+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, July 29, 2008

Idris Jusoh ‘Juara’ - Senggara kereta kerajaan tertinggi, lebih suku juta

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Editor
Thursday, 24 July 2008

Bekas Menteri Besar Terengganu sekali lagi ‘Memahat Sejarah Mencipta Tamadun’ kerana di anugerahkan sebagai juara, walaupun kini hanya menjadi wakil rakyat biasa

Setelah lebih 3 bulan dipecat sebagai Menteri Besar, kerana tidak diperkenan oleh istana Terengganu, nama Idris masih menjadi sebutan.

The image “http://buletinonline.net/images/berita8/idrisjuara.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Yang terbaru, beliau telah memenangi anugerah sebagai ketua kerajaan yang mempunyai kos penyenggaraan kereta kerajaan Proton Perdana V6 Executive paling mahal dalam sejarah Terengganu, mungkin seluruh Malaysia.

Setelah merampas Terengganu dari PAS pada tahun 2004, nampaknya benar sebagaimana tohmahan ramai, Idris dan gengnya betul-betul ‘menggasak’ pitih rakyat Terengganu.

Dari segi penggunaan wang dana khas a.k.a. pitih royalti, tiada seorang pun yang boleh menandingi, bagaimana Idris ‘memboroskan’ dan membereskan berbilion ringgit wang rakyat hanya dalam masa empat tahun.

Membangunkan ‘Monsun Cup’ dan segala kemudahan acaranya di Pulau Duyong serta membina Taman Tamadun Islam Hadhari di Pulau Wan Man, mengotakan janjinya mengadakan pembangunan sebagai ‘sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini’.

Allah yang maha kaya, menunjukkan segala-galanya kepada seluruh rakyat Terengganu, supaya merenung sejenak dan berfikir!

Dilaporkan oleh media perdana, semakan yang dibuat ke atas perbelanjaan penyenggaraan kereta-kereta para eksekutif, sepanjang 2004 sehingga 2008 menunjukkan kenderaan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh mencatatkan perbelanjaan tertinggi iaitu sebanyak RM235,123.08.

Walaupun diperbetulkan oleh SUK pada hari ini, jumlah baru RM131, 449.83, masih banyak berbanding apa yang dibelanjakan oleh semua exco-exco semasa kerajaan PAS dulu.

Sementara itu, kenderaan dengan nombor pendaftaran TAG 6996 yang digunakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yaw, mencatatkan perbelanjaan kedua tertinggi sebanyak RM175,229.79. sepanjang tempoh itu.

Dalam tempoh empat tahun itu juga, kenderaan jabatan yang digunakan oleh Pengerusi Biro Pertanian, Datuk Mohd. Jidin Shafie mencatatkan kos penyenggaraan ketiga tertinggi iaitu pada kadar RM95,178.15. Kenderaan bernombor pendaftaran TT 7 itu telah dibeli oleh Mohd. Jidin.

Kenderaan yang digunakan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dengan nombor pendaftaran TAG 8228 (TAK 415) pula mencatatkan kos selenggara keempat tertinggi sepanjang tempoh empat tahun tersebut iaitu sebanyak RM92,995.18.

Dalam pada itu, kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive paling rendah sepanjang tempoh itu ialah yang digunakan oleh Datuk Wan Hisham Wan Salleh iaitu sebanyak RM15,069.32.


Seperti Mohd. Jidin, Wan Hisham juga telah membeli kenderaan bernombor pendaftaran TT 6 berkenaan


'Tak masuk akal'


Akhbar media perdana mengulas lagi bahawa kos menyenggara kereta Proton Perdana V6 Executive, kenderaan rasmi kerajaan negeri Terengganu yang mencecah lebih RM175,000 sebuah atau 25 kali ganda daripada kos sebenar bagi tempoh selama empat tahun disifatkan tidak masuk akal.

Ekoran dari hebatnya tindakan Idris dan Gengnya sehinggakan Proton Holdings Bhd. (Proton) terpaksa menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas untuk membuat penyiasatan dalaman.

Sudah tentu, hasil siasatan mungkin menakutkan, kerana ia tidak menolak kemungkinan berlaku penyelewengan oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja mengenakan harga lebih tinggi untuk mengaut untung semasa penyenggaraan kenderaan kerajaan negeri itu.

Harga yang dikenakan dipercayai 20 hingga 30 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar.

Menurut sumber industri, kos menyenggara kereta Perdana V6 mungkin tidak akan menjadi isu sekiranya kerajaan negeri Terengganu melakukan servis di pusat servis Proton Edar.

Di Terengganu, terdapat sebuah pusat servis Proton Edar dan empat wakil servis.

''Ini kerana, di pusat servis berkenaan, para pengguna tidak akan tertipu kerana harga bagi setiap alat ganti dan kos menyenggara telah diselaraskan di seluruh negara,'' kata beliau.

Sekiranya kerajaan Terengganu menghantar kereta Perdana V6 ke pusat servis Proton, pasti kejadian penyelewengan harga bagi alat ganti dan kos penyenggaraan juga tidak akan berlaku.

Menurut sumber Proton, berdasarkan jadual penyenggaraan kereta Perdana V6, kos bagi perjalanan berdasarkan kilometer (km) dari 1,000 km hingga 100,000 km yang biasanya mengambil tempoh antara tiga hingga empat tahun ialah RM7,032.54.

Bagi kos membaiki atau menggantikan kotak gear pula adalah di antara RM3,000 hingga RM10,000, bergantung kepada bentuk kerosakan yang berlaku.

''Sebenarnya, kos menyenggara kereta Perdana V6 tidak semahal yang didakwa oleh kerajaan negeri itu, sebab itu kos yang dinyatakan seolah-olah tidak masuk akal.

''Kos senggara model ini (Perdana V6) tidak pernah menjadi isu di kalangan pengguna lain dan inilah pertama kali dakwaan seperti itu dibuat,'' katanya.

Sumber Proton menambah lagi, sebenarnya setiap pembeli kereta Perdana V6 akan mendapat jaminan untuk kotak gear dalam tempoh dua tahun sekiranya berlaku kerosakan.

Malah, selepas penggantian dibuat pada kotak gear, pengguna masih diberi jaminan selama setengah tahun atau bagi perjalanan sehingga 10,000 kilometer.

Mengulas mengenai isu kerosakan kotak gear yang didakwa kerap berlaku, sumber itu berkata, perkara itu sukar diulas kerana ia banyak bergantung kepada cara pemanduan.

''Sekiranya kereta berkenaan digunakan dengan cara yang betul, mustahil ia mudah rosak dan begitulah sebaliknya,'' katanya lagi.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |