Kuala Terengganu - Tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak membuat kenyataan mengenai isu kos penyelenggaraan
Proton Perdana V6 Eksekutif yang digunakannya sepanjang berkhidmat dengan kerajaan negeri, disifatkan tidak kena.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, berkata isu kos penyelenggaraan kereta yang tinggi dibangkitkan bukan bertujuan menjatuhkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih itu tetapi sekadar contoh berhubung isu pembelian kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor.
"Dalam hal ini, kenyataan Pegawai Khas bekas Menteri Besar, Kamarulazman Idris untuk membawa perkara ini ke mahkamah tidak berapa kena. Hal ini bukan berkenaan Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar sekarang, tetapi isu penggunaan kereta nasional dan pembelian Mercedes-Benz itu," katanya.
"Kalau kita kata tak boleh kaitkan Datuk Seri Idris dalam hal ini tak boleh juga, kerana kita memberi contoh bermula 2004 hingga 2008, ketika zaman pemerintahan beliau berikutan sebelum itu kerajaan negeri diterajui parti pembangkang. Ia sebenarnya hanya berkaitan angka dikeluarkan yang dijadikan contoh.
"Walaupun berlaku kesilapan dalam angka yang disebutkan, tetapi Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mokhtar Nong sudah memohon maaf dan bagi pihak Menteri Besar, saya memohon maaf berhubung kesalahan angka itu," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Kamarulazman pada sidang media khas di Pejabat Adun Jertih kelmarin berkata, Idris kesal dengan kenyataan pihak tertentu menerusi media pada 24 Julai lalu menyebut kos penyelenggaraan kereta bernombor pendaftaran TS 12 mencecah RM235,123 bagi tempoh 2004 hingga 2008.
Katanya, kenyataan dibuat kepemimpinan negeri itu tidak benar dan menjejaskan reputasi Idris sebagai ahli politik selain dilihat cubaan menjatuhkan karier politiknya.
Wan Ahmad Nizam berkata, kerajaan negeri masih menghargai dan sentiasa menghormati Idris sebagai bekas Menteri Besar yang banyak membawa kemajuan dan pembangunan ke negeri ini dan berpendapat ia hanyalah salah faham mengenai isu kos penyelenggaraan tinggi yang dibangkitkan.
"Dalam hal ini, saya rasa akhbar tidak sentuh pun isu Datuk Seri Idris berbelanja besar... tidak. Cuma mengangkat balik isu itu (kos penyelenggaraan tinggi Proton Perdana) dan secara kebetulan kereta digunakan beliau menelan kos paling tinggi lalu dijadikan contoh dalam isu pembelian Mercedes-Benz itu," katanya -Bharian Online
rasanya MB Terengganu sekarang ada taktiknya yang tersendiri.mana tidaknya,beliau membuat tindakan yang sungguh mengejutkan dengan pembelian 14 buah biji kereta Mercedes.rupa-rupanya ada kisah jugakla disebaliknya.
BPR pun dah tahan 3 orang pemilik worksyop kerana menggunakan alat ganti tiruan dan secondhand.ada juga yang membuat "penyelenggaran berlebihan".ni kes makan duit la ni.
Setuju dengan jonas, Ada kemungkinan juga pembelian Mercedes ni sebenarnya adalah taktik MB Terengganu untuk membongkar rahsia kos penyelengaraan Perdana v6 yang tinggi dan sukar diterima logik akal.
Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.
Video klip best...penuh dengan msg kesedaran untuk rakyat yg tido...bangkitlah menentang kerajaan korup!!!Harga barang makin naik...Mat Mongol tak abis2 dgn projek rangsangan ekonomi....
2 comments:
rasanya MB Terengganu sekarang ada taktiknya yang tersendiri.mana tidaknya,beliau membuat tindakan yang sungguh mengejutkan dengan pembelian 14 buah biji kereta Mercedes.rupa-rupanya ada kisah jugakla disebaliknya.
BPR pun dah tahan 3 orang pemilik worksyop kerana menggunakan alat ganti tiruan dan secondhand.ada juga yang membuat "penyelenggaran berlebihan".ni kes makan duit la ni.
Setuju dengan jonas,
Ada kemungkinan juga pembelian Mercedes ni sebenarnya adalah taktik MB Terengganu untuk membongkar rahsia kos penyelengaraan Perdana v6 yang tinggi dan sukar diterima logik akal.
Post a Comment