Tranungkite TUTUP MUKA… Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dari Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, beredar daripada Mahkamah Tinggi selepas diperintahkan membela diri pada perbicaraan kes bunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi Shah Alam. –fotoBERNAMA “Razak Baginda dah lepas bebas“ “Aku dah agak, ini semua sandiwara Najib” “Dua ekor kambing hitam tu pun sebenarnya bukannya Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar” “Engkau biar betul” “Betul, kalau si Bala tu pun, Rosmah bolih umpan 5 juta dan hantar dia ngan family dia ke India. Ini setakat Azilah dengan Sirul, Rosmah kentut je lintang pukang dia orang lari” “Engkau ingat Najib tak boleh buat kerja ni semua ke? Dia ada kuasa, beeb. Apa Rosmah cakap mana Najib berani nak beta” “Sial betul si Rosmah tu. Takde ati perut” “Apalah kau ni. Apa pulak si Rosmah tu takde ati perut. Ada! Hati ada. Perut pun ada. Tapi pekong macam bangkai anjing” “Kesian Azilah ngan Sirul, tak pasal-pasal jadi mangsa” “Hello kawan, yang dua orang tu bukan Azilah dengan Sirul lah. Entah mamat gian mana entah dia orang cekup, jadikan mangsa. Ini semua berlakon je beeb” “Iya ke” “Dah betahun kes ini, muka dia dua orang tu berselubung memanjang. Idea siapa ni kalau bukan idea Rosmah?” “Betullah. Kenapa yek? Kenapa dua orang tu tak pernah nampak muka dia kat paper?” “Itulah aku cakap, ini drama. Bukan kat paper je tak nampak muka dia. Engkau bayangkan dalam mahkamah pun muka dua ekor tu berselubung. Aku pergi mahkamah, aku sendiri tengok dua ekor berselubung. Kalau wartawan pun tak nampak, camana kau nak nampak. Yang bunuh Altantuya tu sebenarnya si Rosmah sendiri. Orang kampong aku kat Ulu Bendul pun tau kes ni. Memang dia orang sendiri dengar cerita sahih dari member-member polis dia orang”. “Celaka punya Najib, bini dia buat kerja camni dia biarkan. Macamana nak jadi PM ni?” “Sebab dia nak jadi PM tu yang dia sanggup buat camni. Kalau tidak bini dia telan bola dia dengan dia-dia sekali. Engkau tau tak, Rosmah tu yang gila sangat nak jadi bini perdana menteri” “Razak Baginda dah selamat. Abis tu Azilah dengan Sirul nak jadi apa?. Kena hukum bunuhke?” “Memang dua orang tu kena hukum gantung sampai mati. Tapi yang digantung sampai mati tu bukannya Sirul ngan Azilah. Mamat yang dia orang hayak ke hulu ke hilir tu bukan Sirul. Bukan Azilah. Mamat tu dah memang kena hukum jantung pasal kes lain. Malaysia beeb, semua bolih. Kes mati pun dia orang bolih pusing terbalik” “Memang puaka betul si Rosmah ni. Apa punya Najib dapat bini camni” “Engkau marah, caci maki si Rosmah buat apa?. Dah betullah apa yang dia buat tu. Orang dah bagi laki dia kuasa. Dia gunakanlah sepenuhnya. Yang patut engkau marahkan ialah orang UMNO yang bebal macam keldai tua. Buat apa orang UMNO pegi sokong dia?. UMNO tu yang celaka”. Dailog di atas saya curi-curi dengar dari perbualan dua lelaki yang duduk di meja sebelah saya. Kepada yang amat saya kasih, Datin Seri Rosmah Mansor, perempuan yang solid molid dan Datuk Seri Najib Razak, itulah persepsi rakyat terhadap apa yang berlaku. Sekarang adalah menjadi tanggungjawab kalian berdua untuk membesihkan nama kalian. Membersihkan nama bukan dengan cara menangkap penulis blog atau rakyat yang bersangka buruk terhadap kalian. Bukan dengan cara menghadiahkan ISA kepada rakyat yang menuntut keadilan. Kalian wajib dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah berkaitan segala pertuduhan yang telah dibuat oleh Raja Petra terhadap kalian. Rakyat telah benar-benar percaya angkara pembunuhan Altantuya ini adalah plot cerita yang dilakonkan oleh kalian berdua. Di bawah ini saya perturunkan titipan dan persepsi pengunjung kerajaanrakyat.com dalam isu ‘Pembunuhan Altantuya’ dan rancangan pembelian ‘Eurocopter’ terhadap Rosmah Mansor, Najib Razak dan system perundangan Malaysia seluruhnya. ::: Latest News Dipetik dari: Oleh setisab
"Saya mendapat maklumat terbaru ini semalam semasa sedang menanti kawan di Mid Valley. Tiba-tiba saya mendapat panggilan talipon dari seorang kawan. Panjang pula cerita kawan saya ni. Penat berdiri, saya mencari tempat untuk merehatkan kaki yang letih.
Saya duduk di kerusi paling tepi di sebuah coffee house. Setelah selesai berbual dengan kawan melalui handphone, saya menikmati ‘cappucinno’ sambil menyedut racun ‘Sampoerna’, racun berjadual kegemaran saya.
Sunday, November 2, 2008
Terbongkar. Rosmah Mansor pembunuh sebenar Altantuya?
1 comments Labels: Altantuya, tranungkite
BPR mula siasatan Eurocopter
Pembelian helikopter terlalu mahal, dakwa dipengaruhi pihak tertentu
SEREMBAN: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah membuka kertas siasatan berhubung isu cadangan pembelian 12 helikopter Eurocopter C-725 bernilai RM1.607 bilion yang kini ditangguhkan bagi memastikan sama ada ia dilakukan mengikut prosedur.
Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata siasatan itu dibuat berikutan kritikan sesetengah pihak mengenai harganya terlalu mahal dan didakwa dipengaruhi pihak tertentu.
"Siasatan kes itu diketuai Pengarah Siasatan, Datuk Shukri Abdullah dan baru dimulakan. Pegawai kami sudah ke Kementerian Pertahanan untuk mendapatkan maklumat berhubung isu itu kerana BPR mahu melihat sama ada ia dilakukan mengikut prosedur atau ada kepincangan.
"Jika wujud unsur rasuah, kita akan jalankan siasatan lanjut," katanya, selepas menghadiri Ujian Kemahiran Menembak BPR Malaysia 2008 di Lapang Sasar Mantin, semalam ketika mengulas laporan polis dibuat Timbalan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fariz Musa berhubung isu berkenaan.
Ahmad Said berkata, BPR akan menjalankan siasatan secara berperingkat kerana Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga sedang meneliti isu itu.
Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Pertahanan mengumumkan kerajaan menangguhkan pembelian 12 helikopter itu sehingga keadaan ekonomi dunia stabil.
Beliau berkata, kerajaan terpaksa menumpukan perhatian pada projek lebih penting yang boleh memberikan manfaat kepada orang ramai.
Ahmad Said berkata, BPR turut memandang serius gejala kemasukan pendatang asing tanpa izin dan penyeludupan pelbagai jenis barangan larangan ke negara ini yang dilihat semakin meningkat dalam tempoh 10 bulan lalu dan boleh menjadi ancaman sehingga menggugat kestabilan negara.
"Sehubungan itu, kita menjalankan pemantauan bagi memastikan kegiatan itu dapat dikekang dan dibanteras," katanya.
Sementara itu katanya, 5,000 anggota baru akan diambil untuk mengisi beberapa jawatan dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini.
"Tahun ini 82 anggota sedang direkrut di Melaka, tahun depan kita akan tambah lagi 900 orang dan seterusnya secara berperingkat selama lima tahun," katanya.
1 comments Labels: Berita Harian, BPR, rasuah
Awas, rakyat diingatkan propaganda media arus perdana
| Basiron Abdul Wahab Sun | Nov 02, 08 | 10:38:42 am MYT | |
| JERANTUT, 2 Nov (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa mengingatkan para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat supaya tidak mempercayai sama sekali laporan media arus perdana. Katanya media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan lainnya mendokong aspirasi Barisan Nasional dan menjadi alat propaganda parti itu. Media berkenaan mempunyai agenda politik di dalam setiap laporannya. Secara sinis Husam berkata, adalah wajar jangan membaca media jenis berkenaan bagi mengelakkan 'pening kepala' atau 'naik darah'. "Buat apa kita mengeluarkan wang untuk membelinya kemudian kita menjadi pening kerananya. Elok jangan baca atau menonton media berkenaan. Menjawab isu yang ditimbulkan, Husam mengatakan rakyat pelbagai bangsa bersetuju kuasa politik negara kekal ditangan orang Melayu dan parti politik Melayu ialah PAS dan Umno. Umno sering memomokkan jika Umno jatuh kononnya kuasa politik Melayu akan jatuh, itu tidak benar. Menurut Husam, Umno kini sangat bermasalah sehingga ketahap ada pemimpinnya memberi kenyataan untuk melelong parti itu ditambah pula dengan isu ekonomi yang semakin meruncing sedangkan dalam pilihan raya lalu kekuatan Umno tidak tergugat kerusi Umno masih utuh tetapi Umno berada dalam keadan lemah ditambah pula dengan masalah ekonomi, jika tidak ditangani dengan berkesan boleh menyebabkan rakyat menderita. Bagaimanapun Husam bimbang gelombang perubahan tidak berlaku di Pahang. Katanya Pahang perlu menang sekurang-kurangnya enam kerusi parlimen bagi membolehkan PAS mensasarkan 40 kerusi parlimen sebagaimana disebutnya sebelum ini. Menurut Husam beliau lebih suka jika perubahan kuasa berlaku melalui pilihan raya walaupun tidak menolak peralihan kuasa boleh berlaku melalui cara lain tetapi ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk menjatuhkan Umno yang telah berkuasa lebih 50 tahun itu. Jelas beliau, plan peralihan kuasa Abdullah-Najib juga mungkin merubah pendirian ahli parlimen BN, begitu juga kawalan terhadap anggota parlimen BN juga semakin meningkat berikutan kebimbang dan khuatir terhadap adanya anggota parlimen BN ingin berhijrah kepada Pakatan Rakyat. Turut hadir pada majlis itu termasuklah Pesuruhjaya PAS Pahang,Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh; Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Abdul Majid Hassan; Dr Hamzah jaafar dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang N. Balasubramaniam . Ustazah Noridah dalam majlis tersebut telah menyampaikan sumbangan kepada masyarakat kaum India sempena Hari Deepavali. - mks. _ |
0 comments Labels: bohong rakyat, Harakahdaily
Zulkifli Nordin Serah Surat Tanpa Tarikh Kosongkan Kerusi Kulim- Bandar?
msomelayu
BAGAIKAN yang terang lagi bersuluh itulah yang dapat dikatakan mengenai tindak tanduk ahli Parlimen (yang diselamatkan) Zulkifli Nordin. Beliau hanya menanti masa saja untuk bertindak keluar daripada PKR dan menyertai Umno. Apa yang yang berbangkit mengenai dirinya akan dijadikan peluang bagi menghalalkan niatnya itu.
Saya nasihatkan kepada beliau tidak payah berdendang dengan berbagai lagu dan irama untuk menyertai Umno. Sertai saja, habis cerita.
Apabila Anwar Ibrahim mempertikaikan mengenai kenyataan beliau dalam interviu dengan Utusan Malaysia, Zulkifili terus memberi reaksi dengan 'melawan' cakap Anwar. Tidak berdosa kalau nak lawan cakap ketua yang pada anggapannya tidak betul, tetapi biarlah cara atau niat berlawan itu ikhlas dan tidak menampakkan melawannya kerana ada undang di sebalik batu.
Kita nampak cara Zulkifli Nordin melawan itu kerana ingin mencari gaduh bagi menghalalkan tindakan beliau untuk menyertai Umno. Zulkifli sangat suka kalau PKR mengambil tindakan ke atasnya, apa lagi kalau membuangnya dari keahlian parti berkenaan!
Cerita Zulkifli nak masuk Umno tidak boleh diselindungkan lagi. Sesiapa yang kenal lawyernya, Md Radzi Mustafa, silalah berjumpa dan tanya lawyer berkenaan. Radzi tahu dari awal hingga akhir dan kosong hingga 10 mengenai Zulkifli. Kalau nak telefon Radzi saya boleh sertakan di sini?
Kepada mereka yang menyokong beliau, selamat menyokong. Kalaupun beliau berada dalam Umno nanti, sokonglah dia kalau benar dia memperjaungkan Islam dan Melayu. Tetapi apakah orang boleh yakin (kalau beliau ikhlas) nak perjuangkan Islam dalam parti yang menolak Islam?
Satu pertanyaan ringkas untuk Zulkifli; beliau adalah antara lawyer yang tampil membela umat Islam yang dimurtadkan? Kenapakah kejadian murtad mudah berlaku? Bukankah kerana kelonggaran hukum Islam (hukum murtad) di negara ini? Dan siapakah kini bertanggungjawab ke atas semua itu? Bukankah kerajaan yang ditulangi Umno?
Kalau beliau mahu kembali ke parti asalnya kita tidak boleh mencegahnya. Kerana itu adalah hak asasi seseorang. Penyokong dan pentaksubnya mempunyai hak asasi untuk menyokong Zulkifli. Bagi orang yang tidak kenal dan rapat dengan Zulkifli akan menerima apa sahaja yang dituturkan. Tetapi bagi yang kenal jejak dan lawaknya, hanya mampu tersenyum saja apabila mendengar gebang Zulkifli.
Ini nak diceritakan bagaimana maklumat yang saya perolehi tentang beliau. Katanya Zulkifli telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru kepada Najib Razak. Surat perletakan jawatan itu tanpa tarikh. Ia dijadikan cagaran sekiranya beliau tidak berbuat demikian (umum masuk Umno), pihak Umno akan serah surat itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Surat itu diminta oleh Najib sebagai jaminan sebelum Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petisyen kerusi Parlimen berkenaan. Di mana menurut persetujuan sekiranya Zulkifli tidak mematuhi syarat, mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno, maka surat itu akan valid dan diserahkan kepada Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR). Berdasarkan surat itu SPR akan mengistyharkan kerusi Kulim - Bandar Baru akan kosong.
Zulkifli katanya tidak mahu mengumumkan kemasukan dalam waktu terdekat dan akan mencari masa sesuai. Masa yang ditunjukkan kepada beliau dan dipersetujui ialah selepas Najib menjadi Perdana Menteri. Najib pula mahu Zulkifli berbuat demikian sebagai menandakan beliau mendapat kepercayaan dan sokongan.
Mungkin cerita ini menimbulkan kemarahan kalangan mereka yang terpesona dengan kepetahaan dan pembohongan Zulkifi Nordin selama ini. Saya tidak boleh berkata lebih daripaada apa yang sayang katakan. Cuma sama-sama tunggulah kemungkinan ini dengan penuh sabar.
Bagaimana pun, saya yakin 100 persatu mengenai kemungkinan ini. Sebaik saja Najib angkat sumpah jadi PM, semua permainan dan sandiwara ini akan terjawab. Bagi Zulkifli pula beliau perlu menyertai Umno bagi menyelamatkan kerusi itu untuk mengekalkan elaun sebanyak RM12,000 sebulan dan juga pencen sebagai MP. Jelas perjuangan Zulkifli bukan untuk membela agama tetapi menjaga perut!
Kepada Anwar usahlah pujuk dan rayu Zulkifli lagi. Biarlah beliau pergi membawa cita-cita Islamnya dalam Umno. Makin dirayu dan diungkit makin menjadi dia. Orang yang sudah terperangkap dan terjerat serta hilang prinsip macam Zulkifli tidak perlu ditahan-tahan lagi, buat sakitkan hati sahaja. Biarlah dia cepat-cepat masuk Umno! [wm.kl 10:00 am 02/11/08]
0 comments Labels: msomelayu, pemimpin rakyat, UMNO
Mufti Perlis: Kecewa dedah maksiat tertutup, maksiat terbuka dibiarkan
Oleh ARIFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang terkenal dengan kritikan lantang, kecewa dengan sikap penguat kuasa agama yang lebih gemar "mendedahkan perbuatan maksiat tertutup namun membiarkan perbuatan maksiat terbuka."
"Amatlah duka cita jika penguat kuasa agama ada masa yang cukup untuk pergi mengintip, memecah pintu milik peribadi orang lain bagi memastikan maksiat wujud ataupun tidak.
"Namun dalam masa yang sama tiada masa untuk menghentikan suami yang zalim memukul isteri yang sudah berulang kali membuat aduan, tidak cukup masa untuk menyelesaikan kes-kes kezaliman rumah tangga dan seumpamanya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam penulisan terbarunya yang bertajuk Bila yang nyata dibiar, yang tersembunyi dicari yang disiarkan menerusi lawan web peribadinya www.drmaza.com dan akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Katanya, Islam memang mengharamkan zina dan maksiat seks, namun Islam juga mengharamkan mendedahkan aib (keburukan) orang lain yang bersifat peribadi dan tidak mengancam keselamatan awam dan pelaku berusaha menutupinya.
Kenyataannya itu merujuk kepada pendedahan tangkapan khalwat keatas individu tertentu oleh jabatan agama dan disiarkan secara meluas di muka depan beberapa buah akhbar tempatan baru-baru ini.
Menurutnya, tindakan itu dianggap sebagai 'promosi maruah' yang ternyata bertentangan dengan ajaran Islam.
"Maksiat yang dibanteras secara keras oleh Islam ialah maksiat yang berlaku secara terbuka kerana ia menggalakkan aktiviti mungkar dan mencemarkan iklim masyarakat Muslim.
"Maksiat yang berlaku secara sembunyi dan hanya membabitkan soal peribadi insan, bukan keselamatan awam, maka ia tidak didedahkan," ulasnya.
Jelas beliau, tiada sebarang justifikasi atau sebarang alasan untuk mencerobohi kehormatan diri, rumah, rahsia dan keaiban walaupun atas pendekatan untuk mencari jenayah atau memastikannya.
"Dukacitanya jika mereka bersemangat sampai sanggup tunggu pukul 2, 3 pagi untuk mengintip pasangan berkhalwat tetapi tiada cukup tenaga untuk membantah majalah-majalah yang terang-terang siang dan malam dijual yang mempamerkan aksi-aksi panas pasangan yang tidak berkahwin," katanya.
Dalam pada itu beliau juga melahirkan rasa hairan mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pengharaman pengkid.
Beliau berkata, perkara tersebut sudah diketahui umum mengenai hukum haram bagi lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya.
"Persoalannya ialah pelaksanaan. Maksiat terbuka yang banyak kelihatan jika penguatkuasa ingin mencegahnya ialah lelaki yang menyerupai wanita.
"Entah berapa ramai selebriti negara kita yang berwatak seperti perempuan?" katanya.
Mufti muda yang akan bakal mengakhiri perkhidmatan sebagai Mufti Perlis akhir bulan ini berkata, terdapat banyak drama, pertunjukan dan filem dari negara ini seakan mengiktiraf 'wanita jadi-jadian'.
"Seakan kita ada tiga spesis; saudara, saudari dan 'saudarai'. Inilah maksiat terbuka yang lebih patut dibantah daripada mencari-cari 'kemungkinan' maksiat di belakang pintu yang berkunci," katanya.
0 comments Labels: mstar online, mufti, rosak akhlak
Tenang sebelum ditembak
TENGGULUN - Tiga pengebom Bali, Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudera kelihatan tenang ketika mereka berada dalam bilik sebuah penjara semasa menanti hukuman tembak dilaksanakan, kata satu sumber semalam.
Sumber itu menyatakan ketiga-tiga mereka membaca al-Quran dalam sebuah penjara di Nusakambangan yang terletak di selatan Pulau Jawa dan dikenali sebagai 'Alcatraz Indonesia.'
Menurut sumber itu, Mukhlas memberitahunya: "Saya mahu ia berlaku dengan segera (hukuman tembak).
"Saya mahu menemui bidadari."
Seorang lagi pengebom yang juga saudara Mukhlas, Amrozi yang digelar sebagai pembunuh yang suka melemparkan senyuman berkata sambil ketawa: "Saya bersedia pada bila-bila masa."
Ketiga-tiga pengebom Bali itu sudah menerima surat pemberitahun berhubung hukuman mati ke atas mereka pada pukul 9 malam waktu tempatan kelmarin.
Ketiga-tiga mereka akan ditembak mati dalam tempoh 72 jam selepas menerima notis pelaksanaan hukuman itu.
Mereka dihukum mati ditembak selepas didapati bersalah terlibat dalam serangan bom di dua buah kelab malam di Kuta, Bali pada Oktober 2002 dengan mengakibatkan 202 orang terbunuh, kebanyakannya pelancong Australia.
Kelmarin, ketiga-tiga mereka dibenarkan untuk bersolat Jumaat di sebuah masjid dalam penjara itu bersama banduan lain.
Imam masjid itu, Hasan Makarim berkata, beliau melihat ketiga-tiga pengebom itu kelihatan tenang tetapi tidak berbual dengannya.
Persediaan untuk menghadapi hukuman mati itu juga sudah dilakukan oleh pihak berkuasa manakala lokasi pengebumian jenazah Mukhlas dan Amrozi turut disediakan di sebelah kubur bapa mereka, Nur Hasyhim di Tenggulun. - Agensi
0 comments Labels: kosmo, negara luar
M'sia tetap iktiraf Kosovo
| Malaysiakini |
| Nov 2, 08 6:03pm |
| Malaysia tetap dengan pendiriannya yang mengiktiraf Kosovo sebagai negara berdaulat walaupun tidak dipersetujui oleh Serbia, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau berkata tindakan Serbia itu tidak membawa kesan buruk kepada negara kerana urusan yang mempunyai kepentingan Malaysia dan Serbia sama ada daripada segi komunikasi atau perdagangan terlalu sedikit. |
0 comments Labels: antarabangsa, malaysiakini, negara luar
Sah! Sudah ada pimpinan Umno sertai Pakatan Rakyat
| Harakahdaily Sun | Nov 02, 08 | 11:56:29 am MYT | |
| KEMAMAN, 2 Nov (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan, sudah ada pemimpin Umno yang menyertai Pakatan Rakyat. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usaha Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di peringkat Pusat sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) sebelum ini. "Kita sedang tunggu perubahan ahli-ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional yang lain, tidak mustahil ia (perubahan kerajaan peringkat pusat) akan berlaku, "walaupun sukar, tidak mustahil ia berlaku dengan perpecahan yang berlaku kepada Umno sekarang,"kata beliau dalam sidang media yang diadakan selepas beliau merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke-12 yang diadakan di Dewan Dato' Seri Amar DiRaja, Chukai, dekat sini semalam. Buletinonline melaporkan, Ustaz Hadi berkata, perubahan kerajaan pernah berlaku dalam (keputusan pilihan raya) tahun 1990 ekoran perpecahan yang berlaku dalam Umno akhir tahun 1980-an dan telah berlaku perubahan (dalam pilihan raya) tahun 1999 kerana masalah yang sama berlaku dalam Umno. "Sebagaimana perubahan boleh berlaku pada akhir tahun 80an bila Tengku Razaleigh keluar dari Umno, dan berlaku lagi pada 1999 bila Anwar dipecat (dari Umno). "Dan boleh berlaku lagi dengan pergolakan (dalam Umno) yang berlaku sekarang, bahkan Musa Hitam berkata Umno sudah dihinggapi penyakit tua,"tegas beliau yang masih yakin perubahan boleh berlaku dan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat. Bagaimanapun apabila diminta untuk mendedahkan siapakah pemimpin Umno yang telah menyertai Pakatan Rakyat, beliau menjawab "bila tiba masanya" beliau akan mendedahkannya. Dalam perkembangan yang sama beliau yakin PAS berupaya untuk kembali memerintah negeri Terengganu apabila berlaku perubahan dan undi sokongan orang Melayu kepada PAS meningkat sebanyak lima peratus. "Pertama kita perlu menyedari bahawa di negeri Terengganu keputusan pilihan raya seringkali bergantung kepada undi penentu dan undi penentu biasanya (adalah) undi atas pagar atau undi orang-orang yang tidak berparti. "Sebenarnya 40% lebih undi yang kita capai adalah undi PAS sama ada ahli atau penyokong, dan kita dapati PAS mempunyai pengaruh yang sangat kuat di Terengganu. "Barisan Nasional lebih bergantung kepada undi atas pagar atau pengundi hantu yang dibawa daripada luar yang dilakukan dengan politik wang dan penyusunan pengundi dengan kerjasama SPR dan pendaftaran Negara,"kata beliau. Dengan itu, katanya keadaan itu menunjukkan bahawa kekuatan Umno Terengganu bertongkat (bersandar) kepada cara-cara tersebut. Beliau berkata dalam pemilihan parti, Umno telah dipengaruhi dengan politik wang, apatah lagi dalam pilihan raya umum. "Kita boleh membuat perubahan dalam (pada) rakyat negeri Terengganu sendiri (dan) dengan sedikit perubahan itu (peningkat undi 5%) akan terlaksana apa yang disebut tadi, "Rakyat mesti sedar bahawa kalau pemilihan Umno, mereka dipengaruhi oleh politik wang, maka pilihan raya umum politik wang berlaku (dengan) lebih-lebih lagi,"tambahnya. - mks._ |
0 comments Labels: Harakahdaily, lompat parti, TGHA
