Masalah ekonomi, pengangguran halang pelaksanaan hudud, kata Presiden PAS
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui sukar untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas di negara ini kerana ia hanya boleh dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.
Malah, beliau juga mengakui bahawa bukan mudah untuk melaksanakan hukum hudud memandangkan negara dan rakyat berhadapan dengan pelbagai masalah.
Kata Abdul Hadi, situasi ekonomi semasa dan pengangguran di kalangan rakyat negara ini menghalang hudud daripada dilaksanakan.
Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau yang juga anggota Dewan Rakyat berkata, belum tiba masanya untuk berbuat demikian.
"Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga," katanya.
Katanya, kebimbangan yang dilahirkan oleh segelintir rakyat negara ini sama seperti mentaliti kampung ketika era 1950-an.
Mentaliti kampung tahun 1950-an menyaksikan orang ramai khuatir untuk ke hospital kerana mereka bimbang sebaik sahaja melangkah ke hospital, mereka akan dibedah.
Terdahulu beliau merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam di sini hari ini.
Kata beliau, masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini kerana pelaksanaannya hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.
Beliau berkata, golongan bukan Islam sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu.
"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.
"Pada kita, tidak timbul lagi soal hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya.
PAGI tadi saya berkesempatan berjumpa dengan Pensyarah Kuliyyah Unang-undang UIA, Prof Abdul Aziz Bari di pejabatnya di UIA Gombak. Sudah lama saya ingin berjumpa dan bertukar fikiran dengan Profesor ini yang juga pakar mengenai perlembagaan negara ini. Mungkin kerana kesibukan masing-masing menyebabkan niat itu tidak menjadi kenyataan hinggalah pagi ini.
Hari ini sejarah bagi saya kerana berjumpa dengan beliau. Perjumpaan itu tentulah bertolak daripada wacana Tranformasi Politik Malaysia di Kota Bharu minggu lepas di mana beliau salah seorang panelis bersama Khairy Jamaluddin dan Husam Musa. Saya turut sama hadir untuk mengikuti wacana yang dianggap penting dalam proses membangunkan politik bangsa itu.
Ada beberapa yang saya inginkan penjelasan daripada beliau berkenaan wacana itu. Dalam pengamatan saya ada semacam sesuatu yang tidak memuaskan hatinya. Ada perkara yang tidak sampai atau sempat dilontarkan menerusi wacana itu.
Alhamdulilah, walaupun hari ini hari cuti umum namun profesor berkenaan sedia untuk ke pejabatnya. Khabarnya beliau selalu berada di pejabat tanpa mengira hari termasuk hari cuti umum!
Berbaloi, hampir tiga jam bersembang mencakupi pelbagai topi politik semasa dengan beliau khasnya mengenai hukum hudud yang kini sudah menerawang semula di persada maya dan menjadi polemik menarik antara orang politik. InsyaAllah interviu penuh dengan beliau akan disiarkan dalam Siasah minggu hadapan.
Rumusan mengenai pertemuan tadi, Abdul Aziz minta agak hudud jangan lagi dimompokkan sebagai satu sistem yang kejam dan zalim. Menurutnya masyarakat juga sudah faham mengenai hudud dan hukum hudud ini bukan perkara baru bahlah lama diperkatakan.
Dalam hal ini katanya Pas harus berhenti daripada memperkatakan hudud dalam konktes politik dan ia juga perlu dibincang seara terbuka dan lebih rasional lagi mengatasi kerangka politik partisan itu sendiri.
“Hudud bukan hak Pas tetapi hak semua individu yang yakin kepadanya. Jadi janganlah tempelkan hudud itu kepada Pas sahaja saja, umpamanya mengatakan hudud ini undang-unang rekaan Pas dan sebagainya,” begitulah tegas Abdul Aziz.
Dalam pada itu perbincangan mengenai hudud perlu dibuat dalam satu flatform khas yang khusus dan spesifik. Ia juga bukan seharusnya dibincang oleh Pas tetapi harus melibat golongan profesional lain, kumpulan agama, golongan akademi atau NGO yang memperjuang Islam seperti Peguam Muslim atau sebagainya.
Dalam pada itu menurut Abdul Aziz, Pas janganlah sesekali menjadikan hukum hudud untuk mengejek dan mengutuk Umno kerana sebagai tabii Umno akan membalas dan mempertahankan dirinya kalau ianya diejek.
"Bila keadaan ini berlaku maka terjadilah polemik tidak berkesudahan antara kedua puak yang tidak mengutungkan Islam," tukasnya.
Secara jujur Abdul Aziz merasakan Pas tidak mampu untuk melaksanakan hudud secara bersendiri kerana ia memerlukan banyak perkara yang perlu dilengkapkan. Misalnya prasarana untuk melaksanakannya masih belum wujud seluruhnya. Justeru kata menurutnya kalau pun Pas ada kuasa ia tidak semestinya Pas mampu melaksanakannya.
"Pas hanya boleh berkata ia ingin melaksakananya tetapi pelaksananya siapa?" tanya beliau. "Pelaksanaan hukum hudud bukan semudah diucapkan. Perkara paling penting mempersiapkan segala prasarananya terlebih dahulu baru boleh dilaksanakan," tegasnya.
Menarik... itulah yang dapat saya simpulkan mengenai pandangan yang dilontarkan oleh Abdul Aziz mengenai hudud ini. Apa yang penting beliau tidak mahu hudud dijadikan alat atau pun diperkatakan dalam kerangka politik kerana ia akan menjadi polimek yang tidak mengutungkan mana-mana pihak. [wm.kl 6:00 pm 27/12/08]
Ahmad Said (kanan) menyampaikan replika cek kepada Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hwa Wei Sin, Kweh Beng Hui (kiri) sambil disaksikan (bermula dua dari kiri) Toh Chin Yaw, Pengetua SMK Chung Hwa Wei Sin, Seah Kwee Siang, Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Wong Fong Meng pada Program Mesra Rakyat Menteri Besar Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU 26 Dis. - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan segera sebanyak RM6.1 juta bagi pembinaan Dewan Perhimpunan Masyarakat Tionghua dan dewan sivik di Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sen di sini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, daripada jumlah itu, RM3.3 juta adalah bagi pembinaan dewan perhimpunan manakala sebanyak RM2.8 juta lagi untuk dewan sivik sekolah tersebut.
Katanya, kelulusan itu sebagai bukti kerajaan negeri sentiasa prihatin dan membela nasib masyarakat keturunan Cina yang sebelum ini menyokong Barisan Nasional (BN).
'' Kerajaan juga memberi kelulusan kerana masyarakat Cina amat memerlukannya bagi memastikan mereka menikmati kemudahan serupa dengan tempat lain," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri menyatakan demikian semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Bersama Masyarakat Cina di Dewan Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sin di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga calon BN dalam pilihan kecil Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Wong Fong Meng dan lebih 5,000 masyarakat Cina.
Mengenai cadangan pembinaan Dewan Perhimpunan Cina, Ahmad berkata, kerja-kerja pembinaan bangunan itu akan dilakukan di Bukit Kecil di sini, apabila pelan dan reka bentuk bangunan diluluskan.
Katanya, pembinaan dewan sivik di Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sen pula amat dinanti-nantikan kerana bakal menyediakan kemudahan kepada masyarakat tersebut bagi menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bandar, Toh Chin Yaw ketika bercakap kepada pemberita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana meluluskan peruntukan besar untuk faedah masyarakat Cina.
Katanya, pengumuman itu amat dinanti-nantikan kerana ia telah sekian lama diperjuangkan dan baru sekarang menjadi kenyataan.
Polis, Kementerian Penerangan juga mahu tindakan tegas
PETALING JAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Kementerian Dalam Negeri dan polis mengambil tindakan segera terhadap sebuah laman blog, yang dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad.
Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia akan menimbulkan masalah besar dalam negara ini.
"Saya sudah beritahu kepada pihak polis dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya mengambil tindakan segera," kata beliau kepada pemberita selepas melawat Dusun Buah-Buahan Tropika D-Paradise dekat Alor Gajah, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas laman blog tersebut yang turut menggunakan gambar dan lukisan kononnya milik seorang wanita Melayu.
Bagaimanapun dipercayai gambar dan nama wanita itu hanya diperalat pihak lain.
Abdullah berkata: "Saya baru saja, dalam ucapan Hari Krismas baru-baru ini, mengatakan kita perlulah bersikap toleran, perlu pastikan kehidupan rakyat Malaysia yang berlainan agama dan berlainan keturunan, kita mesti sentiasa waspada, sentiasa mengingati diri kita, jangan menimbulkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada keadaan yang tidak kita suka, ini pula hal berkaitan dengan agama".
"Ini berlaku pula begini, boleh jadi budak itu (penulis blog) tidak dengar apa yang saya cakap, perbuatannya ini akan menimbulkan banyak masalah yang tidak akan menyenangkan kita," kata Perdana Menteri.
Beliau mengingatkan jangan ada mana-mana pihak atau sesiapapun menghina agama dan kepercayaan rakyat Malaysia sama ada Islam, Buddha, Kristian ataupun Hindu memandangkan kesemuanya tinggal dalam sebuah negara.
"Kita bukan bermusuhan sesama kita, kita bukan bergaduh sesama kita.
"Sebenarnya kita semua rakyat Malaysia yang hendak negara kita ini aman, selamat dan makmur dan semuanya hidup dalam keadaan senang, sama-sama maju dan kita sama-sama berjaya dan negara kita sama-sama aman dan makmur," katanya.
Abdullah berkata, semua rakyat perlu sentiasa ingat supaya tidak sesekali melakukan perbuatan yang boleh menghina kepercayaan agama mana-mana kaum.
KOMEN MENTERI PENERANGAN
Dalam pada itu, wanita yang gambar serta identitinya digunakan dalam sebuah laman blog yang artikelnya menghina Nabi Muhammad, mendakwa laman blog tersebut bukan miliknya sebaliknya disalahgunakan pihak lain yang tidak diketahui motifnya.
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata wanita berkenaan membuat pengakuan tersebut dalam pertemuannya dengan beliau dua minggu lepas dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya.
"Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 20-an ada berjumpa dengan saya untuk meminta pertolongan bagi membersihkan nama serta identitinya yang digunakan dalam sebuah laman blog menghina Nabi Muhammad," katanya kepada pemberita di majlis perasmian Nur Sejahtera peringkat Parlimen Kemaman di Kemaman hari ini.
"Dia memohon bantuan RTM supaya menghebahkan perkara itu kerana laman blog yang turut mengandungi mesej serta ucapan Deepavali berbaur penghinaan terhadap penganut agama Hindu itu bukan dilakukan oleh dirinya dan telah menjejaskan nama baik dirinya serta syarikat tempat dia bekerja.
"Saya telah minta RTM muat cerita itu untuk mengingatkan orang ramai yang menerima kad ucapan dari laman blog itu supaya berhatihati dan membuat laporan polis," katanya.
Ahmad Shabery berkata, wanita yang bertugas sebagai akauntan di sebuah syarikat pemotoran besar di Lembah Klang sendiri mengakui beliau keliru dengan motif pihak tidak bertanggungjawab itu selain tertanya-tanya kenapa identitinya dijadikan mangsa.
"Dia mengesan kehadiran laman blog yang menggunakan nama serta identitinya itu beberapa bulan lepas dan telah pun membuat laporan polis serta Suruhanjaya Multimedia untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab," katanya.
Sehubungan itu, menteri berkenaan meminta pihak terbabit menyiasat segera laman blog berkenaan untuk membersihkan nama wanita terbabit bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Bagaimanapun beliau difahamkan laman blog terbabit mempunyai pelayar yang berpangkalan di luar negara dan menyukarkan Suruhanjaya Multimedia untuk mengesan pihak terbabit.
Katanya, beliau yakin laman blog itu sengaja diadakanadakan oleh pihak yang mempunyai niat buruk terhadap wanita berkenaan serta majikannya.
Beliau berkata wanita itu kini berada dalam keadaan tekanan mental dan fizikal ekoran kejadian tersebut.
Ahmad Shabery yakin wanita tersebut tidak bersalah kerana jika benar beliau mempunyai tanggapan negatif terhadap agama Islam, tidak mungkin masa yang sama laman blog terbabit turut mempunyai ucapan berbaur penghinaan terhadap agama lain.
ULASAN POLIS
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini berkata, polis akan menyiasat perbuatan tidak bertanggungjawab individu yang menyiarkan artikel menghina Nabi Muhammad itu.
Beliau berkata, perbuatan itu boleh menimbulkan perasaan marah dan tersinggung khususnya kepada umat Islam dan orang Melayu serta mengundang konflik perasaan, agama dan bangsa.
Sebuah akhbar tempatan hari ini mendakwa terdapat sebuah laman blog, yang kononya milik seorang wanita Melayu, yang dikesan melemparkan penghinaan terhadap Rasulullah dan menggunakan gambar dan lukisan.
Ketika dihubungi Bernama di sini, katanya dari sudut perundangan, ia dianggap satu kesalahan di bawah Akta Hasutan dan polis akan segera menyiasat pemilik serta penulis blog berkenaan. BERNAMA
MAJLIS perkahwinan penyanyi popular Mawi dan Ekin sememangnya ditunggu bukan hanya oleh pihak media malah sangat dinantikan oleh ribuan peminatnya di negara ini.
Biarpun pasangan pengantin popular ini telah selamat diijabkabulkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, seminggu yang lalu, namun kemeriahan upacara persandingan dan resepsi yang gilang-gemilang bagi meraikan pasangan pengantin baru ini giat berlangsung.
Terdekat, Mawi dan Ekin akan disandingkan buat kali kedua di kampung kelahiran Mawi di Felda Taib Andak, Kulai, pada Ahad ini.
Mawi dan Ekin ketika di majlis sidang media Ambank group mempersembahkan Ambang 2009 KL. -foto The Star oleh AZMAN GHANI
Majlis perkahwinan tersebut berjaya mencuri perhatian peminat dan media massa di seluruh negara.
Pada 28 Disember ini, bakal berlangsung majlis resepsi pihak pengantin lelaki, yang akan diadakan di Padang Awam, Felda Taib Andak akan menampilkan tema adat orang Jawa.
Dijangka 15,000 peminat juara Akademi Fantasia musim ke-3 ini akan membanjiri upacara persandingan tersebut yang sememangnya dikahskan untuk peminat-peminat beliau.
Lebih istimewa, satu konsert khas yang dinamakan Gempak Rewang turut diadakan pada 27 Disember ini, bermula pada jam 8 malam.
Bintang-bintang Akademi Fantasia, dijangka membuat persembahan pada konsert tersebut dan Mawi juga dijadualkan akan turut serta membuat persembahan sebagai tanda terima kasihnya kepada peminat-peminat setia yang telah banyak memberi sokongan kepadanya serta menghiburkan orang kampung di felda tersebut.
Istimewa untuk peminat-peminat selebriti yang tidak dapat hadir pada majlis persandingan Mawi dan Ekin, usah risau, Astro akan menyiarkan liputan khas secara eksklusif perjalanan majlis perkahwinan penuh gemilang pasangan merpati dua sejoli ini.
Bagi majlis pernikahan yang dilangsungkan di Johor Bahru minggu lalu itu, ia akan diulang tayang sekali lagi pada 28 Disember ini dalam program Ijab Qabul di saluran Astro Prima (105) .
Pada hari yang sama, Astro akan menyiarkan rakaman liputan khas sempena majlis resepsi pasangan romantis ini di Johor Bahru minggu lalu dalam program Ekin & Mawi: Dua Hati Menjadi Satu.
Bagi majlis resepsi pihak lelaki, Astro sekali lagi diberi hak eksklusif untuk menyiarkan majlis resepsi pasangan Mawi dan Ekin dalam rancangan Mawi & Ekin: Raja Sehari.
Pada majlis resepsi pihak lelaki nanti, kedua mempelai akan menyarung busana rekaan Putra dari Cosry untuk Ekin sementara Mawi akan memakai baju rekaan Lord’s Tailor dengan tema adat orang Jawa.
Gelaran ‘Weeding of The Year’ memang layak diberikan kepada perkahwinan Mawi dan Ekin apabila pasangan ini akan diarak menggunakan helikopter dari Johor Bahru ke dewan tempat majlis persandingan di Felda Taib Andak.
Pasangan merpati dua sejoli ini akan diarak menaiki helikopter itu dari rumah Ekin di Johor Bahru ke Felda Taib Andak pada 28 Disember nanti. Bagi si pelantun lagu Aduh Saliha ini, biarpun agak gusar dengan penerimaan peminat namun dia akur kerana ia adalah hadiah perkahwinan daripada sahabatnya.
“Sebenarnya, ia bukan impian kami sebaliknya tajaan kawan baik sebagai hadiah perkahwinan kami. Bagaimanapun, dia meminta identitinya dirahsiakan," kata Mawi.
Pasangan merpati dua sejoli ini akan diarak menaiki helikopter itu dari rumah Ekin di Johor Bahru ke Felda Taib Andak pada 28 Disember nanti.
Pasangan ini akan disandingkan buat kali ketiga pada 11 Januari depan, di Palace of The Golden Horses Hotel dengan konsep Timur Tengah, ‘1001 Malam’.
Majlis resepsi istimewa tersebut diadakan dalam suasana tertutup dan cukup sederhana dihadiri keluarga terdekat, jemputan VVIP dan VIP.
Info perkahwinan Mawi-Ekin
20 Disember 2008 - Majlis akad nikah di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.
20 Disember 2008 - Majlis resepsi keluarga Ekin di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru.
27 Disember 2008 – Konsert khas Mawi bersama rakan Akademi Fantasia di Padang Awam, Felda Taib Andak, Kota Tinggi, Johor, jam 8 malam.
28 Disember 2008 - Majlis resepsi keluarga Mawi di Padang Awam, Felda Taib Andak, jam 2 petang, diikuti persandingan di Dewan Serba Guna, Felda Taib Andak mulai jam 2.30 hingga 4.30 petang.
11 Januari 2009- Majlis resepsi istimewa jemputan VVIP dan VIP di Palace of the Golden Horses.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan liputan perkahwinan Mawi dan Ekin secara eksklusif di stesen berbayar Astro di saluran Astro Prima (105) dan Astro Ria (104) seperti berikut:-
‘Ijab dan Qabul’ Mawi& Ekin: Dari Mata Turun ke Hati – 28 Disember 2008, Ahad, 10:30 pagi, (ulang tayang program Astro Oasis, dokumentari sedutan khas majlis akad nikah di Masjis Sultan Abu Bakar).
Gempak Rewang – 28 Disember 2008, Ahad, 1:00 petang, Konsert khas Mawi bersama rakan Akademi Fantasia di Padang Awam, Felda Taib Andak, Kota Tinggi, Johor (rakaman mini konsert di Felda Taib Andak, Kulai, Johor.
Ekin & Mawi: Dua Hati Jadi Satu – 28 Disember 2008, Ahad, 2 petang (rakaman Majlis Persandingan Ekin & Mawi di Stadium Tertutup Johor Bahru).
Mawi & Ekin: Raja Sehari – 28 Disember 2008, Ahad, 3.00 petang (Liputan khas secara langsung majlis resepsi Mawi & Ekin di Felda Taib Andak Kulai, Johor)
Mawi dan Ekin: Sejoli – 11 Januari 2009, Ahad, 6.00 petang (dokumentari Istimewa persiapan & majlis perkahwinan Mawi & Ekin) di saluran Astro Ria (104).
Mawi & Ekin: 1001 Malam- 11 Januari 2009, Ahad, 7:30 malam, Majlis Resepsi Mawi dan Ekin di Kuala Lumpur. (siaran langsung dari Palace of The Golden Horses Hotel) di saluran Astro Ria (104).
Ahli parlimen PKR bagi Padang Serai, N Gobalakrishnan mendakwa beliau dihalang masuk ke Sarawak oleh kerajaan negeri sewaktu tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuching petang ini.
Dalam insiden kira-kira jam 5.30 petang tadi, tambahnya, beliau diberikan sekeping notis larangan oleh pihak imigresen.
"Sebaik tiba di lapangan terbang, pegawai imigresen memberitahu saya yang saya tidak dibenarkan masuk atas arahan kerajaan negeri.
"Pegawai imigresen memberi sekeping notis yang tertulis 'Tuan bukan rakyat Sarawak, tidak berhak untuk masuk ke Sarawak tanpa permit atau pas Akta Imigresen 1959-1963'.
"Kini saya masih berada di bilik imigresen lapangan terbang berkenaan menunggu untuk dihantar (ke Kuala Lumpur) pulang jam 7.25 malam ini," katanya kepada Malaysiakini pada 6.30 petang tadi.
Gobalakrishnan berkata, walaupun beliau bertanyakan alasan mengapa tidak dibenarkan masuk, pegawai berkenaan memberitahu ia atas arahan kerajaan negeri.
Beliau percaya tindakan itu ada kaitan dengan tindakannya mempertahankan seorang ahli parlimen DAP bagi Kuching, Chong Chieng Jen di Dewan Rakyat yang mempersoalkan peranan sebuah syarikat milik kerajaan Sarawak.
Pada 16 Disember lalu, Gobalakrishnan turut serta dalam perbahasan wakil pembangkang itu yang menggesa Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud disiasat apabila Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diluluskan.
Chong mendakwa rakyat Sarawak mengetahui perkara tersebut tetapi Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak menyiasat dakwaan terhadap Abdul Taib dan ahli keluarganya.
Sewaktu dihubungi tadi, Gobalakrishnan berkata beliau mahu masuk ke Sarawak untuk menghadiri satu program PKR.
Berikutan itu, katanya, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam sesi sidang Dewan Rakyat yang akan datang.
Bagaimanapun, tiada reaksi rasmi kerajaan Sarawak setakat ini berhubung insiden tersebut.
PKR telah meningkatkan kempennya di menjelang pilihanraya negeri - diura-urakan akan diadakan pada 2010.
Pemimpin utamanya Datuk seri Anwar Ibrahim mendakwa pembangkang semakin kuat untuk menumbangkan kerajaan BN pimpinan Abdul Taib.
Anwar juga telah meminta barisan pemimpin kanan parti itu termasyk ahli-ahli parlimennya setiap minggu melawat Sarawak untuk menemui rakyat negeri tersebut.
KUALA TERENGGANU, 26 Dis (Hrkh) - Tindakan menentang Hudud dan Qisas bukan sahaja melibatkan akidah seseorang tetapi dilihat sebagai 'menderhaka' kepada Sultan Terengganu yang telah memperkenankan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas di negeri Terengganu ini.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu tidak teragak-agak untuk mengadap dan menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, sekiranya Umno-Barisan Nasional tidak menghentikan permainan politik murahan berkaitan isu hukum Hudud dan Qisas
Ketuanya, Fariz Musa berkata isu Hudud dan Qisas tersebut sengaja ditimbulkan oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dengan tujuan memerangkap Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa dan menimbulkan polimik khususnya di kalangan masyarakat bukan Islam ketika berdebat di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
"Tujuan Khairy tidak lain adalah untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina khusus di Parlimen Kuala Terengganu yang akan menghadapi Pilihan raya Kecil tidak lama lagi,"katanya yang dipetik dari laman web Buletin Online melalui wartawannya, SM Noor.
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Terengganu, Gong Kapas, semalam.
Beliau berkata isu Hudud dan Qisas tidak perlu dipolitikkan oleh Umno kerana ianya merupakan isu yang lapuk dan tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada para pengundi berketurunan Cina di Kuala Terengganu dan rakyat Terengganu amnya.
Katanya, ia adalah kerana masyarakat keturunan Cina khususnya dan rakyat Terengganu amnya tidak jahil, telah arif dan matang berkaitan Hudud dan Qisas kerana mereka telah diberikan pengetahuan dan penjelasan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sewaktu PAS memerintah Negeri Terengganu.
"Kerajaan PAS Terengganu telah membawa Enakmen Kesalahan Jenayah Hudud dan Qisas Terengganu 2002 kedalam Dewan Undangan Negeri dan diluluskan sebulat suara. Enakmen tersebut juga telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 dan kemudiannya diwartakan pada 25 September 2002.
"Walaupun masih belum berkuatkuasa namun kerajaan Umno-BN yang merampas kembali pemerintahan dari PAS pada tahun 2004 tidak menolak dan meminda Enakmen tersebut, di mana dalam kerajaan Umno-Barisan Nasional itu termasuk seorang wakil bukan Islam iaitu dari MCA,"jelas Fariz.
Katanya wakil MCA tersebut sehingga hari ini tidak pernah menyuarakan apa-apa ketidakpuasan hati terhadap enakmen itu yang telah menjadi sebahagian daripada undang-undang bagi negeri Terengganu.
Sehubungan dengan itu beliau berkata, sebenarnya Umno sudah terdesak dan tidak mempunyai isu sehingga isu hudud dan qisas cuba dipolitikkan .
"Khairy sebenarnya yang masuk perangkap sendiri dan akan menjadi liabiliti kepada Umno dan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu.
"Beliau harus sedar bahawa Enakmen Hudud dan Qisas telah menjadi undang-undang yang diperkenan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin,"tegasnya.
Justeru katanya sebarang tindakan menentang atau mepelekehkan Hudud dan Qisas bukan sahaja membawa kepada menghina Islam dan implikasi aqidah, malah boleh dilihat sebagai 'menderhaka' kepada Sultan Terengganu yang telah memperkenankan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas di negeri Terengganu ini.
Beliau juga mendesak agar semua pihak menghentikan segera sebarang perbahasan isu politik murahan Hudud dan Qisas yang cuba dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional.
"Semua pihak termasuk parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat harus lebih matang menghadapi karenah Umno yang sudah 'bankrup'dan mestilah mengambil pendekatan tidak melayan sebarang propaganda yang cuba dicetuskan oleh Umno-BN dan media arus perdana,"tambahnya.- azm/mks. _
SHAH ALAM: Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika PAS mahukan melaksanakan hukum hudud di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
"Kalau hajat mereka begitu, saya doakan supaya hajat mereka itu tercapai tetapi hakikat politik tidak begitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia dan Pelancaran Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pada Sabtu lepas bahawa parti itu akan tetap melaksanakan hukum hudud di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan.
Cadangan itu bagaimanapun hari ini mendapat bantahan daripada DAP, rakan parti itu dalam Pakatan Rakyat, yang berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas.
Di Alor Star, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kenyataan Husam itu adalah "satu cerita politik" sematamata kerana jika PAS benarbenar mahu melaksanakan, ia pasti sudah lama dikuatkuasa di Kelantan. BERNAMA
Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - secara rasmi menyertai PAS hari ini.
Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isadi satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini.
Turut hadir pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.
Zahar (foto) digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Dalam ucapannya di majlis tersebut, Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.
Zahar juga menyumbangkan pejabat Umno bahagian - dipercayai milik beliau sendiri - kepada PAS kawasan tersebut.
Pejabat itu, yang telah ditutup selama tiga minggu, akan dibuka semula besok dan kakitangan di situ akan turut bekerja bagi pihak parti barunya.
Zahar berkata beliau akan bersama jentera PAS untuk membantu kempen pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, yang berlangsung antara 6 sehingga 17 Januari ini.
Tambahnya, beliau akan mula berkampung di kawasan itu sepanjang kempen mulai 5 Januari, sehari sebelum penamaan calon.
Kapten tentera bersara juga menafikan tindakan penggantungan yang diambil oleh Majlis Tertinggi Umno pada 2 Disember lalu sebagai punca yang menyebabkan beliau melompat parti.
PAS lebih baik...
Sejak keputusan pilihanraya umum 8 Mac lepas yang menyaksikan ketewasan besar BN di beberapa negeri termasuk Selangor, kata Zahar lagi, beliau bersama para penyokongnya sering memikirkan untuk meninggalkan Umno.
Dalam ucapannya, Zahar berkata, beliau tidak lagi menghormati pemimpin tertinggi Umno kerana keputusannya tidak mengambil kira kepentingan dan kehendak rakyat, khasnya orang Melayu.
Katanya, PAS dan Umno adalah sama tetapi PAS lebih baik dari Umno.
"Umno hari ini banyak berbeza dengan Umno yang saya sertai 26 tahun lalu," katanya.
Menurut Zahar lagi, tahun lalu beliau ditawarkan mengambil alih jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, untuk menggantikan Tan Sri Onn Ismail yang uzur, tetapi beliau menolaknya.
"Saya tiga kali berturut-turut ditawarkan bertanding dalam pilihanraya umum, saya juga menolaknya kerana perlu memberi peluang kepada pemimpin lain di peringkat bahagian," katanya.
Sementara itu Nasharuddin (foto, kanan) ketika berucap di majlis tersebut berkata, program pertama Zahar sebagai ahli PAS ialah menemui presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila dalam masa terdekat.
"Zahar sudah bersama kita sekarang sebagai jentera penggerak dan anggota parti untuk membela bangsa, agama dan negara.
Zahar ke KT
"PAS bergerak di Selangor kerana hendak melaksanakan perubahan untuk membela orang Melayu dan orang bukan Melayu," katanya.
Manakala Dr Hasan (foto, kiri) dalam ucapannya berkata, Zahar dan yang lain-lainnya menyertai PAS bukan untuk mendapat projek dan kekayaan.
Tetapi, katanya, mereka berbuat demikian untuk mendapatkan keredhaan Allah.
"Walaupun PAS kalah dalam pilihanraya, ahli PAS tetap bertambah. Kini sudah (mencecah) satu juta orang," katanya.
Dr Hasan juga berkata, Zahar akan turun ke Kuala Terengganu pada 5 Disember sehingga selepas pilihanraya kecil tersebut.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.
SEREMBAN, 27 Dis (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.
"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,'' kata beliau pada sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.
Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.
Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada pukul 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.
"Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.
"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ," katanya.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.
Katanya jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai.
Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.
Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.
"Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.
"Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,'' katanya.
Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja'afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada pukul 10 pagi esok.
KUALA LUMPUR: Konglomerat, Sime Darby Bhd, yang hari ini mendapat kelulusan secara prinsip daripada kerajaan untuk mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam Institut Jantung Negara (IJN), berjanji akan meneruskan obligasi sosial pusat pakar jantung itu kepada kumpulan berpendapatan rendah.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid berkata itulah antara syarat yang ditekankan sendiri oleh ahli lembaga pengarah Sime Darby, sebelum kumpulan itu mengemukakan cadangan pengambilalihan daripada kerajaan.
Syarikat pemegangan institut jantung itu, IJN Holdings Sdn Bhd, yang diperbadankan pada 2005, ialah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.
Beliau berkata kerajaan juga meletakkan tiga syarat dalam responsnya iaitu nilai cadangan pengambilalihan, pelan perniagaan kumpulan bagi IJN dan komitmen kumpulan terhadap obligasi sosial seperti yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan pada masa ini.
"Semasa menyuarakan hasrat kami, kerajaan bertanyakan mengenai nasib rakyat."
"Kami akan meneruskan komitmen kepada rakyat, kepada kumpulan berpendapatan rendah pertengahan. Sime akan terus memenuhi obligasi itu," katanya pada taklimat media di sini.
Beliau juga menolak cadangan bahawa obligasi sosial akan menjejaskan perolehannya.
"Sebahagian daripada IJN ialah untuk rakyat, namun ada juga bahagian lain yang membabitkan pesakit yang membayar kos rawatan secara penuh," katanya.
Beliau menjelaskan bahawa mereka juga akan mengkaji cara terbaik untuk meningkatkan perniagaan bangunan baru IJN yang hampir siap, dan memberi jaminan bahawa pesakit yang diberi subsidi juga akan diberikan tempat di situ.
Sambil menyifatkan keadaan itu sebagai sama-sama menang, Zubir berkata ia akan membolehkan Sime Darby memberi sinergi yang lebih baik kepada IJN dan pusat penjagaan kesihatan sedia ada kumpulan itu, Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), dari segi kepakaran dan teknologi.
"Jika perlu, kami akan menghantar pesakit ke SJMC. SJMC turut melaksanakan tanggungjawab sosialnya. Dan jika berlaku kekurangan dewan bedah dan doktor, kami boleh membuat penggiliran antara kedua-dua hospital," katanya.
Sambil menyatakan bahawa pelan perniagaan itu sedia dalam tempoh kira-kira lima bulan, Zubir berkata Sime Darby juga akan mengekalkan apa sahaja caj IJN pada masa ini.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan nilai 51 peratus kepentingan yang akan dibayar dalam bentuk tunai kepada kerajaan.
Beliau juga berkata ia tidak akan mengambil sepenuhnya tetapi secara usaha sama dan tidak menjangkakan akan berlaku rombakan pengurusan dan kakitangan.
"Mulanya, saya akan bertemu Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus (ketua pegawai eksekutif IJNSB). Dan, kami akan bertemu kakitangan dan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan," katanya.
"Pada masa ini belum ada pelan terperinci. Kami perlu masuk dan buat ketekenunan wajar," katanya.
Ditanya sama ada doktor di IJN boleh menjangkakan gaji yang lebih baik selepas pengambilalihan ini, Zubir berkata: "Ya...namun kami juga tidak mengetahui jumlah yang mereka terima sekarang".
Mengenai sama ada pengambilalihan itu adil kepada para pemegang saham Sime Darby, Zubir berkata mereka akan memperoleh nilainya.
Beliau berkata ia merupakan peluang keemasan untuk kumpulan itu memandangkan pengambilalihan akan meningkatkan bahagian penjagaan kesihatan Sime Darby yang diperluaskan dan akan menarik lebih ramai doktor dan pakar.
"Kami berpendapat penceburan dalam bidang ini merupakan ospyen terbaik. Jika kita bermula dari awal, reputasi dan penjenamaan akan mengambil masa."
"IJN sudahpun memilikinya dan kami akan membawa masuk lebih banyak doktor," katanya.
Zubir berkata gambaran yang lebih luas ialah mengkaji pusat-pusat pakar sedia ada.
"Jika tiada, kami akan menubuhkan sendiri. Ia merupakan sebahagian daripada strategi kami memandangkan SJMC adalah terhad," katanya.
Zubir menjelaskan bahawa Sime Darby sedang mengkaji untuk membangunkan sebuah bandar strategik di Labu, Negeri Sembilan dengan lima bandar berbeza bagi menampung pendidikan, kesihatan, sukan dan teknologi tinggi serta rekreasi dan hiburan.
Oleh itu, replikasi IJN di sana sesuai dengan cadangan bandar raya perubatan, terutama dengan rancangan untuk membuka pusat latihan dan hospital untuk jururawat dan doktor, katanya."Kami tidak akan mengganggu operasi IJN sedia ada, namun membuat replikasi sebagai pusat kecemerlangan dalam bandar raya perubatan yang dicadangkan.
"Kami juga memantau pusat kesihatan lain seperti merawat kanser di situ. Namun jika tiada, kami akan membinanya," katanya.
Beliau berkata mereka juga sedang mengkaji untuk meluaskan penjagaan kesihatan ke Pulau Pinang dan Melaka sebagai tambahan kepada Hospital di Desa Park City dekat sini yang mempunyai 300 katil.
Zubir berkata kumpulan itu juga sedang berbincang dengan beberapa hospital di rantau ini walaupun ia masih di peringkat awal.
"Kami merancang berkembang di peringkat serantau untuk meningkatkan nilai. IJN turut melatih doktor di rantau ini dan kami melihat Indonesia, Thailand dan China sebagai sebahagian daripada strategi penjagaan kesihatan kami," katanya. BERNAMA
KOTA BHARU: Pelabur skim anjuran Koperasi Taqwa Berhad (Kotaqwa), kini mula bimbang terhadap kemungkinan kehilangan deposit dan pelaburan mereka yang mencapai puluhan ribu ringgit berikutan kemungkinan koperasi itu dibubar, manakala asetnya disita.
Kotaqwa yang membuka pejabat Wilayah Timur di Jalan Pengkalan Chepa dekat sini, dikatakan ada lebih 1,000 ahli seluruh Kelantan, yang menyertai Skim Simpanan Khas Al-Mudharabah.
Pelabur yang bergegas ke pejabat Kotaqwa itu, sebaik membaca laporan media berhubung serbuan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terhadap koperasi terbabit, kini resah kerana hasrat menutup akaun bagi mendapatkan kembali deposit, perlu menunggu dua bulan lagi untuk mendapatkan wang.
Mereka yang ditemui turut mendakwa tidak menerima dividen, sejak Mei lalu dan sudah dua kali ditangguhkan pembayarannya.
Wanita warga emas yang juga pelabur Kotaqwa dari Selising, Pasir Puteh, mendakwa dia bersama ahli keluarga berkongsi menyertai skim koperasi itu menerusi pelaburan pokok RM22,500 pada Disember tahun lalu.
Beliau yang turut melabur simpanannya RM5,000 berkata, mereka dijanjikan pulangan lapan peratus setiap minggu daripada nilai deposit terbabit.
"Sepanjang Disember tahun lalu sebaik membuat pelaburan skim itu, saya menerima dividen lapan peratus atau RM100 seminggu. Mulai Januari hingga April tahun ini, bayaran dividen itu ditukarkan kepada pembayaran secara bulanan dan saya menerima RM400 sebulan.
"Bagaimanapun, sejak Mei lalu, pengurusan koperasi berkata dividen akan dibayar setiap empat bulan pada kadar empat peratus saja, membuatkan kami rasa tidak puas hati tetapi pengurusan koperasi kata langkah itu kerana memenuhi syarat ditetapkan kerajaan," katanya.
Katanya, beliau bersama suami serta beberapa rakan ke Kotaqwa semalam bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu dan mahu mendapatkan semula baki wang dilaburkan.
"Kotaqwa berjanji akan membayar dividen tertunggak itu akhir bulan ini dan pengurusan koperasi berjanji memulangkan baki deposit saya RM3,000 dalam tempoh dua bulan," katanya yang kini gelisah kemungkinan kerugian besar kerana menyertai skim koperasi terbabit.
Semalam, Berita Harian melaporkan, tiga koperasi iaitu Kotaqwa, Koperasi Usahawan Malaysia Berhad dan Koperasi Birr Berhad, diserbu pihak berkuasa pada Selasa lalu, kerana dipercayai menganjurkan aktiviti berciri skim cepat kaya bagi memperdaya lebih 5,000 ahli membabitkan pelaburan berjumlah RM80 juta.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, dilaporkan berkata tindakan tiga koperasi terbabit menyalahi Akta Koperasi 1993 kerana dikatakan menawarkan pulangan antara lapan hingga 12 peratus sebulan atas modal pelaburan menerusi Skim Simpanan Khas Al-Mudharabah dan Skim Usahawan Ternakan.
Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Kotaqwa menerusi laman sesawangnya, www.kotaqwa.com.my, menegaskan operasi koperasi itu berjalan seperti biasa kerana setakat ini tiada arahan daripada SKM mengenai penggantungan dan pembekuan seperti diumumkan Noh.
PETI besi yang berjaya ditemui di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang semalam.
AMPANG JAYA - Sepasukan penyelamat semalam berjaya menemui dua peti besi milik salah seorang mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember lalu.
Peti besi itu ditemui pada pukul 12 tengah hari selepas hampir dua minggu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan di kawasan kejadian.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, peti besi itu ditemui dalam timbunan tanah di rumah pemiliknya yang bernombor 16.
"Setakat ini, hanya sebuah sahaja yang dapat dikeluarkan dan telah diserahkan kepada pemiliknya, manakala sebuah lagi masih berada dalam timbusan tanah.
"Keadaan peti besi itu masih dalam keadaan baik dan berkunci," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian.
DATUK N. Muneandy (kiri), Datuk Shaharuddin Adnan (tengah) dan Naib Presiden Persatuan Penduduk Bukit Antarabangsa, Raymond Jagathesan bercakap kepada pemberita hari ini. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN
KUALA LUMPUR: Penduduk Bukit Antarabangsa di sini menafikan khabar angin yang menyatakan salah sebuah daripada 14 buah banglo yang ranap dalam kejadian tanah runtuh 6 Disember lalu merupakan sebuah kasino.
Mangsa yang juga penduduk di situ, Datuk Shahrudin Adnan, 62, berkata, khabar angin itu adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.
"Sememangnya tidak ada pusat kasino di perumahan kami, macam mana boleh ada timbulnya cerita ada pusat kasino di sini. Ini tidak benar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau juga turut menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya ada di kalangan penduduk yang keluar dari rumah dengan membawa beberapa buah peti wang tunai semasa runtuhan berlaku.
"Semasa kejadian (tanah runtuh) itu berlaku tidak ada jiran-jiran saya yang keluar dengan membawa peti wang tunai.
"Mereka hanya sempat membawa dokumen penting semasa menyelamatkan diri, jadi isu ini tidak sepatutnya timbul," katanya.
Menurutnya, tuduhan bahawa polis tidak menjalankan tanggungjawab mereka juga adalah tidak berasas dan tidak boleh diterima akal.
"Pada waktu kejadian pasukan polis tiba seawal pukul 5 pagi lagi, mereka cuba membantu mangsa untuk keluar dari kawasan runtuhan, tetapi sukar kerana keadaan yang masih gelap.
"Tolonglah jangan kontroversikan keadaan dengan mengeluarkan kenyataan seperti ini.
"Perkara ini bukan sahaja memburukkan nama penduduk tapi juga pihakpihak lain.
"Cukuplah dengan apa yang telah kami lalui," kata Shahrudin yang turut kehilangan seorang anak lelaki, Shaiful Khas Shahrudin, 20, dalam tragedi itu yang meragut tiga lagi nyawa.
Sementara itu, Jawatankuasa bertindak Penduduk Bukit Antarabangsa menyatakan bahawa ia memuji semua pihak terbabit semasa kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah kerana komitmen dan sumbangan mereka yang tidak ternilai kepada penduduk di sini.
Presiden jawatankuasa itu Datuk N. Muneandy berkata, penduduk di kawasan Bukit Antarabangsa terkejut dengan laporan media bahawa mereka dikatakan tidak berterima kasih kepada agensi terbabit semasa bencana alam itu. BERNAMA
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melihat bahawa cadangan pengambilalihan Institut Jantung Negara (IJN) oleh Sime Darby Berhad semalam memulai gerak langkah Kerajaan BN yang ingin melepaskan tanggungjawab sosialnya dan industri kesihatan negara.
Isu penswastaan institusi kesihatan awam sudah lama kedengaran, namun cadangan yang dikemukakan Sime Darby Berhad semalam benar-benar mengejutkan rakyat kerana ianya disambut dengan begitu santai oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak yang dengan mudah bersetuju pada pengambilalihan itu.
EPU sudah luluskan
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Seri Ahmad Zubir Murshid mengakui bahawa mereka telah menerima surat kelulusan dari EPU semalam selepas mengemukakan cadangan bagi mengambil alih 51 peratus kepentingan Kerajaan dalam IJN.
Ini bermakna Sime Darby Berhad bakal menjadi pemilik majoriti bagi saham IJN di mana kepentingan Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan akan berkurangan kepada 49 peratus sahaja. Ini sekaligus memperjelaskan pada rakyat bahawa IJN akan bertukar tangan dan fungsi, dari Institusi milik kerajaan kepada institusi swasta.
Sama ada pengurusannya akan dirombak atau tidak, itu adalah persoalan kedua. Apa yang paling merisaukan rakyat adalah kadar bayaran perkhidmatan serta obligasi rakyat yang menjadi pelanggan dan pemilik bersama IJN.
Mereka buat keuntungan
Semua orang tahu bahawa Sime Darby Berhad adalah syarikat milik kerajaan (GLC), walau bagaimanapun fungsinya tidak sama dengan organisasi kerajaan lainnya kerana ia adalah organisasi yang membuat keuntungan.
Pada masa ini, melalui Bahagian Penjagaan Kesihatan Kumpulan Sime, mereka telah mewujudkan Pusat Perubatan Pakar Subang Jaya (SJMC), dimana semua orang tahu bahawa kadar bayaran perkhidmatannya begitu tinggi.
Pastinya dalam membuat kebajikan Sime Darby Berhad tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati keuntungan yang bakal dicipta melalui pengambil alihan itu.
Jaminan untuk mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin memang ada dinyatakan dalam prasyarat pengambilalihan yang dibenarkan oleh EPU itu, namun adakah ia benar-benar memberikan ruang yang seimbang antara pesakit yang tidak bekemampuan dengan yang berkemampuan.
Dikhuatiri, perkhidmatannya nanti akan tertumpu pada mereka yang berada, manakala kuota pesakit yang kurang berkemampuan akan diwujudkan dan jumlahnya mungkin kurang dari sekarang.
Ini sekali gus akan memberikan satu tekanan pada rakyat untuk mencari perkhidmatan perubatan jantung alternatif yang lebih murah. Tetapi pada masa itu, mereka sudah tiada tempat untuk dirujuk kerana IJN yang menjadi satu-satunya pusat perubatan jantung negara sudah diswastakan.
Kepentingan 51 peratus saham IJN sudah memberikan Sime Darby Berhad cukup berkuasa untuk menentukan dasar dan hala tuju IJN dimasa akan datang.
Sime mampu, tapi punya agenda tersembunyi
Presiden Sime Darby Berhad turut mengakui bahawa mereka mampu untuk membina pusat perubatan jantung yang baru, walaubagaimana pun beliau risau yang ianya agak sukar kerana memerlukan tempoh yang lama untuk membina reputasi.
Pengakuan ini jelas menunjukan bahawa Sime Darby Berhad mempunyai hasrat yang lebih jauh dalam mengambil peluang bagi mendapatkan profit yang tinggi melalui reputasi dan jenama IJN yang sudah begitu terkenal dalam dunia perubatan sekarang.
Oleh itu, niat Sime Darby Berhad kini menjadi persoalan, kerana mereka sudah memperjelaskan matlamat utamanya untuk menguasai perniagaan perubatan melalui jalan pintas dengan memiliki IJN.
Seandainya Sime Darby Berhad benar-benar ikhlas untuk memberikan khidmat sosialnya, mereka seharusnya mewujudkan sebuah hospital baru dimana pada masa ini negara masih kekurangan fasiliti dan tenaga pakar dalam bidang perubatan jantung serta sektor kesihatan yang lain.
Usaha menubuhkan hospital baru bukanlah suatu bebanan kerana penubuhan yang berasaskan khidmat sosial tidak memerlukan kuasa penjenamaan yang besar untuk bergerak maju ke hadapan.
Kerajaan hanya perlu memberikan kelulusan ruang tanah dan juga sedikit bantuan bagi fasiliti pembangunan untuk menyokong usaha mereka.
Menguasai IJN hanya menyempitkan peluang bagi menambahkan perkhidmatan perubatan dalam negara kerana kadarnya perkhidmatannya statik dalam lingkungan agensi IJN sahaja.
Maka sewajarnya Sime Darby Berhad membina sebuah pusat perubatan baru yang mempunyai fungsi sama dengan IJN bagi memperbanyakkan lagi fasiliti yang sedia ada tanpa menganggu IJN.
Tawaran EPU harus ditarik balik
Oleh itu pihak Kerajaan melalui EPU wajar menarik semula tawaran kelulusan yang diberikan semalam dan membatalkan cadangan pengambilalihan kepentingan Kementerian Kesihatan sebanyak 51 peratus dalam IJN.
Langkah ini lebih strategik dalam mendorong penyertaan syarikat swasta lainnya bagi membuka pusat perubatan baru dan bukannya bergantung pada institusi dan aset sedia ada milik kerajaan yang juga milik rakyat umumnya.
Pemuda Wilayah memandang serius akan perkara ini dan tidak teragak-agak untuk menghantar memorandum bantahan atau demontrasi jika ianya diteruskan.
Pemuda Wilayah juga menyeru agar rakyat bangkit membuat bantahan terbuka kerana ini merupakan satu permulaan. Jika anda berdiam, esok Kerajaan BN akan menjual pula Hospital dan Klinik-klinik Kerajaan yang sedia ada. Kita tidak boleh membiarkan institusi kesihatan negara diswastakan dan Kerajaan BN tidak boleh lepas tangan begitu sahaja.
* Kamaruzaman Mohamad ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan _
Kuala Terengganu – Barisan Nasional (BN) mengekalkan strateginya menjelang pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu dengan mula mencurahkan projek-projek pembangunan ‘mee segera’.
Bermula semalam 18 Disember, beberapa jalan utama di Bandar Kuala Terengganu mula dibanjiri jentera-jentera berat pembina jalan raya dan kerja-kerja menurap semula dilakukan dengan segera.
Tinjauan Buletinonline di jalan Sultan Mohamad Gong Kapas mendapati sehingga jam 2.00 pagi ini (19 Disember) taktor ‘Roadcare’ dan jentera penurap jalan ‘UEM- Road builder’ masih sibuk menurap jalan tersebut.
Amalan ‘membeli undi’ dengan pembangunan ‘mee segera’ adalah strategi yang paling kerap digunakan oleh BN diwaktu yang lalu.
Kali terakhir BN telah menggerakkan pembangunan ‘mee segera’ terus menerus selama 24 jam sehari dan menurap semua jalan di seluruh Ijok sebelum pilihanraya kecil DUN tersebut tahun lalu.
Bagaimana pun strategi ‘menggula-gula’kan rakyat dengan pembangunan ‘mee segera’ tidak dilaksanakan semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Muhammad Mohd Taib (Mad Taib) akan turun ke Kuala Terengganu sekali lagi, hari ini untuk berkempen.
Kempen Mad Taib berselindung mempergunakan agensi kerajaan RISDA diberi nama Lawatan Kerja Menteri Penbangunan Luar Bandar dan Wilayah.
Selepas merasmikan satu acara kecil ‘Kursus Kefahaman Koperasi Pekebun Kecil RISDA (yang mungkin sengaja diada-adakan) beliau akan bertemu dengan jentera pilihanraya UMNO di hotel Primula.
Selepas itu, beliau akan mula akan ‘membeli undi’ dengan menyampaikan sumbangan pakaian untuk kanak-kanak di Dewan Wisma Darul Iman.
Dalam perkembangan yang sama kira-kira 8,000 penduduk Tionghua di Terengganu akan menerima 'duit raya kilat pilihanraya' sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yow mengumumkan demikian, walaupun Tahun Baru Cina masih jauh.
Beliau berkata kerajaan sudah meluluskan peruntukan kira-kira RM25 juta untuk tujuan tersebut menurut laporan akhbar Utusan Malaysia.
Beliau yang juga Pengerusi MCA Terengganu memberitahu, mereka yang terdiri daripada golongan berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan, warga emas berusia 65 tahun ke atas, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal serta duda layak memohon.
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Perunding perubatan Institut Jantung Negara (IJN) hari ini menyangkal persepsi bahawa cadangan penswastaan institut itu adalah sebagai reaksi atas tuntutan kakitangan perubatannya untuk mendapat upah yang tinggi.
Dalam satu kenyataan yang ditandatangani 34 perunding perubatan IJN, mereka mahu persepsi negatif itu diletakkan dalam konteks yang betul.
Mereka membantah kerana mereka bukan berada dalam kedudukan untuk menetapkan keputusan hasil cadangan penswastaan daripada Sime Darby kepada pemegang saham IJN.
"Bagaimanapun, persepsi bahawa cadangan penswastaan itu sebagai reaksi daripada tuntutan untuk upah yang tinggi oleh kakitangan perubatannya adalah satu salah faham yang mesti diperbetulkan sewajarnya bagi melindungi dan memelihara kepercayaan yang diletakkan oleh pesakit ke atas kami," kata mereka.
Menurut satu laporan, Sime Darby telah membuat cadangan kepada kerajaan untuk membeli kepentingan IJN Holdings Sdn Bhd, pengendali institut jantung negara.
Pada masa ini, IJN merupakan pusat perubatan jantung terkemuka di rantau ini dan dimiliki 99.99 peratus oleh Kementerian Kewangan.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa urusan itu ditangguhkan sehingga satu kajian mendalam dijalankan oleh kementerian berkaitan.
Para perunding itu berkata gaji mereka adalah berdasarkan struktur gaji yang berbeza daripada Kementerian Kesihatan dan walaupun ia tidak sama dengan pusat swasta, kajian semula skil gaji mereka dibuat dari semasa ke semasa bergantung kepada kelulusan Kementerian Kewangan.
Mereka berkata hanya tujuh daripada 35 perunding telah meninggalkan IJN untuk bekerja sama ada di pusat swasta di dalam atau di seberang laut dalam tempoh tujuh tahun IJN beroperasi.
"Seperti mana-mana organisasi yang sama saiz dengan kami, sudah pasti ada yang akan meninggalkan organisasi pada sebilangan masa dalam usaha meneruskan laluan kerjaya yang berbeza," kata mereka.
Mereka berkata jumlah perunding yang meninggalkan IJN cuma tiga peratus sahaja dan mereka secara konsisten memperkenal bakat baru tempatan bagi mengisi kekosongan yang ada.
Pada masa ini, 75 peratus daripada perunding IJN telah memegang jawatan mereka lebih daripada 10 tahun.
"Sebagai bukti daripada kadar bilangan perunding yang meninggalkan IJN dan berkhidmat lama di institusi ini, ia adalah logik untuk meneka bahawa pada keseluruhannya kami amat gembira dengan skim yang ada sekarang dan membuktikannya dengan kekal di IJN.
Ramai daripada kami telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun, tidak termasuk masa yang dihabiskan dengan hospital Kementerian Kesihatan sebelum IJN ditubuhkan," kata mereka.
SINGAPURA 18 Dis. - Harga minyak mentah dunia didagangkan di bawah paras AS$40 (RM138) setong hari ini kepada paras terendah sejak empat tahun, walaupun pengumuman Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengurangkan pengeluaran.
Pada dagangan tengah hari, kontrak utama New York minyak berkualiti tinggi Light Sweet untuk penghantaran Januari jatuh AS$0.41 (RM1.41) kepada AS$39.65 (RM136.79) setong.
Kontrak itu ditutup pada paras AS$40. 06 (RM138.20) setong, semalam di New York Mercantile Exchange, penurunan sebanyak AS$3.54 (RM12.21).
Minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Februari jatuh AS$0.38 (RM1.31) kepada AS$45.15 (RM155.76) selepas jatuh AS$1.12 (RM3.86) untuk ditutup pada paras AS$45.53 (RM157.07) semalam.
OPEC yang mengeluarkan 40 peratus minyak mentah dunia telah meluluskan cadangan pengurangan sehingga 2.2 juta tong sehari, tujuh peratus daripada kuota pengeluarannya.
Menteri-menteri 13 ahli pertubuhan itu bermesyuarat di Oran, Algeria, bersetuju mengurangkan pengeluaran dalam usaha untuk meningkatkan harga pasaran, yang telah jatuh daripada paras tertinggi melebihi AS$147 (RM507.15) Julai lalu, ekoran permintaan menurun kerana kelembapan ekonomi global.
Ia merupakan kali ketiga dalam tempoh tiga bulan, OPEC telah mengurangkan pengeluaran dan merupakan pengurangan terbesar sejak pertubuhan itu memperkenalkan kuota pengeluaran pada 1982.
Sebelum pengurangan terbaru ini, sasaran pengeluaran harian OPEC adalah 27.3 juta tong, tetapi penganalisis berkata, pertubuhan itu telah mengeluarkan lebih daripada kuota kerana sesetengah ahli ingin meningkatkan pendapatan.
Penganalisis mempersoalkan sama ada perkembangan terbaru ini akan mencukupi berbanding penurunan mendadak permintaan dengan negara-negara industri utama seperti Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Jepun yang berhadapan dengan kemelesetan ekonomi.
Sementara negara-negara lain seperti China mengalami kelembapan pertumbuhan mendadak.
Harga minyak jatuh, walaupun dolar mencatatkan rekod kejatuhan, sehari selepas Rizab Persekutuan AS mengurangkan kadar asas pinjamannya kepada kosong peratus.
Kelemahan dolar mengakibatkan harga minyak mentah jatuh kerana pembeli menggunakan mata wang yang murah. - AFP
ANGGOTA PAS dan pertubuhan bukan kerajaan mengadakan demostrasi secara aman berhubung penganjuran tarian I-Dance di pekarangan Masjid Jamek Kampung Rawa, Sungai Pinang hari ini. - foto The Star oleh GOH GAIK LEE
PULAU PINANG: Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang tidak membantah kerajaan negeri untuk meneruskan tarian jalanan I-Dance di sini esok dengan syarat ia tidak membabitkan penyertaan umat Islam. Bagaimanapun menurut Ketuanya, Mohamed Hafiz Mohd Nordin, pihaknya masih berpendirian bahawa pertandingan itu harus dibatalkan.
Kata beliau, tarian jalanan itu boleh membawa kesan negatif kepada golongan muda.
"Jika kerajaan negeri ingin meneruskan tarian jalanan itu, maka kami tidak mempunyai pilihan selain mengadakan protes jalanan... ini baru adil untuk kerajaan dan umat Islam di negeri ini.
"Kita tidak menghalang kerajaan negeri untuk menganjurkannya tetapi syaratnya jangan libatkan remaja Islam.
"Kalau nak buat untuk bangsa dan agama lain, silakan," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi membantah penganjuran tarian itu di sini.
Kata beliau, pihaknya bukan sengaja mengadakan demonstrasi membantah tarian tersebut.
"Kami telah melayari laman-laman web berkaitan dengan I-Dance dan mendapati ada elemen-elemen yang boleh menyebabkan masalah sosial di kalangan golongan muda," katanya.
Demonstrasi kali kedua itu disertai lebih 400 orang sejurus selepas solat Jumaat di luar pekarangan Masjid Kampung Rawa di sini.
Jumaat lepas, lebih 200 anggota Pemuda PAS Pulau Pinang mengadakan demonstrasi di pekarangan Masjid Permatang Janggus dekat sini dengan membawa pelbagai sepanduk mengkritik kepimpinan kerajaan negeri yang menyokong penganjuran pertandingan itu walaupun ia mendapat bantahan banyak pihak.
Mohamed Hafiz berkata, penganjur mesti menutup penyertaan dan tidak sesekali melibatkan remaja Islam dalam penganjuran tarian itu.
Pusingan awal pertandingan itu akan diadakan di New World Park esok manakala pusingan akhir di Queensbay Mall pada 27 Disember.
ABBY dan Norman ketika hadir di Mahkamah Syariah Gombak Timur, semalam
Prosiding terhenti 40 minit apabila pelakon lelaki terlalu sedih
KUALA LUMPUR: Pelakon, Norman Hakim sebak dan menitiskan air mata di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam ketika dinasihatkan hakim supaya melafazkan cerai terhadap isterinya, Abby Abadi.
Emosinya itu menyebabkan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menangguhkan prosiding selama 40 minit untuk memberi peluang kepada pelakon itu menenangkan diri.
Namun, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 32, masih sebak dan mengesat air mata menggunakan sapu tangan ketika berada di tempat awam dan selepas 20 minit beliau kembali tenang.
Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 31, yang duduk di barisan belakang tempat awam kelihatan tenang.
Apabila prosiding bersambung jam 11.15 pagi, Norman secara tenang melafazkan: "Bahawa saya Mohamed Norhakim Zaidon menceraikan isteri saya Arbaeyah Abdul Manan dengan talak satu."
Perceraian mereka menerusi perintah mahkamah itu adalah talak kedua iaitu talak rajie mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Pasangan itu bernikah pada 8 Januari 2002 dan bercerai kali pertama dengan talak satu pada 5 Mei 2006 dan disahkan bercerai di mahkamah sama pada 10 Mei 2006 sebelum rujuk semula keesokan harinya.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Mohamed Danish, 5; Marissa Dania, 3; dan Maria Danisha Hakim, 3, bulan.
Norman tiba di mahkamah jam 9 pagi bersama rakannya, manakala Abby ditemani beberapa rakan termasuk Sasha Elite dan suaminya, Salyo.
Abby yang diwakili peguam syarie, Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan cerai pada 5 Disember lalu selepas Norman ditangkap berkhalwat dengan pelakon baru, Memey Suhaiza, di Ukay Perdana 30 Oktober lalu.
Sementara itu, Abby ketika ditemui, berkata beliau akan meneruskan kehidupan seperti biasa demi anak dan perceraian adalah jalan terbaik kerana sudah tiada persefahaman.
"Saya juga tiada halangan jika Norman ingin berjumpa anak. Saya maafkan dia, tapi saya tidak berani janji akan baik dengannya seperti dulu dan urusan tuntutan nafkah anak akan diuruskan sepenuhnya oleh peguam saya," katanya.
Norman pula akur dengan ketentuan takdir serta mengharapkan mereka berdua dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan anak-anak akan terus mendapat kasih sayang mereka berdua.
PUTRAJAYA, 19 Dis (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk tidak menetapkan paras minimum atau harga lantai bagi harga runcit petrol, sebaliknya akan mengenakan cukai ke atas petrol di peringkat runcit jika harga pasaran komoditi itu berada di paras bawah RM1.90.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata dengan itu, orang ramai dapat menikmati kadar penurunan harga minyak jika harga di pasaran dunia menurun sehingga ke mana-mana paras sekalipun dan ia cuma tertakluk kepada kadar cukai yang akan dikenakan kerajaan.
Katanya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri yang turut membincangkan mengenai mekanisme pengapungan harga minyak secara terurus itu minggu lepas.
"Bagi mekanisme ini, kita telah menentukan bahawa harga siling ditetapkan pada RM2.70 seliter dan subsidi 30 sen masih akan diberikan, hanya jika harga pasaran minyak berada di atas paras RM1.90.
"Jika harga purata minyak mentah dunia dunia berada di bawah paras RM1.90 seliter pula, kita membuat keputusan untuk mengenakan cukai dan kadarnya masih di peringkat perbincangan dan dijangka akan diketahui bulan depan," katanya kepada pemberita semasa mengumumkan kadar Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi November di pejabatnya, di sini, Jumaat.
Shahrir berkata, kadar cukai yang akan ditentukan nanti akan memastikan rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan bagi meningkatkan pembelian dalam negeri dan seterusnya merangsang ekonomi negara.
Katanya, kali terakhir kerajaan menerima pendapatan daripada cukai ke atas petrol di peringkat runcit adalah pada Februari 2006 dan jumlah cukai maksimum yang boleh dikenakan buat masa ini adalah 58 sen seliter.
Shahrir berkata, kaedah menggunakan harga purata dua minggu atau sebulan juga masih diteruskan di bawah mekanisme itu.
Mengenai diesel dan gas petroleum cecair (LPG) Shahrir berkata subsidi masih akan terus diberikan bagi kedua-duanya.
Bagi tahun ini sehingga November, jumlah subsidi bagi petrol, diesel dan LPG adalah RM16.019 bilion dan dijangka mencapai RM20 bilion hujung tahun ini termasuk pemberian rebat, katanya.
Sementara itu, Shahrir berkata kerajaan menjangkakan harga barangan pengguna yang lebih murah bagi suku pertama tahun depan, termasuk bagi barangan import.
Katanya harga bahan mentah bagi barangan tempatan sudah mula menunjukkan penurunan, dan hasil perbincangan antara kementerian dengan pengilang dan pembekal bagi mengurangkan harga juga mula menunjukkan hasil.
Bagi barangan import pula, katanya, kelemahan nilai beberapa matawang yang digunakan untuk urusniaga import turut memberi impak positif kepada negara.
Shahrir berkata, bagi suku tahun pertama tahun depan juga kerajaan akan menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi, kerana masalah inflasi dijangka bukan lagi masalah yang besar.
Mengulas mengenai IHP bagi bulan November, Shahrir berkata ia menepati anggaran kerajaan yang dibuat untuk sepanjang 2008, iaitu 5.5 peratus.
"Dengan pencapaian 5.7 peratus bagi Januari hingga November, bermakna kita sudahpun mencapai 5.5 peratus bagi 2008, dan kalau adanya perubahan bagi Disember yang dijangka akan menurun lagi, ia bermakna bahawa anggaran kita agak tepat," katanya.
Shahrir berkata ia juga menepati unjuran IHP yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia iaitu 5.5 peratus hingga 6 peratus.
Harga minyak dunia dijangka akan turun lagi bagi enam bulan pertama tahun 2009 ekoran dari kelembapan ekonomi dunia. Krisis yang amat dirasai di Amerika kini sudah menular ke Eropah, dan Asia.
China dijangka antara negara terakhir yang bakal menerima kesan ini dimana, kejatuhan ekonomi China dijangka akan menyebabkan ekonomi dunia menjadi lebih buruk.
Proses berkenaan mengambil masa, tetapi jika dilihat pada hari ini, industri pembuatan yang memerlukan Minyak juga sudah mulai menjimatkan daya pengeluaran mereka walaupun harga minyak turun. Ini berlaku kerana produk akhir mereka sudah tidak mendapat tempat dipasaran lantaran persaingan harga yang semakin sengit.
Ini sekaligus akan memberikan impak jangka pendek buat harga minyak yang dijangka akan turun sehingga USD 25 setong sehingga Jun 2009 sebelum naik semula bagi separuh tahun yang berikutnya.
International Energy Agency (IEA) memperkirakan kadar permintaan global sepanjang 2008-2013 lebih rendah sehingga 1,2%. Ini sekaligus mempengaruhi peengeluaran minyak selepas separuh tahun 2009 yang mana syarikat carigali akan menghadkan pengeluaran dan meningkatkan stok simpanan bagi mendesak kenaikkan harga semula, disamping mengurangkan kerugian yang dialami sekarang.
Walaubagaimana pun, kenyataan Shahril Samad Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna tentang akan adanya harga lantai bagi harga minyak bertentangan dengan suasana semasa.
Harga minyak akan menjadi statik pada harga yang bakal diumumkan walaupun hakikatnya ia boleh menjadi lebih rendah dari itu dalam tempoh enam bulan akan datang.
Malangnya Kerajaan BN juga enggan mencadangkan harga siling sekiranya harga minyak naik lagi.
Harga lantai akan memberikan keuntungan pada Kerajaan dan syarikat Minyak tetapi harga siling jika diwujudkan akan memberikan kebaikkan buat rakyat. Win-win situation tidak wujud kerana hanya rakyat sahaja terpaksa berkorban, sedangkan bila harga minyak naik Kerajaan BN lepas tangan dan membiarkan rakyat berurusniaga dengan pasaran semasa tanpa siling.
Oleh itu, rakyat kena sedar dan desak Kerajaan BN untuk tidak laksanakan dasar harga lantai bagi Minyak. Kalau buat juga, kenalah ada penetapan harga siling juga.
Kabinet telah memutuskan untuk menangguhkan membuat sebarang keputusan berhubung cadangan penswastaan Institut Jantung Negara (IJN) kepada Sime Darby sehingga perbincangan lanjut diadakan berhubung perkara itu.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Bagaimanapun, katanya, keputusan kabinet itu tiada kena mengenai pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu bulan depan.
IJN, yang ditubuhkan pada 1992 dengan kos sebanyak RM15.5 juta, mempunyai kepakaran dalam rawatan jantung dan memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.
Sime Darby dilaporkan telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk memperoleh pegangan dalam syarikat yang mengendalikan IJN.
Syarikat perladangan itu Darby dilaporkan mahu membayar harga premium melebihi penilaian hospital biasa sebanyak 16 kali nisbah harga kepada pendapatan (PE) memandangkan IJN merupakan pusat pakar jantung terkenal di rantau ini.
Bagaimanapun beberapa pihak yang tidak bersetuju terhadap cadangan Sime Darby untuk membeli kepentingan dalam IJN, yang dimiliki 99.99 peratus oleh Kementerian Kewangan.
IJN diurus oleh IJN Holdings Sdn Bhd, milik penuh Kementerian Kewangan.
Sementara itu, menurut laporan Bernama, Najib berkata rancangan Sime Darby Bhd untuk mengambil alih 51 peratus ekuiti dalam IJN ditangguhkan hingga kajian mendalam dilakukan oleh kementerian-kementerian yang berkaitan.
Semalam, Sime Darby berkata kerajaan secara dasarnya memberi kelulusan kepada syarikat berkaitan kerajaan itu untuk mengambil alih kepentingan dalam IJN Holdings.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata pihak yang terlibat dalam kajian itu termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan serta Unit Perancang Ekonomi.
"Sekiranya IJN diserahkan kepada Sime Darby, ia bererti sumbangan kerajaan untuk pembedahan, akan terus dilakukan," kata Najib.
Najib juga berkata kerajaan memberi persetujuan pada dasarnya, tertakluk kepada syarat tanggungjawab sosial IJN yang tidak akan dipinggirkan.
Tambah beliau, kajian itu akan mengambil masa beberapa bulan.
Bagaimanapun, Najib berkata faktor masa tidak penting.
"Apa yang penting ialah keputusan itu akan menguntungkan rakyat dan akan menjadikan IJN pusat jantung bertaraf dunia," katanya.
1. I have always been for privatisation. In fact privatisation started during my time. People know all about the Government companies, departments and functions which were privatised. Some were successful, some were not. But I don't think people know about privatisation proposals which had been rejected. I know about them because the proposals were studied carefully before they were rejected. There were reasons of course but there was no necessity to make public the rejections or the reasons.
2. With regard to the Institut Jantung Negara, I must say I have a personal attachment to it. I don't think I need to explain why. The IJN is really the institution that is physically closest to my heart.
3. IJN is a unique institution. It started as a Government department but the Government felt that it was unfair to put the staff on Government pay scheme. So it was corporatised. As a corporate body it has been successful in giving the people good service. It is one institution that has not been subjected to criticisms and vilifications by the press or the public as most other institutions have been. We often hear of its many "firsts" and we are proud of them.
4. The doctors and nurses are very well trained and efficient. During the 50 days I was hospitalised there I never heard them complain about their salary or how they have been treated. They seem to me to be a happy lot. They are not mercenary, thinking only of their pay. I think they love their work; they love to see their patients recover and go back to normal, especially their transplant patients.
5. The service they provide is excellent. People usually complain about their personal grouses to me. But not a single patient, rich or poor that I have met has voiced complaints to me or to the people I know about their bad experience with IJN.
6. Maybe I am biased because I owe my life to IJN. But I think as a corporatised institution the IJN has done extremely well.
7. If it is going to give the same service to civil servants and pensioners the Government will have to pay out the same amount of money after privatisation. How does the Government gain? Besides if the poor are going to be charged the same low fees and charges how does Sime Darby make money? Or will the Government continue to subsidise an ever growing bill for treatment of the poor? If so why is there a need to privatise? How does Sime Darby, a business entity make money when 80 per cent of the patients are poor?
8. Some of the major surgeries performed there are so costly that the IJN lost money on them. Will Sime Darby shoulder these losses?
9. There are far too many questions about this privatisation which need to be answered. Some I think cannot be answered.
10. I seldom oppose privatisation but this is one instant when I feel privatisation is the wrong thing to do.
11. Leave this institution as it is. It is our pride and it is doing a good job as it is.
12. The Barisan Nasional Government is not too popular today. Why do something that may give the opposition another issue to belabour the Government.
When Institut Jantung Negara (IJN) - National Heart Institute - was launched in 1992, the Malaysian government promised that IJN would be a centre to serve all people with heart diseases, irrespective of race and with due care and treatment for the poor.
Assurance was given that heart patients would be treated fairly as in all government-run hospitals and that IJN would not be an exclusive hospital for the rich and well-to-do. People from all walks of life would be allowed to enjoy the facilities in the special heart hospital.
This aspiration of IJT to help poor heart cases is now shattered by the announcement that IJN would be handed to a private company, albeit the largest corporation in the country - Sime Darby.
PRIVATISED HOSPITALS ARE RUN ON A BUSINESS BASIS WITH OBJECTIVE OF EARNING PROFITS - TO MAKE MONEY
It is unlikely that Sime Darby will run IJN as a social and charitable hospital, like a government hospital. Its objective is to earn as much profits as possible. There are too many private hospitals in the country which charge substantially, which only the rich could afford.
With Sime Darby at the controls of IJN, the poor who form the majority of the patients will suffer, and being unable to pay, they will not have access to health care offered by IJN as of today.
The government stands to lose by giving control of IJN away:-
1 IJN is a going concern and successfully managed and bringing great benefits to the people and a sound reputation internationally as a well-organised heart centre.
2. as an institute with excellent facilities and world class medical expertise, it is well placed to lead the battle against the threat of heart disease as the number one killer in the country. This is the sacred duty of IJN. This role cannot be performed by a private hospital whose aim is to make profits.
3. The government must not relinquish its responsibility by giving up the one place where heart patients look confidently for care and treatment, in particular the poor of this country.
Biro Pengaduan Awam (BPA) didakwa enggan menerima rungutan penduduk Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru walaupun mereka hadir bersama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pagi ini.
Menurut penasihat jawatankuasa bertindak kumpulan itu Syed Othman Syed Abdullah, pesuruhjayanya Datuk N Siva Subramaniam sendiri hadir di pejabat biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu di Johor Bahru.
Bagaimanapun biro itu tidak bersedia menerima aduan penduduk berhubung perobohan rumah-rumah mereka dan penempatan semula dengan alasan "mereka (BPA) tidak dimaklumkan terlebih dahulu" dan juga "tidak membawa aduan bertulis", kata Syed Othman.
Setelah satu berada sejam di pejabat biro, Siva dan lima wakil Pertubuhan Kebajikan Kampung Baru Plentong Tengah (PKKBPT) meninggalkan tingkat 21 bangunan Komtar tanpa membuat sebarang aduan.
Syed Othman memberitahu Malaysiakini lagi, kelima-lima mereka bagaimanapun tidak menemui sendiri pegawai biro berkenaan dan mereka dimaklumkan tentang keengganan itu daripada Siva.
"Dalam masa satu jam itu, tiada ada apa-apa keputusan melainkan kekecewaan," katanya, yang juga ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Johor.
Menurutnya, Siva memaklumkan kepada mereka, "daripada semua biro aduan awam (di seluruh negara), inilah negeri yang paling mengecewakan."
Dihubungi hari ini, pesuruhjaya itu (foto) mengesahkan tiada temujanji dibuat antara biro berkenaan dengan Suhakam untuk membincangkan isu penempatan baru penduduk di Bukit Dagang.
Katanya, kehadiran mereka bersama penduduk hari ini bertujuan mengemukakan butir-butir tentang pengaduan penduduk di lokasi tersebut, kira-kira 50 km dari Kampung Baru Plentong Tengah.
Tambahnya, suruhanjaya itu akan menulis surat selepas ini untuk bertemu Biro Pengaduan Awam bagi membawa isu itu semula.
Dalam pertemuan ringkas beliau dan dua pegawai suruhanjaya, tambah Siva, biro berkenaan memaklumkan terdapat satu aduan berhubung penempatan di tempat tersebut.
Pengadu mendakwa tidak diberikan tempat untuk tinggal di Bukit Dagang.
Bagaimanapun siasatan biro tersebut mendapati pengadu tidak pernah membuat permohonan, tambah Siva.
Malaysiakini gagal mendapatkan reaksi salah seorang penolong pengarah BPA Abdul Karim Atan yang bertemu dengan pesuruhjaya itu.
Seorang pegawai wanita, yang enggan mendedahkan namanya, berkata BPA akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini secepat mungkin.
Pengerusi penaja PKKBPT Kamarul Arifin Yusa (foto) mengesahkan BPA tidak merekodkan sebarang aduan berhubung perkara tersebut.
Dengan layanan yang baik, katanya, BPA meminta penduduk menyiapkan aduan secara bertulis kepada biro tersebut.
Ditanya sebab penduduk tidak membuat temujanji dengan BPA sebelum ke pejabatnya 9.30 pagi tadi, beliau berkata:
"Hendak buat aduan, apa perlu dibuat temujanji terlebih dahulu. Kerana aduan (seharusnya) buka setiap masa," katanya.
Rancangan wakil penduduk untuk mengiringi pesuruhjaya Suhakam itu berjumpa dengan Menteri Besar Johor dibatalkan kerana Datuk Abdul Ghani Othman bercuti di luar negara sehingga hujung bulan ini.
Perjumpaan tertutup antara suruhanjaya itu dengan Abdul Ghani dirancang, antara lain, bagi membangkitkan isu pampasan yang sewajarnya kepada penduduk daripada kerajaan negeri.
Mereka juga memohon bantuan persediaan untuk anak-anak ke sekolah memandangkan sesi persekolahan tahun baru akan bermula dua minggu lagi.
Suhakam mengadakan lawatan dua hari sejak semalam untuk meninjau nasib penduduk selepas menerima aduan wakil-wakil PKKBPT di Kuala Lumpur, 11 Disember lalu.
Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.
Video klip best...penuh dengan msg kesedaran untuk rakyat yg tido...bangkitlah menentang kerajaan korup!!!Harga barang makin naik...Mat Mongol tak abis2 dgn projek rangsangan ekonomi....