+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, July 29, 2008

Muzakarah: Jangan lupa sokongan bukan Islam pada PAS

Harakahdaily

Azamin Amin
Tue | Jul 29, 08 | 12:19:01 pm MYT

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Muzakarah atau Muqabalah demi umat Islam. Kedua-duanya belum reda dan masih menjadi isu hangat di kalangan rakyat khususnya ahli PAS dan kali ini AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin melontarkan pandangan peribadinya untuk dikongsikan bersama.

Beliau menjelaskan, Muzakarah Umno-PAS ini sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan orang bukan Islam terhadap parti itu yang terkenal dengan slogan 'PAS For All' yang sesuai dengan sifat Islam yang universal.

Katanya, telah menjadi pengetahuan umum sokongan orang bukan Islam menentukan kemenangan Pakatan Rakyat dan menumbangkan Umno-BN dalam pilihan raya yang lalu walaupun media tajaan parti itu tidak henti- henti cuba melakarkan PAS sebagai parti yang melampau dan ekstrem.

"Walaupun terdapat pelbagai lakaran yang negatif, orang bukan Islam tetap menyokong PAS. Sokongan kaum India menyebabkan Dr Mariah Mahmood menjadi calon PAS yang menang di Kota Raja dengan manjoriti yang paling besar .

"Meskipun saya kalah di Tanjung Karang namun sokongan pengundi Cina dan India memihak kepada saya. Sokongan kaum non- muslim kepada PAS alhamdulillah berterusan selepas pilihan raya," katanya dalam blog peribadinya peguampas.blogspot.

Ada juga kaum India yang membubarkan cawangan MIC dan menubuhkan kelab penyokong PAS malah calon tajaan PAS di Ulu Tiram , Johor Kumutha meminta ahli PAS mendoakan agar beliau terus bersama kepimpinan Ulama PAS, kata Hanipa yang juga merupakan seorang peguam.

"Permintaan kaum bukan Islam untuk menubuhkan kelab penyokong PAS semakin hari semakin meningkat. Malahan ahli-ahli kelab penyokong PAS merayu ingin menjadi ahli PAS dan meminta PAS bertindak segera menerima mereka sebagai ahli.

"Malangnya semuanya ini kini mula bertukar sedikit demi sedikit apabila PAS terjebak sekali lagi dengan permainan licik Umno," katanya yang mahu isu politik ditangani secara fathonah ( bijaksana ) seperti yang dianjurkan Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau yang melahirkan kebimbangan PAS mungkin sukar untuk dipercayai lain oleh mana-mana pihak khususnya golongan bukan Islam akibat daripada isu muzakarah tersebut.

"Orang bukan Islam mula bertanya adakah PAS telah mengkhianati sokongan mereka. Semasa pilihan raya lalu kami menolak politik perkauman Umno dan tertarik dengan mesej PAS iaitu 'PAS For All' yang sesuai dengan sifat Islam yang universal.

"Tapi, keluh orang bukan Islam, kenapakah PAS kini mula bercakap senada dengan Umno. Hanya beberapa bulan pilihan raya berlalu, kenapakah PAS bersedia merapati Umno semula. Umno yang semakin lemas kini cuba diselamatkan oleh PAS," katanya yang melontarkan pendapat peribadinya. - mks. _

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |