+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label rosmah. Show all posts
Showing posts with label rosmah. Show all posts

Friday, April 10, 2009

Buktikan Najib dan Rosmah Tidak Terlibat Kes Pembunuh

Kerajaan rakyat

SHAH ALAM: Peguam Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar menyalahkan satu sama lain berhubung keputusan mahkamah menjatuhi hukuman gantung sampai mati kepada anak-anak guam mereka kerana didapati bersalah membunuh wanita Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibu.

Mereka mendakwa kegagalan memanggil saksi-saksi lain telah menjejas kes pihak pembela untuk menyokong alibi Azilah dan Sirul.

Peguam Sirul, Encik Hasnal Merican, berkata beliau akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Peguam pemerhati bagi pihak keluarga mendiang Altantuya, Encik Karpal Singh, pula berkata masih banyak persoalan yang belum terjawab berhubung motif pembunuhan wanita Mongolia itu.

Menurutnya, satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain.

Bagaimanapun, ketua pihak pendakwaan kes tersebut, Tun Majid Tun Hamzah, berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu.

(Betul punya BAHALOL Tun Majid Tun Hamzah. Apa hal pula Azilah dan Sirul tidak pasal-pasal hendak bunuh Altantuya?. Altantayu datang ke Malaysia kerana kaitan urusannya dengan Najib Razak dan Razak Baginda. Kesangsian seperti ini pun Tun Majid Tun Hamzah tidak bolih nak fikirkan? Inilah taraf ketua pendakwa yang bolih diibaratkan seperti “Lembu Yang Dicucuk Hidung”. Hello Tun Majid, kamu adalah manusia yang butahati).

Dalam penghakimannya semalam, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata pembelaan Azilah bergantung kepada keterangan yang dia tidak berada di tempat kejadian semasa jenayah itu dilakukanan.

‘Dia mendakwa berada di Wangsa Maju dan dia bukannya orang terakhir berada bersama Altantuya kerana dia menyerahkan Altantuya pada malam itu kepada tertuduh kedua (Sirul) untuk dihantar pulang ke Hotel Malaya,’ katanya.

Pembelaan Sirul Azhar pula hanya bergantung kepada keterangan bahawa dia adalah ‘kambing korban bagi menutup kesalahan mereka yang tidak ada di mahkamah’.

Dia juga berkata tiada bukti yang menunjukkan mendiang Altantuya telah diserahkan kepadanya oleh Azilah untuk dihantar pulang ke Hotel Malaya.

Pihak pendakwa raya menuduh kedua-dua pegawai polis itu membawa mendiang Altantuya ke kawasan hutan berdekatan Shah Alam sebelum menembak dan meletupkannya dengan bahan letupan pada 19 Oktober 2006.

Sebelum ini, pemimpin parti pembangkang telah berkali-kali mengaitkan Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan isterinya, Datin Rosmah Mansor, dengan pembunuhan mendiang Altantuya.

Datuk Seri Najib dan Datin Rosmah, bagaimanapun, telah menafikan dengan keras tuduhan itu. — Agensi.

Inikah Kambing Hitam?

Terima kasih kepada penitip minda, keduak, yang telah mengemailkan gambar dan lakaran di atas.

Tags: , ,

Read More...

Wednesday, November 5, 2008

MB kekalkan isteri Najib di Unisel biar Pemuda bantah

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Nov 5, 08 9:13pm

Kira-kira 20 orang termasuk tiga pemimpin muda Pakatan Rakyat menghantar surat bantahan kepada menteri besar Selangor agar menggugurkan isteri timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak daripada canselor Universiti Industri Selangor (Unisel).

memo against rosmah unisel chancellor pakatan rakyat 051108 03Mereka dipimpin oleh naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, setiausaha DAP negeri Lau Weng San dan exco penerangan Pemuda PAS negeri Mohd Sany Hamzan.

Kumpulan itu menaikkan kain rentang "Rosmah Out" dan "Unisel gedung ilmu, bukan gedung beli-belah. Rosmah boleh blah" sewaktu menyerahkan surat itu kepada setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di bangunan SUK, Shah Alam jam 3 petang.

Dalam surat bantahan itu, mereka mendakwa Rosmah Mansor "tidak memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu."

Selain Khairul Anuar, yang juga ketua AMK Selangor, dan Lau, surat itu ditandatangani oleh ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mukhyi.

Universiti milik penuh kerajaan negeri itu melantik isteri Najib sebagai canselor pertamanya pada Ogos 2006.

Unisel, yang ditubuhkan pada 1999, diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) yang dipengerusikan oleh menteri besar.

memo against rosmah unisel chancellor pakatan rakyat 051108 02Dalam sidang media sebelum penyerahan surat kepada Nik Nazmi Nik Ahmad, wakil DAP itu berkata rekod pendidikan Rosmah dalam bidang sains "tidak mencukupi" untuk menjadi canselor universiti berbanding rakan-rakan sejawatannya di institusi-institusi pengajian tinggi negara ini.

Khairul Anuar pula berkata Pakatan Rakyat mempunyai tokoh-tokoh intelektual yang mampu mengetuai Unisel seperti timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy.

Mohd Sany menyifatkan pelantikan Rosmah oleh menteri besar waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo "satu kesilapan" kerana ia didasarkan pada penilaian bahawa Rosmah isteri timbalan perdana menteri.

rosmah mansor and uniselSementara itu, kerajaan Selangor tidak bercadang menggugurkan Rosmah di Unisel seperti desakan Pemuda Pakatan Rakyat, kata Abdul Khalid selepas mesyuarat exco kerajaan negeri petang tadi.

Menurut Bernama, ia masih mengekalkan keputusan lembaga pengarah Unisel yang melantik isteri Najib sebagai canselor institusi pengajian tinggi berkenaan.

Menteri besar itu menambah, beliau akan mengumumkan jika ada sebarang perubahan mengenai pelantikan itu.

Read More...

Saturday, July 5, 2008

Artikel Tentang Rosmah Yang Menjadi Kemarahan ?

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Editor
Thursday, 03 July 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita7/rosmah.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk N. Parameswaran berkata akhbar Singapura perlu lebih berhati-hati atau berhemat dalam melayani dakwaan atau sindiran yang jelas mahu mencemarkan peribadi dan maruah personaliti penting Malaysia.

Belia berkata mereka merupakan tokoh yang menentukan kekukuhan hubungan antara Malaysia dan Singapura, dengan merujuk kepada laporan berita yang diterbitkan dalam tabloid Singapura,'Today', Jumaat lepas yang mencerca peribadi Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan itu bertajuk "Under fire - the "First Lady-in-waiting" dan ditulis oleh wartawan Jessinta Tan, memetik seorang yang bernama A. L. Tan dari Kuala Lumpur dan Agnes Teh dari Pulau Pinang.

Tan dan Teh dipetik dalam laporan itu sebagai memaparkan Rosmah adalah seorang yang berkeperibadian tidak baik.
Parameswaran berkata Rosmah bukan orang biasa dan "cubaan untuk mewujudkan pendapat awam terhadapnya berdasarkan sumber seperti disebut di atas pastinya merupakan tindakan yang nakal dan tidak wajar."

Parameswaran berkata sejak beliau ditugaskan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura pada 2003, beliau telah bertemu dan berinteraksi dengan Najib, yang sering diiringi Rosmah dan kadang kala oleh anak mereka, dalam 15 lawatan ke republik itu, sama ada secara rasmi atau peribadi.

Tidak pernah beliau mendapati Rosmah bersikap seperti digambarkan dalam artikel itu, katanya dan menurutnya isteri Najib itu sentiasa bersikap mesra terhadap pegawainya dan beliau sendiri, dan sentiasa mengambil berat kebajikan mereka.

Parameswaran juga berkata dalam semua lawatan mereka ke Singapura, Najib mahupun Rosmah tidak pernah menyusahkan Suruhanjaya Tinggi dalam program lawatan peribadi mereka.

"Saya akan berasa amat sedih jika saya mendapat tahu bahawa pada tahun depan Datuk Seri Najib tidak akan menghadiri Dialog Shangri-La (acara tahunan yang diadakan di sini anjuran International Institute for Strategic Studies yang berpejabat di United Kingdom) yang telah beliau hadiri lima kali sejak ia diadakan, atau saya mendapat tahu bahawa keluarga Najib memutuskan untuk bercuti di tempat lain," katanya.

Berikut disiarkan artikel berkenaan untuk tatapan ruangan Wanita@Nisa ini untuk diambil pengiktibaran
The image “http://buletinonline.net/images/berita7/online_sg_article_on_rosmah_mansor_20080701.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Read More...

Thursday, July 3, 2008

Pengakuan Rosmah tidak cukup, kes bunuh bukan isu kecil - Mahfuz

Harakahdaily

Azamin Amin

Wed | Jul 02, 08 | 3:06:01 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Pengakuan Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bahawa beliau tidak bersalah dalam dakwaan yang dikaitkan dengan kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tidak mencukupi untuk membersihkan nama baik dan imejnya termasuk suami beliau yang sudah tercemar.

Malah anggapan bahawa beliau tidak menyaman Raja Petra Kamaruddin kerana membuat fitnah itu, kerana tidak mahu menumpukan pada isu-isu yang tidak perlu, diselar dan kritik hebat hari ini oleh Ketua Penerangan PAS Haji Mahfuz Omar.

"Sejak bila kes bunuh ini adalah isu kecil atau tidak perlu ditumpukan malah tuduhan terhadapnya adalah serius dan mesti dibersihkan mengikut lunas undang-undang.

"Raja Petra sendiri sanggup berhadapan dengan tindakan undang-undang untuk dedahkan bukti dan bersedia disaman dan ke mahkamah," kata Mahfuz yang berada di Parlimen ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya kesan kepada pengakuan Rosmah dengan tidak melakukan sebarang tindak balas menyebabkan orang ramai tertanya-tanya sama ada maklumat yang didedahkan oleh Raja Petra dalam Surat Akuan Berkanun itu adalah benar.

Ini katanya memberi impak tidak baik kepada negara dari segi politik dan ekonomi apabila isteri Timbalan Perdana Menteri dikaitkan dengan kes pembunuhan dan menghilangkan kepercayaan rakyat termasuk masyarakat antarabangsa terhadap negara ini

Kata Mahfuz lagi, jika 'kaedah' Rosmah ini digunakan oleh Penasihat Dato Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi tuduhan liwat pemuda tempoh hari , sudah pasti beliau tidak perlu di siasat atau kes tersebut diabaikan begitu sahaja.

"Adakah dengan pengakuan Anwar bermakna kes ini ditutup sama seperti tuduhan terhadap Rosmah? Sudah pasti polis dan mahkamah mahukan bukti kukuh atas dakwaan dan pembelaan Anwar," katanya

"Dan Anwar sendiri bertindak menyaman pemuda itu demi membersihkan nama baiknya. Rosmah perlu menyaman Raja Petra, demi mendedahkan bukti yang sebenarnya.

"Jika tidak rakyat beranggapan bahawa isteri TPM menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum" katanya.

Rosmah dipetik sebagai berkata bahawa beliau bukan seorang ahli politik malah tidak bertanding untuk merebut jawatan dalam parti, oleh itu tiada ada yang perlu dirisaukannya.

Berdasarkan Surat Akuan Bersumpah blogger Raja Petra pada 18 Jun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mendakwa bahawa Rosmah Mansor berada di tempat kejadian sewaktu mendiang Altantuya dibunuh.

Dalam kejadian malam pembunuhan itu tiga orang telah disyaki berada ditempat kejadian iaitu Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri, Pemangku Kolonel Aziz Buyong (kini Leftenan Kolonel) seoarang pakar C4 dan isteri Aziz iaitu Norhayati yang merupakan ADC bagi Datin Rosmah, kata Raja Petra dalam surat akuannya itu

Menurut Raja Petra lagi bahawa ketiga-tiga mereka ini sehingga kini masih belum disabitkan dalam kes ini ataupun di panggil sebagai saksi lagi dan berharap pihak polis akan menjalankan siasatan atas dakwaannya itu.

Lebih mengejutkan, Raja Pertra mendakwa menurut sumbernya bahawa Aziz telah menempatkan bahan letupan C4 itu di beberapa anggota badan Altantuya sambil disaksikan sendiri oleh Rosmah dan Norhayati.

Surat Akuan bersumpah ini turut disiarkan melalui laman web yang dikendalikan Raja Petra iaitu Malaysian Today dan beberapa blog yang lain./wann _

Read More...

Isu liwat gugatkan Rosmah, Najib dan Umno

Harakahdaily

Lanjusoh

Wed | Jul 02, 08 | 6:01:48 pm MYT

KOTA BHARU, 2 Julai (Hrkh) � Nampaknya budaya kejutan mewarnai dimensi politik baru di Malaysia. Isu baru perlu dicipta untuk menutup isu sebelumnya.

Inilah lanskap baru ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin terumbang ambing. Sekiranya konspirator yang diatur melalui Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 gagal menyegat pastinya BN bakal menjadi arwah.

Jelas kelihatan isu yang diletupkan Raja Petra Kamaruddin dengan akuan bersumpah membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes Altantuya benar-benar mengejutkan.

Sekiranya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak sering terlena, mungkin beliau akan cepat bingkas dengan isu tersebut.

Sekurang-kurang menyelamatkan kedudukannya di kerusi presiden kerana Datuk Seri Najib Razak semakin tidak bertenaga mencabarnya. Dakwaan kes membabitkan isterinya telah memudarkan karier politik Najib.

Mengharap pelan peralihan kuasa seperti yang pernah dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad, kelihatan seperti tidak mungkin berlaku.

Dan kalau berlaku pun bukan kepada Najib kerana isu Altantuya berlingkar di sebalik kehidupan keluarganya.

Ramai orang berhujah mengapa Najib dan Rosmah tidak menjawab segala tuduhan Raja Petra dengan membuat laporan polis.

Kenyataan Rosmah, di mana beliau memberitahu tidak mahu menumpukan perhatian terhadap isu tidak perlu kerana banyak perkara lain yang harus dilakukan untuk rakyat dan negara mengundang reaksi tidak berpenghujung.

�Kenyataan itu seperti ada sesuatu yang cuba diselindungkan. Dalam situasi sekarang pemimpin Umno mengharapkan sepenuhnya bantuan polis.

�Dan dalam kes Altantuya laporan polis dianggap begitu perlu, setidak-tidaknya dapat membersihkan Rosmah buat seketika,� kata Setiausaha Bahagian KeADILan Pasir Mas, Haji Kamaruddin Zakaria.

Maka mungkin sebagai jalan pintas untuk melakukan kejutan diciptalah isu kes liwat sekali lagi membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setidak-tidaknya ia diharap dapat menutup ruang yang terbuka luas dalam isu Rosmah, Altantuya dan Najib.

Minggu ini semua orang bercakap mengenai liwat, biar pun kesamaran terhadap dakwaan yang dibuat semakin jelas.

Beberapa insiden yang mungkin tidak disengaja antaranya pembatalan sidang media keluarga Saiful memperluaskan ruang gelap kes itu.

Tampilnya individu yang digelarkan sebagai Uncle Pat boleh memperlihatkan siapa sebenarnya keluarga Saiful.

Ditambah pula pendedahan Anwar, ada alibi bagi menyokong penafiannya. Mungkinkah pendakwa bakal mengubah tarikh lagi selepas ini.

�Ia sudah mampu mengurangkan nilai kepercayaan terhadap dakwaan bekas pelajar Uniten yang gagal dalam pengajian tersebut,� kata seorang bekas pegawai kanan Kementerian Kewangan.

Biar pun media harian nampaknya cuba membuat conggakkan bagi menghodohkan wajah Anwar, namun ia kelihatan seperti tersasar.

Kesepakatan pemimpin Umno cuba menafikan wujud konspirasi menjelaskan lagi keadaan. Itu belum lagi diambil kira dakwaan kononnya Anwar licik meraih simpati.

Bagi manusia yang waras, mungkin kes liwat bukan perkara gurauan. Kesnya lebih menguris perasaan berbanding seorang pemandu lori kahwin empat atau pemimpin politik ceraikan isteri muda.

Bagi Timbalan Pesuruhjaya 3, Badan Perhubungan PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah, kes itu tidak perlu dirujuk ke mahkamah sivil kerana ia membabitkan pelaku beragama Islam.

�Tampilkan empat orang saksi sebagaimana ditetapkan dalam perundangan Islam. Kalau sekadar seorang yang membuat tuduhan itu asasnya tidak cukup kuat.

�Lagi pun negara ini sudah dimasyhurkan dengan Islam Hadhari. Inilah masanya untuk memperkasakan mahkamah syariah,� katanya di sini.

Menurut beliau sekiranya syarat empat saksi gagal ditampilkan, maka jelas isu liwat akan menjadi seumpama belon yang meletup kerana terkena rumput.

Kata beliau tanpa perlu pergi lebih jauh, kelihatan jalan cerita kes liwat versi terkini begitu tempang berbanding peristiwa yang pernah diuar-uarkan pada 1998.

Seorang pemimpin peringkat cawangan turut berminat berkongsi isu tersebut. Katanya, isu liwat akan terhenti apabila empat anggota Parlimen BN yang didakwa mahu menyertai KeADILan membuat kenyataan terbuka.

�Kalau sebelum ini isu Ketua Pemuda MIC, S. A Vigneswaran mengeluarkan kenyataan meletak jawatan dan keluar parti kurang dihiraukan, namun empat wakil rakyat BN sertai Pakatan bakal mengejutkan,� kata Haji Mat Soleh, 65 dari Kuala Krai.

Kalau isu Altantuya hampir berjaya ditutup dengan kejutan liwat, maka penghijrahan empat anggota parlimen BN boleh meredakan isu liwat.

Laluan kedua bagi menyahkan isu itu melalui Protes Sejuta Rakyat, 6 Julai ini. Sekiranya berjaya mengulangi himpunan anjuran Bersih November lalu, maka isu liwat beransur-ansur tenggelam.

Tidakkah ini dinamakan politik berskala pendek alaMalaysia. Selepas liwat isu apa lagi yang mampu menggugat Anwar.

Ada orang berhujah, isu liwat bukan mencederakan Anwar, sebaliknya menggugat Rosmah, Najib dan Umno. - mj _

Read More...

Tuesday, July 1, 2008

'Tiada apa lagi yang perlu saya katakan' - Rosmah

Mstar Online

01-07-2008 05:37:03 PM

(Mutakhir): KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor (gambar), isteri Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata, beliau tidak bersalah terhadap dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya berkaitan satu kes bunuh dalam akuan berkanun yang dibuat seorang pengendali laman blog.

Katanya, tiada apa lagi yang perlu dikatakan kerana beliau telah memberikan keterangan kepada polis.

"Tiada apa lagi yang perlu saya katakan. Saya telah memberikan kenyataan saya kepada polis. Itu sahaja," kata beliau semasa diminta mengulas dakwaan itu oleh pemberita selepas beliau merasmikan Persidangan Penerbitan Buku Kanakkanak Asia Pasifik 2008, di sini.

Pengendali blog Malaysia-Today Raja Petra Kamarudin, dalam akuan berkanun yang disiarkan dalam laman webnya barubaru ini, mendakwa Rosmah merupakan antara tiga individu yang berada di tempat kejadian apabila mayat wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, diletupkan dengan bahan letupan pada 19 Oktober 2006.

Berikutan penyiaran dakwaan itu, satu pasukan penyiasatan khas dari ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman merakamkan kenyataan daripada Rosmah di kediamannya.

Ditanya sama ada beliau akan menyaman Raja Petra bagi fitnah itu, Rosmah berkata, beliau tidak mahu menumpukan pada isu-isu yang tidak perlu kerana beliau mempunyai banyak perkara lain yang perlu dilakukan demi rakyat dan negara.

"Ia tidak penting. Jika (anda) tidak bersalah, kenapa perlu (anda) tumpukan pada semua dakwaan itu. Saya bukan seorang ahli politik. Saya hanya isteri kepada ahli politik," katanya.

Raja Petra menamakan dua lagi individu yang turut berada di tempat kejadian bunuh berkenaan iaitu Pemangku Kolonel Aziz Buyong, yang beliau katakan sebagai pakar bahan letupan C4, dan isteri Aziz, Norhayati, yang beliau katakan ialah pembantu khas (ADC) Rosmah.

Rosmah menjelaskan bahawa Norhayati bukan ADC beliau.

"Norhayati ialah pegawai yang melakukan semua program saya, dan kini beliau tidak lagi bekerja dengan saya. Beliau telah dinaikkan pangkat dan kembali bertugas di Kementerian Pertahanan," katanya. BERNAMA

Read More...

Rosmah: Saya tidak takut apa-apa

Malaysiakini

Jul 1, 08 12:09pm

Isteri timbalan perdana menteri berkata beliau tidak bersalah dan "tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan" berhubung dakwaan terlibat dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Mereka yang tidak bersalah tidak perlu takut. Saya tidak ada apa-apa lagi hendak dikatakan dan saya telah memberikan keterangan kepada polis," kata Rosmah Mansor hari ini.

"Saya bukan seorang ahli politik dan saya tidak bertanding apa-apa jawatan. Saya hanyalah isteri seorang ahli politik (Datuk Seri Najib Razak)," tambahnya.

rosmah mansor and altantuya murder caseKenyataan ini kali pertama dibuat selepas dakwaan-dakwaan menggemparkan penulis blog popular Raja Petra Kamarudin dalam akuan berkanunnya pada 18 Jun lalu.

Rosmah membayangkan beliau tidak akan membawa dakwaan Raja Petra ke muka pengadilan.

"Saya tidak mahu menangani isu-isu tidak perlu. Saya ada perkara lebih penting untuk diuruskan demi rakyat dan negara ini," katanya selepas merasmikan persidangan Asia Pasifik mengenai penerbitan buku kanak-kanak di bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra pagi ini.

Rosmah menegaskan dakwaan-dakwaan itu tidak meresahkannya dan menambah "tidak perlu layan semua ini, jika anda tidak bersalah."

Rabu lepas, Najib menafikan isterinya terbabit dalam pembunuhan wanita Mongolia itu seperti didakwa oleh pengendali blog Malaysia Today minggu sebelumnya.

Najib juga berkata, Rosmah telah dipanggil memberi kenyataan kepada polis ekoran dakwaan terbaru dalam akuan berkanun penulis sensasi itu.

Najib berkata akuan Raja Petra itu satu "pembohongan dan sampah" semata-mata.

Najib juga menyifatkannya sebagai satu tindakan terdesak untuk mencemarkan imej politik beliau.

Raja Petra, dalam akuan berkanunnya, mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum warga asing itu diletupkan.

Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pengendali blog itu juga mendakwa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Dalam perkembangan berkaitan, polis mengesahkan telah mengambil keterangan Rosmah dan dua lagi yang dikaitkan dengannya, seperti dalam akuan Raja Petra, yakni seorang yang didakwa berpangkat kolonel dan isterinya, yang juga pengawal peribadi isteri Najib.

Satu pasukan siasatan khas dari ibu pejabat polis Bukit Aman merakamkan keterangan Rosmah di kediamannya kelmarin, kata pengarah siasatan polis persekutuan Datuk Bakri Zinin hari ini, lapor Bernama.

Abdullah dan Khairy masing-masing telah menafikan dakwaan dalam akuan Raja Petra itu. Berita asal

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |