+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, July 24, 2008

Liwat: Rice bertegas isu Anwar bukan isu dalaman, mahu ditangani telus

Mstar Online

24-07-2008 01:41:27 PM

DR. RAIS Yatim bersama Dr. Condoleezza Rice ketika tiba untuk untuk menghadiri Forum Serantau ASEAN di Singapura pagi tadi. - fotoBERNAMA


KUALA LUMPUR: Dalam perkembangan yang kemungkinan menyinggung Malaysia sekali lagi, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Condoleezza Rice hari ini menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang apabila mengendalikan tuduhan meliwat, yang kedua membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh 10 tahun.

"Amerika Syarikat telah lama bercakap (mengenai isu ini) dan akan terus bercakap mengenai kes-kes yang kami merasakan perlu disentuh dari segi kedudukan politik," kata Rice yang berada di Singapura untuk menghadiri persidangan keselamatan serantau sempena Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN.

"Kami hendak melihat ketelusan dan undang-undang dipatuhi sepenuhnya di sini," kata beliau hari ini.

Beliau yang dipetik AP menambah, AS sentiasa bercakap mengenai hak asasi manusia dan politik tetapi dilakukan dalam semangat menghormati Malaysia.

Dalam ulasannya itu Rice menolak pendirian tegas Malaysia bahawa kes Anwar adalah isu dalaman negara ini.

"Amerika Syarikat tidak menganggap ini sebagai hal ehwal dalaman apabila keadaan seperti ini muncul, tetapi kami akan terus bekerjasama dengan Malaysia," katanya.

Ia merupakan respons Rice yang pertama sejak Malaysia mengemukakn nota bantahan kepada AS awal bulan ini ekoran campur tangannya dalam isu terbaru Anwar ini.

Pada 4 Julai lalu, Rais berkata,Kementerian Luar telah menghantar surat bantahan kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Menurut Rais, surat yang dikeluarkan oleh Wisma Putra itu telah dihantar kepada Rice.

Surat tersebut dihantar bagi menyatakan rasa dukacita Kuala Lumpur berhubung kenyataan yang dibuat oleh jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Tom Casey mengenai dakwaan liwat ke atas Anwar.

Kelmarin Anwar telah memberi taklimat kepada 38 orang duta asing berhubung dakwaannya bahawa kerajaan Malaysia mahu mengekang penglibatannya dalam politik.

Semalam laporan Bernama yang memetik Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, AS bersetuju dengan pandangan Malaysia berkenaan kedaulatan undang-undang.

"Sewaktu mesyuarat dengan Amerika Syarikat hari ini, Malaysia membangkitkan fakta bahawa kami mengiktiraf peranan Amerika Syarikat sebagai kuasa dunia dan kami menghargai apa yang diberikan dari segi bantuan, dan apa yang bermakna kepada kebebasan, persamaan, demokrasi dan sebagainya.

"Bagaimanapun kami menekankan kepada kedaulatan undang-undang - sistem di setiap negara yang perlu dihormati. Ini kami nyatakan dengan jelas kepada Setiausaha Negara Amerika (Dr Condoleeza) Rice dan beliau memberi maklum balas dengan berkata itu adalah hak setiap negara dan demokrasi mestilah dilihat dilaksanakan berdasarkan hak sesebuah negara," katanya.

3 comments:

Unknown said...

Apasal US ini duduk menyibuk isu pasal Anwar? Dah nampak sangat Anwar ini boneka US.

US, tolong jangan cakap pasal hak asasi manusia. Padahal korang yang melanggar hak asasi manusia sendiri. Tolong jaga masalah dalaman negeri engkau sendiri sebelum menyibuk pasal hal-hal orang lain. Jangan jaga tepi kain orang, padahal kain sendiri ayng terlondeh.

Unknown said...

US perlu tau dimana sempadan mereka. Tidak perlu untuk turun padang dan masuk campur hal negara lain.
Dan ini lah juga yang sangat2 diperlukan Anwar sekarang. Campurtangan negara luar ke dalam kes ini akan memberikan lebih media coverage.
Sesuatu yang amat di nanti-nantikan oleh Anwar sendiri.

Unknown said...

US ni tak tahu bagaimana nak jaga hal negara sendiri nak jaga hal negara lain pula.
Memang biadap sungguh US ni. Tak tahu nak menghormati negara lain.

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |