| Malaysiakini |
| Jimadie Shah Othman | May 19, 08 6:08pm |
| Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terperanjat dengan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk keluar dari Umno.
Katanya, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan Abdullah. Bagaimanapun, Abdullah yakin ahli-ahli parlimen Umno tidak akan mengikut jejak mantan perdana menteri itu meninggalkan Umno. "Semua ini bergantung sama ada kita sayang atau tidak kepada parti, dan saya percaya ahli Umno sayangkan parti. Dan kita mahu bersama-sama berada dalam parti untuk meneruskan perjuangan kita," kata perdana menteri. ‘Mahu Umno kuat' Menjawab soalan pemberita, perdana menteri berkata, adalah tidak lojik untuk mereka meninggalkan Umno dalam keadaan sekarang. "Saya percaya ahli Umno tidak akan meninggalkan parti kerana mereka mengambil berat, mereka sayang (pada) Umno. Mereka mahu menjadi ahli Umno, (kerana) mereka mahu Umno menjadi kuat. "Tidak lojik mereka akan meninggalkan Umno. Meninggalkan Umno (bererti) meninggalkan BN. Itu maksudnya. Mereka tidak mahu Umno terancam dengan cara itu," katanya dalam sebuah sidang media di Kuala Lumpur. Abdullah juga ditanya sama ada ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi akan meninggalkan Umno, beliau tidak menolak kemungkinan itu. "Kita ramai, tiga juta lebih. Entahlah, mungkin ada, mungkin tak ada. Tapi yang pentingnya, kita perlu berfikir, adakah kita benar ingin meninggalkan Umno dan kita benar memperjuangkan Umno. Kalau tak ada itu, maknanya tak ada lagi perjuangan Umno dalam diri kita," katanya. Menjawab soalan pemberita sama ada tindakan Dr Mahathir itu akan menjejaskan parti atau tidak, Abdullah tidak menafikannya tetapi mendakwa majoriti ahli Umno mahu terus berada dalam parti. Bangkit dalam MT "Saya tak kata tak menjejaskan langsung, mungkin ada. Tapi yang pentingnya, saya percaya majoriti ahli Umno mahu berada dalam Umno, mahu meneruskan perjuangan Umno. "Dulu pun begitu juga. Bila ada pemimpin besar dan berpengaruh tidak ada dalam parti (meninggalkan parti), majoriti ahli Umno tetap berada dalam Umno. Sebab itu Umno sampai hari ni (terus) wujud," katanya. Abdullah tidak menjawab ketika ditanya sama ada beliau akan menemui Dr Mahathir. Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan ditimbulkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang akan datang. "Bila mesyuarat MT tentulah perkara ini akan timbul," tambahnya. Ditanya soalan berikutnya dari pemberita, beliau terus menafikan akan meletak jawatan perdana menteri. "Kenapa mesti (buat demikian)? Saya ada kerja untuk dibuat," katanya |
Monday, May 19, 2008
Pak Lah yakin ahli terus sokong Umno
0 comments Labels: malaysiakini, Pak Lah undur, UMNO haprak
Pengumuman Keluar Dari UMNO - DrM

Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.
Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.
UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.
Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.
Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.
Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.
Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.
Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.
Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.
Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.
Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.
Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.
Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.
Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.
Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.
Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.
Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.
Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)
0 comments Labels: dr det, UMNO haprak
MB Perak kunjungan MB Kelantan
Siasah daily
Sunday, May 18, 2008
KOTA BHARU, 18 Mei: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin telah mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan hari ini.Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyambut kedatangannya bersama 10 orang deligasi lain kira-kira pukul 12.30 tengahari tadi di kediaman rasmi JKR 10, di sini.
Turut hadir dalam majlis makan tengahari itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasharuddin Daud, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun dan lain-lain pimpinan.
Nizar dalam rangka lawatan kerjanya turut ditemani Pengerusi Jawatankusa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna, Chen Fook Chye, Adun Selising, Husin Din, Adun Semanggul, Ramli Husin, Setiausaha Politik dan akhbarnya, Ustaz Misbahul Munir Masduki dan Anuar Hashim.
Dalam rangka lawatan selama empat jam ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu, Nizar turut diraikan pada majlis makan tengahari bersama Anggota Exco kerajaan negeri dan Adun sebelum mengadakan pertemuan rasmi dengan Tuan Guru di pejabatnya.
Selepas itu, beliau turut menghadiri majlis pertemuan rasmi dengan anggota exco kerajaan negeri dan Adun yang diadakan di Bilik Gerakan Suk.
Kehadiran Nizar buat pertama kali ke negeri itu, menjadi perhatian para media termasuk RTM, tv3, tv9 untuk membuat liputan.Nizar ketika berucap pada majlis itu berkata, kerajaannya yang baru dibentuk lebih dua bulan itu akan mengutamakan konsep kebajikan dan amanah sebagaimana yang diingini rakyat.
Menurutnya, selama itu rakyat Perak dan seluruhnya begitu ‘haus’ dengan kebajikan dan amanah dari kerajaan baru.
“Untuk kita, pihak kerajaan akan berusaha sedaya mungkin untuk memikul amanah itu sebaiknya dan akan melaksanakan konsep kebajikan dan beramanah sebagaimana yang rakyat inginkan.
“Dalam masa yang sama, Perak memerlukan sokongan semua pihak termasuk rakyat seluruhnya mendoakan kesejahteraan kerajaan kita agar sentiasa berada di bawah lindungan Allah,”ujarnya.
Tegasnya lagi, kerajaan Perak juga akan menjadikan Kelantan sebagai model dalam semua hal termasuk pentadbiran memandangkan kejayaan negeri itu telah menerajui perubahan sejak 18 tahun lalu.
Turut berucap pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob.
0 comments Labels: MB perak, siasahdaily, TGNA
Sanusi Junid ikut jejak Dr M – senarai kenyataan Mahathir sejak PRU 12
| Buletin Online |
0 comments Labels: buletin online, dr det, pemimpin haprak
Karpal: Dr Mahathir ahli politik murahan
| Malaysiakini |
| May 19, 08 8:22pm |
| Pengerusi DAP, Karpal Singh menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan keluar dari Umno hari ini sebagai "seorang ahli politik murahan". |
0 comments Labels: dr det, Karpal, malaysiakini
Lim Guan Eng tekad guna pendekatan Umar Abdul Aziz
| Harakahdaily Wan Nasro Ahmad Mon | May 19, 08 | 12:45:34 pm MYT | |
| BAYAN LEPAS, 19 Mei (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi menyatakan kesediaan menggunakan pendekatan sebagaimana diamalkan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbirannya. "Bagaimanapun saya tidak mahu pemerintahan saya berakhir seperti Khalifah Umar yang hanya sempat memerintah tiga tahun kerana dibunuh musuh yang tamakkan kuasa dan projek," katanya pada perasmian pusat khidmat rakyat KeADILan Parlimen Bayan Baru di sini, kelmarin.
Guan Eng berkata, kerajaan negeri mengamalkan konsep CAT government iaitu (contingency - berpasukan, accountanbility - bertanggungjawab dan transparency - telus dan adil). Menurutnya tiada diskriminasi dalam menguruskan permasalahan rakyat di mana kerajaan Pulau Pinang akan mencari dana sebanyak mungkin untuk diagihkan bagi menyediakan kemudahan rakyat. Beliau juga berkata, walaupun kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang masih baru namun telah berjaya menarik pelaburan asing berjumlah RM1 bilion. Ini menunjukkan keyakinan pelabur asing terhadap kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat, ujarnya. Beliau juga memberitahu kerajaan negeri akan memperkemaskan jentera bagi menarik lebih ramai pelancong asing datang melawat Pulau Pinang. Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata, setiap wakil rakyat terutamanya daripada KeADILan perlu bekerja berorientasikan kehendak rakyat dengan mendengar, melihat dan meninjau keadaan mereka. Kata beliau adalah diharapkan tidak ada wakil KeADILan di Pulau Pinang yang bersikap seperti diamalkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini yang hanya mementingkan diri sendiri, kroni dan tidak amanah. Oleh itu beliau berkata, rakyat yang mempunyai maklumat mengenai perlakuan tidak wajar wakil rakyat KeADILan disaran melapor segera kepada Majlis Pimpinan Tertinggi untuk diambil tindakan. Dr Wan Azizah yang juga anggota parlimen Permatang Pauh menjelaskan pembelian kapal selam Malaysia jauh lebih mahal berbanding dengan dibeli kerajaan India kerana wujud pembayaran komisen kepada pihak ketiga. Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, Bayan Baru merupakan kubu kuat KeADILan di Pulau Pinang memandangkan memenangi kesemua kerusi di kawasan itu pada pilihan raya umum lalu iaitu Dun Batu Maung, Batu Uban dan Pantai Jerjak. Beliau juga berharap kerajaan baru Pulau Pinang mentadbir negeri ini dengan cemerlang sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang. Hadir sama pada majlis itu anggota Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman. - mj |
0 comments Labels: Harakahdaily, KM PPinang, tokoh Islam
Shahrir: Bersiap sedia untuk p'raya baru
| Malaysiakini |
| May 19, 08 3:45pm |
| Ekoran pengumuman mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno, seorang menteri kabinet Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, negara mungkin akan berdepan dengan satu lagi pilihanraya umum. Keputusan Dr Mahathir itu, tambahnya, boleh mengakibatkan situasi di mana ramai ahli Parlimen Umno mungkin turut meletakkan jawatan. Jika itu berlaku, kata Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru, kerajaan tidak mempunyai pilihan, kecuali menubuhkan sebuah kerajaan baru atau mengadakan pilihanraya umum baru. Beliau memberitahu AFP bahawa perkembangan tersebut pastinya tidak membantu keadaan dalam Umno sekarang, lebih-lebih lagi ketika pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar mengatakan beliau boleh menarik ahli parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti. Perkembangan tersebut, katanya, boleh mengurangkan jumlah ahli parlimen Umno yang menjadi parti memerintah sekarang. Dr M akan hantar surat Sementara itu, anak Dr Mahathir - Mokhzani - memberitahu AFP bahawa bapanya telah keluar dari Umno sebagai membantah kepimpinan berterusan Abdullah sebagai perdana menteri dan presiden Umno. "Beliau juga akan menulis surat kepada setiausaha agung Umno untuk memaklumkan mengenai keputusannya itu," katanya, sambil menambah, Dr Mahathir mengumumkan keputusannya ketika berucap di satu majlis di Kedah pagi tadi. Dr Mahathir memegang kuasa selama 22 tahun sehingga tahun 2003 di mana beliau bersara dan menyerahkan kuasa kepada Abdullah. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini beliau mengecam hebat pentadbiran Abdullah dan sejak Umno kalah teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, beliau aktif berkempen mendesak Abdullah meletakkan jawatan. |
0 comments Labels: dr det, malaysiakini, UMNO haprak
Dr M keluar Umno: "Saya orang paling gembira di dunia" - TGNA
| | | |
0 comments Labels: klpos

