| Harakahdaily Nyza Ayob dan Intan Abdullah Foto Wan Zahari Wan Salleh Thu | Jul 31, 08 | 4:34:28 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - PAS menolak mengadakan sebarang rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi mewujudkan kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sebarang tawaran untuk mewujudkan kerjasama politik tidak lagi berbangkit. "PAS akan terus terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan parti-parti politik, badan bukan kerajaan, institusi ataupun mana-mana individu demi kepentingan agama dan rakyat," ujarnya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini. PAS mengulangi pendiriannya untuk terus kekal bersama pakatan Rakyat dan akan memainkan peranan aktif dan positif termasuk perjuangan bersama untuk membuat perubahan. Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh parti tersebut terhadap mana-mana pimpinan yang mengadakan pertemuan sulit dengan BN, katanya, "tiada yang sulit lagi, kita mengatakan boleh mengadakan pertemuan dengan syarat ia dimaklumkan kepada parti." PAS juga katanya menghargai sokongan bukan Islam dan mereka akan diberikan peranan lebih pada masa akan datang dalam arena politik bersama PAS. Dalam pada itu, Ustaz Abdul Hadi turut menyatakan bahawa pihaknya turut menyatakan sokongan dalam isu Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. "Saya tidak mahu isu ini dipolitikkan. Kalau sekiranya ia tidak boleh (dirujuk kepada mahkamah syariah) Umno kena buat perubahan. "Ya, saya membela siapa yang kena zalim termasuk Dato' Seri Anwar," ujarnya. Sidang media tersebut diadakan sebaik selesai Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS yang dibuat secara bulanan, dengan turut dihadiri Majlis Syura Ulama' yang dipengerusikan Ustaz Abdul Hadi. Turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam sidang media tersebut. Hadir sama, Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah salleh. - mns_
|
Friday, August 1, 2008
PAS tolak kerjasama dengan BN bentuk kerajaan - Presiden PAS
0 comments Labels: Harakahdaily, kerajaan BN, PAS, TGHA
Azizah undur, Anwar tanding di Ptg Pauh
| Malaysiakini |
| Jimadie Shah Othman | Jul 31, 08 3:18pm |
| Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.
Kerusi Bandar Tun Razak diwakili oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (juga wakil Ijok), Lembah Pantai (anaknya Nurul Izzah) dan Gombak pula diwakili oleh naib presiden PKR, Azmin Ali (juga wakil rakyat Bukit Antarabangsa). Ditanya mengapa beliau yang mengosong kerusinya untuk Anwar, Azizah berkata sejak dahulu lalu beliau bersedia berbuat demikian. Wan Azizah menjadi wakil rakyat Permatang Pauh sejak 1999. Sebelum itu, kerusi itu diwakili oleh Anwar selama 17 tahun atas tiket BN. Reaksi Anwar Anwar mewakili kerusi Parlimen Permatang Pauh sebagai wakil BN dari tahun 1982 sehinggalah beliau dipecat dari Umno pada September 1998, dan menjadi ahli Parlimen bebas sehingga dihukum penjara enam tahun keranatuduhan salahguna kuasa. Sementara itu, Anwar pula berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada Wan Azizah. Beliau berkata, perkata itu akan dibincangkan dengan dua lagi parti dalam Pakatan. |
1 comments Labels: DSAI, DSWA, malaysiakini
Thursday, July 31, 2008
Jangan terpengaruh dengan provokasi “Uncle Pet”
“Uncle Pet”, pakcik kepada Saiful Bukhari yang mengaku kononnya “diliwat” oleh Anwar Ibrahim hari ini mencabar “Raja Pet” untuk “bertumbuk” dengannya dimana-mana gelanggang. Lihat video dari Malaysiakini diatas.
Beliau tahu, cabarannya akan menyebabkan ramai orang marah dan jika rakyat bertindak diluar batasan undang-undang, sudah pasti tidak ada sesiapa yang boleh membantunya termasuklah Perdana Menteri, Timbalannya, menantu Perdana Menteri, “budak-budak” tingkat empat, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.
Tetapi mengapa beliau mencabar dengan gaya yang pasti menyebabkan ramai orang ingin melempangnya?
Jawapannya mudah.
Ini adalah satu tindakan provokasi.
Provokasi ini bukan ditujukan kepada Raja Petra kerana umum sudah mengetahui bahawa Polis pun sudah tidak mampu untuk mengekang penggendali laman web Malaysia Today itu. Provokasi ini ditujukan kepada penyokong-penyokong Reformasi dan Pakatan Rakyat.
“Uncle Pet” ini hanyalah umpan sama seperti anak buahnya Saiful Bukhari. Konspirator mahu kekerasan digunakan terhadap umpan mereka agar mereka boleh mengalihkan isu “penipuan tuduhan liwat” kepada isu keganasan penyokong Reformasi dan Pakatan Rakyat.
Jadi semua yang marah dengan “cabaran” Uncle Pet diminta bertenang. Sabar…. Jangan dilayan “Cacing Umpan” ini. Jangan terperangkap dengan “permainan lama” yang sering dimainkan ini. Ingat, SB-SB dibelakang “Uncle Pet”!
4 comments Labels: bloggers united, koleksi video, RPK, sepol bodo
Baling Batu Tangan Sembunyi Dekat Belakang
kickdefella
“PAS cukup menyedari usaha ini yang telah mencetuskan kegelisahan di kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat serta kemarahan ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, kami amat sedar mengapa Umno-BN menggunakan taktik ini dalam keadaan mereka tersepit dengan pelbagai krisis kepimpinan dalaman serta berdepan dengan pelbagai kemarahan rakyat dengan isu kenaikan harga minyak dan inflasi,” – Nasharuddin Mat Isa 26 Jun 2008 di Lobi Parlimen.
Dua bulan yang lalu, sebelum kenyataan di atas dibuat, wakil Pemuda UMNO memberitahu saya bahawa Ustaz Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS membuat temujanji untuk bertemu dengan Abdullah Ahmad Badawi. Saya meminta seorang rakan dari sebuah akhbar untuk menghubungi Setiausaha Politik Perdana Menteri untuk mengesahkan maklumat itu. Setelah mendapat maklumat daripada Setiausaha Politik Perdana Menteri, wartawan tersebut menghubungi Ustaz Nasha.
Ustaz Nasha menafikan bahawa ada pertemuan sedemikian dan menafikan bahawa perlu ada pertemuan sedemikian tanpa mengetahui bahawa rakan saya sudah bercakap dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri.
Di dalam pertemuan dengan saya, rakan tersebut mengeluh, “kenapa pemimpin PAS sanggup berbohong?” Bagi saya Nasha boleh memberi seribu satu alasan untuk dia tidak bercakap benar tetapi bukankah Yang Berhormat Nasha juga yang menyelar rakan blogger saya kerana menulis apa yang di anggap sebagai ‘half-truth’.
“Ia merupakan suatu dakwaan yang tidak bertanggung jawab, tidak beretika dan berunsur fitnah…” Nasharuddin Mat Isa 26 Jun 2008 di Lobi Parlimen.
Seperti biasalah, Kickdefella akan mempertahankan hak Ustaz Nasharuddin untuk berbohong (tapi tentu Ustaz Nasha bukan kaki bohong) tetapi Kickdefella juga akan mempertahankan hak rakan blogger untuk menulis apa yang Ustaz Nasha kata sebagai “Half-truth”. Sikap Nasha seperti, ‘ana buat tak apa kerana ana buat untuk kepentingan parti, tetapi anta buat tak boleh.’ Apa yang Ustaz Nasha silap ialah, apa yang ‘anta’ itu buat adalah untuk kepentingan para pengundi yang telah mengundi PAS kerana mereka bencikan UMNO. Kerana mereka percaya pemimpin PAS bukan seperti segelintir pemimpin UMNO.
“Kick, ini dah dua kali Ustaz Nasha bohong tau, pertama dulu dia bohong pasal pertemuan dia dengan Tantawi di Singapore, mereka berbincang pasal Islam Hadhari lagi…”
Bagaimanapun, ke-belakang-an ini Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok mempertahankan pertemuan dengan Abdullah Ahmad Badawi dan berkata bahawa pertemuan itu adalah untuk kepentingan Islam dan Melayu. Walaupun sebulan yang lalu dia pernah dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata,
“Saya tidak menafikan ia mungkin suatu strategi untuk mewujudkan kontroversi pada Pakatan Rakyat terutamanya di kalangan penyokong bagi mengalih perhatian rakyat dengan kelemahan kerajaan yang sedia ada,” Nasharuddin Mat Isa 26 Jun 2008 di Lobi Parlimen.
Akibat dari kedegilannya mempertahankan pertemuan yang pernah dinafikannya itu, imej PAS tercalar teruk di kalangan pengundi-pengundi mereka terutama dari kalangan yang bukan Melayu. Ustaz Nasha harus sedar bahawa majoriti undi yang PAS terima dalam PRU 12 datangnya dari pengundi yang bukan ahli-ahli PAS dan separuh dari majoriti itu adalah pengundi-pengundi bukan Melayu dan bukan Islam.
Seorang Ahli Parlimen bukan Melayu yang tinggal di Taman Tun memberitahu saya, sekarang ini begitu susah untuk dia membeli Harakah di Taman Tun kerana peniaga-peniaga India disitu sudah tidak lagi menjual Harakah.
Yang peliknya mengapa Ustaz Nasha mahu terus mempertahankan bahawa tidak ada salah bekerjasama dengan UMNO dalam soal Melayu dan Islam kerana yang sudah jelas lagi bersuluh, pertemuan Ustaz Nasha dengan Abdullah adalah pertemuan peribadi dan pertemuan itu dari awal lagi jelas berkisar kepada soalan perkongsian kuasa.
Hampir 100% undi yang UMNO terima di Semenanjung Malaysia adalah undi dari pengundi Melayu. UMNO masih parti terkuat di Parlimen. Ahli-ahli Parlimen Melayu dan Islam masih majoriti di Dewan Rakyat. Jadi apakah logiknya yang kita terdesak sangat untuk bercakap perpaduan Melayu dan Islam?
“It’s a matter of time before Abdullah reveals the detail of the meeting,” kata seorang Ketua Bahagian UMNO kepada saya. “When Abdullah does that, tak tahulah ana-anta you nak sembunyi muka ke mana,” bisiknya lagi. Ketua Bahagian itu berkata bahawa bila gagal usaha untuk menarik PAS ke dalam kerajaan BN, Abdullah akan menukar strategi dan menggunakan intipati perbincangannya dengan Ustaz Nasha bagi menghancurkan ikatan Pakatan Rakyat. ‘Segala yang sensitif’ akan keluar, katanya lagi.
“The best thing for PAS now is to come in open… bagitahu sahaja sebetul sebenar, pertemuan tu kan peribadi dan tak de kaitan langsung dengan keputusan Parti!” Saya hanya mampu mengangguk setuju.
Sekiranya PAS ingin sangat bekerjasama dengan UMNO, apa yang PAS perlu lakukan ialah bekerjasama dengan ahli-ahli UMNO untuk menumbangkan Abdullah. Bekerjasama dengan ahli-ahli UMNO untuk menumbangkan elit-elit UMNO yang sudah begitu banyak menjahanamkan negara.
Hanya kerjasama itu lah sebenar-benarnya kerjasama untuk kepentingan orang Melayu dan Islam dan kerjasama itu sudah tentu untuk kebaikan semua rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit dan tanpa mengira kerpercayaan agama.
PAS harus mulakan kerjasama itu secepat mungkin dengan menghentikan cakap-cakap soal PAS-UMNO tetapi kembali kepada isu sebenar yang membelenggu rakyat Malaysia.
Isu yang melibatkan kesempitan hidup akibat polisi-polisi Abdullah yang langsung tidak bijaksana.
Isu yang melibatkan maruah negara tergadai sekalian lama dibawah pemerintahan Abdullah.
Bekerjasamalah dengan ahli-ahli UMNO, ahli-ahli PKR dan DAP untuk menumbangkan Abdullah secepat mungkin sebelum rakyat akan terus menderita dan negara terus mencorot.
Di dalam waktu yang sama, PAS perlu memperkukuhkan kerjasama dengan PKR dan DAP supaya negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dapat melaksanakan polisi-polisi yang baik untuk rakyat. Ini juga sudah tentu ‘satu kerjasama’ dengan ahli-ahli UMNO juga kerana ini dapat membantu mereka untuk lebih bersemangat menumbangkan Abdullah.
Bukankah itu tanggungjawab kita kepada negara ini?
“I run to PAS not to be with Abdullah, I am here to kick him harder! I thought together we can give that fatal overhead-flying-kick that will send the fella down under, forever” – Sheih Kickdefella.
2 comments Labels: bloggers united, muzakarah, PAS, UMNO
Tawaran Tajol Rosli tidak bermaruah
| Nyza Ayob Wed | Jul 30, 08 | 4:57:57 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Generasi Ilmuan Perak United Kingdom Ireland, (GEMARAK) menyifatkan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali menawarkan pembentukan kerajaan baru diantara Umno dan PAS adalah satu bentuk pembelian prisip yang tidak bermaruah. Setiausaha Gemarak, Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya kepada Harakahdaily mengangggap sebagai sebuah badan non-partisan, Gemarak mengalu-alukan sebarang bentuk perbincangan dan pertemuan kerajaan negeri untuk kebaikan rakyat negeri Perak khususnya. Bagaimanapun katanya, Gemarak melihat mandat dan amanah yang diberikan oleh rakyat perlulah diselenggarakan secara berhemah dan teliti. Jelasnya, keputusan Pilihan raya Umum ke-12 baru-baru ini jelas menzahirkan suara rakyat Perak apabila Dato' Seri Nizar mendapat sebanyak 442,660 undi DUN (52.45%) berbanding Barisan Nasional yang memperolehi 399,565 undi DUN (47.34%). Manakala undi di peringkat Parlimen, Pakatan rakyat memperolehi 449,193 undi (53.32%) berbanding Barisan Nasional 391,461 undi (46.47%). Keputusan tersebut katanya sangat jelas menunjukkan rakyat Perak berkehendakkan Pakatan Rakyat yang didukungi oleh PAS, KeADILan dan DAP sebagai kerajaan untuk memimpin mereka selepas pilihan raya tersebut. "Walaupun demokrasi membenarkan sebarang bentuk perbincangan dan perundingan. Namun demokrasi ala-Malaysia perlulah diselangi dengan asas akhlak dan prinsip perjuangan. "Kerajaan Pakatan Rakyat perlulah menilai mandat rakyat yang berani membuat perubahan ekslusif baru-baru ini. Pilihan rakyat Perak untuk menjadi rakyat di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat juga mendapat perkenan Ke bawah Duli Sultan Perak, selaku pemerintah Negeri Perak,"katanya. Sehubungan itu katanya, Gemarak berharap para pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat Perak perlulah sentiasa berwaspada akan mandat yang diberi oleh rakyat untuk bersama kerajaan Pakatan Rakyat. Pada 28 Julai lalu, Tajol Rosli yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Perak menawarkan kepada PAS cadangan untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak yang jika dapat direalisasikan bakal menjadi simbol perpaduan politik Melayu dan Islam. Beliau menyatakan, Umno juga bersedia menerima wakil PAS sebagai Menteri Besar Perak yang mana beliau sendiri tidak akan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan kerana tidak mahu dikata hendak menguasai pentadbiran negeri. Menurut beliau, Perak boleh menjadi medan terbaik untuk PAS dan Umno memulakan kerjasama antara kedua-dua parti itu memandangkan penduduk negeri ini terdiri daripada pelbagai kaum berbanding Kelantan yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu. Kenyataan Tajol rosli itu menerima bantahan banyak pihak. - mks. _
|
0 comments Labels: Harakahdaily, Perak, UMNO haprak
Pusrawi: Saiful tidak diperiksa kes liwat
| Malaysiakini |
| Abdul Rahim Sabri | Jul 30, 08 3:56pm |
| Hospital Pusrawi hari ini menjelaskan pegawai perubatannya Dr Mohamed Osman Abdul Hamid "tidak memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan berkaitan dengan liwat". "Dr Mohamed Osman pegawai perubatan Hospital Pusrawi tidak memeriksa pesakit berkenaan berkaitan dengan sodomi," kenyataan hospital itu dipetik. Dalam kenyataan lima perenggannya, hospital itu juga berkata ia tidak pernah mengeluarkan secara rasmi dokumen pesakit berkenaan seperti yang diedarkan dengan meluas di internet sejak kelmarin. Ia juga menyatakan Dr Mohamed Osman juga bukan seorang doktor pakar, tetapi seorang pegawai perubatan di klinik kemalangan dan kecemasan Hospital Pusrawi. "Dr Mohamed Osman telah menasihatkan pesakit itu Mohd Saiful supaya diperiksa lanjut oleh doktor pakar di hospital kerajaan," kata hospital itu. Kebocoran laporan pemeriksaan tersebut dianggap oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sebagai "bukti" bahawa dakwaan terhadapnya "tiada asas" dan "bermotifkan politik." Dalam sidang media di hospital itu, pengurus besarnya Wan Mahmood Wan Yaacob (foto, kanan) tidak menolak kemungkinan salinan laporan itu sahih dengan berkata "ia kelihatan sama (dengan salinan asal)." "Salinan asal ada dengan saya," katanya apabila ditanya beberapa kali kesahihan salinan yang kini disebarkan di internet sejak kelmarin. "Nampak sama tapi tidak sama." Beliau menambah, Hospital Pusrawi sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran laporan tersebut. "Tujuan siasatan dalaman, pertama sekali kita mahu sahkan apa yang yang dikeluarkan itu sama dengan apa yang ada pada kita. "Kedua, kalau betul, kita hendak tengok siapa yang berkemungkinan membocorkan laporan sehingga menyebabkan maklumat tersebut dapat kepada pihak ketiga Dr Mohamed Osman, tambahnya, mula berkhidmat di Hospital Pusrawi awal tahun ini. Pengarah perubatan Dr Kamaruddin Ahmad (foto, berbaju putih) di sidang media yang sama berkata Dr Mohamed Osman "seorang doktor yang baik" dan "kewibawaannya tidak dipertikaikan." Jelasnya, Mohd Saiful pada mulanya mengadu mengalami masalah perut dan kesukaran membuang air besar. Selepas diperiksa oleh seorang doktor wanita, kata Dr Kamaruddin lagi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman dan kemudian mengadu diliwat. Menjelas lanjut isu tersebut, Wan Mahmood berkata terdapat dua gaya tulisan tangan di laporan pemeriksaan kesihatan Mohd Saiful kerana dua doktor terlibat. "Memang ada dua tulisan. Dua tulisan ini saya difahamkan, tulisan pertama, pesakit datang dan hendak berjumpa dengan doktor. Dia dirujuk kepada doktor perempuan yang bertugas pada hari itu. "Tetapi apabila doktor perempuan ambil kenyataannya (Mohd Saiful) sedikit, sudah tiba waktu untuk pemeriksaan selanjutnya, beliau serahkan kepada doktor lelaki (Dr Mohamed Osman)," katanya. |
2 comments Labels: DSAI, konspirasi, malaysiakini, sepol bodo
"Hubungan sesama 'pakatan' masih mantap" Wan Azizah
| | | |
| Oleh Mstar | |
| Selasa, 29 Julai 2008 | |
| PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yakin keanggotaan Pas bersama Pakatan Rakyat akan terus kekal dan mantap. “Hubungan kami (PKR, Pas dan DAP) masih baik dan akan terus baik seperti biasa,” kata beliau kepada mStar Online untuk mendapatkan ulasan mengenai tanda-tanda keretakan yang wujud dalam Pakatan Rakyat apabila Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh mempersoalkan keanggotaan Pas bersama Pakatan Rakyat. Ditanya mengenai cadangan yang dikemukakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai pembubaran Pas dan Umno bagi membentuk sebuah parti baru, beliau berkata, perkara itu mungkin hanya cadangan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah orang Melayu. “Mungkin beliau (Nik Aziz) cuba selesaikan masalah. Namun saya belum mendapat penjelasan lanjut mengenai cadangan yang dikemukakan itu. “Kita perlu dengar dulu penjelasan Pas. Buat masa ini saya tak boleh beri komen lanjut,” katanya. Beliau turut ditanya sama ada ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai isu ini, beliau berkata “soalan itu kena tanya Ketua Umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim).” Dr. Wan Azizah bagaimanapun menyifatkan Umno sengaja membesar-besarkan isu ini kerana parti itu sememangnya mengamalkan budaya politik perkauman. “Umno mengamalkan politik perkauman, namun Pakatan Rakyat adalah berteraskan keadilan untuk pelbagai kaum dan etnik di Malaysia,” katanya. |
1 comments Labels: DSWA, klpos, Pakatan Rakyat
Pas Tidak Perlu Takut Ancaman DAP
BUNGA-BUNGA kemesraan yang tumbuh dan mula berputik antara Pas dengan Umno kini yang memungkinkan berlakunya muqabalah nampaknya tidak disenangi oleh DAP.
Pengerusinya Karpal Singh (foto) antara orang yang tidak dapat menyembunyikan kemarahan dan kebimbangan parti berideologi sosialis itu terhadap niat suci kedua parti Melayu Islam itu.

Kenapa Karpal Singh bimbang dengan niat berkenaan? Apa yang Pas lakukan itu adalah hak Pas dan tidak ada kena mengena dengan DAP. DAP tidak ada urusan dalam soal perpaduan Melayu dan kekuatan Islam. Karpal Singh harus faham benar-benar apakah matlamat perjuangan Pas dan juga Umno. Beliau seolah sengaja buat-buat tidak mengerti kerana semacam ada niat jahat di sebalik ura-ura berkenaan.
Apakah hak DAP untuk menghalang Pas mengadakan perjumpaan dengan Umno? Pakatan Rakyat tidak ada apa-apa rantai besi yang mengikat Pas atau mana-mana parti untuk berbuat mengikut apa saja yang mereka fikirkan baik. Tidak ada peraturan dan hukum dalam Pakatan Rakyat yang melarang mana-mana parti berbincang dengan pihak lain apa lagi untuk kepentingan perjuangannya.
Pakatan Rakyat hanya sebagai persefahaman politik dalam menghadapi BN saja, tidak lebih dari itu. Untuk menjaga keuntuhan Pakatan Rakyat tidak sampai Pas atau PKR terpaksa mengorbankan prinsip dan dasar perjuangan mereka semta-mata kerana ingin ikut atau bersama DAP.
Kerana itu walaupun Karapl Singh menentang Pas berapi-api bila Pas menyuarakan soal Islam, Pas tidak pernah mengemukakan cadangan dan saranan agar kedudukan DAP dalam PR dikaji semula. Pas cukup faham kedudukan dan rupa wajah PR ini, ianya hanya sebuah perjanjian lisan yang bila-bila masa boleh terbelah begitu saja kalau semua pihak sudah hilang rasa hormat dan saling mencurigai antara satu sama lain.
Apakah Karpal Singah lupa apa yang pernah keluar dari rongga mulutnya yang cukup kurang menyenangkan Pas. Bukankah Karpal pernah mengatakan kalau Pas ingin laksanakan Islam mesti langkah mayatnya dulu! Ini satu ancaman dan ugutan bersifat jenayah. Namun Pas tidak memberi reaksi melampau. Kata-kata Karpal Singah itu sesuatu yang boleh mengundang kecelakaan.
Untuk pengetahuan Karpal Singh, Islam tidak boleh dipisahkan daripada Pas. Pas bukan parti sekular. Walaupun akhir-akhir ini ada karektor dari individu Pas menggambarkan ke arah itu, tetapi ia bukan bermakna Pas sedang menunju ke arah sekular dan liberal melampau. Walaupun ada segelintir mereka yang bersedia mengadaikan maruah Pas namun masih banyak yang akan berdiri mempertahakan prinsip jihad Pas. Sebab itulah pada masa ini berlaku perang dingin antara Pas klon dengan Pas sejati!
Pas tidak seharusnya tunduk dan akur dengan gertakan Karpal Singah itu. Pas tidak perlu peduli ancaman berkenaan. Sebaliknya Pas dan Umno serta seluruh orang Melayu perlu menyadari kata-kata Karpal Singh itu ada motif untuk memecahbelahkan orang Melayu.
Karapl Singh sedar kalau Melayu berpecah partinya akan untung. DAP sebagai parti pencelah akan merasa senang jika ada mana-mana puak berpecah kerana mereka boleh menyelit dan mengambil kesempatan daripadanya.
Pas jangan sesekali merasai takut dengan gertakan dan ancam itu. Jangan mudah longlai dan jatuh dalam jerat dan perangkap DAP. Pas boleh bekerjasama dengan DAP dan sesiapa sahaja selagi ia tidak menjejaskan intipati dan tunjang perjuangannya.
Jangan peduli tuduhan Karpal mengatakan Pas sebagai parti perkauman. Sepatutnya sebelum melemparkan kata-kata itu DAP kena renung dulu ke dalam dirinya. Bagaimana komposisi di dalam DAP. Dan apakah agenda DAP yang khusus untuk kepentingan Melayu. Dan bilakah pula DAP tidak memperjuangkan kepentingan-kepentingan Cina dan Sikh!
Sekiranya perlu gara-gara sikap tidak toleran Karpal Singh itu Pas ditakdirkan terpaksa meninggalkan DAP apa boleh buat bukan salah ibu mengandung namun salah nasib sendiri (DAP). [wm.kl. 9:20 am 28/07/08].
0 comments Labels: DAP, msomelayu, PAS