+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, June 13, 2008

Gambar sekitar demonstrasi harga minyak


Mstar Online


13-06-2008 06:12:19 PM
oleh KAMARUL ARIFFIN dan RAHMAN SENIN

Read More...

Lebih 5000 sertai demo protes kenaikan minyak!

Mstar Online

13-06-2008 06:19:33 PM
oleh ARIFFUDIN ISHAK

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Demonstrasi membantah kenaikan minyak berakhir dengan aman apabila lebih 5000 penyokong pembangkang bersurai di Pejabat Agung Pasdi jalan Raja Laut di sini tadi.

Demonstrasi yang bermula jam 1.30 tengahari sebaik selesai sembahyang Jumaat berlangsung hampir dua jam lamanya dengan perarakan secara aman hingga ke Jalan Raja Laut.

Penyokong pembangkang membawa sepanduk dan poster, berarak sambil melaungkan 'turunkan minyak'.

Walaupun kebanjiran lautan manusia melimpah ruah hingga ke bahu jalan dan turut membuat kesesakan lalu lintas terhenti, keadaan agak terkawal dan tiada tangkapan dilakukan.

Sebelum ini, laungan "turunkan minyak" turut bergema di perkarangan Masjid Kampung Baru sejurus setelah selesai jemaah masjid menunaikan solat Jumaat.

Masjid Kampung Baru yang sering dijadikan 'markas' untuk demonstrasi sekali lagi sesak dipenuhi dengan orang ramai. Pada jam 2:05 petang laungan meminta kerajaan menurunkan harga minyak bergema di sekitar kawasan masjid.

Mereka yang menghadiri perarakan tersebut membawa poster dengan slogan tertera "BN naik minyak naik," Mereka tipu rakyat" dan "BN turun, minyak turun".

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad mengetuai perarakan tersebut.

Kesemua jalan menuju ke Kampung Baru mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk dari semua arah akibat daripada perhimpunan aman tersebut.

Pihak polis sudah mula berkawal ketat menghampiri kawasan Masjid Kampung Baru ekoran rancangan Pemuda Pakatan Rakyat mengadakan perarakan ke Menara Berkembar Petronas bagi membantah kenaikan harga minyak hari ini.

Terdahulu kira-kira 60 anggota polis dari Balai Polis Dang Wangi , termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sudah ditempatkan di depan Masjid Kampung Baru dan kawasan sekitarnya sejak jam 11 pagi tadi sebagai langkah berjaga-jaga.

Jurucakap polis berkata, mereka hanya akan bertindak jika berlaku rusuhan atau perkara yang menganggu ketenteraman awam. Perarakan yang disifatkan terbesar sejak PRU12 ini, telah berlangsung dengan aman.

Sehingga jam 2.30 petang, anggaran lebih 5000 orang membanjiri Jalan Tunku Abdul Rahman iaitu berhadapan dengan Kompleks Sogo setelah berarak dari Masjid Kampung Baru mengikut Jalan Raja Alang.

Pihak polis mengadakan kawalan ketat sepanjang perarakan tersebut berlangsung di sepanjang jalan.

Difahamkan, sekumpulan penyokong pembangkang turut berarak di sepanjang Jalan Raja Laut, menuju ke arah ibu pejabat PAS diketuai ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Lalulintas kelihatan sesak turut dikawal oleh Unit Amal PAS. Pasukan FRU mengambil sikap berjaga-jaga pada kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di atas simpang dekat Kompleks Pertama-Sogo. Polis turut mengadakan kawalan di Jalan Dang Wangi.

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi turut membuat ucapan. Salahuddin berkata satu perhimpunan yang lebih besar akan diadakan pada 5 Julai untuk membantah kenaikan harga minyak.

"Rakyat akan berhimpun lagi pada 5 Julai. Pemimpin BN dah kaya raya, rakyat hidup papa," kata Salahuddin.

Keadaan lalu lintas menuju ke persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Dang Wangi turut mengalamai kesesakan. Mereka yang menyertai demo kelihatan berada di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk mengelak bertembung dengan polis.

Antara 1,500 hingga 2,000 anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela telah dikerah untuk menjaga keamanan perarakan membantah isu minyak itu. Ianya turut melibatkan anggota polis dari balai polis daerah Dang Wangi dan Sentul.

Read More...

Lebih 5000 sertai demo protes kenaikan minyak!

Mstar Online

13-06-2008 06:19:33 PM
oleh ARIFFUDIN ISHAK

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Demonstrasi membantah kenaikan minyak berakhir dengan aman apabila lebih 5000 penyokong pembangkang bersurai di Pejabat Agung Pasdi jalan Raja Laut di sini tadi.

Demonstrasi yang bermula jam 1.30 tengahari sebaik selesai sembahyang Jumaat berlangsung hampir dua jam lamanya dengan perarakan secara aman hingga ke Jalan Raja Laut.

Penyokong pembangkang membawa sepanduk dan poster, berarak sambil melaungkan 'turunkan minyak'.

Walaupun kebanjiran lautan manusia melimpah ruah hingga ke bahu jalan dan turut membuat kesesakan lalu lintas terhenti, keadaan agak terkawal dan tiada tangkapan dilakukan.

Sebelum ini, laungan "turunkan minyak" turut bergema di perkarangan Masjid Kampung Baru sejurus setelah selesai jemaah masjid menunaikan solat Jumaat.

Masjid Kampung Baru yang sering dijadikan 'markas' untuk demonstrasi sekali lagi sesak dipenuhi dengan orang ramai. Pada jam 2:05 petang laungan meminta kerajaan menurunkan harga minyak bergema di sekitar kawasan masjid.

Mereka yang menghadiri perarakan tersebut membawa poster dengan slogan tertera "BN naik minyak naik," Mereka tipu rakyat" dan "BN turun, minyak turun".

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad mengetuai perarakan tersebut.

Kesemua jalan menuju ke Kampung Baru mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk dari semua arah akibat daripada perhimpunan aman tersebut.

Pihak polis sudah mula berkawal ketat menghampiri kawasan Masjid Kampung Baru ekoran rancangan Pemuda Pakatan Rakyat mengadakan perarakan ke Menara Berkembar Petronas bagi membantah kenaikan harga minyak hari ini.

Terdahulu kira-kira 60 anggota polis dari Balai Polis Dang Wangi , termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sudah ditempatkan di depan Masjid Kampung Baru dan kawasan sekitarnya sejak jam 11 pagi tadi sebagai langkah berjaga-jaga.

Jurucakap polis berkata, mereka hanya akan bertindak jika berlaku rusuhan atau perkara yang menganggu ketenteraman awam. Perarakan yang disifatkan terbesar sejak PRU12 ini, telah berlangsung dengan aman.

Sehingga jam 2.30 petang, anggaran lebih 5000 orang membanjiri Jalan Tunku Abdul Rahman iaitu berhadapan dengan Kompleks Sogo setelah berarak dari Masjid Kampung Baru mengikut Jalan Raja Alang.

Pihak polis mengadakan kawalan ketat sepanjang perarakan tersebut berlangsung di sepanjang jalan.

Difahamkan, sekumpulan penyokong pembangkang turut berarak di sepanjang Jalan Raja Laut, menuju ke arah ibu pejabat PAS diketuai ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Lalulintas kelihatan sesak turut dikawal oleh Unit Amal PAS. Pasukan FRU mengambil sikap berjaga-jaga pada kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di atas simpang dekat Kompleks Pertama-Sogo. Polis turut mengadakan kawalan di Jalan Dang Wangi.

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi turut membuat ucapan. Salahuddin berkata satu perhimpunan yang lebih besar akan diadakan pada 5 Julai untuk membantah kenaikan harga minyak.

"Rakyat akan berhimpun lagi pada 5 Julai. Pemimpin BN dah kaya raya, rakyat hidup papa," kata Salahuddin.

Keadaan lalu lintas menuju ke persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Dang Wangi turut mengalamai kesesakan. Mereka yang menyertai demo kelihatan berada di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk mengelak bertembung dengan polis.

Antara 1,500 hingga 2,000 anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela telah dikerah untuk menjaga keamanan perarakan membantah isu minyak itu. Ianya turut melibatkan anggota polis dari balai polis daerah Dang Wangi dan Sentul.

Read More...

Cuepacs syor bayar gaji 30:70

Berita Harian

Oleh Amin Ridzuan Ishak

KUALA LUMPUR: Cuepacs mahu pembayaran gaji kakitangan awam secara dua ansuran yang akan dilaksanakan mulai Ogos depan, diubah mengikut mekanisme 30:70 bagi mengelakkan pekerja kehabisan wang pada setiap awal bulan.

Presidennya, Omar Osman, berkata menerusi mekanisme itu 30 peratus daripada gaji kakitangan awam dibayar pada pertengahan bulan, manakala baki 70 peratus lagi pada akhir bulan.

Katanya, pembayaran gaji mengikut mekanisme itu boleh mengelakkan kakitangan awam mengalami sindrom kehabisan wang pada setiap awal bulan."Kalau pembayaran dilakukan mengikut mekanisme 50:50, kakitangan gred rendah yang menerima gaji sekitar RM1,000 akan mengalami kesukaran kerana sebahagian besar gaji pada hujung bulan dibelanjakan untuk membayar bil dan potongan wajib seperti cukai pendapatan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau membuat cadangan itu ketika mengulas keputusan kerajaan untuk membayar gaji kakitangan awam secara dua ansuran, iaitu separuh pertama gaji akan dibayar pada pertengahan bulan manakala separuh kedua pada hujung bulan atau 50:50.

Potongan seperti cukai pendapatan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula akan dilakukan pada hujung bulan.

Keputusan itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kelmarin, bertujuan membantu pengurusan perbelanjaan serta aliran tunai kakitangan awam berikutan kenaikan harga minyak, baru-baru ini.

Sambil menyambut baik pengumuman itu, Omar berkata, kakitangan awam yang tidak setuju dengan kaedah pembayaran gaji berkenaan, boleh menyimpan gaji pertengahan bulan dan menggunakannya pada hujung bulan.

Sementara itu, Kesatuan Pekerja-Pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak bersetuju dengan mekanisme itu kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada cara hidup kakitangan gred rendah.

Setiausahanya, A Munian dalam satu kenyataan media berharap kerajaan menimbang semula pelaksanaannya kerana kakitangan gred rendah sudah biasa dengan sistem bayaran hujung bulan dan menganggapnya sebagai paling sesuai.

Read More...

Caj kereta: DBKL tarik balik, bantahan MP Pakatan Rakyat berjaya

Harakahdaily

Thu | Jun 12, 08 | 9:07:01 pm MYT

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Hrkh) - Keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengekalkan kadar lama bayaran letak kereta membuktikan bahawa bantahan ahli Parlimen Pakatan Rakyat adalah berkesan.

"Baguslah...tetapi kita hendak tahu lebih lanjut mengapa mereka umumkan kenaikan itu semalam," kata ahli Parlimen kawasan Batu, Tian Chua.

Menurut Malaysiakini,Ketua Penerangan KeADILan itu menegaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan DBKL bahawa kadar bayaran tempat letak kereta di bandaraya kekal sejak tahun 1984.

Semalam media melaporkan DBKL akan menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta dari 60 sen kepada 80 sen sejam iaitu kenaikan sebanyak 35 peratus mulai Isnin ini.

Sementara itu,Bernama memetik Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato' Abdul Hakim Borhan sebagai berkata, kenaikan itu berkutan pelaksanaan sistem letak kereta elektronik (SLKE) di bandararaya itu.

Ekoran itu, 10 ahli Parlimen Pakatan membantah tindakan DBKL itu dan menyifatkannya umpama menangguk di air keruh dan menambahkan lagi beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Bantah lanjut masa Sepuluh ahli Parlimen terbabit ialah Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr. Tan Seng Giaw, Teresa Kok, Dr. Lo'lo� Mohammad Ghazali, Fong Kui Lun, Wee Choo Keong, Tan Kok Wai, Tian Chua, Lim Lip Eng dan Nurul Izzah Anwar.

Bagaimanapun, hari ini, DBKL mengeluar kenyataan menjelaskan bahawa tiada kenaikan bagi tempat letak kereta, walaupun sistem SLKE dilaksanakan mulai 6 Jun lalu.

Sementara itu, ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai berkata, pengumuman mengekalkan kadar lama sedikit melegakan tetapi warga kota tetap membantah tempoh masa sehingga jam 10 malam dan turut dikenakan bayaran pada hari Ahad termasuk cuti am.

"Ini membebankan penduduk yang tinggal di rumah kedai kerana mereka terpaksa membayar bayaran kereta itu.

"Saya rasa bayaran hanya patut dikenakan sehingga jam 5 petang sahaja," katanya.

Katanya, ia juga boleh menggalakkan pengguna kereta mendapatkan khidmat `jaga kereta' haram kerana bayarannya cuma RM1.

Kontrak swasta

Tan berkata, peraturan baru DBKL itu menyebabkan penghuni rumah kedai merasa bimbang mengenai keselamatan kenderaan masing-masing termasuk ditarik oleh pihak berkuasa.

Sehubungan itu, beliau berharap DBKL merancang sistem meletak kereta yang lebih baik supaya tidak membebankan pengguna.

Ahli Parlimen Cheras itu juga mempersoalkan keberkesanan penswastaan sistem meletak kenderaan di Kuala Lumpur yang telah dilaksanakan sejak 20 tahun lalu.

"Saya mendapat tahu kontraktor swasta itu tidak membayar wang kutipan kepada DBKL," katanya lagi.

Dr Lo'lo' pula berkata, DBKL juga tidak pernah mengadakan rundingan dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan untuk memanjang tempoh bayaran tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau bersama wakil rakyat Pakatan yang lain akan membawa isu tersebut kepada DBKL supaya dikaji semula. - mks._

Read More...

"Islam Hadhari karut" Nik Aziz

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Sinar Harian
Jumaat, 13 Jun 2008

KOTA BHARU: Islam Hadhari adalah karut! Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, kerajaan Kelantan tidak akan mengharamkan sebaliknya lebih gemar menggunakan fakta-fakta dan nas-nas al-Quran.

“Walaupun Kerajaan Selangor dan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat menolak Islam Hadhari namun Kelantan mengambil langkah sebaliknya.

“Kalaulah betul konsep Islam Hadhari, di mana pula Iman Hadhari kerana Islam dan iman tidak boleh diasingkan. Ia akan disoal di akhirat kelak,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di kediamannya di Pulau Melaka dekat sini, semalam.

Mursyidul Am Pas itu berkata, UMNO sepatutnya tidak mewujudkan Islam Hadhari sebaliknya perlu mengikuti langkah yang telah dilaksanakan oleh Pas di Kelantan.

“Kelantan bergerak sejak dulu tanpa mengamalkan konsep Islam Hadhari. Apa jaminan Islam Hadhari diterima Allah? Padahal kita kena ikut perlembagaan Allah.

“Sejak saya pegang Kelantan saya buat tiga dasar, ubudiah, itqam, masuliyah supaya kakitangan kerajaan senang ikut supaya senang nampak apa yang kerajaan nak,” jelas beliau ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan Pakatan Rakyat yang menolak Islam Hadhari di negeri yang ditadbir mereka.

Nik Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka berkata, kerajaan Pas di Kelantan tidak akan haram Islam kerana mereka akan menjawab balik soal berkaitan Islam Hadhari dengan dalil dan ayat al-Quran.

“Ini sebabnya kami (Pas) tak mahu berdamai dengan UMNO. Sebab UMNO bawa ajaran sesat. Islam Hadhari adalah ajaran yang mengasingkan agama dan politik.

“UMNO sekiranya berfikiran panjang mereka tak perlu malu untuk meniru pendekatan yang diambil oleh Kelantan. Boleh tiru Islam macam Islam yang dibawa oleh Kelantan,” katanya lagi.

Nik Aziz berkata, Pas dari awal lagi menentang perlaksanaan sistem Islam Hadhari dengan menganggap ianya satu fahaman yang bertentangan dengan Islam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed turut menolak konsep Islam Hadhari kerana ia boleh mengelirukan masyarakat.

Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan konsep Islam Hadhari empat tahun lalu yang menekankan pendekatan ajaran Islam bagi mengeluarkan ummah daripada kemunduran.

Perdana Menteri memperkenalkan Islam Hadhari selepas menerajui pucuk pimpinan negara.

Islam Hadhari dilancarkan pada pilihan raya umum 2004 dalam melaksanakan pendekatan Islam secara menyeluruh.

Sehubungan itu, beberapa program perkampungan hadhari diadakan dengan kerjasama sebuah stesen TV swasta ke seluruh negara dengan pengisian seperti pameran, ceramah, forum agama dan nyanyian.

Read More...

Abdullah-Najib sudah sepakat masa terbaik peralihan kuasa

Mstar Online

13-06-2008 03:30:06 PM

KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak telah sepakat berhubung masa terbaik bagi peralihan kuasa.

Perkara itu dibangkitkan oleh Perdana Menteri berikutan masih ada pihak yang sangsi hubungan antara beliau dan timbalannya itu termasuk ditimbulkan oleh pemimpinpemimpin Umno Kelantan pada mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri itu, hari ini.

"Saya dan Datuk Seri Najib dah tentukan bila masanya yang sesuai bagi saya menyerahkan jawatan kepada beliau.

"Kami tiada masalah dan hubungan kami berdua adalah baik," katanya semasa berucap pada majlis makan tengah hari bersama pemimpin masyarakat dan pegawai-pegawai kanan kerajaan sempena lawatan seharinya ke Kelantan, di sini.

Abdullah yang juga Presiden Umno berkata "bila tiba masanya nanti", penyerahan kuasa itu akan pasti berlaku.

Terdahulu, sejurus tiba di sini, Abdullah mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan itu selama dua jam.

Turut hadir pada majlis itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

Mesyuarat yang diadakan sebelum itu juga turut dihadiri Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Abdullah juga berkata, sewajarnya semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai hubungan baiknya dengan Najib itu kerana ia tidak memberi sebarang faedah.

"Yang penting semua perlu melihat hubungan kami berdua adalah untuk menguatkan parti dan kerajaan serta program pembangunan yang telah dirancang selama ini," katanya.

Perdana Menteri turut menghargai sokongan semua pihak kepada beliau untuk terus memimpin parti dan negara dan berjanji bekerja lebih kuat demi kepentingan parti, kerajaan dan rakyat keseluruhannya.

"Saya amat menghargai sokongan terhadap saya dan kalau beri sokongan kuat dan padu seperti ini, saya akan terus bekerja dengan lebih kuat untuk parti dan kerajaan," katanya.

Beliau berkata, walaupun sokongan rakyat keseluruhannya semakin merosot yang diterjemahkan pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Abdullah meminta penyokong Umno tidak patah semangat.

"Sebagai pejuang, jangan kita patah semangat demi untuk agama dan bangsa kita dan istilah kecewa sepatutnya tidak ada dalam kamus pejuang ini.

"Pantang undur sebelum menyerah dan pejuang ini perlu berjuang. Kalau patah hati tak payah berjuang, biarlah tunggu mati sahaja," katanya.

Abdullah berkata kerajaan yang ada pada hari ini, sebenarnya tidak lemah walaupun Barisan Nasional (BN) gagal memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum lalu.

"Kerajaan yang ada perlu memikirkan sokongan majoriti yang menyokong kita dan majoriti ini mahukan kita terus berjuang," kata Abdullah.
Perdana Menteri yakin Umno akan kembali kuat selepas ini kerana masalah yang berlaku pada hari ini adalah sesuatu yang lumrah.

"Saya percaya kita boleh pulih dan kembali kepada kekuatan yang asal. Memang ada masa kita hilang kerusi dan ketika ini timbul kemarahan pelbagai pihak tetapi ia tidak akan selama-lamanya," katanya.

Beliau berkata, kerajaan pusat sama sekali tidak akan menganaktirikan negeri yang diperintah pembangkang termasuk Kelantan kerana tidak mahu rakyat terus terseksa dan perlukan pembelaan kerajaan.

"Kita mahu bantu mereka yang kurang berkemampuan dan untuk itu jangan biarkan kita berasa lemah dan tidak bermaya untuk membantu mereka," katanya.

Ini adalah lawatan yang pertama Abdullah selepas pilihan raya umum lalu untuk memberikan penjelasan kepada pemimpin dan rakyat terhadap senario politik terkini.

Selepas solat Jumaat Abdullah akan ke Bendang Perangkap Bunut Susu bagi melancarkan Pelan Meningkatkan Pengeluaran Beras Negara.

Read More...

Demo terbesar bantah harga minyak

Malaysiakini

Wartawan Malaysiakini | Jun 13, 08 11:34am

Berikut catatan ringkas laporan awal perhimpunan Pemuda Pakatan Rakyat membantah kenaikan mendadak harga minyak dari Kampung Baru ke Kompleks Pertama-Sogo selepas solat Jumaat hari ini.

>>> Tonton video perarakan di sini.
>>> Lihat peta perarakan di sini (Rancangan asal di bawah).



3.20 petang Polis memberitahu Malaysiakini, tiada tangkapan dalam perhimpunan tersebut dan keadaan kini terkawal.

Beberapa ratus penyokong pembangkang berhenti di depan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, dan kemudiannya bersurai di situ.

petrol price hike protest kg baru sogo 1306083.00 petang Sekumpulan penyokong pembangkang berarak di sepanjang Jalan Raja Laut, menuju ke arah ibu pejabat PAS. Mereka masih diketuai oleh ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Lalulintas, yang melimpah ke tengah-tengah jalan tersebut, dikawal oleh Unit Amal PAS.

2.50 petang Pasukan polis, khususnya FRU, menuju ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di atas simpang dekat Kompleks Pertama-Sogo.

Polis dalam keadaan berjaga-jaga di Jalan Dang Wangi.

2.45 petang Ketua angkatan muda PKR menyampaikan ucapan selepas ucapan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi.

Salahuddin menjanjikan satu perhimpunan yang lebih besar bagi membantah kenaikan harga minyak.

"Rakyat akan berhimpun (lagi) 5 Julai," katanya. "Pemimpin BN dah kaya raya, rakyat hidup papa. Marilah kita jatuhkan Umno dan BN."

petrol price hike proyest kg baru sogo 130608 03Penyokong pembangkang melaungkan slogan "BN naik, minyak naik, BN turun, minyak turun."

2.37 petang Perarakan bantahan harga minyak berada di Kompleks Pertama-Sogo dan beberapa ratus duduk, berkumpul, di atas jalan.

Lalu lintas menuju simpang Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Dang Wangi terhenti.

2.30 petang Kumpulan penyokong pembangkang berada di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, menuju Kompleks Pertama-Sogo, dipercayai untuk mengelak bertembung dengan polis.

Mereka melaungkan slogan "Hidup, hidup. Hidup rakyat" berkali-kali.

2.23 petang Kumpulan penyokong pembangkang berada di kawasan Chow Kit, dan mula bergerak sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Perarakan dipimpin ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Mereka melaungkan slogan "Hidup, hidup. Hidup rakyat" berkali-kali.

petrol price hike proyest kg baru sogo 130608 022.11 petang Kira-kira 1,000 orang mula bergerak ke sepanjang Jalan Raja Alang, tidak meneruskan perjalanan seperti dijadualkan di Jalan Raja Abdullah susulan sekatan sekumpulan anggota polis FRU.

2.00 petang Solat selesai, ahli-ahli jemaah keluar masjid dengan slogan-slogan "turunkan harga minyak" dan mengecam perdana menteri.

1:45 tengahari Orang ramai sesak di dalam dan luar masjid, dijangkakan jumlah mereka kira-kira 3,000.

1.20 tengahari Imam Masjid Kampung Baru menasihatkan para jemaah supaya jangan berkumpul dalam kawasan masjid.

1.00 tengahari Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salehuddin Ayub yang juga ahli Parlimen Kubang Krian serta timbalannya, Nasaruddin Tantawi tiba untuk bersembahyang Jumaat di Majlis Kampung Baru.

Turun hadir ialah ahli Parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Syed Azman Syed Nawawi yang ahli jawatankuasa PAS pusat.

Sebelum ini, kira-kira 60 anggota polis, termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sudah ditempatkan di depan Masjid Kampung Baru dan kawasan sekitarnya mulai jam 11.15 pagi ini ekoran rancangan Pemuda Pakatan Rakyat untuk mengadakan perarakan ke Menara Berkembar Petronas bagi membantah kenaikan harga minyak.

kampung baru klcc petrol price hike protest 130608 01Dua buah trak kecil yang masing-masing membawa lapan anggota tiba kira-kira jam 11.15 pagi manakala sebuah lagi trak besar yang membawa kira-kira 15 anggota tiba di situ kira-kira lima minit kemudiannya.

Manakala empat lagi trak bersama kira-kira 30 anggota FRU tiba sejurus kemudiannya.

Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air yang ditempatkan di Jalan Raja Abdullah.

Pada kira-kira jam 12.40 tengahari, kira-kira 40 anggota polis kelihatan sedang bergerak dari Jalan Raja Alang ke Jalan Raja Abdullah.

Lagi anggota FRU kelihatan bergerak dengan trak ke Jalan Raja Alang.

Di dalam kawasan masjid, kelihatan sekumpulan 30 orang, termasuk tiga daripadanya memakai baju-T berwarna hijau bertulis Pakatan Rakyat.

Difahamkan perhimpunan dan perarakan hari ini dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

Keadaan di sekitar masjid kelihatan seperti biasa. Walaupun terdapat ramai anggota polis di situ, gerai-gerai di tepi jalan dibuka seperti biasa.

Kira-kira 20 anggota polis mengawal di persimpangan Jalan Raja Abdullah/Raja Alang, tetapi orang ramai boleh lalulalang di situ menuju ke masjid.

Sementara tujuh trak FRU, serta sebuah trak meriam air telah ditempatkan di kawasan di belakang KLCC.

Manakala sepuluh lagi anggota polis kelihatan berkawal di pintu masuk utama KLCC.

bantahan harga minyak 13 jun 120608

Semalam, Ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata antara 1,500 hingga 2,000 anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghalang perarakan itu.

Katanya, anggota polis dari balai polis daerah Dang Wangi dan Sentul juga akan berkawal di sekitar kawasan tersebut.

Beliau juga melaporkan berkata, jika perlu, polis akan menutup beberapa jalan yang menghala ke kawasan (masjid), itu jika perlu," katanya.

Sabtu lalu, ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub mengumumkan acara perarakan sejauh lebih dua kilometer itu.

Sehubungan itu, polis telah memanggil setiausaha Pemuda PAS Sabki Yusoff dan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, untuk membincangkan perkara tersebut.

Angkatan Muda PKR (AMK) juga menyatakan kesediaannya menyertai perarakan tersebut kelmarin.

Perhimpunan ini dipercayai yang terbesar pernah dianjurkan oleh parti-parti pembangkang selepas pengumuman kenaikan harga minyak secara mendadak Rabu minggu lalu.

>>> Tonton video perarakan di sini.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |