+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, July 5, 2008

Khairy: Konspirasi jatuhkan Najib gagal

Mstar Online
04-07-2008 11:05:06 PM

POKOK SENA: Tindakan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam menarik balik tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak setelah mendakwa Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam akuan bersumpahnya membuktikan konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin Umno itu gagal.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pengakuan tersebut jelas merupakan satu perkara yang direka cipta oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan agenda politik.

"Jelas, pihak tertentu yang mereka cipta perkara ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti Pakatan Rakyat kerana mereka ada kepentingan dalam hal ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Khairy berkata, situasi itu juga menunjukkan akuan bersumpah seolaholah tiada nilai kebenaran dan berharap masyarakat tidak akan mudah terpengaruh dengan perkara tersebut.

"Yang ada kebenaran hanyalah siasatan polis dan tindakan mahkamah, sebab itulah lepas ni kalau ada lagi, jangan terima atau percaya pengakuan bersumpah itu bulatbulat," katanya.

Dalam akuan bersumpah bertarikh 1 Julai itu, Balasubramaniam yang turut dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya, memberikan beberapa butiran yang didakwanya menunjukkan hubungan awal antara Altantuya dan Najib.

Penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh salah seorang tertuduh dalam kes itu, Abdul Razak Baginda mengedarkan kepada media salinan Akuan Bersumpahnya pada sidang akhbar bersama Anwar di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya semalam.

Bagaimanapun hari ini, Balasubramaniam menerusi M. Arulampalam, seorang peguam yang menemaninya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini, menarik balik semua tuduhan dalam akuan bersumpah itu dan menyatakan bahawa ia tidak tepat dan tidak benar serta dibuat dalam keadaan tertekan.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, beliau akan mengumumkan keputusan sama ada untuk bertanding atau tidak jawatan Ketua Pemuda Umno pada bulan depan.

"Lepas saya pusing satu negara, baru saya akan umumkan," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |