+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, July 1, 2008

Tunang: Saya tetap teguh sokong Saiful harungi dugaan

Mstar Online

01-07-2008 10:56:09 PM

PETALING JAYA: Tunang Mohd. Saiful Bukhari Azlan (gambar), pembantu khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa diliwat, akan tetap berdiri teguh menyokong tunangnya itu dan bersama-sama akan mengharungi segala dugaan yang bakal mendatang.

Janna Syariza berkata, dia akan berdiri teguh di belakang tunangnya dan bersama-sama mengharungi segala kemungkinan dan dugaan yang akan mendatang.

Janna Syariza, pengamal media, meluahkan perkara itu dalam posting terbaru di blognya A Step in My Pink Mary Shoes di bawah tajuk Thru the Storm hari ini.

Dalam posting di laman blog peribadinya www.jannamohdzaki.blogspot.com, Janna juga memberitahu bahawa gambar pertunangannya mereka kini tersebar luas dalam internet sejak dua hari lalu.

Menurut Janna Syariza, dia agak terkilan apabila gambar pertunangan yang dianggap peribadi kini menjadi senjata untuk menghangatkan lagi spekulasi yang berlaku sekarang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Pada mereka yang menyokong saya, saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya akan tetap berdiri teguh di belakang tunang saya dan menghadapi apa saja bersama-sama.

“Saya juga sedar akan perjuangan yang menanti kami di hadapan. Insya-Allah kami akan menghadapinya bersama walaupun ia memakan masa yang lama. Kebenaran akan terbukti jua....,” kata Janna.

Saiful, yang pernah bertugas sebagai pembantu khas peribadi Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat, mendakwa beliau telah diliwat oleh majikannya itu pada 26 Jun di Kondominium mewah di Damansara.

Saiful telah membuat laporan polis pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Saiful, bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dilaporkan pernah nekad untuk membunuh diri kerana tertekan dengan apa yang telah dilakukannya.

Ini diberitahu sendiri oleh ayah saudaranya dalam satu pertemuan dengan wartawan The Star semalam.

Ayah saudara Saiful, yang enggan dikenali berkata, Saiful hampir mengambil jalan pintas untuk membunuh diri kerana dia sedar apa yang dilakukannya adalah satu dosa besar.

“Saiful membuat pengorbanan ini demi negara walaupun dia sedar masyarakat akan memandang serong dan mencemuh dirinya dan keluarga selepas pendedahan ini,” katanya lagi.

"Sebagai keluarga, kami akan berdiri teguh di belakangnya," katanya.

Beliau juga tegas berkata, tidak ada siapapun yang memaksa Saiful membuat pengakuan tersebut dan menyifatkan apa yang terjadi sebagai masalah keluarga.

“Kami tidak mendapat sokongan daripada pihak kerajaan. Kami bersendirian dalam hal ini. Sebagai keluarga kami akan menyokong penuh tindakan Saiful.

“Sebelum ini, kami pernah cuba meminta bantuan pihak kerajaan tetapi mereka memberitahu tidak mahu terlibat sama," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Utama dekat sini.

Beliau juga mengaku sudah beberapa kali menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tetapi diberitahu agar tidak menghubunginya lagi.

Beliau juga memberitahu bahawa anak saudaranya pernah pergi ke Bukit Aman untuk membuat laporan tetapi pihak sana telah menyuruh dia balik setelah mendapat tahu siapa yang terlibat.

Mohd Saiful akhirnya telah membuat laporan di pondok polis Hospital Kuala Lumpur yang sanggup mengambil laporan polisnya, kata ayah saudara Saiful lagi.

“Saiful bukan berada di hospital tetapi di bawah perlindungan polis dan keluarga kami sendiri tidak tahu di mana dia berada kini," katanya.

Ayah saudara Saiful mengaku beliau pernah menjadi penyokong kuat Anwar sebelum ini tetapi tidak lagi selepas apa yang berlaku kini.

Ketika ditanya tentang gambar yang dirakaman Saiful bersama beberapa Menteri Kabinet dan pegawai di Pejabat Perdana Menteri, beliau berkata itu adalah perkara biasa bagi pelajar untuk mengambil foto dengan pegawai kerajaan.

UNIT kondominium disewa oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang menurutnya merupakan tempat dia diliwat minggu lalu.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |