+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, September 11, 2008

Isu Azan: Laporan polis terhadap Khir Toyo

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Sep 11, 08 1:03pm

Seorang ahli Parlimen hari ini PAS membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman berhubung isu azan di Selangor.

Laporan tersebut dibuat oleh ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Siti Mariah Mahmud, di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi tadi.

siti mariah mahmudDr Siti Mariah juga merupakan ahli Parlimen PAS bagi kerusi Kota Raja.

Dalam laporan tersebut, beliau mendesak pihak polis supaya menyiasat dakwaaan Dr Mohd Khir mengenai kononnya ada usaha-usaha melarang laungan azan di masjid-masjid di Puchong dan Kota Damansara.

khir toyo 181207Katanya, Dr Mohd Khir dilaporkan membuat dakwaan tersebut dalam laporan akhbar Utusan Malaysia yang bertajuk 'Ada Usaha Larang Azan di Masjid-masjid Selangor' pada 9 September lalu.

Dr Siti Mariah berkata, sekiranya dakwaan itu tidak benar, maka tindakan sewajarnya diambil ke atas bekas menteri besar Selangor itu kerana didakwanya menabur fitnah dan menghasut.

Menurutnya, perbuatan tersebut perlu dipandang serius kerana ia boleh membangkitkan pergeseran antara agama dan bangsa di Malaysia.

Beliau juga juga memint pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas blog pembelamelayu.com yang didakwanya telah menyiarkan berita palsu berhubung perkara yang sama.

Dr Siti Mariah berkata, blog tersebut mendakwa petisyen mengenai suara azan tidak dibenarkan, telah dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, katanya, selepas beliau merujuk kepada hansard/kenyataan persidangan, untuk memastikan kebenaran dakwaan tersebut, ternyata kesemua dakwaan tersebut tidak benar.

Katanya, perkara itu telah menjadi percakapan rakyat umat Islam dan pihak polis perlu bertegas sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.

1 comments:

Unknown said...

Cukuplah dengan isu-isu perkauman yang dah timbulkan sebelum ini. Jangan ditimbulkan isu baru. Yang kita takutkan sekiranya isu hanya fitnah. Kalau betul saya pun akan tentang... Diharap selepas ini tiada lagi isu-isu berbaur perkauman timbul di bumi Malaysia ini...Kami mahukan keamanan...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |