Nyza Ayob Wed | Sep 03, 08 | 11:10:11 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Hrkh)- "Kemenangan saya ini bukan hanya milik saya seorang tetapi kemenangan untuk semua pejuang Islam. Insya-Allah misi dan visi saya ialah kerana Allah di samping akan terus mendapat bimbingan para ulama dalam meneruskan kerjaya seni saya,"itu antara kata-kata awal juara Akademi Nasyid, Azhan Atan. Azhan, 35, yang ditemui selepas program Simfoni Merdeka 08 anjuran Masjid As-Syakirin, KLCC, menyatakan selepas kemenangan dalam program realiti itu beliau meletakkan konsep kebajikan dalam setiap persembahannya. "Saya meletakkan konsep ' beramal kerana Allah itu syiar kami' dalam setiap persembahan saya akan datang,"katanya penuh optimis. Memandangkan buat masa ini beliau belum terikat dengan mana-mana syarikat rakaman, beliau bebas mengadakan persembahan di mana-mana selagi persembahan tersebut tidak melanggar etika dan kesopanan. Sepanjang menyertai program itu Azhan sama sekalitidak pernah bermimpi trofi dan ganjaran bernilai RM100,000 itu akan menjadi miliknya. Kelunakan suaranya bukan sahaja memikat juri dan penonton yang sanggup mengundi melalui sistem pesanan ringkas(SMS), malah turut menarik perhatian komposer untuk menyumbangkan lagu untuknya. "Sebanyak 19 lagu baru telah diberikan kepada saya sebelum saya masuk ke peringkat akhir Akademi Nasyid. Bagaimanapun saya belum sempat menilai lagu tersebut satu persatu. Saya berterima kasih kepada komposer-komposer tersebut kerana sudi menyumbangkan lagu-lagu mereka untuk saya nyanyikan,"katanya yang turut mendapat tempat di hati komposer terkenal seperti Ramli Sarip, Usop Kopratasa, Yassin dan Farihin Abdul Fatah. Jelas anak jati Johor ini, beliau juga bernasib baik dan beruntung apabila komposer seperti Ramli Sarip sanggup memberi nasihat dan bimbingan kepadanya sepanjang beliau di Akademi Nasyid. Tambah Azhan, bakatnya dalam nyanyian telah dibina 15 tahun lalu apabila beliau sering membuat persembahan dalam setiap program yang disertainya. Namun kemenangannya sebagai juara Akademi Nasyid menyerlahkan lagi bakat yang ada pada dirinya "Kebanyakan yang mengundi saya adalah rakan-rakan yang telah mengenali saya sejak dahulu lagi dalam setiap program-program yang saya sertai seperti Jambori Amal. Saya amat berterima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong saya selami ini "Kejayaan saya hari ini juga berkat dorongan isteri dan anak-anak ," jelas bapa kepada empat anak ini. Bercerita mengenai perjalanan seninya, jelas Azhan, buat masa ini beliau menjalani kontrak dengan TV9 selama setahun dan akan mengikuti segala persembahan yang diatur stesen TV tersebut. Bagaimanapun katanya, ini beliau tetap akan menumpukan kepada program rutinnya setiap tahun untuk menyemarakkan Ramadan. - mr _ |
Wednesday, September 3, 2008
Juara Akademi Nasyid pohon bimbingan ulama untuk kerjaya seninya
Posted by
Sang Pemantau
at
11:34 PM
Labels: artis, Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment