| Malaysiakini |
| Apr 28, 08 10:37pm |
Seorang pelajar kolej berumur 19 tahun hari ini menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam lamanweb PAS Johor.Diiringi bapanya dan empat ahli Pemuda PAS Johor yang diketuai pemimpinnya Khairul Faizi Ahmad Kamil, pelajar lelaki itu tiba di ibu balai polis Johor Baharu selatan pada jam 1 tengah hari. Menurut Bernama, selepas keterangannya direkodkan oleh polis, pelajar itu pergi ke pejabat naib pengerusi DAP Johor Norman Fernandez pada jam 4 petang. “Semasa di pejabat saya, beliau menulis surat memohon maaf dan menyatakan rasa kesal kepada Karpal kerana memuatkan komen itu dalam lamanweb itu. “Pelajar itu juga berjanji tidak akan memuatkan mesej seumpama itu lagi di masa depan," kata Fernandez. Fernandez juga berkata pelajar itu, yang namanya dirahsiakan, berharap Karpal akan memaafkannya dan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadapnya. Jumpa Karpal Katanya DAP Johor akan bertemu Karpal esok untuk menyampaikan surat itu. kepada Karpal untuk membuat keputusan mengenai perkara itu," katanya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC II Amer Awal semasa dihubungi berkata polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi ugutan jenayah. Polis juga dijangka merekodkan kenyataan daripada beberapa orang lagi. Dalam laporan polis Sabtu lalu di Pulau Pinang, Karpal mendakwa komen pengulas yang dikenali sebagai "Alif" dalam lamanweb PAS, berbaur ugutan bunuh. Katanya komen itu mendakwa beliau (Karpal) telah menghina Islam dan “darahnya halal dibunuh.” |
Monday, April 28, 2008
Ugut Karpal: Pelajar kolej serah diri
0 comments Labels: Karpal, malaysiakini
Arahan SPR tidak masuk akal, susahkan rakyat
Oleh Roslan SMS
28 Apr | 11.35am
SETELAH memanggil orang lain monyet kini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) muncul sekali lagi. Kali ini SPR kononnya mahu membuktikan yang mereka bersungguh mahu membersihkan daftar undi induk dari para pengundi yang telah meninggal dunia, satu isu yang terus-menerus dibangkitkan khasnya oleh parti-parti pembangkang. Baguslah kiranya SPR mahu mengambil insiatif ini.
Cumanya dari pengumuman yang dibuat, saya merasakan kaedah yang mahu digunakan SPR itu longgar dan tidak efektif. SPR telah merayu kepada ahli-ahli keluarga pengundi berdaftar agar mengemukakan sijil kematian waris mereka bagi membantu SPR membersihkan daftar induk tadi.
Mengapakah beban ini diletakkan kepada waris si mati? Bagaimana jika waris si mati tidak tahu menahu yang si mati itu seorang pengundi berdaftar?
Bagi saya kaedah ini adalah rumit dan menyusahkan dan kiranya diguna pakai tidak akan mendatang kesan yang efektif ke arah membersihkan daftar induk dari menyenaraikan pengundi-pengundi yang telah meninggal dunia. Bukankah laporan kematian mesti dibuat di balai polis berdekatan?
Pihak polis yang mengeluarkan sijil ini bagi mengesahkan kematian seseorang, oleh itu mengapakah pihak SPR tidak berurusan sahaja dengan pihak polis? Hubungan antara jabatan dengan jabatan (dalam hal ini suruhanjaya) dirasakan lebih kemas dan akan mengurangkan kerumitan kiranya cadangan SPR di atas digunakan.
Pihak polis pun saya difahamkan sudah ada jabatan ITnya, begitu juga SPR, mengapa ia tidak diselesaikan sesama mereka, dan kemudian SPR mengemukakan senarai mereka yang dikenal pasti telah mati ini untuk disemak oleh rakyat setiap kali daftar undi dipamerkan. Tak perlulah menyusahkan rakyat dengan peraturan dan kaedah yang tidak masuk akal ini.
0 comments Labels: kelantankini, SPR
Ahli 'ajar' pemimpin Umno dalam p'raya - DrM
| Malaysiakini |
| Apr 28, 08 4:17pm |
| Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ramai pemimpin Umno menemuinya selepas pilihanraya umum lalu dan mengatakan presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi patut berundur. |
0 comments Labels: dr det, malaysiakini, UMNO haprak
Pendidikan Islam Di Peringkat Awal Mampu Lahirkan Generasi Kukuh Akidah, Titah Sultan Selangor
28 April, 2008 16:51 PM
KLANG, 28 April (Bernama) -- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah melalui pendidikan Islam di peringkat awal akan mampu melahirkan generasi Islam yang kukuh akidahnya, benar ibadahnya dan sejahtera akhlaknya.
Baginda bertitah oleh itu sistem pendidikan Islam di negeri ini perlu dipertahankan dan dipertingkatkan ke arah memenuhi hasrat negeri dan negara pada masa hadapan.
"Beta percaya Al-Quran yang dibaca dan difahami serta dihayati, serta solat yang didirikan dengan penuh kefahaman akan melahirkan murid yang berjaya dan tabah dalam mengharungi cabaran global.
"Dengan memahami Al-Quran dan solat, ianya akan menjadi benteng yang paling kukuh dalan mengharungi cabaran hidup," titah baginda pada majlis perasmian nama baru Sekolah Rendah Agama Integrasi Batu Belah Klang yang kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah di sini hari ini.
SRAI Tengku Ampuan Fatimah siap dibina pada 7 Jun 2004 dengan kos RM6.66 juta dan kini mempunya 56 guru dan 777 murid.
Sultan Sharafuddin mahu para guru menjaga identiti, integriti diri dan sentiasa menjadi model kepada pelajar selain sentiasa meningkatkan daya saing, kecekapan, inovasi, kreativiti dan produktiviti.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata ekoran permintaan yang tinggi bagi kemasukan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), jabatan itu terpaksa menjalankan saringan atau peperiksaan bagi kemasukan ke Darjah Satu.
Sehubungan itu, JAIS merancang untuk menambah bilangan SRAI, khususnya di Lembah Klang, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian itu. Kini terdapat 10 buah SRAI di Selangor.
SRAI ialah satu konsep pendidikan sekolah rendah yang seimbang dan bersepadu melalui penyelarasan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan kurikulum pendidikan Islam JAIS dengan matlamat melahirkan murid yang kukuh pegangan akidah, soleh, berakhlak dalam kehidupan, tinggi penguasaan bahasa, berbudaya dengan peradaban murni dan menguasai sains dan teknologi.
-- BERNAMA
0 comments Labels: bernama, selangor, Sultan
Jom Heboh: PAS Perak sanjung langkah TV3
| Harakahdaily Izwan Abdul Halim Mon | Apr 28, 08 | 4:45:54 pm MYT ![]() | |
| KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) - PAS Negeri Perak menyanjung hasrat TV3 menarik diri daripada menganjurkan Karnival Jom Heboh di Perak tahun ini dan berharap salah satu pengisian utamanya, konsert ditiadakan terus pada karnival itu di negeri-negeri lain. Penghargaan itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi bagi mengulas laporan menyatakan TV3 menarik diri daripada menganjurkan acara itu di Perak yang kini diterajui kerajaan Pakatan Rakyat. � Menurut Ustaz Ahmad, perkembangan di Perak itu satu permulaan yang diharap berlaku juga kepada negeri-negeri lain. Katanya, pihaknya mengambil pendekatan itu berdasarkan pandangan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria. Pada 30 Julai 2004, selepas satu persidangan ulama, Harussani mengisytiharkan karnival berkenaan, ketika itu dikenali sebagai Sure Heboh, adalah haram atas alasan ia menggalakkan kegiatan tidak bermoral di kalangan muda-mudi. Karnival itu kemudiannya ditukar kepada Jom Heboh pada 2006, dan diadakan di setiap negeri berasingan pada setiap bulan. Ustaz Ahmad meminta semua pihak termasuk pendukung Umno menyokong pembatalan tersebut kerana wujud unsur-unsur kurang sihat seperti pergaulan bebas lelaki-perempuan dalam konsert. � "Macam karnival, jualan dan pameran itu tidak jadi masalah sangat tetapi konsert, itulah masalah utamanya. Lagipun telah jelas penganjuran konsert itu mengundang perkara bertentangan dengan etika ketimuran, apatah lagi agama. � "Harapan saya ini sebagai permulaan ke arah mempertingkatkan martabat ummah dan menjauhi daripada kelalaian," jelasnya. � Ustaz Ahmad percaya Kerajaan Negeri Perak sangat prihatin terhadap hal ehwal rakyatnya termasuk perkara-perkara yang boleh menjerumuskan mereka kepada gejala sosial. Oleh itu beliau menyifatkan tindakan TV3 tersebut sebagai menghormati Kerajaan Negeri Perak walaupun pihak berkenaan belum menetapkan apa-apa peraturan berhubung hiburan sekali gus menghindari kontroversi. - lanh |
0 comments Labels: Harakahdaily, PR Perak, TV3
PKR: Azizah bukan ketua pembangkang lemah
| Malaysiakini |
| Jimadie Shah Othman | Apr 28, 08 1:07pm |
| Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail - dengan gayanya yang lemah lembut dan tidak agresif - tidak akan menjadi ketua pembangkang yang lemah di Dewan Rakyat, kata naib presidennya Mohd Azmin Ali. "Walaupun dalam kelembutannya tetapi mesej yang akan disampaikan itu cukup tegas untuk memastikan agenda reformasi diteruskan. "Dan saya percaya beliau sedang menyiapkan ucapan sulungnya yang akan disampaikan pada pertengahan minggu depan," kata Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak, dalam wawancara dengan Malaysiakini, Jumaat lepas. Beliau mencipta sejarah sebagai ketua pembangkang wanita pertama di parlimen. Ketua pembangkang sebelum ini Lim Kit Siang, seorang tokoh utama DAP yang lantang, memegang jawatan itu hampir tiga dekad. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah memegang jawatan itu selepas menggantikan allahyarham Datuk Mohd Fadzil Noor antara 1999 hingga 2004. Dalam wawancara eksklusif itu, Azmin juga mengakui beliau salah seorang yang terlibat dalam rundingan untuk memujuk wakil-wakil BN melompat kepada Pakatan Rakyat. "Saya tidak menyatakan bahawa saya penggerak utama. Ketua umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim) penggerak utamanya yang memimpin perbincangan dengan mereka tetapi saya menolongnya kerana beliau jua ada komitmen lain," katanya. "Saya akan memastikan perbincangan diteruskan dan saya laporkan langsung padanya tentang perkembangan terkini tentang perkara ini." Beliau juga menafikan Anwar tidak serius apabila membuat kenyataan peralihan sokongan lebih 30 ahli parlimen BN itu akan berlaku selewat-lewatnya 16 September ini. "Beliau mengumumkan perkembangan terkini. Semuanya berasaskan fakta dan nombor (angka mereka yang akan meninggalkan BN) ... Tetapi apa yang penting sekarang, apabila kita mengisytiharkan kerajaan persekutuan yang baru, ia mesti ada kredibiliti. Ditanya kenapa tanggal 16 September dipilih sedangkan tempohnya tidaklah terlalu panjang dari sekarang, Azmin berkata: "(Tanggal) ini tentang strategi, bagi saya lebih cepat lagi bagus. Tapi kita tidak tergesa-gesa, asas kepada pengumuman kami ialah untuk pastikan pembinaan kerajaan yang kuat dan berwibawa. Itu keutamaan sekarang." Beliau juga mendedahkan, ahli-ahli parlimen BN yang didekati parti itu bukan sahaja Malaysia timur tetapi juga Semenanjung. "Tidak saja dari Sabah dan Sarawak, tapi juga daripada Semenanjung, (termasuk) dari ahli parlimen Umno dan seperti saya cakap di awal tadi, isu duit tidak dibincangkan, apa yang kami tawarkan mereka adalah perwakilan yang adil untuk Sabah dan Sarawak. "Kita akan pastikan mereka dapat perwakilan yang lebih baik (di parlimen dan kerajaan persekutuan) dan hak orang Sarawak dilindungi. Begitu juga dengan pembangunan. "Jika kita lihat pada Sarawak dan Sabah selepas 50 tahun merdeka, dengan semua petroleum dan royalti ... semua orang Sarawak - Iban, Kadazan, Murut dipinggirkan oleh kerajaan. "Dan saya tak rasa kita akan sambung dasar (peminggiran) ini." |
0 comments Labels: DSWA, malaysiakini, parlimen, PKR
Wan Junaidi, Ronald Kiandee dipilih Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat
| |
| Wan Junaidi dan Ronald Kiandee |
Kuala Lumpur 28 April - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi proses pengundian hari ini.
Ahli Parlimen Santubong dan Beluran itu menewaskan satu lagi calon daripada DAP Dr. Tan Seng Giaw yang merupakan ahli Parlimen Kepong.
Jumlah undi yang diperolehi oleh Junaidi ialah 157, Ronald (140) dan Seng Giaw (81).
- Utusan
0 comments Labels: parlimen, utusan
Balkis: Kera dihutan disusukan...
| Haakahdaily Ahmad Tajdid Mon | Apr 28, 08 | 2:32:22 pm MYT | |
| Apa sebenarnya yang mendorong Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) dibubarkan jika bukan kerana dendam politik. Dan jika mentaliti rendah ini sukar difahami, lihat sahaja kes rampasan royalti petroleum Terengganu ketika pentadbiran negeri itu diambil-alih oleh PAS selepas pilihan raya umum 1999. Tindakan Kerajaan Pusat BN merampas hak royalti petroleum negeri Terengganu berpunca daripada hasutan pemimpin-pemimpin Umno negeri yang mahu melempiaskan dendam politik mereka ekoran tumbangnya pemerintahan BN Terengganu pada 1999. Ia tidak langsung dibuat atas kepentingan rakyat malah dilakukan dengan tujuan menyukarkan pentadbiran kerajaan baru PAS. Tanpa sumber kewangan yang cukup, Umno Terengganu yakin kerajaan negeri pimpinan PAS tidak akan kekal lama kerana menghadapi masalah kewangan yang serius. Bagaimanapun, seperti dijelaskan bekas Exco Kerajaan Negeri, Tun Salleh Abbas, langkah berjimat cermat kerajaan negeri pimpinan PAS membolehkannya merentasi halangan tersebut. Malah, kerajaan negeri pimpinan BN yang berjaya merampas kembali Terengganu daripada PAS pada PRU 2004 telah mewarisi lebih RM200 juta wang royalti petroleum yang disimpan kerajaan negeri pimpinan PAS! Berbalik kepada insiden pembubaran Balkis, kita tidak dapat membayangkan mengapakan sebuah badan kebajikan isteri-isteri wakil rakyat yang bernaung di bawah kerajaan negeri boleh dibubarkan secara senyap-senyap. Lebih menimbulkan tanda-tanya, wang tabungan Balkis berjumlah RM9 juta dipindahkan pula ke akaun Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri (Bakti) Kerajaan Pusat. Apakah hak isteri bekas Menteri Besar, Datin Seri Zaharah Kechik untuk berbuat demikian walaupun mendakwa tindakan itu dilaksanakan atas persetujuan dua pertiga ahlinya dalam mesyuarat agung pada 11 Mac lalu. Pentadbiran kerajaan negeri bertukar tangan pada 9 Mac 2008. Sehubungan itu, usaha Zahrah menggerakkan mesyuarat agung Balkis tiga hari selepas PRU 12 membuktikan bagaimana gundah gulananya Zahrah dan isteri-isteri wakil rakyat BN berhadapan realiti bahawa mereka kini bukan lagi isteri-isteri kepada peneraju kerajaan negeri. Sebagai isteri-isteri wakil rakyat parti pembangkang, Zahrah dan rakan-rakannya pasti maklum tentang objektif penubuhan Balkis yang diasaskan sejak 20 tahun lalu. Jika Zahrah dan rakan-rakannya masih dipagari kewarasan, tentu beliau lebih bersedia untuk menyerahkan tampuk jawatannya kepada isteri Menteri Besar yang baru. Zaharah juga dilapor mempertahankan tindakan mempengerusikan mesyuarat agung Balkis pada 11 Mac lalu kerana ketika itu beliau "masih Yang Dipertua dan masih belum meletakkan jawatan". Sedangkan dalam kenyataan yang sama beliau menyebut bahawa "sebelum isteri seorang Menteri Besar dilantik menjadi Yang Dipertua Balkis," ia hendaklah disahkan dahulu dalam satu mesyuarat agung serta mendapat persetujuan daripada isteri Menteri Besar itu sendiri iaitu selaras dengan peruntukan Fasal 9.3 (a) Perlembagaan Balkis. "Saya menegaskan di sini pada tarikh 11 Mac lalu, Menteri Besar Selangor yang baru masih belum dilantik. Oleh itu isterinya juga masih belum boleh dilantik menjadi Yang Dipertua Balkis. "Ini bermakna saya masih Yang Dipertua Balkis ketika itu kerana saya juga belum meletakkan jawatan. Jadi tidak timbul soal saya tidak mempunyai kuasa mempengerusikan mesyuarat agung untuk membubarkan Balkis ketika itu," kata Zahrah. Persoalannya, walaupun Zahrah mengetahui bahawa beliau bukan lagi isteri kepada Menteri Besar dan peluangnya untuk menjadi isteri ketua pembangkang Dun Selangor lebih cerah; mengapakah beliau masih mahu memanggil satu mesyuarat agung ketika status dirinya sebagai Yang Dipertua Balkis tidak jelas di sisi perlembagaan badan itu? Dan sebagaimana amalan biasa dalam sebuah badan berciri demokrasi, Zaharah sepatutnya bertindak sebagai 'caretaker' (penjaga) kepada badan tersebut memandangkan statusnya yang kurang jelas sebagai Yang Dipertua. Dan sebagai sifat seoang 'caretaker', adalah amat ganjil untuk beliau bertindak memanggil mesyuarat agung, membubarkan badan itu dan seterusnya membuat keputusan mendermakan jutaan ringgit wang persatuan kepada sebuah badan yang tiada kena mengena langsung dengan negeri Selangor dan rakyat Selangor! Seperti komen Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pembubaran Balkis sememangnya tidak dapat diterima dan difahami terutama oleh penderma-penderma kerana ia tidak mengambil kira tata susila pertubuhan itu. Zahrah juga dilaporkan berkata bahawa tindakan memindahkan baki wang Balkis berjumlah RM9.9 juta kepada Bakti adalah selaras dengan peruntukan Fasal 15 (2) Perlembagaan Balkis iaitu segala baki wang yang ada akan didermakan kepada kerajaan atau tabung lain yang serupa yang diluluskan oleh Pengarah Hasil Dalam Negeri. Soalnya, tidak adakah badan-badan kebajikan lain di Selangor yang boleh disalurkan sumbangan itu memandangkan Bakti pastinya lebih kukuh kewangannya berbanding badan kebajikan negeri kerana dianggotai isteri-isteri Menteri Kabinet Kerajaan Pusat. Mengapakah sikap 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan' diamalkan Balkis jika bukan kerana dendam politik. Dan adakah tindakan menyalurkan wang ke akaun Bakti itu telah diluluskan Pengarah Hasil Dalam Negeri? Tindakan Balkis pimpinan Zahrah ini secara jelas mengetepikan kepentingan negeri dan rakyat Selangor dan dibuat tanpa sebarang kewarasan dan rasional akal. Sehubungan itu, rakyat Selangor khususnya pasti menyokong kenyataan Abdul Khalid untuk menyeret Zahrah ke muka pengadilan atas dakwaan pecah amanah. Abdul Khalid juga memberi kata dua kepada Zaharah sama ada menarik balik pembubaran Balkis atau menghadapi tindakan undang-undang kerana beliau telah dimaklumkan oleh Majlis Peguam bahawa pembubaran dan pemindahan dana Balkis boleh dikaitkan dengan tindakan pecah amanah. Kita mahu kerajaan negeri bertegas dalam isu ini memandangkan pasti wujud tangan-tangan ghaib yang mendorong Zahrah dan rakan-rakannya untuk bertindak sedemikian. Insiden ini juga menggambarkan bagaimana keegoan, ketamakan kuasa dan dendam politik sudah semakin membarah dalam Umno sehingga menghinggapi isteri-isteri pemimpin parti itu. Saranan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo supaya kerajaan negeri atau mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan isu ini merujuk kepada peguam pertubuhan itu tidak wajar dilayan. Penyeleweng dan pelaku pecah amanah perlu diajar dan dibawa ke muka pengadilan. Tidak kiralah sama ada ia isteri atau teman hidup mana-mana bekas Menteri Besar. |
0 comments Labels: Harakahdaily, penyelewangan, selangor

