+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, June 30, 2008

Anwar tidak dikhianat - PM

Utusan Online

PUTRAJAYA 29 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang terkejut dengan dakwaan penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat berkata, pihak polis wajar menyiasat laporan yang dibuat oleh pembantu khas pemimpin politik itu.

Tegas Perdana Menteri, siasatan perlu dilakukan bagi memastikan kebenaran dakwaan tersebut.

Menurut Abdullah, beliau tidak mengetahui langsung tuduhan ke atas Anwar tetapi ada mendengarnya daripada seseorang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

''Sebab itu saya nak pastikan, saya kena tanya reporter (wartawan) apa halnya sebab reporter ni tahu macam-macam.

''Kalau dah begitu, pihak polis kena ambil tindakan ke atas laporan yang diberikan kepada mereka.

''Soal apa yang Datuk Seri Anwar kata (nafikan), itu bukan sesuatu yang boleh kita tentukan... dia tentulah buat penafian kerana lazimnya begitulah, orang yang dituduh akan buat penafian," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan program Bumi Hijau Warga Putrajaya Bersama Perdana Menteri di Presint 9 di sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas tindakan Anwar menafikan laporan polis mengenai dakwaan meliwat seorang pembantunya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyifatkan dakwaan itu 'hanya rekaan semata-mata'.

Petang kelmarin, satu laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berusia 23 tahun di Balai Polis Traves di ibu negara, yang mendakwa dia telah diliwat oleh seorang pemimpin politik.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, siasatan terperinci akan dilakukan ke atas laporan lelaki berkenaan yang mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara.

Ditanya mengenai kenyataan Anwar yang menyifatkan dakwaan liwat itu bertujuan menyekat kebangkitan karier politiknya selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum Mac lalu, Abdullah berkata:

''UMNO tidak fikir nak kacau dia macam itu... BN (Barisan Nasional) tidak fikir nak susahkan, nak kacau dan nak timbulkan perkara-perkara macam ini... nak buat perkara yang dia tak buat, kita tidak ada niat seumpama ini."

Tegas Perdana Menteri: ''Tidak terlintas di hati saya langsung untuk buat dan khianati dia dan saya percaya kawan-kawan saya dan Datuk Seri Najib (Tun Razak) tidak fikirkan perkara ini."

Menurut Abdullah, orang yang terlibat dalam dakwaan itu berhak membuat laporan dan mana-mana pihak termasuk kerajaan tidak boleh menegahnya daripada berbuat demikian.

''Benda sudah berlaku, orang yang terlibat sudah pun buat laporan...kita nak buat apa.

''Kita (juga) tidak ada rancangan untuk buat sesuatu ke atas dia (Anwar) kerana dia kata sudah pulih dalam politik," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah enggan mengulas identiti lelaki yang membuat laporan tersebut tetapi PKR menamakan lelaki itu sebagai pembantu khas Anwar.

Menurut Chin Ah, pihaknya tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menahan Anwar dalam masa terdekat walaupun satu mesej dihantar oleh PKR memberi amaran pemimpin itu akan ditahan minggu ini.

2 comments:

Unknown said...

semestinya org ramai tidak akan mempercayai yang Pak Lah tidak terlibat dlm hal ini, terutamanya penyokong2 anwar.
kasihan Pak Lah, sikap keterbukaan nya terhadap kritikan menyebabkan beliau di label sebagai PM yang lemah.
Tapi Pak Lah sebenarnya adalah seorang pemimpin yang berani dan bersikap terbuka.

Sang Pemantau said...

saya percaya paklah mungkin tak terlibat...ini adalah konspirasi melibatkan najib yang nak tutup kes dia dgn altantuya...
paklah berani???mmg berani membelanjakan wang rakyat dgn beli jet, kapal layar, monsoon cup...berani naikkan harga muinyak secara mendadak...berani tidur kat khalayak ramai...banyak lagi....:)

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |