10.30 pagi: Tian Chua mengumumkan pelacaran deklarasi Selamatkan Malaysia oleh Pakatan Rakyat dan NGO esok di Parlimen
8.30 pagi: Dua kereta peronda Polis berada di hadapan hotel. Menurut salah seorang pegawai berkenaan mereka diarahkan kesana untuk mengelakan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Setelah ditegur oleh petugas parti, 10 minit kemudian. kenderaan berkenaan beredar meninggalkan kawasan hotel.
8.00 pagi: Beberapa pimpinan tiba di lobi dan ke kafeteria. Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat dan Seminar Gagasan dan Kebijakan Parti Keadilan (yang dihadiri oleh semua Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi) diteruskan seperti biasa. Anwar dijangka mengadakan sidang media tengah hari ini.
5.00 pagi: SMS Dari Sistem pesanan ADILnews, Anwar Ibrahim mempunyai dokumen baru mengenai Pembabitan Musa Hassan dan Ghani Patail yang merekacipta bukti palsu dalam kes Anwar 1998. Dan kerana itu, ada cubaan untuk menangkap Anwar.
5.00 pagi: Sumber mengatakan akan ada satu laporan polis akan dibuat pada jam 9 pagi ini.
2.30 pagi: Ahli Parlimen Machang Saifudin Nasation membuat kenyataan media bahawa tuduhan keatas Anwar adalah berniat jahat.
2.15 pagi: Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua menyatakan bahawa Pakatan Rakyat berdiri teguh di belakang Anwar Ibrahim
1.15 pagi: Sidang Media tergempar oleh Naib Presiden KeADILan, R SIvarasa yang membacakan teks kenyataan Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataan berkenaan Anwar berkata beliau mempunyai bukti kukuh tentang pembabitan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara mengenai kes berkenaan pada tahun 1998.
Sidang media berkenaan turut dihadiri oleh barisan peguam serta kepimpinan tertinggi KeADILan.
10.00 malam (28jUN): Sekurang-kurangnya 1000 orang berkumpul di perkarangan Hotel Quality setelah tersebar dakwaan seorang pemuda yang menuduh secara jahat bahawa Anwar telah mencabul beliau.
0 comments:
Post a Comment