebaik ditawar pengurus sebuah agensi teman sosial dengan upah lumayan yang bakal diperoleh, Sufiah mula tergerak membuat kajiannya sendiri.
“Hidup saya hanya dipenuhi sistem pembelajaran yang begitu ketat dan saya kini ingin berhibur,” katanya.
Sufiah tidak melihat keburukan pelacuran, tapi menganggap dirinya seperti Belle De Jour, pelacur kelas atasan yang dilakonkan Billie Piper dalam sebuah drama televisyen.
“Saya sebelum itu sudah membaca buku Belle De Jour’s Diary of a London Call Girl dan kagum dengan pengalamannya. Apabila wanita yang berpakaian canggih meminta saya mempertimbangkan kerja sebagai teman sosial, saya berasa terpanggil untuk sekurang-kurangnya mengkajinya.
“Sebaik tiba di rumah, saya menyelidik pelbagai agensi di Internet dan menemui satu agensi yang kelihatan memiliki pendapatan profesional. Saya menghantar gambar dan mereka menempatkan gambar saya di laman web,” katanya.
Dua hari selepas itu, Sufiah ditawar pelanggan pertamanya.
“Saya berasa bimbang dan teruja pada masa sama. Saya memakai pakaian terbaik saya dan bertemu pelanggan saya dalam bar di Hotel Hilton. Saya jangka dia seorang yang tua, sebaliknya pelanggan pertama saya seorang lelaki kacak berusia lewat 20-an.
“Hakikatnya, saya pasti rela melayannya jika dia mendekati saya di sebarang tempat. Tapi, kali ini saya melakukannya dengan memperoleh bayaran. Saya pulang dengan RM1,593 di dalam beg tangan pada malam itu,” katanya. — Agensi
0 comments Labels: Harian Metro, Sufiah
Wednesday, April 2, 2008
Kempen ‘Selamatkan Sufiah’
KUALA LUMPUR 1 April – Kerajaan hari ini memulakan kempen ‘Selamatkan Sufiah’ bagi mencari kaedah untuk membantu menyelamatkan gadis pintar matematik itu yang kini dilaporkan menjadi pekerja seks di Manchester, London.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi memberitahu kempen yang diketuai oleh timbalannya, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim diyakini dapat menyelesaikan segera masalah gadis itu.
‘‘Kita kasihan. Sufiah gadis bijak. Kita akan bincang cara menyelesaikan isu ini secepat mungkin,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Yadim di sini hari ini.
Hadir sama Dr. Mashitah dan Yang Dipertua Yadim, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad.
Semalam, akhbar tempatan menyiarkan kisah malang gadis genius itu yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, yang dipetik daripada tabloid News of the World.
Tragedi itu didedah selepas wartawan terbabit menyamar sebagai pelanggan di flat murah yang didiaminya di Salford, Manchester.
Tambah Ahmad Zahid, kejadian malang yang menimpa gadis yang pernah menjadi kebanggaan negara perlu diberi perhatian dan dia wajar mendapat perlindungan segera.
‘‘Kita mahu Sufiah dibela. Kita akan fikir caranya. Membawa pulang atau mencari dana menyara pembelajarannya.
‘‘Kita tidak mahu kehidupannya terus dibelenggu dosa. Apa yang terjadi kepada Sufiah sepatutnya boleh dielakkan,’’ jelasnya.
Mengenai protes terhadap penayangan filem Belanda, Fitna yang mempersendakan Islam, Ahmad Zahid tegas berkata, isu itu tidak boleh dibiarkan berlarutan.
0 comments Labels: Sufiah, utusan
Sufiah keliru -- Bekas suami
LONDON 1 April – Sufiah Yusof yang pernah menggemparkan dunia kerana berjaya memasuki universiti pada usia 13 tahun, dikatakan keliru dengan apa yang diingini dalam hidupnya.
Setelah akhbar mendedahkan kisah memalukan apabila dia kini terpaksa menjadi pekerja seks menyara hidup, ia turut menjadi episod terakhir kepada perkahwinan ibunya, Halimahton.
Wanita itu semalam meninggalkan kediaman keluarganya di Coventry bagi menguruskan penceraian dengan suaminya, Yusof Farooq.
Rumahtangga mereka bergoncang selepas suaminya dipenjarakan kerana melakukan gangguan seksual terhadap dua gadis berusia 15 tahun ketika bertugas sebagai tutor persendirian.
“Kami tidak mahu dikaitkan lagi dengan ayah. Dia selalu bertindak kejam terhadap kami dan ini juga merupakan alasan utama kenapa Sufiah melarikan diri,” kata abang Sufiah, Isaac Abraham, 26.
Kira-kira 10 tahun lalu, Yusof mendakwa dia telah memperkenalkan sistem yang dipanggil “Hothousing” iaitu teknik pembelajaran insentif melalui tutor peribadi.
Mereka yang menjadi bahan uji kaji adalah kelima-lima anaknya.
Paling penting keadaan di rumahnya sentiasa terkawal bagi memastikan tumpuan mereka tidak terjejas.
Televisyen, muzik pop dan perkara lain yang boleh menggugat pemikiran mereka adalah dilarang dan bagi Yusof, udara segar sangat penting untuk menjana fikiran cerdas.
“Namun tumbukan juga membantu kami,” ujar Isaac.
Menurut pemuda itu, semuanya terpulang kepada mood bapanya keran ada ketikanya Yusof akan mengejutkan anak-anak di tengah malam dengan menumbuk muka mereka.
“Perkara itu sangat sukar diterima,” kata Isaac.
Yusof yang lahir di Pakistan menggelar dirinya sebagai seorang yang berkebolehan luar biasa dan dia mendapat publisiti apabila Sufiah berjaya masuk ke Kolej St. Hilda, Universiti Oxford.
Dia mendakwa kejayaan anaknya itu adalah hasil keberkesanan sistem yang dibangunkannya dan bukan kerana Sufiah seorang pelajar yang bijak.
Yusof menjanjikan lebih ramai ‘Sufiah’ akan lahir dan gadis itu seolah-olah model kepada sistemnya itu.
Tekanan akhirnya membuatkan Sufiah memberontak dan melarikan diri dari Oxford pada tahun 2000.
“Saya tertekan dengan kehidupan selama 15 tahun yang penuh dengan penderaan fizikal dan emosi,” kata Sufiah yang mengaku cuba membunuh diri sebanyak dua kali sewaktu berusia 11 tahun.
Sufiah kembali ke Oxford bagi menyambung pelajarannya namun usahanya kini semakin terpinggir setelah bertemu dengan seorang pelajar undang-undang, Jonathan Marshal yang kemudiannya memeluk Islam.
Mereka berkahwin pada 2004 sewaktu Sufiah berusia 19 tahun dan suaminya itu 24 tahun.
Jonathan yang kini bertugas di sebuah firma guaman terkemuka di Arab Saudi berkata, alasan utama perpisahan mereka ialah kerana dia semakin fokus dengan pelajaran tetapi Sufiah pula sebaliknya.
“Ini telah mengakibatkan dia semakin hilang arah dari sasaran sebenar. Ajaran Islam adalah penting dalam kehidupan harian dan apabila kita beralih arah ia akan menjadi isu yang sukar ditangani.
“Dia berasa keliru dan tidak tahu apa yang diinginkan.
“Dia bukanlah seorang yang aneh dan tidak sukar untuk hidup dengannya tetapi kami mempunyai matlamat dan pemikiran yang berbeza,” kata Jonathan.
Lelaki itu mendapat kerja di sebuah firma di London sebelum dihantar ke Singapura dan dia turut membawa Sufiah bersamanya.
Pasangan ini berpisah ketika di Singapura dan sekembalinya ke London, Sufiah mendaftarkan diri di Universiti London dalam jurusan ekonomi.
Menurut Jonathan, dia masih menanggung Sufiah selama lapan bulan selepas mereka bercerai dan sebelum dia dihantar ke Arab Saudi.
“Saya bersetuju untuk menanggung perbelanjaannya bagi tempoh masa tertentu kerana berasa bertanggung jawab dengan impiannya melanjutkan pelajaran di universiti,” katanya.
Menurutnya, pendedahan mengenai kerja Sufiah ketika ini sangat mengejutkannya kerana latar belakang agama wanita itu.
– Agensi
0 comments Labels: Sufiah, utusan
Genius Matematik, Sufiah Yusof - Tersungkur di lembah hina
Harian Metro
LONDON: Dia dikenali sebagai kanak-kanak genius matematik dan mendapat tempat di Universiti Oxford ketika usianya baru 13 tahun.
Tetapi kini, satu-satunya perkara diminati Sufiah Yusuf ialah pendapatan diperolehnya dengan menjual tubuh.
Kisah kehidupan terkini Sufiah itu didedahkan dalam laporan edisi online News of the World keluaran semalam.
Menurut laporan itu, bagi Sufiah, penyelesaian matematik hariannya kini hanyalah menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun (RM845).
| |
Tetapi minggu lalu, kata laporan itu, dia menanggalkan pakaiannya untuk wartawan akhbar itu yang menyamar sebagai pelanggan di flet kos rendahnya.
“Adakah anda sudah mahu memulakan setengah jam pertama?” tanya Sufiah sambil dia menari di atas katil dalam keadaan telanjang bulat.
Dia memberitahu kepada wartawan itu apa yang boleh dia lakukan jika tawaran seks itu diterima.
Dengan menggunakan nama Shilpa Lee, bekas ‘bintang’ kanak-kanak itu mengiklankan khidmat seksnya di laman web pelacur dengan menggambarkannya sedia melayan pelanggan setiap hari dari dari jam 11 pagi hingga 8 malam.
Sufiah turut menggambarkan dirinya ‘amat seksi dan pelajar pintar’ yang gemar kepada lelaki lebih tua.
Seorang rakan lama yang melihat kejatuhannya sebagai kanak-kanak genius menyifatkan perkembangan Sufiah, yang ibunya berasal dari Malaysia, sebagai amat memilukan.
“Dengan kepintarannya, dia pasti boleh meraih pendapatan lumayan dengan pelbagai cara yang dimahukannya. Tetapi dia gagal mengawal hidupnya,” katanya.Laporan News of the World itu juga menyifatkan kehidupan tidak menyebelahi Sufiah.
Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi terbaru yang menimpa hidupnya sejak kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang berprestij.
Pendedahan akhbar itu berlaku serentak sewaktu bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.
Sebenarnya, Farooq yang menjadi segala punca kepada masalah yang dihadapi Sufiah, malah sejak dia lulus matematik pada peringkat A-Level yang diperlukan untuk membolehkannya memasuki Oxford pada usia 12 tahun.
Sufiah menjalani disiplin yang ketat diterapkan bapanya serta dipaksa bermain tenis bersungguh-sungguh.
Rutin itu begitu berkesan hingga membolehkan Sufiah menduduki tempat kelapan senarai pemain wanita bawah 21 tahun.
Tetapi selepas tiga tahun di Oxford, polis melancarkan gerakan besar-besaran untuk mencari Sufiah yang ketika itu berusia 15 tahun, selepas dia melarikan diri daripada keluarganya.
Farooq bermati-matan mendakwa Sufiah diculik dan dipengaruhi satu pertubuhan yang berusaha mencari punca kepintarannya.
Bagaimanapun, Sufiah menghantar e-mel kepada keluarganya dengan menyifatkan kehidupan bersama bapanya seperti ‘neraka’.
Satu mesej yang dihantar kepada adiknya berbunyi: “Saya sudah tidak dapat menahan
pencabulan fizikal dan emosi yang saya lalui selama 15 tahun. Anda tahu apa yang saya maksudkan.”
Sufiah hilang dua minggu sebelum ditemui di sebuah kafe Internet di Bournemouth, tempat dia bekerja sebagai pelayan hotel.
Dia enggan kembali semula kepada keluarganya, sebaliknya diletakkan di bawah jagaan khidmat kebajikan.
Kemudian terbongkar kisah Farooq dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana terbabit dalam penipuan wang berjumlah 1.5 juta paun (RM9.75 juta). Sebelum itu, pada usia 19 tahun, dia pernah dihantar menjalani pemulihan akhlak kerana terbabit dalam penipuan berjumlah 100,000 paun (RM650,000).
Selepas bebas daripada kawalan bapanya, Sufiah kembali ke Oxford untuk menamatkan pengajian tahun akhirnya dalam Ijazah Sarjana Matematik.
Tetapi dia lebih pentingkan untuk menghiburkan dirinya dan gagal menamatkan kursus itu selepas berkenalan dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall.
Mereka berkahwin pada 2004 ketika Sufiah berusia 19 tahun dan Jonathan, 24. Namun, hubungan dengan keluarganya terus tegang.
Walaupun diundang, ibu bapa Sufiah dan saudara kandungnya yang lain tidak hadir.
Impiannya untuk hidup bahagia dengan Jonathan berkecai apabila mereka bercerai setahun kemudian.
Kini, wanita itu menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.
Sufiah bertemu dengan wakil akhbar itu yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.
Dengan membawa tiga telefon bimbit, dia ketawa dan berjenaka sambil memimpin ‘pelanggan’ ke apartmen kecilnya.
Sebuah katil tersedia di ruang tamu. Sufiah memberitahu lelaki berkenaan, harganya 130 paun (RM845) sejam dan menawarkannya segelas air sebelum memasang muzik menerusi radio kecil murah dan dengan gementar, menanggalkan skirt serta baju-T.Sufiah kemudian melucutkan seluar dalamnya dan menari di atas katil. Dia memberitahu wartawan terbabit bahawa dia melakukan seks dengan kondom dan seks oral tanpa perlindungan.
Selepas wartawan itu memberikan alasannya, Sufiah membuatnya terus bercakap dengan berkata, dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.
Pernah disifatkan ibu bapanya sebagai anak yang baik, Sufiah bekerja sendiri tanpa keselamatan atau perlindungan fizikal.
Sufiah yang kelihatan girang tidak menunjukkan sebarang tanda kesedihan mengenai nasib bapanya yang mula menjalani hukuman penjara sehari sebelum itu.
Farooq, 50, dihukum penjara 18 bulan oleh mahkamah di Conventry kerana meraba dua pelajar perempuan berusia 15 tahun.
Mahkamah diberitahu bagaimana Farooq, Mei lalu, tiba di rumah seorang mangsanya itu untuk memberi tuisyen matematik.
Dia mula berbisik pada telinga pelajar itu dan mencium rambut serta pipinya. Dia juga meraba payu dara pelajar itu sambil memujinya dengan berkata pelajar itu pintar dan cantik sebelum meletakkan tangannya pada paha pelajar berkenaan.
Peguam Farooq, Tim Hannam berkata: “Selepas ini, dia tidak akan dibenarkan mengajar dan sebarang harapan untuk memperoleh pendapatan tinggi menerusi teknik pengajarannya yang diasaskannya hingga terbukti kejayaannya, sudah hancur. Reputasinya sudah musnah.”
Kini, jelas, si anak yang melarikan diri daripada teknik belajar yang ketat dan keras, sudah hampir musnah.
Seorang rakannya berkata semalam: “Sufiah mengalami terlalu banyak tragedi dalam hidupnya.
“Saya berharap dia mampu keluar daripada kehidupan dilaluinya ketika ini. Dia orang baik dan sepatutnya memperoleh satu kehidupan lebih baik daripada ini. Anugerah semula jadi yang dimilikinya membawa kecelakaan pada dirinya,” katanya.
0 comments Labels: Harian Metro, Sufiah

