Bernama
PULAU PINANG, 8 April (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengakui pakatan pembangkang sedang memujuk anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pakatan pembangkang bagi mendirikan kerajaan pusat tetapi beliau mahu usaha itu bebas daripada unsur rasuah atau penggunaan wang.
"Kita harap tidak ada beli atau rasuah tetapi (anggota Parlimen) BN menyertai kita," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di pejabatnya di sini.
Pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS memenangi 82 daripada sejumlah 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lepas.
Mereka memerlukan sekurang-kurangnya 30 anggota Parlimen BN menyertai pakatan mereka untuk memperoleh majoriti mudah. BN memenangi 140 kerusi.
Ditanya bilakah usaha mereka itu akan berhasil, Abdul Hadi berkata beliau tidak dapat
menyatakan berapa lama masa yang akan diambil.
"Mungkin cepat daripada tempoh enam bulan, mungkin lama lagi.
Kita atur tapi Tuhan menentukan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang dilaporkan berkata pakatan tersebut dijangka dapat mengambil alih kerajaan pusat dalam tempoh lima hingga enam bulan lagi.
-- BERNAMA
Wednesday, April 9, 2008
Hadi Tidak Tolak Kemungkinan Pakatan Rakyat Ambil Alih Kerajaan Pusat Lebih Cepat
0 comments Labels: bernama, Pakatan Rakyat, TGHA
Isu ladang babi: Tidak salah untuk kawal alam sekitar - Mufti
| pas.org | | | |
| Oleh : Kelantankini | |
| Wednesday, 09 April 2008 | |
| KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata tindakan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek ternakan babi berkelompok boleh diterima jika ia bertujuan untuk menyatukan semua ladang ternakan haiwan itu. Bagaimanapun katanya tindakan berkenaan adalah salah jika ia bertujuan untuk menyumbang kepada kepesatan industri ternakan haiwan berkenaan yang jelas salah di sisi agama. “Sebaliknya jika niat mereka (kerajaan Selangor) ingin memelihara alam sekitar dengan menyatukan semua ladang ternakan itu di Selangor, maka ia boleh diterima kerana dapat mengelak pencemaran berlaku. “Oleh kerana projek ini hanya untuk bekalan domestik, mungkin jumlahnya tidak begitu besar dan boleh dikawal sekiranya ia benar-benar bukan untuk dieksport dan dengan niat menjaga persekitaran,” katanya sebagaimana dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini. Semalam, akhbar melaporkan PAS menyokong keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Sepang. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata beliau menyokong penuh projek berkenaan selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar. Selain Dr Halimah yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, dua Exco PAS yang turut menyokong ialah Datuk Dr Hassan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) serta Iskandar A Samad (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan). Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata projek bernilai RM100 juta yang akan dilaksanakan di Sepang itu sebenarnya telah diluluskan pada 30 Januari lalu oleh kerajaan negeri sebelum ini. Katanya, barisan Exco negeri yang bermesyuarat Rabu lalu merasakan amat wajar untuk meneruskan projek berkenaan memandangkan kawasan tersebut telah menjadi tapak utama ladang babi di negeri itu. Bagaimanapun Utusan Malaysia melaporkan bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan beliau meluluskan projek ternakan babi bernilai RM100 juta seperti yang didakwa. Menurutnya, walaupun perbincangan mengenainya pernah dibuat dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 30 Januari lalu, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan mahupun memberikan kelulusan. “Ini kerana katanya, saiz ladang yang dicadangkan terlalu besar. “Dasar kerajaan negeri ketika itu adalah menetapkan setiap ladang ternakan babi hanya untuk menampung keperluan rakyat negeri Selangor iaitu sekitar 250,000 ekor dan bukan bagi tujuan eksport secara besar-besaran,” menurut laporan itu. Bekas Pengerusi Tetap Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri, Dato’ Abdul Rahman Palil, mendakwa masyarakat Cina di Selangor turut membantah cadangan kerajaan negeri membina ladang ternakan babi secara berkelompok itu. Katanya, mereka membantah kerana bimbang ladang ternakan babi itu akan menimbulkan pencemaran teruk kepada alam sekitar berikutan najis kumbahan haiwan berkenaan sukar dilupuskan sekali gus mampu mengganggu keselesaan penduduk sekitar. “Kerajaan perlu mengkaji dengan teliti cadangan ini dengan memastikan kaedah yang bakal digunakan tidak membawa kepada pencemaran alam sekitar,” katanya. Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsuddin Abdul Rahman dilaporkan berkata tindakan Exco PAS itu boleh dilihat sebagai usaha menunjukkan bahawa mereka bukannya taksub sehingga menidakkan keperluan bukan Islam. “Mereka ingin membuktikan bahawa PAS yang sinonim dengan perjuangan Islam juga boleh menjadi liberal dan terbuka seperti parti lain iaitu DAP dan PKR serta mengambil kira keperluan kaum lain seperti Cina dan India,” katanya | |
| Kemaskini terakhir ( Wednesday, 09 April 2008 ) |
0 comments Labels: mufti, selangor, web PAS
Isu Ketua Kampung, Muhammad Taib 'tidak siuman'?
| Harakahdaily Ekmal Yusof Wed | Apr 09, 08 | 7:32:09 am MYT | |
|
"Perbuatan sedemikian adalah perbuatan seorang kurang akal atau pun tidak siuman sahaja kerana pada bila masanya pula bahawa mereka yang berkenaan itu telah meletakkan jawatan? Kerana dari maklumat yang saya tahu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah memaksa mereka untuk meletakkan jawatan sehingga tamat tempoh kontraknya pada 31 Disember tahun ini nanti,"katanya di ceramah perdana, Tapak Pasar Malam, Kamunting dekat sini malam tadi. Tegasnya, "setahu saya, hanya seorang Penghulu sahaja telah meletak jawatan dengan menunjukkan surat bersedia untuk berhenti di Majlis Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berjumpa Penghulu, Ketua Kampung dan JKKK di Dewan Bankuet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Perak, Ipoh 20, Mac lalu. "Saya tidak sangka seorang Bekas Menteri Besar Selangor dan pernah popular di suatu ketika di zaman Tun Dr Mahathir dahulu sanggup buat kerja seperti perbuatan budak-budak kerana apa hak dia hendak campur urusan negeri Perak. Ini bukan di bawah Umno-BN lagi tetapi telah beralih kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang diperkenankan oleh Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah," tegasnya. Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional menegaskan bahawa segala urusan mengenai Penghulu, Ketua Kampung dan JKKK adalah di dalam kuasa kerajaan negeri Perak maka dan orang luar tidak boleh campur tangan atau tiada hak langsung ke atas perkara tersebut sama sekali. "Ingin saya mengulangi lagi kenyataan Menteri Besar Perak, katanya, bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah dan belum lagi memaksa sesiapa dari mereka untuk meletak jawatan kerana mereka boleh meneruskan kerja sehingga 31, Disember depan. Juga mereka boleh meneruskan kerja jika ada keserasian untuk bersama-sama membangunkan kerajaan yang ada sekarang,"tambahnya. Tegasnya,"jika terdapat kekosongan nanti, maka Menteri Besar Perak telah menyatakan banyak kali iaitu caranya untuk memilih jawatan-jawatan berkenaan adalah dilakukan dari pemilihan penduduk kampung tempatan itu sendiri dengan cara demokrasi dan seadilnya. Untuk mengelakkan daripada berlakunya orang yang dilantik itu nanti tidak disukai oleh masyarakat tempatan." - mks. |
0 comments Labels: Harakahdaily, pemimpin haprak
Alih projek ke tempat majoriti makan babi
kosmo
KLANG - Projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta perlu dialihkan ke kawasan yang majoriti penduduknya terdiri daripada mereka yang mengamalkan pemakanan daging ternakan itu.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, projek di daerah Sepang itu tidak sesuai kerana ia boleh mengundang masalah khususnya dari segi sensitiviti masyarakat beragama Islam yang juga majoriti penduduk di kawasan terbabit.
Katanya, haiwan ternakan seperti babi tetap haram kepada umat Islam dan sudah tentu penduduk tidak mahu projek ternakan itu dilaksanakan di kawasan mereka walaupun akan dilaksanakan mengikut cara moden dan canggih.
"Pandangan saya, siapa mahu ladang babi diwujudkan berhampiran kawasan penempatan mereka yang dikhuatiri akan menjejaskan persekitaran serta kualiti hidup seperti bau, pencemaran air seperti kes-kes yang dilaporkan dan kita pernah dengar sebelum ini.
"Kerajaan negeri perlu mengadakan kajian mendalam serta mengambil kira pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan atau melaksanakan ke kawasan lain yang boleh diterima oleh penduduk di situ sekiranya benar-benar ingin menjalankan projek ini," katanya.
Abdul Rahman yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan kerajaan negeri yang bersetuju untuk meneliti semula projek ternakan babi di Sepang.
Sebelum ini, projek berkenaan pernah dicadang dan dibincangkan di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan membabitkan sebuah syarikat swasta tempatan yang menggunakan teknologi dari Jerman.
Bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan kerana kerajaan negeri ketika itu tidak mempersetujuinya kerana sebab-sebab tertentu. - Bernama
0 comments Labels: kosmo, selangor
Ketua Kampung Letak Jawatan Diserap Semula Di Bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar
SERI ISKANDAR, 8 April (Bernama) -- Semua ketua kampung yang meletak jawatan di empat negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat akan diserapkan semula di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
Menterinya Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata empat negeri yang diperintah kerajaan Pakatan Rakyat yang dimaksudkan itu ialah Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang mempunyai kira-kira 2,000 ketua kampung.Beliau berkata nama untuk jawatankuasa itu belum diputuskan lagi namun berkemungkinan menggunakan cadangan yang dibuat Persatuan Ketua-ketua Kampung Perak hari ini iaitu Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Persekutuan (JPPP) bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
"Kementerian akan membayar semua elaun mereka dan semua projek persekutuan akan disalurkan terus kepada JPPP masing-masing tanpa melalui kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan 817 ketua kampung di Perak di Institut Latihan Kemas di sini hari ini.
Muhammad berkata sebagai permulaan, 817 ketua kampung dan 11,438 anggota JKKK di Perak yang meletak jawatan berkuatkuasa 1 Mei ini akan berurusan terus dengan kementerian itu tanpa melalui kerajaan negeri.
Beliau berkata perincian mengenai penubuhan JPPP yang mempunyai bidang tugas yang sama di kampung bagi menggantikan JKKK, akan dibawa ke Kabinet dalam tempoh terdekat untuk dibincangkan seterusnya diluluskan.
Katanya elaun RM400 juga akan dibayar terus kepada mereka dan kementerian sedia mengkaji untuk menambah jumlah elaun sedia ada kerana ketua kampung yang meletak jawatan tidak lagi akan menerima elaun antara RM50 dan RM200 yang dibayar oleh kerajaan negeri.
-- BERNAMA
0 comments Labels: bernama, pemimpin haprak
Bukan sabotaj tapi undi protes untuk selamatkan Malaysia
| Harakahdaily Azamin Amin Wed | Apr 09, 08 | 10:38:37 am MYT | |
|
Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, Nasir Mustafa berkata maklum balas yang diterima daripada kalangan ahli Umno ialah mereka sudah jelak dengan 'kelembutan' Abdullah yang seolah-olah 'tunduk' kepada nasihat orang tertentu yang berkepentingan termasuk menantunya Khairy Jamaludin yang menjejaskan negara. "Mereka (ahli Umno) kesal kerana sudah tidak dapat membantah mengikut saluran parti lalu tidak ada jalan lain melainkan memberi undi protes kepada parti Pakatan Rakyat malah ada yang tidak keluar mengundi. "Saya ucapkan terima kasih kepada ahli Umno Kedah kerana usaha mereka untuk menyelamatkan Malaysia, namun ianya bukan faktor utama kekalahan mereka di sini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily bagi mengulas kenyataan Abdullah yang mendakwa punca Kedah dimenangi parti Pakatan Rakyat adalah disebabkan sabotaj. Nasir menjelaskan punca lain menyumbang kepada kekalahan Umno dan BN di Kedah ialah perubahan pengundi bukan Melayu yang begitu besar yang sudah tidak percaya lagi dengan janji-janji manis yang ditaburkan keepada mereka di samping gagal meyelesaikan masalah berbangkit. Buktinya peningkatan undi sebanyak 1,387 di Dun Kubang Rotan yang diletak sebagai tempat ke-28 tangga Dun yang sukar ditembusi PAS telah menunjukkan pengundi bukan Melayu telah memberi sokongan yang besar kepada beliau semasa pilihan raya umum lepas. Selain itu, kesan kritikan pemimpin Umno terhadap Abdullah seperti Tun Dr Mahathir, Tengku Razaliegh memainkan peranan kepada kekalahan BN di negeri ini. "Ramai yang melihat seolah-olah Abdullah dikawal oleh Khairy dan kuncu-kuncunya dan ini tidak disukai oleh ahli Umno. "Apa lagi yang nak dibangga Abdullah kerana sudah hilang lima negeri dan dua menteri besar BN yang dipilih awalnya di negeri Perlis dan Terengganu juga tidak mendapat sokongan," kata Nasir. "Dengan 'signal' ini, sepatutnya Abdullah mengambil langkah 'gentleman' berundur diri bukannya mendabik dada menyatakan masih lagi mempunyai sokongan ramai," katanya Dalam pada itu Nasir turut memberitahu setelah kejayaan PAS di Kedah,hubungan antara kaum semakin erat malah sikap curiga dan tohmahan api perkauman tidak wujud di negeri ini. "Rakyat Kedah masih lagi bergembira dengan kemenangan PAS di sini termasuk orang bukan Melayu yang turut sama meraikan kejayaan kita. "Mereka (pengundi Cina dan India) terus-menerus hadir ke program yang kita anjurkan seperti majlis sambutan Maulidur Rasul juga di majlis kenduri dan kesyukuran. Sementara itu, beliau berkata akan turut bersama-sama rakyat dan kakitangan kerajaan untuk memastikan semua masalah yang sudah tertumpuk lama semenjak BN memerintah 50 tahun di Kedah akan dapat diselesai dalam jangka masa terdekat. "Dengan rasa tanggungjawab,kesabaran dan kerajinan..insya-Allah kita akan berjaya menyelesaikannya secara bersama," katanya. - mks. |
0 comments Labels: Harakahdaily, Pak Lah undur, UMNO haprak
Lulus ladang saiz kecil saja
Berita Harian
Khir persoal projek ternak babi RM100j
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mendakwa ladang ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk, Kuala Langat diluluskan kerajaan negeri sebelum ini dan pihaknya hanya meneruskan projek itu.
Bagaimanapun, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan kerajaan negeri pimpinannya pernah meluluskan projek ternakan babi moden sebesar itu.
Dr Khir menjelaskan, mesyuarat Exco yang dipengerusikannya pada 30 Januari lalu ada membincangkan perkara itu tetapi pada dasarnya meluluskan pembinaan ladang babi bersaiz kecil saja.
"Ketika itu, kita tidak bersetuju dengan saiz kawasan ladang kerana kita mahu kawasan yang lebih kecil untuk menempatkan ternakan babi. Lokasinya belum kita lulus kerana mahu mendengar pandangan penduduk kampung.
"Kita tidak mahu wujud ladang besar sehingga menjadi pengeksport babi. Sebab itu, kita minta (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan Perindustrian dan Perdagangan) Datuk Tang See Hang, membuat kajian terperinci berhubung perkara ini," katanya ketika dihubungi semalam bagi mengulas keputusan kerajaan negeri meluluskan projek itu.
Abdul Khalid, memberitahu pemberita semalam, mesyuarat Exco pada 2 April lalu meluluskan projek itu, yang dijangka siap dalam tempoh antara enam bulan hingga setahun, kerana rakyat mahukan kerajaan negeri membuat keputusan segera mengadakan penternakan babi secara moden.
Katanya, kerajaan negeri hanya meneruskan projek yang diluluskan kerajaan negeri sebelum ini dengan mengambil kira tapak berkenaan menjadi ladang babi utama di Selangor.
"Kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo meluluskan projek itu pada mesyuarat Exco, 30 Januari lalu," katanya selepas menerima kunjungan hormat Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin di pejabatnya di Shah Alam semalam.
Beliau menolak dakwaan bahawa persetujuan untuk melaksanakan projek itu kerana pihaknya didesak pihak lain, sebaliknya menegaskan ia keputusan bersama semua parti yang membentuk kerajaan negeri campuran.
"Projek ini wajar diteruskan bagi memantapkan proses pelaksanaannya berikutan tapak yang dicadangkan sudah menjadi tapak utama ladang babi di Selangor yang mematuhi piawaian kualiti yang ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta kerajaan negeri," katanya.
Abdul Khalid juga berkata, ladang ternakan babi itu tidak akan mencemarkan alam sekitar kerana semua bahan buangan akan diguna semula dalam bentuk bio gas untuk menjana elektrik dan air bagi pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak.
"Justeru, tiada bahan makanan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang berkenaan," katanya yang enggan mendedahkan teknologi yang bakal digunakan untuk melaksanakan projek itu.
Sementara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan keputusan Kerajaan Selangor meluluskan projek projek ternakan babi bernilai RM100 di Sepang sebagai tidak menghormati sensitiviti masyarakat setempat.
Penasihat Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Prof Datuk Dr Hamdan Adnan, berkata pihaknya ingin melihat sendiri laporan spesifikasi piawaian atau environmental impact assesment (EIA) mengenai kemudahan kawasan ternakan babi itu.
"Tempat ternakan itu mestilah jauh dari penduduk setempat kerana bau babi boleh dihidu dari jauh. Kemudahan yang disediakan mesti lengkap dan menepati piawaian antarabangsa seperti dijanjikan. Selain masalah bau, sistem pengairan juga mesti yang terbaik supaya tidak timbul pencemaran sungai dan laut.
"Kita tidak mahu timbul isu orang ramai mahu berkelah tapi berakhir dengan berbalah. Sekiranya isu alam sekitar seperti di Negeri Sembilan dan Melaka berulang, Fomca tidak akan teragak-agak untuk menggesa Kerajaan Selangor menarik semula lesen syarikat pengusaha terbabit.
"Kerajaan negeri juga mesti memastikan masyarakat Islam di situ tidak teraniaya dengan apa-apa masalah berkaitan ternakan ternakan berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Datuk Seri Dr Salleh Mohd Noor, berkata ternakan kontroversi itu boleh menimbulkan kesan negatif terhadap persekitaran.
"Pemantauan yang ketat perlu dibuat awal-awal lagi jika tidak mahu isu alam sekitar dan kesihatan berulang. Lebih baik menghindar daripada mengubati.
"Jika pemantauan rapi dilakukan, pihak yang terbabit dapat membuat andaian awal untuk mengesan masalah bakal berlaku tetapi isu alam sekitar ini bukan kecil dan sensitiviti semua pihak perlu diambil kira," katanya.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr Jacob George, berkata pihaknya mendapat banyak maklum balas daripada pengguna dan majoritinya tidak bersetuju dengan projek itu.
"Seharusnya sebelum kerajaan negeri meluluskan projek ini, mereka harus menetapkan kuota jumlah ternakan itu dan mengadakan perbincangan dua hala dengan pelbagai pihak berhubung kesan alam sekitar, kesihatan, teknologi yang digunakan, keagamaan dan kesan yang bakal timbul.
"Hal seperti ini bukan saja orang Islam malah bukan Islam juga kebanyakannya kurang senang kerana tidak mendapat maklumat terperinci mengenainya. Ia bukan isu agama saja tetapi faktor kebersihan mesti dititikberatkan.
George berkata, latar belakang syarikat perlu diteliti dan rekod mereka sebelum ini juga mesti diambil kira.
"Ketelusan mesti wujud, kerajaan negeri seharusnya hanya meluluskan projek yang mencerminkan minat masyarakat. Banyak lagi industri lain yang lebih sesuai dan menguntungkan untuk Selangor.
"Saya minta kerajaan negeri mengkaji semula projek ini dan berbincang. Jangan terlalu cepat meluluskan projek kontroversi seperti ini dan ketepikan sensitiviti rakyat kerana ini bukan projek kerajaan tapi pihak swasta yang lebih bermotifkan keuntungan.
"Cassa juga akan mengambil tindakan undang-undang termasuk membawa syarikat pengusaha terbabit ke mahkamah jika ada masalah yang timbul kesan ternakan itu," katanya.
0 comments Labels: Berita Harian, selangor
SU Umno Pahang letak jawatan
| Malaysiakini |
| Apr 8, 08 7:22pm |
| Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman, yang menggesa semua ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) meletakkan jawatan, berundur daripada menjadi setiausaha badan perhubungan Umno Pahang. Semalam, beliau dipanggil oleh Adnan, yang juga menteri besar Pahang, untuk memberikan penjelasan berhubung kenyataannya minggu lalu. Dalam kenyataannya, Ahmad Tajuddin menggesa ahli-ahli MT meletak jawatan sejajar dengan Fasal 9.11 Perlembagaan Umno susulan kekalahan terus parti dalam pilihanraya umum 8 Mac. |
0 comments Labels: malaysiakini, UMNO haprak
