| Harakahdaily Lanjusoh Wed | Jul 23, 08 | 2:55:23 pm MYT | |
|
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, masjid itu dibina bukan untuk penyatuan tetapi untuk menyemai benih perpecahan. "Kisah Masjid Dhirar bukan dongengan orang terdahulu, tetapi ada di dalam al-Quran sebagaimana dalam Surah At-Taubah di mana terdapat empat niat jahat maksud pembinaan masjid itu iaitu untuk menimbulkan kemudharatan kepada orang-orang mukmin. "Untuk kekafiran, memecah belah antara orang-orang mukmin dan untuk menunggu kedatangan oang-orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu," katanya di sini, hari ini. Beliau berkata, suasana itu boleh kita kiaskan bagi membaca niat pemimpin Umno yang sangat beria-ia untuk bermuzakarah dengan pemimpin PAS. Menurutnya Umno bercakap soal menjaga Islam dan Melayu ini seolah-olah hanya mereka sahaja yang boleh menjaga orang Melayu. "Dia fikir dia seorangkah yang mengerti dan bertanggungjawab menjaga Islam. Dia sudah lama memegang kerajaan. Boleh jadi, Umno sudah sampai ke peringkat tidak percaya orang lain juga boleh menjaga Islam dan Melayu. "Sedangkan PAS pun faham dan reti juga dan mungkin lebih reti daripada mereka dalam perkara ini. Jangan Umno fikir ini Islam dan Melayu hak monopoli, hak eksklusif yang menjadi pajakan Umno sahaja," katanya. Bagaimanapun katanya, kalau perlu juga kepada muzakarah bolehlah difikirkan selepas pilihan raya umum ke-13. Baru-baru ini media melaporkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa Umno dan PAS sudah mengadakan tiga kali pertemuan membincangkan perkara berkaitan agama dan perpaduan Melayu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan melahirkan rasa bimbang PAS akan dianggap sebagai khianat kepada rakan-rakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. "Saya cukup kesal. Selaku Mursyidul Am, saya berhak menegur. Ini berasaskan prinsip Wal-Ashr. Dalam semangat demokrasi pun, ini menandakan bahawa masih suburnya proses konsultasi, berbeza atau bersamaan pendapat dalam PAS. "Pada saya, muzakarah boleh, tetapi atas dasar peribadi dan tidak atas nama parti,"ujarnya. Kata beliau apa jaminan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat tidak berpecah dengan langkah terlalu ghairah untuk bermuzakarah sesetengah pemimpin Ini katanya boleh disifatkan sebagai anti perpaduan dan anti kestabilan. "Contoh telah pun ada pada tahun 1970-an di mana PAS berpecah tiga iaitu Berjasa, Hamim dan Bebas Bersatu. Bagaimanapun, jika diteruskan juga dan berlaku perpecahan. "Saya tidak mahu memikul tanggungjawab langkah yang saya tidak restu,"kata beliau. - mj/mks. _ |
Wednesday, July 23, 2008
Ada niat lain Umno bersungguh mahu bermuzakarah - Nik Aziz
0 comments Labels: Harakahdaily, muzakarah, TGNA
Nelayan Pengarang protes tindakan S'pura
| Malaysiakini |
| Abdul Rahim Sabri | Jul 23, 08 4:08pm |
| Persatuan Nelayan Kawasan Pengerang tidak bersetuju dengan tindakan Singapura untuk menuntut kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) di sekitar Batu Puteh.
"Jika dilihat, perairan (di situ) lebih kepada kita. Kalau terpesong sedikit, mereka (Singapura) akan masuk perairan kita. "Kalau dia tuntut, dia tak bimbang masuk perairan Malaysia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Menurutnya, terdapat kira-kira 2,000 nelayan yang berdaftar di bawah Persatuan Nelayan kawasan tersebut. Tuntutan tersebut, kata Abu Bakar, dilihat sebagai usaha untuk memonopoli kawasan itu dan berat sebelah. "Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan, cukup strategik kerana sumber perikanan banyak di kawasan itu," tambah Abu Bakar. 'Perlu berbincang' Semalam, Menteri Kanan Singapura, Balaji Sadasivan berkata, Singapura mempunyai kawasan perairan Wialayah sehingga 12 batu nautika dan EEZ yang konsisten dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) pada 10 Disember 1982, di mana Singapura adalah sebuah pihak berkenaan. Menurut Abu Bakar, beliau beranggapan sebarang cadangan Singapura adalah untuk membolehkan mereka menguasai perairan Batu Puteh. "Singapura tidak boleh berbuat begitu. Singapura kena berbincang dengan kerajaan Malaysia terlebih dahulu. Singapura tidak boleh bertindak sendirian," katanya. Bagaimanapun beliau menyerahkan hal ini kepada kebijaksanaan kerajaan Malaysia untuk berunding dengan kerajaan Singapura berhubung tuntutan mereka. "Kami akur apa sahaja keputusan yang dicapai dalam rundingan (kerajaan Malaysia) dengan kerajaan Singapura," katanya. Beliau juga mencadangkan agar Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) campurtangan dalam soal tuntutan Singapura ini. Mei lalu, ICJ memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia. Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia berada. |
0 comments Labels: Johor, kedaulatan negara, malaysiakini
Cara Singapura dipersoal
Berita Harian
Oleh Junita Mat Rasid
bhnews@bharian.com.my
SATU MATLAMAT: Rais (empat dari kiri) berpegangan tangan bersama rakan sejawatnya ketika menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean (AMM) Ke-41, di Singapura, semalam. |
Tuntutan perairan Batu Puteh wajar dibincang bersama: Rais kedua-dua negara mengumumkan tuntutan
SINGAPURA: Malaysia mempersoalkan tindakan Singapura mengumumkan tuntutannya terhadap kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) di sekitar Batu Puteh tanpa berbincang dengan Kuala Lumpur terlebih dulu.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim menegaskan apa saja tuntutan atau cadangan terhadap kawasan itu perlu dibincangkan bersama kedua-dua negara kerana kedudukan Batu Puteh dan Batuan Tengah serta Tubir Selatan yang berdekatan menyukarkan penilaian dibuat.
"Ini adalah perkara baru kepada kita. Sepatutnya ada perbincangan peringkat awal lagi peringkat jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan bersama.
"Sebarang tindakan (tuntutan) membabitkan undang-undang tertentu dan kita memerlukan nasihat pakar bagi mengendalikannya menyebabkan tindakan berkenaan tidak sepatutnya dijalankan dengan cepat.
"Kita akan merujuk perkara ini kepada jawatankuasa teknikal bersama yang dibentuk kedua-dua negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Singapura yang menuntut kawasan perairan wilayah dan EEZ di sekitar Batu Puteh, yang diputuskan diberikan kepada republik itu oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Mei lalu dalam menyelesaikan satu pertikaian hak milik dengan Malaysia.
Semalam, Menteri Kanan republik itu, Balaji Sadasivan, ketika sesi soal jawab di Parlimen dilaporkan, berkata Singapura mempunyai kawasan perairan wilayah sehingga maksimum 12 batu nautika dan EEZ yang konsisten dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) pada 10 Disember 1982.
Pada 23 Mei lalu, ICJ memutuskan Batu Puteh dimiliki Singapura, manakala Malaysia mendapat Batuan Tengah yang terletak tidak jauh dari pulau itu.
Kedaulatan Tubir Selatan pula akan menjadi milik negara yang menguasai perairannya.
Rais berkata, Malaysia berpendapat sebarang cadangan atau tuntutan terhadap perairan pulau itu perlu dibuat dengan semangat persefahaman Asean serta diteliti terlebih dulu.
Katanya, isu di kepulauan itu bukan mudah kerana ia membabitkan udang-undang spesifik.
0 comments Labels: Berita Harian, kedaulatan negara
Muzakarah: Dewan Pemuda PAS Pusat perjelas pendirian
| Harakahdaily Nyza Ayob & Nuha Rahim | Foto Nasir Sudin Wed | Jul 23, 08 | 4:07:18 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub menegaskan menjadi dasar umum dan pendekatan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mengadakan apa jua bentuk perbicangan, dialog mahupun muzakarah dengan mana-mana pihak sebagai membuktikan PAS adalah parti yang sangat terbuka dan bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pendekatan demi kepentingan negara, rakyat dan khususnya perjuangan Islam dalam negara ini. Menurut Salahuddin dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini, ketetapan Turut serta dalam sidang media tersebut ialah Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Sabki Yusuf; Exco Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Kamaruzzaman Mohamad. Jelas Salahuddin, di samping sikap keterbukaan itu, Dewan Pemuda PAS menentang sebarang usaha sekiranya muzakarah yang hendak diadakan menjurus dan memfokuskan kepada agenda kerjasama politik ataupun perkongsian kuasa di antara PAS dan Umno. Tambahnya, melalui mesyuarat tersebut, Dewan Pemuda PAS juga membuat ketetapan komited kepada Pakatan Rakyat yang sedang terjalin. Salahuddin menegaskan, Pakatan Rakyat merupakan satu-satunya wadah untuk menjadi alternatif kepada Barisan Nasional. Katanya, Dewan Pemuda PAS juga akan menentang sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak untuk memecah belah serta menimbulkan fitnah dan hasutan terhadap Pakatan Rakyat. Sehubungan itu katanya, sekiranya berlaku muzakarah antara PAS dan Umno, ia tidak akan berakhir dengan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat serta menyertai atau berkongsi kuasa dengan Barisan Nasional. "Oleh itu rakyat seharusnya faham bahawa muzakarah yang digembar gemburkan jika menjurus kepada perbincangan perkongsian kuasa serta agenda untuk meninggalkan Pakatan Rakyat, menjurus kepada kerjasama politik ia merupakan perkara yang tidak benar sama sekali. "Rakyat seharusnya yakin dengan kepimpinan PAS serta perjuangan PAS hari ini. Kita sebenarnya sedang menerima mandat rakyat selepas Pilihan raya lalu dan telah membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri. Ini merupakan amanah dan tangggung jawab yang kita tunaikan dengan penuh kesedaran. Kita mempunyai prinsip dan pegangan yang cukup kuat tanpa ada pemikiran lain untuk lari atau mengkhianati daripada Pakatan Rakyat ,"tegasnya. Dalam pada itu, Salahuddin menegaskan sekiranya terdapat sebarang permasalahan dalam Pakatan Rakyat, perkara tersebut akan diselesaikan dengan baik. - mks._ |
1 comments Labels: Harakahdaily, muzakarah, PAS, pemuda
Batu Puteh: S'pura tuntut perairan wilayah
| Malaysiakini |
| Jul 22, 08 10:16pm |
| Singapura menuntut kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Batu Puteh, yang diputuskan diberikan kepada republik itu oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Mei lalu, dalam menyelesaikan satu pertikaian hak milik dengan Malaysia. Penyelaras perairan wilayah Singapura dan EEZ akan diumumkan jika tiba masanya, katanya menjawab soalan di Parlimen semalam, demikian menurut laporan Bernama. Transkrip sesi soalan dan jawapan dikeluarkan kepada media oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura. Balaji berkata jika had perairan wilayah atau EEZ bertindih dengan tuntutan negara-negara jiran, Singapura akan berunding dengan negara-negara itu untuk mencapai persetujuan bagi menetapkan had atau batasan mengikut undang-undang antarabangsa. ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Batu Puteh dan Malaysia bagi Terembu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan, milik negara itu di perairan wilayah tersebut di mana ia terletak. Malaysia telah menegaskan bahawa ia akan terus mencari bukti lagi mengenai kes Batu Puteh dengan pandangan untuk mendapatkan satu semakan penghakiman ICJ bahawa batuan itu milik Singapura. Dalam rujukan ini, Balaji berkata di bawah statut ICJ, sesebuah pihak boleh memohon untuk satu kajian penghakiman ICJ jika "ia berdasarkan penemuan sesetengah fakta seperti ini menjadi satu faktor muktamad, yang pada hakikatnya semasa penghakiman diberikan, yang tidak diketahui oleh Mahkamah itu dan juga kepada parti yang menuntut semakan, sentiasa menyediakan bahawa kejahilan seperti itu bukan disebabkan kecuaian". Balaji berkata bahawa dengan penyelesaian pertikaian ini melalui penghukuman pihak ketiga, kedua-dua negara telah menunjukkan hormat mereka terhadap undang-undang antarabangsa dan komitmennya untuk menyelesaikan pertikaian ini dalam cara aman. Kes ini memberikan contoh mengenai penggunaan mekanisme penyelesaian pertikaian pihak ketiga dan boleh menjadi satu contoh untuk menyelesaikan pertikaian dua hala lain, tambah beliau. |
0 comments Labels: Johor, kedaulatan negara, malaysiakini
Johor yang semakin hilang.
Tranungkite
Dilulus terbit pada Wednesday, July 23 @ 14:10:48 MYT oleh reformis Oleh Melayunett
"
Johor merupakan suatu negeri Melayu yang mempunyai sejarah yang lama. Semenjak jatuhnya kerajaan Melaka, Johor menjadi tempat harapan sebilangan besar rakyat Melayu di kawasan selatan semenanjung sehinggalah penubuhan Malaysia.
Semenjak abad ke -14, Kesultanan Johor menjadi tempat berlindung rakyat Melayu. Selepas penjajahan selama beratus tahun, UMNO lahir dari Johor lalu membela nasib anak bangsa, bersama-sama dengan parti-parti politik yang lain. Johor yang dikawal British semenjak 1914 kini dikawal oleh Malaysia. Untuk satu jangka masa, UMNO dilihat mampu mempertahankan kepentingan Melayu dan Malaysia. Malangnya, langit tidak sentiasa cerah. Kepimpinan UMNO mula hilang taringnya apabila kepimpinan jatuh ke tangan orang-orang politik yang tidak berkebolehan, dan Johor semakin hilang.
Kedaulatan Malaysia & Johor semakin hilang berdasarkan bererapa perkara. Berikut ialah sebahagian darinya:-
1. Perjanjian air yang berat sebelah antara Malaysia & Singapura membebankan Malaysia. Malaysia melalui Johor menjual air dengan harga 3sen untuk 1000 gelen kepada Singapura dan perjanjian sah sehingga 2050. Singapura kemudiannya menjual air ini kepada syarikat perkapalan yang berlabuh dengan harga US20 dolar untuk 1000 gelen.
2. Malaysia seterusnya hilang kedaulatan apabila tidak berani membuat jambatan bengkok dalam kawasan Malaysia kerana takut reaksi balas Singapura. Begitulah komen Tun Mahathir.
3. Malaysia membenarkan kereta-kereta Singapura masuk keluar dengan cukup mudah. Pemandu Singapura terkenal sebagai pemandu yang laju dan merbahaya sewaktu memandu di Malaysia. Di Singapura, undang-undang mereka ketat di mana kereta Malaysia tidak boleh keluar Singapura sehingga semua saman dijelaskan. Ini berbeza dengan Malaysia di mana pemandu Singapura bebas keluar masuk.
4. Kehilangan pulau Batu Puteh. Modus operandi cukup mudah. Dapatkan dokumen dari malaysia bahawa Malaysia tidak menuntut kawasan tersebut. Kemudian laburkan beberapa juta untuk infrastruktur. Akhirnya, bawa kes ke mahkamah antarabangsa. Kebijaksanaan pemimpin seperi Lee Kuan Yew yang dahulunya peguam memang terserlah berbanding pemimpin Malaysia yang setakat belajar kesusasteraan Melayu.
5. Isu-isu penambakan yang sentiasa membesarkan Singapura.
6. Usaha Singapura menjadikan nagara tersebut negara kasino membawa kesan kepada Malaysia. Kaki judi dari malaysia akan mengalirkan matawang malaysia ke Singapura yang merugikan ekonomi Malaysia.
7. Singapura sentiasa kepimpinannya bijak di mana majoriti kepimpinan mempunyai ijazah sarjana dari Harvard dan Oxford. Ini berbeza dgn malaysia di mana kepimpinan negara tidak terpelajar.
Berdasarkan modus operandi yang sama ke atas Batu Puteh, Wilayah Pembangunan Iskandar akhirnya berkemungkinan besar boleh menjadi kepunyaan Singapura."
0 comments Labels: Johor, kedaulatan negara, tranungkite
Akuan bersumpah: Notis Karpal panggil lima saksi termasuk Bala, Najib ditolak
Mstar Online
23-07-2008 01:26:54 PM
(Mutakhir) SHAH ALAM: Mahkamah Tingga Shah Alam menolak permohonan peguam Karpal Singh untuk memanggil semula penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam (gambar) bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes bunuh wanita Mongolia itu selain meminta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta tiga yang lain menjadi saksi dalam kes berprofil tinggi itu.
Notis usul itu didengar di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin pagi ini sebelum mahkamah mendengar hujahan kedua-dua pihak di akhir kes pendakwaan.Kelmarin Karpal selaku peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya Shaariibuu (gambar) memfailkan notis usul tersebut.
Di dalam notis usul itu, Karpal memohon mahkamah menggunakan peruntukan Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah bagi memanggil semula Balasubramaniam yang merupakan saksi pertama pendakwaan untuk memberi keterangan.
Karpal Singh juga memohon mahkamah mengguna pakai seksyen yang sama untuk memerintahkan Najib, pegawai polis DSP Musa Safri, dan Ketua Bahagian Jenayah balai polis Brickfields DSP Idris, serta peguam Dhiren Rene Norendra menjadi saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu.
Selain itu Karpal Singh juga memohon satu perintah untuk menangguhkan semua prosiding kes perbicaraan Altantuya pada Rabu ini sementara menunggu keputusan permohonan beliau.
Dalam notis usul itu Karpal mempertikaikan keterangan Balasubramaniam dalam perbicaraan kes bunuh tersebut sebelum ini, kerana Balasubramaniam membuat Akuan Berkanun pada 1 Julai lepas yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri serta tiga individu berkenaan.
Bagaimanapun Karpal mendakwa melalui satu lagi Akuan Berkanun bertarikh 4 Julai, Balasubramaniam menarik balik keseluruhan kandungan akuan kanun yang pertama itu dengan alasan bahawa beliau dipaksa mengikrarkan akuan berkanun pertama.
Kata Karpal, adalah amat penting untuk mahkamah menentukan sama ada kenyataan di dalam akuan berkanun pertama itu benar dan sekiranya benar, mahkamah perlu memanggil semula Balasubramaniam dan memerintahkan Najib untuk memberi keterangan bagi memberi keputusan yang adil dalam kes itu.
Pada 23 Jun lepas, pihak pendakwaan telah menutup kes bunuh wanita Mongolia itu setelah memanggil seramai 84 saksi termasuk Balasubramaniam untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang memakan masa selama 124 hari.
Mohd Zaki menetapkan perbicaraan disambung semula hari ini bagi membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan.
Kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian hingga ke peringkat antarabangsa itu melibatkan Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas, yang dituduh membunuh Altantuya, 28, antara 10 malam, 19 Okt 2006 dan 1 pagi keesokannya, di satu kawasan di Bukit Raja dekat sini.
Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, pula dituduh bersubahat dengan mereka. Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
0 comments Labels: Altantuya, badan kehakiman, Karpal, mstar online
Tiga tokoh Pemuda Umno dapat projek RM1.2 bilion?
| Harakahdaily Azamin Amin Wed | Jul 23, 08 | 11:22:30 am MYT | |
| KUALA LUMPUR,23 Julai (Hrkh) - Tiga tokoh penting Pemuda Umno Malaysia didakwa mendapat projek sistem perisian komputer E-Tanah sejumlah RM1.2 bilion secara runding terus tanpa tender terbuka namun sehingga kini gagal dilaksanakan semenjak dimulakan pada tahun 2006. Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution Ismail yang mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat baru-baru ini memberitahu, ketiga-tiga individu terbabit dikaitkan juga dengan Precision Portal Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terbabit dengan sistem perisian komputer di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang membabitkan kos hampir RM250 juta. "Masalahnya ialah sistem itu tidak menetapi spesifikasi LHDN dan salah dalam kiraan taksiran. Ini serius sebenarnya. "Hari ini kakitangan LHDN terpaksa betulkan kesilapan sistem komputer itu satu persatu cara 'manual' dan 80 peratus daripada masa kakitangan terpaksa digunakan," katanya ketika memohon penjelasan dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) di Dewan Rakyat baru-baru ini. Berikutan itu katanya, kelemahan dan kesilapan syarikat ini terpaksa ditanggung oleh LHDN sedangkan jutaan ringgit telah pun dibayar kepada syarikat terbabit walaupun sistem perisian tersebut gagal dilaksanakan. "Projek syarikat ini, syarikat ini sudah dapat duit habis, sistem dia tidak jalan. LHDN balik asal. Ini berat ini. Kerajaan yang amanah, cemerlang, terbilang dan segala-gala macam itu harus teliti perkara ini dengan serius,"tambahnya lagi. Beliau juga turut membangkit isu sistem E-Tanah berjumlah RM65 juta yang diperuntukkan untuk 'pilot project' di Pulau Pinang namun gagal juga dilaksanakan. "Mengaibkan, memalukan! RM1.2 bilion 'witout open tender', bagi sahaja, belakangnya Pemuda Umno Malaysia berjuang untuk agama, bangsa dan negara tetapi rompak di siang hari," katanya. - mks._ |
1 comments Labels: Harakahdaily, penyelewengan, UMNO haprak
