+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, June 25, 2008

Altantuya: Khairy turut disiasat polis

Malaysiakini

Beh Lih Yi | Jun 25, 08 7:23pm

Polis telah merakamkan kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin malam tadi berhubung dakwaan terbaru Raja Petra Kamaruddin berhubung pembunuhan ltantuya Shaariibuu.

khairy jamaluddinMenurut Khairy, beliau telah memberitahu polis bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang laporan perisikan tentera dari perdana menteri atau mana-mana pihak.

Dalam akuan bersumpahnya, Raja Petra mendakwa laporan tersebut telah diserahkan kepada Khairy untuk disimpan.

Khairy berkata, beliau juga telah memberitahu pihak polis bahawa akuan bersumpah itu, kandungannya dan tuduhan terhadap beliau, dibuat dengan niat yang jahat.

Beliau yang juga ahli Parlimen Rembau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen petang tadi.

Khairy berkata, beliau memberi kenyataan tersebut selama kira-kira sejam di Putrajaya malam tadi.

Katanya, beliau akan berbincang dengan peguamnya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Raja Petra.

Khabar angin

Khairy berkata, beliau tidak tahu apakah motif Raja Petra tetapi menegaskan bahawa dakwaan itu dibuat berasaskan sumber-sumber dan khabar angin.

Katanya, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan ia telah mencemarkan kredibiliti beliau.

Ditanya sama ada polis juga telah merakamkan kenyataan dari bapa mertuanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Khairy berkata ia harus ditanya kepada perdana menteri sendiri.

Raja Petra, dalam akuan bersumpahnya 18 Jun lalu, mendakwa isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.

Beliau juga mendakwa dalam akuannya itu bahawa beliau mendapat maklumat bahawa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyedari mengenai dakwaan pembabitan isteri Najib.

Raja Petra mendakwa lagi, Abdullah menerima satu laporan bertulis dari pihak perisikan tentera, yang mengesahkan pendedahan beliau itu.

Laporan tersebut, dakwa Raja Petra, kemudiannya diserahkan kepada menantu perdana menteri, Khairy Jamaluddin untuk disimpan.

Selain Abdullah dan Khairy, dakwa Raja Petra, "seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan."

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |