KLpos
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau terkejut dengan tindakan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersoalkan pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui oleh Kabinet dan Majlis Tertinggi Umno.
Semalam, Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Abdullah patut fikirkan semula mengenai pelan peralihan kuasanya untuk mengundurkan diri menjelang 2010 kerana tempoh masa itu terlalu lama.
Pelan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Abdullah dua bulan lepas, dakwanya, telah "tenggelam" dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.
Di bawah pelan peralihan kuasa itu, Abdullah akan menyerahkan jawatannya sebagai perdana menteri, pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010.
Muhyiddin berkata, beliau turut bertanya kepada Najib sama ada dirinya mahu menunggu selama itu kerana beliau akan hanya mempunyai masa yang singkat untuk menguruskan dan mengembalikan semula kenyakinan rakyat kepada Umno dan BN.
Sambil menyatakan yang beliau memang berfikiran kritis mengenai perkara itu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Malaysia, beliau meminta Abdullah memikirkan semula mengenainya. / Mstar
1 comments:
Kenyataan Muhyiddin jelas merupakan kenyataan seorang yang gila kuasa. Sebenarnya beliau mahu Pak Lah letak jawatan awal dan dengan itu akan memudahkannya untuk mendapat jawatan TPM...
Post a Comment