Harakahdaily Roy Rasul Thu | Jul 10, 08 | 6:03:08 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Menteri di Jabatan Perdana, Dato' Seri Nazri Aziz berkata, para wartawan yang datang ke parlimen boleh berpakaian apa saja termasuk seluar jeans kecuali memakai seluar dalam dan baju dalam. Beliau menegaskan etika berpakaian rasmi iaitu berkot dan bertali leher bagi lelaki dan baju sopan bagi wanita hanya perlu dipatuhi apabila seseorang itu memasuki dewan persidangan. Dalam satu sidang media di Lobi Parlimen hari ini, Nazri memberitahu pengawal keselamatan parlimen tidak boleh melarang atau mengeluarkan arahan kepada wartawan yang berpakaian tidak mengikut garis panduan berpakaian di parlimen. Beliau berkata demikian, ketika mengulas sesi penggulungan hari ini yang kecoh seketika apabila isu pemakaian skirt oleh seorang wartawan akhbar Cina yang ditegur pihak keselamatan Parlimen semalam dibangkitkan dalam dewan rakyat oleh Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh), hari ini. Nazri berkata, beliau telah berjumpa dengan speaker dewan dan ketua pengarah parlimen untuk mendapatkan maklumat berkenaan panduan berpakaian di parlimen. Bagaimanapun, walaupun ada garis panduan tersebut, beliau tidak tahu mengenai apa yang berlaku. "Selama ini kami ada 'guideline' untuk pakaian tetapi saya akan bagi tahu kepada pengawal supaya mereka menjaga keselamatan daripada menjaga hal-hal lain," katanya. Bahkan katanya, selagi orang awam dan ahli parlimen tidak 'komplen' wartawan boleh berpakaian yang mereka kehendaki. "Yang menahan orang dan menentukan sama ada boleh atau tidak bukan kerja mereka. Tak ada masalah, pakai apa pun... tolong... jangan pakai baju dalam dan seluar dalam saja, kerana dewan ini banyak benda lain kita nak bincang," katanya. Sehubungan itu, beliau akan memberitahu kepada pihak pengawal sekiranya tidak ada aduan daripada ahli parlimen barulah garis panduan berkenaan akan diteliti. "Pada sayalah, kita tumpu kerja dalam dewan," katanya. Tambah Nazri, beliau akan memaklumkan kepada pegawai-pegawai keselamatan bahawa mereka harus lebih prihatin mengenai keselamatan daripada melihat 'skirt' orang. "Ahli parlimen pakai tinggi (singkat) juga tak masalah pun. Kalau tak boleh kawal jangan 'double standard', semua jangan kawal... MP boleh telanjang, masuk tak apa, dia orang (wartawan) datang tak boleh. Ini saya tak boleh terima," katanya.- tmj/mks. _ |
Friday, July 11, 2008
Masuk Parlimen boleh pakai apa saja kecuali seluar dan baju dalam - Nazri
Posted by
Sang Pemantau
at
11:19 PM
Labels: Harakahdaily, parlimen, pemimpin haprak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment