| Malaysiakini |
| Jul 14, 08 11:57am |
| Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan hadir di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk disoal siasat bagi dakwaan kes liwat seperti yang beliau janjikan Sabtu lalu. |
Monday, July 14, 2008
Anwar enggan temui polis 2 petang
0 comments Labels: DSAI, malaysiakini, polis
Gambar kesesakan disebabkan kawalan polis di parlimen.
Mstar Online
14-07-2008 01:31:49 PM
oleh ABDUL RAHMAN SENIN
Kawalan polis di Parlimen kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.
Kesesakan lalu lintas teruk yang berlaku di sekitar Jalan Parlimen pada 9.30 pagi tadi.
Polis trafik mengawal keadaan lalu lintas yang sesak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur sekitar pukul 9.30 pagi tadi.
0 comments Labels: gambar, mstar online, parlimen, polis
Perhimpunan dilarang di Parlimen Malaysia.
Berita Harian
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, Zulhilmi Hat dan Nik Sukry Ramli
bhnews@bharian.com.my
PASTIKAN KETENTERAMAN: Sarjan Baharuddin Harun dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menampal notis di KL Sentral melarang Anwar dan penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di kawasan Parlimen hari ini. |
Mahkamah Majistret perintah usah berkumpul di Parlimen
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini semalam mengeluarkan perintah melarang Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyokong Pakatan Rakyat serta mana-mana orang berkenaan, berada atau berhimpun di perkarangan Parlimen atau lingkungan lima kilometer dari bangunan itu, hari ini.
Perintah yang ditandatangani Majistret Nazran Mohd Sham itu dikeluarkan atas permohonan polis selepas mendapat maklumat bahawa satu perhimpunan bagi menyo- kong usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri akan diadakan di perkarangan Parlimen hari ini.
Perintah itu dikeluarkan selepas mahkamah berpuas hati bahawa Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan penyokong Pakatan Rakyat akan meneruskan perhimpunan itu walaupun tidak memohon permit.
"Mahkamah mendapati satu tindakan segera perlu diambil bagi mengelak sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan orang ramai atau rusuhan jika perhimpunan itu diadakan," kata Nazran dalam perintah itu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sofian Md Yassin, berkata pihaknya memohon perintah mahkamah itu selepas mengetahui perhimpunan berkenaan akan diteruskan walaupun penganjurnya tidak memohon atau mendapatkan permit.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai termasuk pihak penganjur diberi amaran supaya tidak berada atau berkumpul untuk mengambil bahagian dalam sebarang perhimpunan haram yang akan diadakan kawasan terbabit.
"Polis akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 jika Anwar atau mana-mana pihak melanggar perintah mahkamah itu. Salinan perintah mahkamah ini sudah diedarkan ke seluruh negara dan mereka yang masih ingkar akan berdepan tindakan tegas," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Azri Abdul Rahman berkata, pihaknya sudah mengarahkan anggotanya menampal salinan perintah mahkamah itu di tempat awam termasuk perhentian bas, stesen komuter, stesen LRT serta laluan tumpuan orang ramai.
Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman memberi amaran supaya orang awam tidak menghadiri atau menyebar SMS mengenai satu perhimpunan haram yang dijadual diadakan di Parlimen, hari ini.
Perhimpunan haram yang dirancang itu menyebabkan polis membuat sekatan jalan raya dan lencongan di 12 jalan utama di ibu negara sejak kelmarin bagi mengawal keadaan serta menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadirinya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, pula berkata sekatan jalan raya yang dilakukan polis bukan untuk menyusahkan orang ramai, sebaliknya bagi membolehkan polis membuat pemantauan serta menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.
"Penganjur perhimpunan kini cenderung tidak memohon permit menyebabkan kita tidak tahu apa yang akan mereka buat. Jadi kita perlu ambil langkah berjaga-jaga dan membuat pemantauan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam," katanya ketika ditemui di Petaling Jaya, semalam.
0 comments Labels: Berita Harian, parlimen, penindasan, polis
Sekali lagi perintah mahkamah cabul kehormatan parlimen
| Harakahdaily Tarmizi Mohd Jam Mon | Jul 14, 08 | 8:50:22 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 14, Julai (Hrkh) - Perintah mahkamah yang diperolehi polis bagi menghalang Ketua Umum Parti KeAdilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke parlimen hari ini, jelas melanggar perlembagaan kerana telah mencabul doktrin pengasingan kuasa dalam memohon dan mengeluarkan perintah menghalang Anwar itu. Profesor Dr. Abdul Aziz Bari hairan dan berasa aneh bagaimana mahkamah boleh memberi perintah tersebut kepada pihak polis. Ini adalah kali ketiga polis mendapat perintah tersebut, ujarnya ketika diminta mengulas mengenai perintah mahkamah yang diperolehi polis bagi membolehkan mereka menangkap Anwar jika beliau menghampiri kawasan parlimen itu. Perintah menghalang Anwar tersebut dikatakan telah dikeluarkan oleh mahkamah majisteret secara ex-parte, yakni permohonan sebelah pihak. Beliau menyifatkan tindakan polis itu menunjukkan betapa mereka tertekan dan tidak mampu berbuat apa-apa. "Apa yang kita lihat ini cukup ganjil dan tidak pernah berlaku di mana-mana negara bertamadun yang mempunyai perlembagaan bertulis. Hanya negara polis atau negara diktator sahaja yang menyaksikan insiden seperti ini. "Saya kurang jelas undang-udang apa yang dirujuk oleh mahkamah. Apa pun perlembagaan tidak menyebut kuasa mahkamah itu. Malah selama ini ada banyak kes mahkamah yang memutuskan bahawa parlimen mempunyai kata putus dalam hal-hal sedemikian", tegas Aziz yang juga pakar perlembagaan. Ini bermakna, sambungnya, hanya parlimen - kebiasaanya melalui speaker - mempunyai kuasa menyekat atau memerintahkan ahli parlimen atau sesiapa yang difikirkan menghina parlimen meninggalkan dewan. Pihak eksekutif (dalam insiden ini polis) dan mahkamah, ujarnya, tidak mempunyai kuasa atau hak untuk berbuat apa-apa. Dari satu sudut pihak eksekutif dan badan perundangan telah mencabul doktrin pengasingan kuasa dalam memohon dan mengeluarkan perintah menghalang Anwar itu. Malangnya, kata profesor undang-undang itu lagi, parlimen memilih untuk berdiam diri dan membenarkan kehormatannya dicabul oleh kedua-dua pihak tersebut. Aziz berkata, beliau tidak nampak mengapa Anwar perlu dihalang. "Apakah Anwar seorang penjenayah atau seorang yang berpotensi melakukan jenayah? Atau apakah pihak polis mempunyai maklumat bahawa Anwar seorang pengganas?" soal Aziz. Beliau berkata, pihak polis hanya boleh menghalang Anwar sekiranya bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai potensi untuk melakukan jenayah di parlimen. Jika tidak mereka tidak mempunyai kuasa atau hak untuk menghalang apatah lagi menangkap Anwar. Tetapi malangnya, tegas Aziz, mahkamah yang sepatutnya meneliti isu-isu ini mengambil jalan mudah dan membenarkan permohonan pihak polis. Beliau percaya pihak polis menggunakan peruntukan di dalam Kanun Prosedur Jenayah atau Akta Polis 1967. "Tetapi kita harus ingat bahawa kedua-dua status ini adalah undang-undang biasa yang tertakluk kepada peruntukan dan semangat perlembagaan," tegasnya. Katanya lagi, sebagaimana perintah mahkamah dalam kes Protes di KLCC itu, perintah terbaru ini menandakan kegagalan mahkamah mentafsirkan perlembagaan dengan sewajarnya. Menurut Aziz, hanya mahkamah tinggi sahaja yang mempunyai kuasa untuk memberi tafsiran perlembagaan yang kemudiannya boleh dirayu ke mahkamah yang lebih tinggi. Kes ini sepatutnya dirujuk kepada mahkamah atasan supaya isu perlembagaan yang berkaitan dapat dihalusi. Dengan perintah demikian, tegas beliau, akan timbul tanggapan bahawa Anwar adalah seorang yang dianggap oleh polis sebagai suspek atau seumpamanya! Beliau percaya perintah mahkamah itu ada hubungan dengan usul undi tidak percaya yang telah dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan kerajaan gabrah dengan perkembangan terbaru itu. Anwar dan para penyokong Pakatan Rakyat bercadang untuk hadir bagi menyaksikan pembentangan usul undi tidak percaya itu. Tindakan polis dan perintah mahkamah adalah titik hitam yang akan tercatat di dalam perjalanan demokrasi di negara ini dan ia amat memalukan, katanya. "Pihak polis dan mahkamah sepatutnya tidak menghalang satu proses yang dibenarkan oleh perlembagaan sendiri. Soal huru-hara, kacau-bilau dan demonstrasi adalah isu yang diada-adakan,"jelasnya lagi. Pihak polis, jelas Aziz, sepatutnya mengambil langkah mengawal ketenteraman awam supaya undi tidak percaya itu berjalan mengikut prosedur. Apa yang berlaku ini, pada pendapat Aziz, akan memberi gambaran bahawa Malaysia adalah negara polis di mana pihak berkenaan campur tangan di dalam proses demokrasi biasa yang diamalkan dengan aman termasuk di negara-negara ASEAN lainnya. "Kita telah lihat bagaimana kerajaan tumbang melalui undi tidak percaya di Jepun, India dan Thailand," tambah beliau. Aziz menyeru pihak polis dan mahkamah bukan sahaja menghormati tetapi juga mempertahankan perlembagaan. "Ini adalah tanggungjawab semua pihak yang diberi kuasa awam terutamanya para hakim," tegas Aziz sambil mengingatkan bahawa di sisi undang-undang keselamatan bukan cek kosong yang menjadi hak mutlak polis untuk menafikan hak rakyat. - tmj/mks. _ |
0 comments Labels: badan kehakiman, Harakahdaily, parlimen
Perhimpunan besar-besaran di luar Parlimen gagal
Mstar Online
14-07-2008 04:43:09 PM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Polis berjaya menyekat penganjuran perhimpunan besar-besaran di luar bangunan Parlimen yang dijangka diadakan hari ini setelah mengadakan sekatan jalan raya sejak tiga hari lalu bermula Sabtu.
Perhimpunan itu dikatakan dirancang untuk memberi sokongan moral kepada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Notis usul itu dikemukakan Khamis lepas oleh Wan Azizah dan ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata sekatan di beberapa buah jalan utama menuju ke Parlimen dibuat berdasarkan maklumat yang diterima.
"Pihak polis menyiasat secara terperinci maklumat yang diterima sebelum mengambil keputusan untuk mengadakan sekatan lalu lintas," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Dalam pada itu Bernama melaporkan, kira-kira 20 orang termasuk Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin menghadiri perhimpunan di Pasar Seni kira-kira 2 petang tadi dipercayai selepas gagal membolosi kawalan polis di sekitar bangunan Parlimen.
Kumpulan itu bagaimanapun bersurai kira-kira tiga minit kemudian selepas diarahkan oleh pihak polis untuk berbuat demikian.
Perhimpunan itu berakhir secara aman dan tiada sebarang tangkapan dibuat.
Pihak polis yang menghidu kedatangan kumpulan itu telah menampal notis larangan berhimpun di sekitar Pasar Seni sebelum kedatangan kumpulan itu.
Polis semalam mendapat perintah mahkamah untuk melarang orang ramai daripada menyertai perhimpunan di hadapan bangunan Parlimen hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sofian Md Yassin berkata perhimpunan itu adalah perhimpunan haram dan mengingatkan orang ramai yang menyertai, atau menganjur perhimpunan tanpa permit itu, akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Polis 1967.
0 comments Labels: mstar online, parlimen, polis, sekatan
Wakil rakyat Pakatan boikot Parlimen
| Malaysiakini |
| Jul 14, 08 12:03pm |
| Usul tergempar hilang keyakinan pada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dibawa oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat ditolak sebentar tadi. Yang dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang difailkan oleh ketua pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail. Susulan keputusan yang dipertua dewan, semua anggota parlimen PKR, DAP dan PAS meninggalkan dewan beramai-ramai dan memulau sesi persidangan sepanjang hari hingga petang ini. Malaysiakini difahamkan sebahagian ahli parlimen PKR hadir di rumah penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang dipanggil polis bagi siasatan dakwaan liwat terhadapnya - di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. Bagaimanapun mereka dipercayai sedang membincangkan isu-isu yang akan dibawa ke Dewan Rakyat esok. Perhimpunan itu yang tidak dianjurkan oleh parti-parti pembangkang, dikatakan bagi menghadapi usul tidak percaya terhadap Abdullah. Anwar semalam berkata Pakatan Rakyat dan partinya tidak terlibat dalam penganjuran sebarang perhimpunan hari ini. "Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah majistret yang diperolehi secara ex parte oleh ketua polis daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008 (semalam)," katanya. Beliau menganggap perintah mahkamah itu adalah satu "fitnah dan menyalahgunakan proses undang-undang." Katanya beliau akan mengarahkan peguam Pakatan memulakan proses undang-undang untuk mengetepikan perintah tersebut. Usul itu diserahkan untuk dibahaskan Khamis lalu. Menurut usul lagi, BN mencapai kemenangan tipis dengan memanipulasi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan melalui pembohongan. Harga minyak pula, tambahnya, dinaikkan dengan tiba-tiba selepas pilihanraya walaupun timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak - ketika melancarkan manifesto pilihanraya - berjanji ia tidak akan berlaku. Manakala ahli-ahli parlimen BN, katanya, yang menolak sikap tidak bertanggungjawab pemimpin mereka, telah diancam dan dipaksa berdiam diri. Perkembangan tersebut, tambahnya, telah menimbulkan krisis keyakinan terhadap perdana menteri dan anggota kabinetnya. Menurutnya lagi, keyakinan rakyat terhadap polis, peguam negara dan badan kehakiman telah merosot, dan jenayah dan rasuah semakin meningkat. |
2 comments Labels: boikot, malaysiakini, Pakatan Rakyat, parlimen
Debat Anwar VS Shabery: Khabar terbaru….
Semua persiapan debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim vs Menteri Penerangan ,Datuk Ahmad Shabery Cheek di Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jika tidak ada sebarang perkembangan last minute yang menghalang ia akan disiarkan secara langsung tepat jam 9 malam esok 15 Julai.
Cuma sikit saja perubahan iaitu ia akan disiarkan secara langsung menerusi TV9 ( jika menerusi Astro saluran 119 ) dan bukan menerusi TV3 seperti yang diumumkan sebelum ini.
TV3 pula akan membuat siaran ulangan debat itu kemudian.
Perubahan ini tidak dapat dielakan kerana TV3 terikat dengan program asal yang dijadualkan malam itu.
Selain TV9 ia juga akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Awani ( saluran 501).
Promosi mengenai debat yang akan disiarkan menerusi TV9 sudahpun disiar menerusi TV3 dari masa ke semasa.
Pada lewat petang Ahad pihak Bernama TV ( menerusi saluran Astro 502) juga menyampaikan keputusannya nak turut menyiarkan debat itu secara langsung.
Agendadaily selaku penganjur debat ini melihat kesediaan ketiga-tiga stesyen televisyen itu serentak menyiarkannya secara langsung sesuatu yang sangat positif dalam menengahkan budaya perdebatan secara intelektual mengenai sesuatu isu besar negara.
Sementara itu kedua-dua pihak Anwar dan Ahmad Shabery telah bersetuju pada peraturan debat itu yang ditetapkan oleh Agendadaily.Hujah-hujah mereka tidak dibenar melencong.
Moderator Datuk Johan Jaafar akan kendalikan debat itu secara tegas pastikan ia tidak ‘ lari tajuk ’ iaitu terbawa pada isu-isu politik yang tidak berkaitan dengan minyak.
Beliau akan memberi peringatan awal dan kemudiannya menghentikan terus debat jika ia dilanggar.
Formatnya ialah kedua-dua Anwar dan Ahmad Shabery akan menyampaikan hujah masing-masing selama
Ini akan diikuti oleh sesi dimana Anwar dan Ahmad Shabery menyoal satu sama lain sebelum mereka mengulong hujah masing-masing.
Anwar akan membawa penal sendiri (seorang saja) dan begitu juga Ahmad Shabery.
Sehingga pagi Isnin pihak Agendadaily menerima banyak permintaan dari berbagai lapisan masyarakat yang hendak menyaksikan debat di Dewan Tun Syed Nasir.
Namum ia semuanya terpaksa ditolak kerana jumlah hadirin yang akan hadir sudah cukup kuota yang ditetapkan ialah 200 orang tidak termasuk puluhan wartawan dan jurugambar media.
Pihak penganjur mengundang 100 orang manakala pihak Anwar 50 orang dan Shabery 50 orang.
Pemeriksaan keselamatan yang ketat akan dikenakan di pintu masuk Dewan Bahasa dan Pustaka serta di pintu masuk dewan.
Langkah ini adalah untuk memastikan siaran langsung itu berlangsung sempurna tanpa sebarang gangguan. - 14/7/2008
0 comments Labels: agenda daily, debat, DSAI, harga minyak
Sekatan, Parlimen bagai 'zon perang' - Mahfuz
| Harakahdaily Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh Mon | Jul 14, 08 | 3:09:06 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 14 Julai (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menyifatkan sekatan yang berlaku di beberapa jalan raya menuju ke Parlimen hanya menjadikan kawasan Parlimen seolah-olah 'zon perang'. "Kami ahli parlimen juga terpaksa melalui kesesakan yang disebabkan sekatan jalan raya yang dibuat pihak polis," katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi. Sedangkan katanya, Pakatan Rakyat tidak merancang sebarang perhimpunan aman di Parlimen terhadap usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang dibawa Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini. "Kami tidak pernah merancang himpunan, mengapa pihak berkuasa polis perlu mengadakan sekatan hingga menjadikan Parlimen seperti dalam 'zon perang' atau 'zon bahaya'," ujarnya. Beliau seterusnya melihat sekatan jalan raya yang dibuat hari ini hanyalah sebagai usaha untuk menakut-nakutkan pihak tertentu malah menggambarkan kononnya berlaku sesuatu. Beliau juga kesal dengan tindakan pihak berkuasa menghalang wartawan-wartawan dari media alternatif termasuk Harakah untuk masuk ke bangunan Parlimen bagi membuat liputan. "Biasanya mereka boleh masuk sahaja untuk membuat liputan, tetapi mengapa hari ini mereka dihalang, adakah ini kerana kerajaan takut dengan bayang-bayang sendiri,"soalnya. Sementara itu, mengulas mengenai usul Ketua Pembangkang yang ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia beliau menyatakan bahawa usul itu tiada salahnya jika diterima dan dibahaskan. Sementara itu sejak jam 9.30 pagi tadi lagi, beberapa orang wartawan di kalangan akhbar alternatif termasuk Malaysiakini dan Harakah tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen termasuk di pekarangan hadapan bangunan tersebut. Semuanya gara-gara satu perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Kuala Lumpur yang tidak membenarkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan mana-mana pihak yang kononnya menyokong Pakatan Rakyat berada di sekitar 5 kilometer dari bangunan Parlimen. Meskipun krew Harakah cuba berbincang dengan pegawai bertugas di hadapan pos kawalan keselamatan, namun ianya gagal walaupun Harakah tidak pernah dihalang masuk ke Dewan Rakyat sebelum ini. Alasan pegawai tersebut ialah ' ini bukan kebiasaan, yang ada pas biru (pas daripada Jabatan Penerangan) sahaja yang boleh masuk'. Krew Harakah dan beberapa orang wartawan Malaysiakini diarahkan meninggalkan kawasan kononnya yang dikatakan kawasan larangan oleh beberapa orang Pegawai Cawangan Khas. Beberapa minit kemudian, muncul Pengerusi BNBBC, Dato' Seri Tiong King Sing dan timbalannya, Dato' Bung Mokhtar Raden untuk menyelesaikan rungutan wartawan berhubung sekatan memasuki kawasan Parlimen. Krew Harakah hanya menunggu di luar bangunan untuk membuat liputan Parlimen hari ini hingga jam 1.00 petang. Sementara itu usul yang dibawa Wan Azizah menyebut, bahawa pilihan raya umum ke-12 menyaksikan tsunami politik apabila lima negeri dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Menurutnya, BN mencapai kemenangan tipis dengan memanipulasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan melalui pembohongan. Harga minyak pula, tambahnya, dinaikkan dengan tiba-tiba selepas pilihan raya walaupun Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak - ketika melancarkan manifesto pilihan raya - berjanji ia tidak akan berlaku. Manakala ahli-ahli parlimen BN, katanya, yang menolak sikap tidak bertanggungjawab pemimpin mereka, telah diancam dan dipaksa berdiam diri. Perkembangan tersebut, tambahnya, telah menimbulkan krisis keyakinan terhadap Perdana Menteri dan anggota kabinetnya. Rakyat, menurut usul itu lagi, berdepan dengan beberapa krisis seperti kenaikan harga bahan bakar dan makanan. Menurutnya lagi, keyakinan rakyat terhadap polis, peguam negara dan badan kehakiman telah merosot, dan jenayah dan rasuah semakin meningkat. - mks. _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, parlimen, polis