Ditulis oleh SM Noor |
Sunday, 29 June 2008
|
Dinyatakan dengan jelas dalam Rancangan Struktur Negeri Terengganu 2005 – 2020, Petronas telah membina sistem bekalan gas melalui paip PGU yang disalurkan terus dari Kerteh, malangnya, sistem tersebut adalah untuk diagihkan kepada negeri-negeri lain di Selatan negara ini Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS telah menawarkan hak ekslusif kepada mana-mana syarikat petroliam yang berhasrat untuk melabur dalam membekalkan kemudahan gas untuk kenderaan (Natural Gas Vehicle)
Exco kerajaan, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan Kelantan akan memberikan subsidi kepada rakyat bagi membuat pertukaran peralatan kereta, dari menggunakan petrol kepada gas serta kenderaan berat akan diberikan kemudahan penyimpanan gas.
Beliau berkata tindakan tersebut akan dapat membantu mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk menghadapi masalah kenaikan harga minyak.
“Cita-cita kami adalah untuk menjadikan Kelantan Hub bagi penggunaan kenderaan menggunakan gas dalam negara ini” beliau memberitahu wartawan selepas ceramah di Stadium Sultan Muhammad kelmarin.
Husam juga berkata penggunaan gas untuk kenderaan telah terbukti lebih murah dalam jangka masa panjang berbanding minyak, namun penggunaannya juga mesti berhemah.
Beliau berkata Petronas adalah syarikat tunggal yang membekalkan gas untuk kenderaan dinegara ini, telah dihadkan untuk memasuki negeri Kelantan, justeru itu, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan syarikat bagi membolehkan sector gas untuk kenderaan dibangunkan.
Tindakan kerajaan Kelantan dilihat lebih praktikal dalam membantu rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga minyak dan mendahului negeri Terengganu.
Secara perbandingannya, Terengganu lebih berkemampuan untuk melaksanakan perkara tersebut, sekiranya benar-benar kerajaan Terengganu mempunyai kesungguhan untuk membantu rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham A. Aziz pada di Parlimen pada 13 Mei lalu, sebanyak 748.2 bilion kaki padu gas dikeluarkan di Terengganu pada tahun 2007.
Pengeluaran yang begitu banyak dari bumi Terengganu, lebih dari mencukupi untuk menampung bekalan bagi rakyat Terengganu.
Dengan mudah sahaja perbincangan boleh dilakukan diantara kerajaan Terengganu dan Petronas bagi menyediakan infrastruktur kemudahan membekalkan gas untuk kenderaan kepada rakyat Terengganu.
Sebenarnya rakyat Terengganu telah mengalami banyak kerugian akibat keputusan pemimpin yang tidak mengetahui apakah yang patut menjadi keutamaan kepada rakyat.
Dinyatakan dengan jelas dalam Rancangan Struktur Negeri Terengganu 2005 – 2020, Petronas telah membina sistem bekalan gas melalui paip PGU yang disalurkan terus dari Kerteh, malangnya, sistem tersebut adalah untuk diagihkan kepada negeri-negeri lain di Selatan negara ini
Sumber pendapatan dari hasil royalti minyak sepatutnya dapat dinikmati oleh rakyat Terengganu dan bukan digunakan untuk melaksanakan pembangunan yang tidak memberikan manfaat, sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu sejak empat tahun yang lalu. Bayangkanlah, RM 500 juta yang dibelanjakan untuk Pulau Duyong dan Pulau Wan !
Katakanlah untuk membina sebuah stesen yang membekalkan gas untuk kenderaan sebanyak RM10 juta, bermakna sebanyak 500 stesen sedemikian dapat dibangunkan.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said mengatakan kelmarin, kerajaan negeri akan menyimpan dalam deposit sebanyak RM 1 bilion untuk kegunaan kerajaan akan datang, sekiranya mendapat bayaran tunai royalti minyak pada bulan September yang akan datang.
Apa salahnya sekiranya kerajaan mengagihkan sedikit dari bayaran royalti yang bak diterima untuk menyediakan kemudahan bekalan gas untuk kenderaan. Namun langkah tersebut hanyalah dapat diambil sekiranya pemimpin UMNO Terengganu benar-benar bertanggungjawab bagi membantu rakyat |
0 comments:
Post a Comment