+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, June 29, 2008

Tuduhan liwat - cubaan tutup lubang C4 buatan Rosmah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Agak lama saya merenung dan mengamati cerita terbaru DS Anwar Ibrahim (DSAI) yang dituduh meliwat pembantunya. Ikut pada sipnosis cerita yang baru saja meletup di pasaran sejak semalam membuatkan saya dengan mudah menjangka apa yang akan berlaku selepas ini. Sebenarnya, tuduhan mirip malapetaka 1998 ini sememangnya dijangka oleh kebanyakan pemerhati politik dan juga orang yang rapat dengan DSAI. Telaah sahaja tulisan seorang blogger tentang ini. Memang gerak-geri musang ini dapat dihidu dan dilihat, mungkin kerana ianya tidak sedar bahawa ianya berbulu ayam. Musang berbulu ayam inilah yang membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, jam 6 petang di Balai Polis Jalan Travers mengatakan dia diliwat oleh DSAI. Sejauh mana kebenarannya, kita serah kepada yang ESA.

Kenyataan Media DSAI

Sejurus selepas berita tergempar ini tersebar, DSAI membuat kenyataan media untuk menjelaskan kedudukan sebenar. DSAI menafikan tuduhan yang dibuat ke atasnya dengan mengatakan ianya adalah tuduhan yang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadapnya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Menurut DSAI lagi, laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang beliau sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang diperolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkannya pada tahun 1998 hingga 1999.

Ulangan Malapetaka 1998

Adakah DSAI akan ditangkap?? Kalau ikut reaksi Pak Lah, saya rasa DSAI akan ditangkap dan bermulalah episod malapetaka 1998 yang diolah semula oleh para bajingan politik yang merasakan kedudukannya semakin goyah dan cara diktator inilah yang membolehkan bajingan-bajingan ini terus duduk di tampuk tertinggi, melahap kekayaan negara dan terus meluahkan 'muntah' yang dijilat sedap oleh pendokong dan penyokong kerajaan bajingan ini sementara 'muntah' ini tetap berbau busuk dan hanyir bagi rakyat yang celik mindanya. 2 individu yang sememangnya jelas dan nyata terlibat dengan konspirasi menjatuhkan DSAI pada 1998 masih lagi memegang kuasa keramat untuk memastikan kerajaan bajingan ini untuk terus hidup walaupun semakin lama semakin tunduk mahu menyembah bumi. Mereka adalah Ketua Polis Negara (KPN) dan juga Peguam Negara (AG). Nama kedua-dua individu ini sudah cukup untuk saya mengatakan bahawa ini adalah k0nspirasi jahat untuk menjatuhkan DSAI.

Memesong perhatian

Pada saya, tuduhan ini tak lain tak bukan adalah untuk memesongkan perhatian rakyat Malaysia tentang kes Rosmah, isteri DS Najib sebagaimana dakwaan dalam pengakuan bersumpah RPK ini. Pengakuan bersumpah RPK yang mengatakan Rosmah ada di tempat kejadian semasa Altantuya diletupkan, lebih menampakkan realiti penglibatan Rosmah di dalam kes yang mendapat perhatian media luar negara terutamanya Mongolia. Rakyat yang semakin berminat untuk mengetahui cerita sebenar Altantuya yang mati diletupkan C4 ini, tiba-tiba diletupkan oleh cerita karut berlagu lama ciptaan bajingan politik yang sememangnya mencetus pemerhatian rakyat ke arah letupan baru ini. Kita sebagai rakyat minda kelas pertama tidak akan mudah terpesong perhatian ke arah letupan yang palsu, mungkin hanya sekadar memaling kerana terkejut dan akan berpaling semula kepada letupan yang dikatakan ramai, perbuatan isteri Najib ini. Ayuh rakyat Malaysia!!! sedarkan semua tentang ini!!!!


Wallahualam.......


-------------------------------------------------
catatan orangkita : 29 Jun 2008, 0400 pm
http://sangpemantau.blogspot.com/
-------------------------------------------------

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |